Saturday, January 14, 2012

Mengungkap Taat


Salam w.b.t
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kuniaNya dapatlah saya kembali menulis pada kali ini sebagai seorang hamba dalam menunaikan amanah kepadaNya.

       Kedinginan malam ini menyelubungi rasa syukur di hati sebagai tanda indah sungguh ciptaan Ilahi dalam mentadbir alam milikNya.Maka tidaklah adil kiranya saat ini saya mengatakan saya sentiasa berada dalam kesusahan hidup kerana saya melihat hingga kini rahmat Ilahi tidak pernah berhenti menaungi saya dan juga hamba-hambaNya.Namun cuma saya risau adakah amalan yang selama ini saya lakukan sudah mampu menghapuskan segala kesalahan saya yang lalu.Segala-galanya kembali menjadi tenang apabila saya kembalikan diri saya kepada Dia semula.Saya yakin Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

      Sebenarnya sepanjang melalui proses pembaikan diri ini, saya merasakan saya perlu manaiktaraf lagi tahap kesabaran dalam diri saya lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan masyarakat dan orang sekeliling. Melalui pemerhatian saya terhadap ruang lingkup negara ini, rakyat Malaysia mempunyai lebih ramai tenaga belia , dan kelompok mahasiswa dan mahasiswi pula terdiri dari ramai kalangan belia-belia ini.Apabila ungkapan belia ini dilontarkan , semestinya kita mahu melihat belia yang hebat dari segi intelektual(IQ), emosi(EQ) , dan spiritual(SQ) mampu untuk dibentuk dan dilahirkan untuk mendidik generasi harapan mendatang demi pengekalan tamadun seutuh zaman Abasiyah keemasan.

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka , sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan  dunia), berpaling dari akhirat.
(Al-Anbiya':1)

      Benarlah apa yang diberitahu kepada kita berkenaan hal ini...semakin dekat seseorang dengan hari akhirat , maka semakin lalailah dirinya.Maka dalam hal ini, saya melihat pengukuhan iman dalam hati seseorang perlulah disemat dengan semaian taqwa kepada Allah SWT dan bukan selainnya.Lihat sahaja, berapa ramai belia remaja pada hari ini yang mengaku Islam di bibir mereka tetapi masih tidak melaksanakan tugasan sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri dan seterusnya kepada orang lain.Bagaimana mungkin Islam tertegak di sekelilingnya sekiranya Islam itu tidak tertegak kukuh dalam dirinya sendiri.Saya juga mengingatkan diri ini.

       Penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini  , saya merasakan belia remaja/anak-anak ini perlulah dididik dengan menghargai kasih sayang dari Yang Maha Pencipta.Kasih sayang itu adalah milik sepenuhnya Dia dan sepatutnya rasa kasih sayang kepada Allah SWT sewajarnya diterapkan dalam diri setiap anak itu sejak dari kecil lagi agar mereka mengetahui Allah SWT adalah cinta yang utama sebelum cinta kepada ibu bapa , sahabat , seterusnya cinta kepada suami isteri.

       Jika dilihat dalam konteks hubungan kita dengan keluarga dan sahabat kita, ternyata perasaan kasih sayang ini mudah untuk dimanifestasikan kerana mereka nampak kehadiran insan-insan yang banyak membantu mereka dalam kehidupan ini.Sebagai contoh, jika seorang anak melihat bagaimana ibu bapa mereka menumpahkan sepenuh perhatian dalam mengasuh dan mendidik mereka , maka mereka akan cuba menghargai jasa ibu bapa mereka.Sama juga kisahnya dengan seorang sahabat yang benar-benar menghargai ikatan persahabatan dengan sahabat baiknya , maka mereka akan sedaya upaya untuk menjaga hati sahabat baiknya itu.Berlainan pula garapan cinta kepada Allah SWT. Allah SWT tak dapat dilihat dek mata kasar seorang hamba , namun apabila seseorang itu mengetahui hak-hak Allah yang perlu ditunaikan lantaran dirinya yang hina...dia mengetahui dirinya juga diciptakan, ibubapanya juga adalah diciptakan , seluruh alam dan isinya juga diciptakan , maka rasa percaya kepada kewujudan Allah SWT itu akan dapat dicapai melalui kepatuhan kepada suruhanNya dan laranganNya.

Cinta itu bukanlah pada apa yang dilihat, tapi pada apa yang dirasa.Percayalah sahabat , engkau akan dapat untuk terus taat dalam melayari kehidupan sebagai seorang hambaNya sekiranya engkau yakin akan kehadiranNya meskipun engkau tidak melihatNya.Lalu sedaya upaya akan engkau berusaha untuk menjagaNya walaupun lautan dalam terpaksa engkau redahi demi menikmati redhaNya hingga ke syurga yang hakiki.
(ummu raudah)
________________________________________________


      Sesungguhnya saya bimbang andainya saya lupa melaksanakan istiqamah dalam taat padaNya apabila berada di pentas hiasan dunia yang tidak kekal jaminannya.Bertungjangkan keyakinan pada Dia sahaja saat ini , saya harap agar setiap derap langkah saya dalam menuju redhaNya dipermudahkan lantas mampu mendidik diri ini berterusan melafazkan rasa syukur kepada Dia.

      Alhamdulillah, untuk ujian final sem lepas ada sedikit peningkatan.Terima kasih Ya Allah.Saat memegang result di tadahan tangan, saya menitiskan air mata kerana Allah SWT mendengar doa saya dan masih mengizinkan saya memegang kejayaan ini.Sesungguhnya saya hanya sekadar insan yang lemah di hadapanNya.Saya sedar ianya adalah pinjaman sementara di dunia untuk saya pergunakan sebaik mungkin bagi mencapai markah di akhirat yang sudah pasti menjadi matlamat utama orang-orang yang beriman kepada Dia.

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah:45)







No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails