Friday, January 6, 2012

"MAAF"


Salam w.b.t.
         Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaakan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta di sini.Harapan saya semoga kita sentiasa berlapang dada dengan sesiapapun diantara kita tidak kiralah terhadap ibu bapa kita, sahabat-sahabat kita dan juga orang sekeliling kita. Hal ini kerana apabila kita menyimpan rasa hasad dengki ataupun berdendam kepada seseorang , secara tidak langsung ia mampu mengakibatkan kerenggangan hubungan sesama kita.Seharusnya dalam situasi sebegini , memberi dan meminta maaf amat-amatlah dianjurkan agar segala kegusaran hati dan nurani dapat dihapuskan melalui penterjemahan redha, sabar dan ikhlas sebagai seorang hamba di hadapanNya.

Indahkan Dunia Dengan "MAAF".


Imam As-Syafie juga telah memberi wasiat :
"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya di sisi manusia."


Kemantapan Persaudaraan


       Sifat suka memaafkan adalah merupakan perbuatan yang terpuji.Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni.Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil keredhaan hatinya terhadap Allah SWT.Hal ini kerana dia memahami tentang dirinya sendiri yang hanyalah sekadar insan biasa yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedara atau tidak sedar.


      Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi pemikiran akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi , manusia kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak mampu membuat pertembangan dengan betul.


      Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain akan memahami hakikat ini , iaitu hakikat kelemahan yang juga ada pada dirinya sendiri yang pernah melakukan kesalahan.Atas sebab itulah , Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia agar mereka yang terlanjur bersegera memohon keampunan kepada Allah SWT.


     Adalah tidak menjadi suatu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat-sifat terpuji sebagai seorang Islam:

  1. menunjukkan kebijaksanaan
  2. orang yang bersih dari kesombongan
  3. orang yang bersih dari dendam kesumat
  4. tidak ada rasa terhina diri
  5. keimanan yang tertinggi
     Sifat-sifat yang disebutkan di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam.Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah SWT adalah tuhan yang satu dan tidak ada tuhan selain Allah SWT, maka persoalan perpaduan dalam kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada Allah SWT.

     Penulis merasakan perlunya amalan memaafkan orang lain ini disemai dalam setiap jiwa individu bagi memantapkan lagi jati diri sebagai seorang muslim itu sendiri. Percayalah bahawa kehidupan kita ini sebagai satu bulatan yang dibina bersamanya tali yang amat panjang untuk menjadikan ianya bulatan yang sempurna. Konsep ini boleh menunjukkan pentingnya tali itu untuk merelakan dirinya dilengkokkan dan dibentukkan seiring landskap bulatan yang bersifat bulat.Apabila dirinya rela dibengkokkan walau pada masa yang sama banyak halangan yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan  (hasil dari tangan manusia yang membentukkannya), maka dengan terciptanya redha pada diri untuk terus berkhidmat kepada peraturan yang telah ditetapkan , akhirnya dipengakhirannya bentuk bulatan itu bisa di cipta demi manfaat kepada orang sekelilingnya.  :)




Belajarlah untuk memberi dan memaafkan.Rasulullah SAW bersabda : 
"Janganlah engkau tidur sebelum engkau memaafkan orang lain dan engkau memaafkan dirimu sendiri."

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails