Monday, January 2, 2012

Diari Baru



Salam w.b.t.
         Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafaa'kan ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya menulis di teratak ini.Alhamdulillah.


        Bersempena tahun baru Masihi yang baru menjelang ni , suka untuk saya membuat sedikit perkongsian bersama pembaca-pembaca.InsyaAllah...walaupun dah kira lambat juga post pendek ini , harapannya moga sama-sama dapat ambil manfaat darinya..  :)


        Memandangkan hari ini sudah masuk 2 Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433H , maka sudahkah azam baru dilakarkan dan diari lama dilangsaikan pelaksanaannya secara total?Saya harap sekiranya saat ini diari lama belum bersedia menutup tirainya , maka rancanglah satu masa agar matlamat itu dapat disegerakan demi pembaikan diri dan manusia sekeliling.Letakkanlah sasaran istiqamah yang boleh dicapai dalam waktu terdekat ini.Ikhlaskanlah dalam melakukan ketaatan kepadaNya.Moga-moga dipengakhirannya kita akan menemui ketenangan mendamba cinta dariNya Yang Maha Esa.


       Menyentuh kepada perlukah menyambut tahun baru Masihi ini?
    
        Sejujurnya saya merasakan dari sudut orang Islam sendiri keghairahan mereka lebih terampil setiap kali menjelangnya tahun baru Masihi berbanding tahun baru Hijrah itu sendiri.Diharapkan kita tidak terikut-ikut dengan tingkah laku orang Barat dalam meraikan perayaan tahun baru ini.Perlu diketahui Islam menggariskan panduan dan adab dalam menyambut perayaan ini seperti kita digalakkan menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan kita yang terdahulu , juga pada masa yang sama berazam untuk tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.


         Apabila dilihat dari aspek kehidupan kita pula, alangkah bagusnya sekiranya kita memanfaatkan usia kita yang berbaki ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan.Kita perlu celik dan sedar hakikat kehidupan ini....bahawa bertapa kita perlu bersyukur kerana  masih dibenarkan untuk menginjak ke tahun berikutnya seiring dengan peningkatan umur pemberian Tuhan kepada kita.Justeru , perkara yang perlu dititikberatkan kini adalah semakin meningkatnya usia seseorang itu menunjukkan semakin pendek hayatnya bergelar insan dan semakin hampir diri seseorang itu dengan maut.


"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada.Oleh itu, bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudaramu mempunyai tugas sendiri , maka ringkaskanlah pelaksanaannya."
(Imam Hassan al-Banna)


           Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini , asas utama yang perlu ditekankan ialah tujuan hidup seseorang , iaitu semata-mata untuk beribadah kerana Allah , bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti yang dihuraikan Allah SWT melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud:


"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."


       Pesanan saya kepada generasi muda , berbaktilah sedaya upaya kepada orang sekeliling anda selagi diperlukan khidmatnya.Percayalah bahawa sejarah dahulu telah mencatatkan ramai pemuda yang sanggup berjuang demi agamaNya yang tercinta.Mereka adalah Saidina Ali, Sultan Muhammad Al-Fateh, Muaz bin Amru al-Jamuh, Muawwiz bin Afra, Saidina Hamzah Assadullah, dan banyak lagi.Lantaran sikap cinta yang agung kepada Allah SWT , maka direlakan syahid menjadi hadiah kematian bertemu Yang Maha Pencipta.Sebagai penutupnya , beringat-ingatlah kita sesama kita untuk menghargai yang 5 sebelum datang yang 5.

  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit 
  5. Hidup sebelum Mati
Akhir bicara:

Biar kerdil di mata manusia,
Asal mulia di singgahsana syurga,
Biar tidak dikenali oleh penghuni dunia,
Asal 'megah' nama di 'atas' sana,
Biar lambat menanti natijah,
Asal usaha mendapat barakah,
Walau pengorbanan disebut tiada,
Asal Allah memberi redha,
Mungkin kita tiada 'nama',
Cukuplah ikhlas menjamin jaya :)


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails