Sunday, January 29, 2012

Bank Darah Tali Pusat


Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Sekali lagi dengan limpah rahmatNya kepada setiap hambaNya yang tidak pernah putus-putus menggendongi kehidupan insan yang mudah lupa dan leka dengan kenikmatan dunia ini, maka saya diizinkan kembali bertinta di sini.Terima kasih Ya Allah.Sesungguhnya rahmat Engkau terlalu luas Ya Allah.Maafkan segala kekhilafan diri ini andai pernah melukakan Engkau sepanjang menerokai  jalan pengibadahan dan pengabdian kepadaMu.Mungkin terkadang saya telah melampaui batasan sebagai seorang hambaMu tanpa saya sedari :(

       Untuk entri kali ini, saya mahu berkongsi sedikit info mengenai "Bank Darah Tali Pusat".Sebagaimana yang kita tahu kepesatan kemajuan sains perubatan telah mewujudkan pelbagai teknologi bagi mengubati pelbagai penyakit khususnya yang kritikal.Penemuan terkini ialah penggunaan sel stem atau lebih dikenali sebagai sel induk atau tunjang bagi merawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia serta talasemia.

        Secara umumnya terdapat dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan terbaru daripada tali pusat bayi baru lahir.Ekoran itu, kini berlaku perkembangan industri menyimpan darah tali pusat bayi yang dikatakan kaya dengan kandungan sel stem dalam satu bank khas dan Malaysia antara negara terlibat.

        Persoalannya adakah industri menyimpan darah tali pusat bayi merupakan satu perniagaan yang beretika dan bagaimana pula dengan keperluan undang-undang bagi memastikan industri itu tidak disalahgunakan.Kemungkinan juga golongan ibu bapa tidak mendapat maklumat yang tepat dan akhirnya mereka mudah terpedaya dengan ejen pemasaran syarikat terbabit.
___________________________________________
       Perkara ini telah dibincangkan dan mengambil pandangan banyak pihak.Demikian di bawah adalah pandangan Mufti Perlis berkenaan hal ini:

 �Islam tidak menghalang penggunaan bahan yang pada asalnya najis bagi tujuan perubatan kerana ia tergolong dalam perkara darurat.

- Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Islam amat fleksibel tentang isu tersebut iaitu berdasarkan kepada keperluan dan fungsinya sebagai penawar bagi mengatasi penyakit seseorang dan bukannya atas sebab lain.

-Beliau berkata, atas asas itu Islam membenarkan perpindahan darah daripada seorang kepada seorang yang lain dan begitu juga dengan pendermaan organ.

- Seperti darah, sekiranya ia telah dikeluarkan dari tubuh, sifatnya akan bertukar menjadi najis. Bagaimanapun disebabkan keperluannya serta berlaku perubahan kimia apabila dipindahkan kepada orang lain untuk tujuan perubatan, penggunaannya adalah dibenarkan.

Contoh di atas yang beliau berikan ini boleh diguna pakai kepada penggunaan darah tali pusat bayi yang mana ia turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit.

- Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penggunaan darah tali pusat bayi bagi tujuan perubatan.
Teknologi yang mula diperkenalkan di Malaysia sejak lapan tahun lalu itu kini semakin dikenali di kalangan rakyat di negara ini dan ada antara mereka yang menyimpan darah tersebut untuk digunakan pada masa akan datang sekiranya anak mereka sakit.

- Mohd. Asri berkata, isu yang sama turut melibatkan penggunaan baja terhadap pokok buah-buahan iaitu sifat asal baja tersebut adalah najis.Namun begitu buah yang dihasilkan tidak najis. Memang baja itu najis tetapi disebabkan berlaku perubahan kimia ketika ia meresap pada pokok telah menyebabkan sifat najis itu berubah,katanya.

-Ditanya mengenai fleksibel dalam Islam terutama berkaitan penggunaan bahan najis untuk tujuan perubatan beliau menjelaskan, fleksibel dan darurat mempunyai kaitan yang amat rapat.

�Dengan mengambil dua faktor itu Islam tidak ada halangan bagi seseorang untuk menggunakan bahan yang pada asalnya najis untuk dijadikan sebagai ubat atau penawar.

- Apa-apa bahan sekali pun pada peringkat asal ia adalah najis tetapi atas faktor manfaatnya untuk manusia, penggunaannya adalah dibenarkan. Ini merupakan keistimewaan yang ada dalam Islam, ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegur masyarakat Islam yang hanya tahu menimbulkan persoalan adakah perkara itu halal atau haram tanpa berusaha membuat kajian untuk mendapatkan penawar bagi sesuatu penyakit.

- Beliau mengatakan sudah sampai masanya pakar kita membuat kajian mengenai penawar bagi penyakit kronik supaya kita tidak lagi bergantung kepada kepakaran masyarakat Barat.

-Tegas beliau , daripada kita sibuk membicarakan soal halal dan haram lebih baik ada di kalangan pakar kita turut sama terbabit mencari jawapan bagi mengatasi masalah penyakit tersebut, ujarnya.

*info yang saya dapati adalah daripada website paramedik.Sekiranya ada kesilapan atau terdapat point-point lain yang boleh diketengahkan...silakan.Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan . :)*

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails