Sunday, January 29, 2012

Bank Darah Tali Pusat


Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Sekali lagi dengan limpah rahmatNya kepada setiap hambaNya yang tidak pernah putus-putus menggendongi kehidupan insan yang mudah lupa dan leka dengan kenikmatan dunia ini, maka saya diizinkan kembali bertinta di sini.Terima kasih Ya Allah.Sesungguhnya rahmat Engkau terlalu luas Ya Allah.Maafkan segala kekhilafan diri ini andai pernah melukakan Engkau sepanjang menerokai  jalan pengibadahan dan pengabdian kepadaMu.Mungkin terkadang saya telah melampaui batasan sebagai seorang hambaMu tanpa saya sedari :(

       Untuk entri kali ini, saya mahu berkongsi sedikit info mengenai "Bank Darah Tali Pusat".Sebagaimana yang kita tahu kepesatan kemajuan sains perubatan telah mewujudkan pelbagai teknologi bagi mengubati pelbagai penyakit khususnya yang kritikal.Penemuan terkini ialah penggunaan sel stem atau lebih dikenali sebagai sel induk atau tunjang bagi merawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia serta talasemia.

        Secara umumnya terdapat dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan terbaru daripada tali pusat bayi baru lahir.Ekoran itu, kini berlaku perkembangan industri menyimpan darah tali pusat bayi yang dikatakan kaya dengan kandungan sel stem dalam satu bank khas dan Malaysia antara negara terlibat.

        Persoalannya adakah industri menyimpan darah tali pusat bayi merupakan satu perniagaan yang beretika dan bagaimana pula dengan keperluan undang-undang bagi memastikan industri itu tidak disalahgunakan.Kemungkinan juga golongan ibu bapa tidak mendapat maklumat yang tepat dan akhirnya mereka mudah terpedaya dengan ejen pemasaran syarikat terbabit.
___________________________________________
       Perkara ini telah dibincangkan dan mengambil pandangan banyak pihak.Demikian di bawah adalah pandangan Mufti Perlis berkenaan hal ini:

 �Islam tidak menghalang penggunaan bahan yang pada asalnya najis bagi tujuan perubatan kerana ia tergolong dalam perkara darurat.

- Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Islam amat fleksibel tentang isu tersebut iaitu berdasarkan kepada keperluan dan fungsinya sebagai penawar bagi mengatasi penyakit seseorang dan bukannya atas sebab lain.

-Beliau berkata, atas asas itu Islam membenarkan perpindahan darah daripada seorang kepada seorang yang lain dan begitu juga dengan pendermaan organ.

- Seperti darah, sekiranya ia telah dikeluarkan dari tubuh, sifatnya akan bertukar menjadi najis. Bagaimanapun disebabkan keperluannya serta berlaku perubahan kimia apabila dipindahkan kepada orang lain untuk tujuan perubatan, penggunaannya adalah dibenarkan.

Contoh di atas yang beliau berikan ini boleh diguna pakai kepada penggunaan darah tali pusat bayi yang mana ia turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit.

- Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penggunaan darah tali pusat bayi bagi tujuan perubatan.
Teknologi yang mula diperkenalkan di Malaysia sejak lapan tahun lalu itu kini semakin dikenali di kalangan rakyat di negara ini dan ada antara mereka yang menyimpan darah tersebut untuk digunakan pada masa akan datang sekiranya anak mereka sakit.

- Mohd. Asri berkata, isu yang sama turut melibatkan penggunaan baja terhadap pokok buah-buahan iaitu sifat asal baja tersebut adalah najis.Namun begitu buah yang dihasilkan tidak najis. Memang baja itu najis tetapi disebabkan berlaku perubahan kimia ketika ia meresap pada pokok telah menyebabkan sifat najis itu berubah,katanya.

-Ditanya mengenai fleksibel dalam Islam terutama berkaitan penggunaan bahan najis untuk tujuan perubatan beliau menjelaskan, fleksibel dan darurat mempunyai kaitan yang amat rapat.

�Dengan mengambil dua faktor itu Islam tidak ada halangan bagi seseorang untuk menggunakan bahan yang pada asalnya najis untuk dijadikan sebagai ubat atau penawar.

- Apa-apa bahan sekali pun pada peringkat asal ia adalah najis tetapi atas faktor manfaatnya untuk manusia, penggunaannya adalah dibenarkan. Ini merupakan keistimewaan yang ada dalam Islam, ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegur masyarakat Islam yang hanya tahu menimbulkan persoalan adakah perkara itu halal atau haram tanpa berusaha membuat kajian untuk mendapatkan penawar bagi sesuatu penyakit.

- Beliau mengatakan sudah sampai masanya pakar kita membuat kajian mengenai penawar bagi penyakit kronik supaya kita tidak lagi bergantung kepada kepakaran masyarakat Barat.

-Tegas beliau , daripada kita sibuk membicarakan soal halal dan haram lebih baik ada di kalangan pakar kita turut sama terbabit mencari jawapan bagi mengatasi masalah penyakit tersebut, ujarnya.

*info yang saya dapati adalah daripada website paramedik.Sekiranya ada kesilapan atau terdapat point-point lain yang boleh diketengahkan...silakan.Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan . :)*

Saturday, January 28, 2012

Rindu Pada Arwah Adik!


Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'akan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali berkongsi rasa di teratak ini.Terasa masa cepat berlalu dan seiring itu penginjakkan umur  dirasakan pantas meninggalkan kita.Doa saya agar kita sentiasa dituntun oleh hidayah dan rahmat dariNya dalam menghadapi hidup manusia zaman moden ini yang semakin meninggalkan teladan terbaik umat terdahulu yang sanggup berjihad dan syahid di jalan menuju Allah SWT.

     Seketika , saya termanggu sebentar kerana melihat keletah seorang kakak dengan seorang adik lelakinya di Giant petang tadi.Subhanallah...Maha Suci Allah SWT kerana mengilhamkan rasa kasih sayang sesama mereka.Kelihatan murninya jiwa seorang insan bernama adik lelaki yang sudi menemani kakaknya membeli buku di kedai buku Popular.Tekun adik lelaki itu membuntuti kakaknya memilih buku dan menyatakan pendapat berkenaan buku yang hendak dibeli oleh kakaknya itu sesuai atau tidak.Tidak semena-mena tak disangka air mata saya menitis perlahan-lahan membasahi pipi.Saya sebenarnya RINDU!! Ya Allah saya rindu arwah adik lelaki saya.

Dulu saya ada seorang hero lelaki 
dia adalah seorang adik lelaki yang amat saya sayangi
semasa hidupnya adik tidak pernah mengeluh menemani saya ke mana-mana
walaupun ketika itu adik ada pertandingan bola sepak bersama rakannya
namun , adik sanggup batalkan rancangannya bertanding demi saya
adik sanggup menemani saya ke mana-mana.

Saya rindu gelak tawa arwah adik...
kini saya harus berdepan dengan realiti yang adik sudah kembali ke pangkuan Ilahi
kerana Dia lebih menyayangi adik berbanding sayangnya saya pada adik
berikutan itu , saya juga semakin belajar untuk berdikari menghadapi hidup ini
tanpa kehadiran adik di sisi.
mulanya memang terkial-kial ke mana-mana berseorangan
kerana kebiasaanya adiklah yang menjadi peneman setia ke sana sini
tapi saya cuba gagahi juga meredahi kehidupan ini
kerana saya tahu saya masih ada Allah SWT Yang Maha Mengasihani

Untukmu adik tercinta...
doa akak semoga kau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang soleh dan 
dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Akak terkasima tatkala melihat kembali surat yang pernah adik tulis 
semasa adik menyertai salah satu kem motivasi di High School dahulu,
kata adik, adik sangat bercita-cita ingin membawa ayah dan bonda menziarahi Mekah
dan menunaikan ibadah haji bersama...
InsyaAllah dik...kini biarlah ia menjadi kesinambungan impian adik ini pada akak di sini
InsyaAllah akak akan cuba untuk menunaikan hasrat itu demi ayah bonda tercinta
juga yang terutama kerana Allah SWT agar gelombang keyakinan ini bisa dirasai
yang akhirnya bisa mendorong diri ini untuk lebih istiqamah dalam 
membawa misi kehidupan yang bertunjangkan kalimah,
"Lailahaillah Muhammadur Rasulullah" ..
lantas mampu mencorak diri dan masyarakat.
InsyaAllah...kepadaNya segala harapan dan kebergantungan disandarkan.

Life is struggle, accept it God give us grace to accept with serenity the things that cannot be changed, courage to change the things which should be changed and the wisdom to distinguish the one from the other.

sahabat-sahabat arwah adik yang sentiasa menyerikan 
kehidupan keluarga kami setelah pemergian arwah adik

Wednesday, January 25, 2012

Sebenar-benar Wira

Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'akan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di sini.

Untuk hari ini, saya tidak mahu berkata banyak tetapi sekadar ingin berkongsi sebuah mutiara kata yang saya baca pada buku "Reformat Hatimu Dalam 345 Hari."

Sebenar-benar Seorang Wira

Ingatlah diri, bangkitlah sebagai seorang wira,
dan ingat wira bukan manusia yang sempurna.
Wira adalah orang yang kuat hati dan bermotivasi,
dan ingat wira bukanlah seorang yang manja.
Wira adalah seorang yang berani dan tabah hati,
dan ingat wira bukanlah orang yang tak pernah gagal,
kerana
wira adalah orang yang tidak pernah gagal menahan hati,
dan ingat , kekuatan hati yang membuatkan kehidupan menjadi lebih beerti,
bagi orang yang tidak pernah berputus asa memperbaiki diri.


Monday, January 16, 2012

Sem 6 Bermula

Salam w.b.t
         Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di sini.Terima kasih Ya Allah.

        Hari ni saya bukan mahu membuat perkongsian , tetapi mahu menceritakan sedikit pengalaman yang saya lalui pada hari ini sebagai pelajar sem 6 Diploma in Medical Laboratory Technology .Alhamdulillah , sesungguhnya saya bersyukur sangat kerana Allah SWT memudahkan urusan saya sepanjang melanjutkan pengajian di sini selama hampir 2 tahun setengah di Nilai University College.

      Apabila mengimbau kembali sejarah silam dahulu semasa baru menerima keputusan SPM, di mana saat itu saya memikirkan tawaran belajar yang sesuai yang sewajarnya dipilih , saya termanggu seketika.Hal ini kerana saya mahu menerima tawaran belajar yang bertentangan dengan pilihan keluarga saya.Saya mahu melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, namun ibu bapa saya menyuruh saya menerima tawaran SPA ini. Sejujurnya saya menangis ketika itu...tetapi saya cuba untuk berfikiran positif saat itu kerana ada baiknya saya akur pilihan mereka ini...dan saya cuba bina keyakinan terhadap Allah SWT.Saya yakin Allah SWT tidak akan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang tertanggung oleh hambaNya.

      Hati kembali berbunga apabila bertemu teman-teman baru yang juga mempunyai nasib yang sama seperti saya di kolej ini.Ada juga sahabat saya yang dapat menerima tawaran MARA dan JPA dalam bidang akauntan dan kedoktoran di luar negara, namun hasratnya tak dapat diteruskan kerana ibubapa mereka berpendapat belajar dalam bidang ini lebih bagus dan banyak kelebihannya.Dan sekarang mereka masih kuat meneruskan perjuangan dalam bidang ini.Kami memegang pendirian teguh bahawa pangkat seseorang itu atau level mereka dalam pelajaran seperti degree, master mahupun phd tiada apa pada pandangan Allah SWT kerana Allah SWT tak menilai seseorang itu pada pangkat yang dimiliki oleh seseorang tetapi yang diukur adalah pada ketaqwaannya kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam, Allah SWT.

       Disebabkan hari ini adalah merupakan hari yang pertama bagi semesta baru, jadi kami semua diberikan tugasan-tugasan yang amat menarik.Kumpulan pun dirombak, assignment pun dah start berlambak.Ikhtiar kami, kami cuba melakukan yang terbaik untuk sem akhir kami di sini.Doakan kami di sini.Kami pernah dibayangi dengan ketakutan bahawa hingga kini profession MLT ini masih berada di tahap terendah jika mahu dibandingkan dengan profession nursing dan doktor kerana kelemahan union itu sendiri.Yup itu memang saya akui, tapi hingga saat ini saya melihat banyak usaha-usaha yang dilakukan dalam menaikkan prestasi MLT agar bidang ini tidak dipandang rendah oleh mereka.Persaingan sihat ini sewajarnya mendorong kami pewaris-pewaris MLT ini untuk terus bangkit mencapai visi dan misi bagi menjamin manfaatnya kepada masyarakat dan orang sekeliling.

       Saya merasakan bidang ini adalah sesuatu bidang yang menarik untuk diterokai.Bidang-bidang lain juga tidak ada kurangnya.Cumanya ingin saya tegaskan di sini, belajarlah untuk menanam niat belajar semata kerana Dia dan bukannya untuk menjadi antara yang disebut ramai oleh penduduk bumi semata-mata.

"Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas."
(Ibnu Sina)

Sunday, January 15, 2012

Pengorbanan Asiyah


Wanita solehah adalah wanita yang seni untuk ditafsirkan.
Di dunia , namanya bukan siulan,
tetapi di langit namanya masyur di seru.

Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda. Bertapa Tuhan itu Maha Kuasa, maka sejujurnya saat ini renjisan keinsafan dan ketawadukkan sebagai seorang hamba yang lemah di hadapanNya cuba untuk saya koreksikan dalam diri ini.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih mengizinkan saya melaksanakan tugas yang sedikit ini demi menegakkan agamaMu. Pandulah kami Ya Allah untuk lebih dekat dan mencintaiMu meskipun lantaran cinta ini membuatkan makhluk bumi membenci kami.Tuntunlah kehidupan kami, keluarga kami dan saudara-saudara kami agar kami lebih memilih untuk mentaati Pencipta segala makhluk bumi dan isi alam ini yang berfantasikan coretan duniawi yang penuh pancaroba untuk ditempuhi.


     Berkenaan entri hari ini, saya memilih untuk menintai sedikit perkongsian "Pengorbanan Asiyah".Hal ini melihat pada ketabahan beliau dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri firaun.Sesiapapun di dunia ini, tidak kiralah lelaki mahupun wanita, setiap dari kita memiliki tahap piawaian ketabahan untuk menjadi seorang yang tabah dalam banyak aspek mahupun perkara.Banyak sebenarnya contoh yang boleh dijadikan garis panduan untuk tabah ini.Contoh teladan terbaik yang boleh diikuti adalah seperti sahsiah unggul yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sendiri, para sahabatnya dan nabi-nabi terdahulu.Dan pada kali ini izinkan saya untuk mengetengahkan lagi contoh lain yang terdapat dalam diri Asiyah untuk pedoman bersama.Mengetahui sahaja tidak cukup sekiranya kita tidak mempraktikkan erti ketabahan dan kesabaran yang diterajui oleh mereka.


Adakalanya seorang pemuda
membenci sesuatu urusan ,
padahal kesudahannya akan membuatkannya
senang di kemudian hari.

      Asiyah, beliaulah wanita yang hidup di istana paling agung di zamannya.Di sekelilingnya terdapat para pelayan dan dayang-dayang yang siap melayaninya sepanjang waktu.Hidupnya penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.Asiyah yang mana ya?Wanita itu adalah bernama Asiyah binti Muzahim r.a, isteri firaun.Seorang wanita yang memiliki tubuh yang lemah, beriman dan tenang di dalam istananya.Dari dalam hatinya terpancar cahaya keimanan.Srikandi ini menentang realiti arus jahiliyyah yang dipimpin oleh suaminya sendiri.

     Sesungguhnya beliau adalah contoh teladan wanita yang memiliki visi yang amat jauh sehingga melampaui istana yang didiaminya , hamparan empuk yang dipijaknya dan kehidupannya yang berlimpah dengan kemewahan.Oleh kerana itu, beliau berhak untuk diabadikan sebutannya oleh Allah SWT dalam kitabNya yang terpelihara dan Dia menjadikannya sebagai teladan yang ideal bagi orang yang beriman , sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya:

"Dan Allah mengemukakan satu contoh perbandingan kepada orang-orang mukmin(berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya) iaitu: Perihal isteri firaun , ketika dia berkata:Wahai Tuhanku !binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(At-Tahrim:11)


        Asiyah terang-terangan menolak Fir'aun sebagai Tuhan. Betapa pun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami, ia tidak bisa menerima pengakuan itu. Beliau tetap memegang teguh keyakinannya bahwa Tuhan yang patut disembah adalah Allah SWT dan bukan selainnya.Asiyah tetap teguh mengikuti ajaran Musa a.s walaupun nyawa sebagai taruhannya. Pernah suatu ketika,


Fir'aun berkata:
"Kuharap kamu telah menyaksikan apa yang terjadi atas perempuan yang ingkar kepada tuhannya yang agung, Fir'aun."

Dengan cepat Asiyah menyela:
"Celaka engkau, hai Fir'aun dengan azab Allah."


      Perkataannya itu telah membuat Fir'aun marah besar. Fir'aun segera memerintahkan para pengawal untuk mengikatnya di empat tiang kebun istana, kemudian para pengawal menderakan ke tubuh Asiyah.Tak sepatah kata pun keluar dari mulut Asiyah selain munajat kepada Allah SWT.Akhirnya Asiyah binti Muzahim rela kehilangan nyawa di tangan suaminya sendiri demi mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT.


      Itulah Asiyah yang menjadi mukminah , lampu terang yang bersinar dalam kegelapan isteri firaun. Sebagaimana tabahnya srikandi ini dalam menjalani kehidupan dalam lingkungan firaun, penulis berharap kita juga yang bergelar pendakwah ini mampu untuk terus tabah dan sabar dalam menyebarluaskan kefahaman agama dalam posisi kita kini yang berada di tengah-tengah kuasa Yahudi yang bermaharajalela secara senyap dan halus mempengaruhi umat manusia.Lantas kini kelalaian dan kealpaan yang menguasai mereka. Semoga sasaran untuk istiqamah membawa manusia ke jalan yang benar kekal utuh dalam jiwa dan pergerakkan disusun untuk mencapai matlamatnya demi redhaNya.

Saturday, January 14, 2012

Mengungkap Taat


Salam w.b.t
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kuniaNya dapatlah saya kembali menulis pada kali ini sebagai seorang hamba dalam menunaikan amanah kepadaNya.

       Kedinginan malam ini menyelubungi rasa syukur di hati sebagai tanda indah sungguh ciptaan Ilahi dalam mentadbir alam milikNya.Maka tidaklah adil kiranya saat ini saya mengatakan saya sentiasa berada dalam kesusahan hidup kerana saya melihat hingga kini rahmat Ilahi tidak pernah berhenti menaungi saya dan juga hamba-hambaNya.Namun cuma saya risau adakah amalan yang selama ini saya lakukan sudah mampu menghapuskan segala kesalahan saya yang lalu.Segala-galanya kembali menjadi tenang apabila saya kembalikan diri saya kepada Dia semula.Saya yakin Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

      Sebenarnya sepanjang melalui proses pembaikan diri ini, saya merasakan saya perlu manaiktaraf lagi tahap kesabaran dalam diri saya lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan masyarakat dan orang sekeliling. Melalui pemerhatian saya terhadap ruang lingkup negara ini, rakyat Malaysia mempunyai lebih ramai tenaga belia , dan kelompok mahasiswa dan mahasiswi pula terdiri dari ramai kalangan belia-belia ini.Apabila ungkapan belia ini dilontarkan , semestinya kita mahu melihat belia yang hebat dari segi intelektual(IQ), emosi(EQ) , dan spiritual(SQ) mampu untuk dibentuk dan dilahirkan untuk mendidik generasi harapan mendatang demi pengekalan tamadun seutuh zaman Abasiyah keemasan.

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka , sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan  dunia), berpaling dari akhirat.
(Al-Anbiya':1)

      Benarlah apa yang diberitahu kepada kita berkenaan hal ini...semakin dekat seseorang dengan hari akhirat , maka semakin lalailah dirinya.Maka dalam hal ini, saya melihat pengukuhan iman dalam hati seseorang perlulah disemat dengan semaian taqwa kepada Allah SWT dan bukan selainnya.Lihat sahaja, berapa ramai belia remaja pada hari ini yang mengaku Islam di bibir mereka tetapi masih tidak melaksanakan tugasan sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri dan seterusnya kepada orang lain.Bagaimana mungkin Islam tertegak di sekelilingnya sekiranya Islam itu tidak tertegak kukuh dalam dirinya sendiri.Saya juga mengingatkan diri ini.

       Penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini  , saya merasakan belia remaja/anak-anak ini perlulah dididik dengan menghargai kasih sayang dari Yang Maha Pencipta.Kasih sayang itu adalah milik sepenuhnya Dia dan sepatutnya rasa kasih sayang kepada Allah SWT sewajarnya diterapkan dalam diri setiap anak itu sejak dari kecil lagi agar mereka mengetahui Allah SWT adalah cinta yang utama sebelum cinta kepada ibu bapa , sahabat , seterusnya cinta kepada suami isteri.

       Jika dilihat dalam konteks hubungan kita dengan keluarga dan sahabat kita, ternyata perasaan kasih sayang ini mudah untuk dimanifestasikan kerana mereka nampak kehadiran insan-insan yang banyak membantu mereka dalam kehidupan ini.Sebagai contoh, jika seorang anak melihat bagaimana ibu bapa mereka menumpahkan sepenuh perhatian dalam mengasuh dan mendidik mereka , maka mereka akan cuba menghargai jasa ibu bapa mereka.Sama juga kisahnya dengan seorang sahabat yang benar-benar menghargai ikatan persahabatan dengan sahabat baiknya , maka mereka akan sedaya upaya untuk menjaga hati sahabat baiknya itu.Berlainan pula garapan cinta kepada Allah SWT. Allah SWT tak dapat dilihat dek mata kasar seorang hamba , namun apabila seseorang itu mengetahui hak-hak Allah yang perlu ditunaikan lantaran dirinya yang hina...dia mengetahui dirinya juga diciptakan, ibubapanya juga adalah diciptakan , seluruh alam dan isinya juga diciptakan , maka rasa percaya kepada kewujudan Allah SWT itu akan dapat dicapai melalui kepatuhan kepada suruhanNya dan laranganNya.

Cinta itu bukanlah pada apa yang dilihat, tapi pada apa yang dirasa.Percayalah sahabat , engkau akan dapat untuk terus taat dalam melayari kehidupan sebagai seorang hambaNya sekiranya engkau yakin akan kehadiranNya meskipun engkau tidak melihatNya.Lalu sedaya upaya akan engkau berusaha untuk menjagaNya walaupun lautan dalam terpaksa engkau redahi demi menikmati redhaNya hingga ke syurga yang hakiki.
(ummu raudah)
________________________________________________


      Sesungguhnya saya bimbang andainya saya lupa melaksanakan istiqamah dalam taat padaNya apabila berada di pentas hiasan dunia yang tidak kekal jaminannya.Bertungjangkan keyakinan pada Dia sahaja saat ini , saya harap agar setiap derap langkah saya dalam menuju redhaNya dipermudahkan lantas mampu mendidik diri ini berterusan melafazkan rasa syukur kepada Dia.

      Alhamdulillah, untuk ujian final sem lepas ada sedikit peningkatan.Terima kasih Ya Allah.Saat memegang result di tadahan tangan, saya menitiskan air mata kerana Allah SWT mendengar doa saya dan masih mengizinkan saya memegang kejayaan ini.Sesungguhnya saya hanya sekadar insan yang lemah di hadapanNya.Saya sedar ianya adalah pinjaman sementara di dunia untuk saya pergunakan sebaik mungkin bagi mencapai markah di akhirat yang sudah pasti menjadi matlamat utama orang-orang yang beriman kepada Dia.

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah:45)







Monday, January 9, 2012

Lunaskanlah Hak Jiran Tetangga

Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi rasa syukur di rafa'akan ke hadrat Allah SWT , kerana dengan izinNya..sekali lagi saya dapat meneruskan bait-bait perkongsian buat teman pembaca yang saya sayangi. Melihat sekitar alam yang luas terbentang dan diteduhi langit biru yang warnanya biru menawan , diselangi dengan gelagat senda gurau jiran-jiran dan rakan taulan , hati ini terasa girang dan membawa diri yang hina ini mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi ini.MasyaAllah...kasih sayang Allah SWT tak pernah sunyi menemani kehidupan hambaNya walaupun hambaNya terkadang lupa menjalankan tugas sebagai khalifah Tuhan dengan sesuci keikhlasan kepada Dia.


        Doa saya semoga kita tidak lupa  dan alpa dalam meniti kehidupan di dunia ini yang penuh dengan pancaroba sebagai hambaNya.Kita bertuah kerana Dia masih memasukkan nama  kita dalam list perkhidmatanNya.Yang nyata, percayalah saat ini nama saya...nama kita dah tertulis pada daun luh mahfuz Allah SWT.Tinggal menunggu masa sahaja untuk kita dipilih, dipetik dan dijemput menghadap Pencipta kita Yang Maha Esa.Mungkin esok..lusa..minggu depan..bila-bila masa sahaja.Mahu tidak mahu, perlulah kita sentiasa berusaha memperbaiki amalam kita kepadaNya dan mencuba sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kita kepada Dia.


      Berbalik kepada tujuan utama penulisan entri kali ini, suka untuk saya berkongsi berkenaan 'Lunaskanlah Hak-hak Jiran Tetangga Anda".Macamana nak tahu siapa itu jiran kita?Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran:

  1. Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan
  2. Jiran Muslim
  3. Jiran bukan Islam


  • Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. 
  • Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
  • Ketiga jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

        Sebagaimana yang kita maklum, kehidupan kita tidak pernah terlepas dari kehidupan berjiran.Saya juga mempunyai jiran.Adakah boleh kita katakan seseorang itu berjiran sekiranya mereka tidak mengetahui siapa jiran-jiran yang duduk di sebelahnya, di depannya , dibelakangnya dan yang duduk berdekatan dengannya.Situasi yang mampu saya lihat belakangan ini, banyak orang yang keluar  keluar bekerja tidak kiralah dalam mana-mana kilang/syarikat/jawatan awam mahupun yang keluar berdakwah dalam persatuan NGO atau mana-mana parti , schedule dakwah mereka di luar begitu padat hinggakan hak sesama jiran tetangga yang tinggal bersebelahan dengan mereka mungkin boleh jika saya katakan di sini...hak mereka diabaikan.


      Hari ini yang jelasnya, kadang-kadang kita susah untuk menegur dengan jiran tetangga.Bahkan ada segelintir kita tidak pernah kenal siapa yang bernyawa di sebalik pagar mewahnya.Masing-masing kurang ambil perhatian kerana merasakan kehidupan jiran bersebelahan dengannya sudah berada dalam keselesaan dan sikap jangan jaga tepi kain orang sekarang makin hangat diamalkan.Pada saya , kita sememangnya perlu menjaga tepi kain orang , tetapi janganlah sampai masuk ke dalam kain orang.Begitulah perihalnya betapa kita ini perlu mengambil tahu hal-hal jiran yang bersangkut paut dengan kesihatan mereka , khabar mereka , khabar kehidupan mereka sekiranya mereka dilanda masalah ataupun memerlukan bantuan.Sedangkan sejarah tertulis , tamadun yang terbina adalah hasil masyarakat yang saling melengkapi antara satu sama lain.


Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat , janganlah menyakiti jiran tetangganya!"
(HR Bukhari)


di antara contoh hak-hak sesama jiran


      Dalam Islam, jiran mempunyai hak-hak tersendiri dan kita wajib menunaikan hak-hak mereka.Antara hak yang wajar dipelihara adalah tidak menyakiti mereka.Sebagai seorang muslim , kita dituntut untuk melayan dengan baik jiran tetangga kita tidak kiralah mereka terdiri daripada muslim mahupun non-muslim. Seharusnya , inilah lambang ketelusan Islam yang wajar kita serapkan dalam kehidupan.Selagi mana mereka tidak menyakiti dan memudharatkan kita , seharusnya nilai ini perlulah dijaga sebaiknya.


Berusahalah Untuk Menjadi Seorang Muslim Yang Lebih Baik.
Menjejaki hari-hari yang sentiasa mendatangi kehidupan saban hari, saya berharap semoga sifat mementingkan diri sendiri dapat dikikis dari menguasai diri manusia. Harapannya , semoga kita sentiasa mengambil berat dengan kehidupan dan hak-hak jiran kita.Percayakah anda bertapa gembiranya dan lapangnya hati dan perasaan jiran anda apabila setiap kali bertembung dengan jiran-jiran anda , anda memberikan ucapan salam kepada mereka.Walaupun sekalumit ucapan salam diluahkan , ia mampu untuk membuahkan rasa kasih dan sayang sesama jiran.


Rasulullah SAW pernah ditanya:
"Islam yang bagaimanakah lebih baik?"

Baginda menjawab:
"Memberi makanan dan mengucapkan salam kepada orang yang ditemui , sama ada yang dikenali atau tidak."


       Berusahalah mencari kebajikan selama masih bernafas.Jika ego masih lagi terbungkam dalam jiwa, maka percepatkanlah merawatnya dengan ukhuwah.Mulakan persaudaraan dengan senyuman , yang akhirnya membuah sapaan dan persaudaraan hingga mencapai puncak rahmat Tuhan.Saya juga mengingatkan diri ini.Semoga sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.


"Tidak akan masuk syurga , orang yang tidak membuatkan tetangganya berasa aman dari perangai buruknya."
(HR Muslim)

Friday, January 6, 2012

"MAAF"


Salam w.b.t.
         Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaakan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta di sini.Harapan saya semoga kita sentiasa berlapang dada dengan sesiapapun diantara kita tidak kiralah terhadap ibu bapa kita, sahabat-sahabat kita dan juga orang sekeliling kita. Hal ini kerana apabila kita menyimpan rasa hasad dengki ataupun berdendam kepada seseorang , secara tidak langsung ia mampu mengakibatkan kerenggangan hubungan sesama kita.Seharusnya dalam situasi sebegini , memberi dan meminta maaf amat-amatlah dianjurkan agar segala kegusaran hati dan nurani dapat dihapuskan melalui penterjemahan redha, sabar dan ikhlas sebagai seorang hamba di hadapanNya.

Indahkan Dunia Dengan "MAAF".


Imam As-Syafie juga telah memberi wasiat :
"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya di sisi manusia."


Kemantapan Persaudaraan


       Sifat suka memaafkan adalah merupakan perbuatan yang terpuji.Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni.Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil keredhaan hatinya terhadap Allah SWT.Hal ini kerana dia memahami tentang dirinya sendiri yang hanyalah sekadar insan biasa yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedara atau tidak sedar.


      Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi pemikiran akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi , manusia kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak mampu membuat pertembangan dengan betul.


      Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain akan memahami hakikat ini , iaitu hakikat kelemahan yang juga ada pada dirinya sendiri yang pernah melakukan kesalahan.Atas sebab itulah , Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia agar mereka yang terlanjur bersegera memohon keampunan kepada Allah SWT.


     Adalah tidak menjadi suatu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat-sifat terpuji sebagai seorang Islam:

  1. menunjukkan kebijaksanaan
  2. orang yang bersih dari kesombongan
  3. orang yang bersih dari dendam kesumat
  4. tidak ada rasa terhina diri
  5. keimanan yang tertinggi
     Sifat-sifat yang disebutkan di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam.Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah SWT adalah tuhan yang satu dan tidak ada tuhan selain Allah SWT, maka persoalan perpaduan dalam kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada Allah SWT.

     Penulis merasakan perlunya amalan memaafkan orang lain ini disemai dalam setiap jiwa individu bagi memantapkan lagi jati diri sebagai seorang muslim itu sendiri. Percayalah bahawa kehidupan kita ini sebagai satu bulatan yang dibina bersamanya tali yang amat panjang untuk menjadikan ianya bulatan yang sempurna. Konsep ini boleh menunjukkan pentingnya tali itu untuk merelakan dirinya dilengkokkan dan dibentukkan seiring landskap bulatan yang bersifat bulat.Apabila dirinya rela dibengkokkan walau pada masa yang sama banyak halangan yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan  (hasil dari tangan manusia yang membentukkannya), maka dengan terciptanya redha pada diri untuk terus berkhidmat kepada peraturan yang telah ditetapkan , akhirnya dipengakhirannya bentuk bulatan itu bisa di cipta demi manfaat kepada orang sekelilingnya.  :)




Belajarlah untuk memberi dan memaafkan.Rasulullah SAW bersabda : 
"Janganlah engkau tidur sebelum engkau memaafkan orang lain dan engkau memaafkan dirimu sendiri."

Monday, January 2, 2012

Diari Baru



Salam w.b.t.
         Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafaa'kan ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya menulis di teratak ini.Alhamdulillah.


        Bersempena tahun baru Masihi yang baru menjelang ni , suka untuk saya membuat sedikit perkongsian bersama pembaca-pembaca.InsyaAllah...walaupun dah kira lambat juga post pendek ini , harapannya moga sama-sama dapat ambil manfaat darinya..  :)


        Memandangkan hari ini sudah masuk 2 Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433H , maka sudahkah azam baru dilakarkan dan diari lama dilangsaikan pelaksanaannya secara total?Saya harap sekiranya saat ini diari lama belum bersedia menutup tirainya , maka rancanglah satu masa agar matlamat itu dapat disegerakan demi pembaikan diri dan manusia sekeliling.Letakkanlah sasaran istiqamah yang boleh dicapai dalam waktu terdekat ini.Ikhlaskanlah dalam melakukan ketaatan kepadaNya.Moga-moga dipengakhirannya kita akan menemui ketenangan mendamba cinta dariNya Yang Maha Esa.


       Menyentuh kepada perlukah menyambut tahun baru Masihi ini?
    
        Sejujurnya saya merasakan dari sudut orang Islam sendiri keghairahan mereka lebih terampil setiap kali menjelangnya tahun baru Masihi berbanding tahun baru Hijrah itu sendiri.Diharapkan kita tidak terikut-ikut dengan tingkah laku orang Barat dalam meraikan perayaan tahun baru ini.Perlu diketahui Islam menggariskan panduan dan adab dalam menyambut perayaan ini seperti kita digalakkan menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan kita yang terdahulu , juga pada masa yang sama berazam untuk tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.


         Apabila dilihat dari aspek kehidupan kita pula, alangkah bagusnya sekiranya kita memanfaatkan usia kita yang berbaki ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan.Kita perlu celik dan sedar hakikat kehidupan ini....bahawa bertapa kita perlu bersyukur kerana  masih dibenarkan untuk menginjak ke tahun berikutnya seiring dengan peningkatan umur pemberian Tuhan kepada kita.Justeru , perkara yang perlu dititikberatkan kini adalah semakin meningkatnya usia seseorang itu menunjukkan semakin pendek hayatnya bergelar insan dan semakin hampir diri seseorang itu dengan maut.


"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada.Oleh itu, bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudaramu mempunyai tugas sendiri , maka ringkaskanlah pelaksanaannya."
(Imam Hassan al-Banna)


           Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini , asas utama yang perlu ditekankan ialah tujuan hidup seseorang , iaitu semata-mata untuk beribadah kerana Allah , bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti yang dihuraikan Allah SWT melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud:


"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."


       Pesanan saya kepada generasi muda , berbaktilah sedaya upaya kepada orang sekeliling anda selagi diperlukan khidmatnya.Percayalah bahawa sejarah dahulu telah mencatatkan ramai pemuda yang sanggup berjuang demi agamaNya yang tercinta.Mereka adalah Saidina Ali, Sultan Muhammad Al-Fateh, Muaz bin Amru al-Jamuh, Muawwiz bin Afra, Saidina Hamzah Assadullah, dan banyak lagi.Lantaran sikap cinta yang agung kepada Allah SWT , maka direlakan syahid menjadi hadiah kematian bertemu Yang Maha Pencipta.Sebagai penutupnya , beringat-ingatlah kita sesama kita untuk menghargai yang 5 sebelum datang yang 5.

  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit 
  5. Hidup sebelum Mati
Akhir bicara:

Biar kerdil di mata manusia,
Asal mulia di singgahsana syurga,
Biar tidak dikenali oleh penghuni dunia,
Asal 'megah' nama di 'atas' sana,
Biar lambat menanti natijah,
Asal usaha mendapat barakah,
Walau pengorbanan disebut tiada,
Asal Allah memberi redha,
Mungkin kita tiada 'nama',
Cukuplah ikhlas menjamin jaya :)


PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails