Monday, December 17, 2012

Bahaya Ancaman Liberalisma Terhadap Mahasiswa!!!

Salam w.b.t.
       Alhamdulillah dengan kasih sayangNya dapatlah kembali bertinta di teratak ini.Terima kasih Ya Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga serta sahabat handai Baginda. Maha Suci Allah , dengan izinNya , saya berpeluang hadir ke seminar umum serangan pemikiran, di mana hala tuju mahasiswa ...di atas tajuk "Bahaya Ancaman Liberalisma Terhadap Mahasiswa" yang bertempat di UTHM pada 8 Disember 2012 baru-baru ini.InsyaAllah di kesempatan yang ada , saya akan kongsikan serba sedikit info yang saya pelajari dan dapati hasil daripada seminar yang dilaksanakan ini.

       Melihat kepada keadaan rakyat di Gaza , atau secara umunya rakyat di Palestin yang menjadi habuan serangan tentera Israel hingga ke saat ini , maka suatu perkara yang perlu kita sedar ialah kita rakyat di Malaysia juga sedang diserang sebenarnya.Serangan yang dimaksudkan adalah serangan dari segi pemikiran kita yang berediologikan falsafah barat seperti liberalisme , sekularisme , syiah , pluralisme , hendonisme dan lain-lain.Izinkan saya berkongsi sedikit definasi ancaman di negara kita yang bercita-cita ingin menggugurkan jati diri dan nauzubillah akidah kita :-

1)Sekular- memisahkan agama and the ways of life.
2)Liberal- kebebasan mutlak .
3)Islam liberal-islam yang ditafsirkan dan di sesuaikan mengikut falsafah demokrasi barat berasakan human right.
4)Syiah-kononnye nak tambah satu lagi mazhab jadi 5 iaitu mazhab syiah menghina sahabat dan berbeza akidah.
5)Pluralisme-menyamakan agam islam dgn agama lain contoh cerita my name is khan ade unsur tersebut.
6)Hedonisme-menyukai hiburan melampau-lampau ni banyak berlaku pada anak muda masa kini.
*1-6 :copy from ukti izaty*
******************************
    “Sekiranya kita tunduk di bawah liberalisma, maka pada masa kelak kita tidak boleh berkata tidak kepada hak-hak asasi manusia (mengikut fahaman liberalism).” 
Ustaz Annuar Salleh, Exco Baitul Muslim Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). 

      Beliau memberi contoh situasi yang mungkin berlaku dalam arus liberalisma di mana ibu bapa tidak boleh melarang anak muda membawa anak dara orang lain balik ke rumah sesuka hati kerana ianya menjadi hak asasi anak muda tersebut.
********************
SEJARAH AWAL



Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : 
Hans Küng, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk ‘Voltaire’ & ‘Rousseau’, berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam ‘the American Declaration of Independence’.

Terdapat tiga jenis idea asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini:
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; 
Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; 
Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama dipinggirkan.


     Untuk pengetahuan para pembaca , beberapa tahun sebelum reformasi , wujudnya zaman gelap/kegelapan yang menghukum para intelektual seperti Gallileo Gallilee yang merupakan antara salah satu pengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran gereja Kartholik.Salah satu sebab beliau dibunuh adalah kerana theori yang dilontarkan beliau dirasakan bertentangan dengan ideologi gereja ketika itu.Sehubungan dengan penglibatan intelek pengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

     Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dengan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi relevan.Mazhab protestan terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.John Locke sendiri mempunyai pendiriannya di mana manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil.JL ini terang-terangan telah mengiktiraf 'kebebasan' ini sebagai hak asasi manusia.

Fahaman Liberal:

Secara ringkasnya , fahaman liberal ini bermaksud apa yang terlintas di fikiran manusia , ia boleh dilakukan. Dari keseluruhannya , Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, pembatasan kuasa-kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang berfahaman liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Tema / Falsafah Liberal:

1- Kebebasan individu
*Mereka tidak ada sekatan dari Tuhan.
*Cth: Mereka mengatakan bahawa agama lain juga mempunyai kebenaran.Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Usuluddin dan terang-terangan mereka mengakui bahawa mereka adalah atheis.
*Cth lain: Sister in Islam(SIS) yang memperjuangkan hak-hak wanita.SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.

2-Ekonomi Pasaran Bebas
*RAND (Research and Development) yang ditubuhkan oleh Amerika.Mereka ini berusaha dalam melaksanakan "Building Moderate Muslim Network".
*Cheryl Bernard mengatakan, bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, bukanlah perang senjata, tetapi perang idea. Menyedari hakikat ini, beliau menyarankan pentadbiran Amerika Syarikat, supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat, untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat.
*Dalam konteks politik domestik, ‘Perang Idea’ ini berlaku dengan begitu hebat dan rancak serta tanpa henti. Dimana, pelbagai idea baru dilontarkan dan dipasarkan di pasaran idea tempatan, melalui teknologi maklumat yang canggih.
*Kerancakan ‘Perang Idea’ ini menyebabkan di hadapan masyarakat Negara kita, sedang terhidang lambakan idea yang pelbagai dan rencam.

3-Persaingan
*Mereka berusaha untuk mewujudkan persaingan sesama muslim dengan mewujudkan perpecahan dalam kalangan muslim itu sendiri dengan menggunakan peluru perbezaan persefahaman dan pendapat sesama muslim tersebut.
*Agenda mereka sebenarnya sudah terzahir tapi masih terselindung.Kita perlu tahu!

4- Kerajaan Terbatas
*Penganjuran program yang melibatkan sumbangan dana dari orang barat.

Segmentasi:

Terdapat beberapa segmentasi yang diguna oleh mereka di mana mereka meneliti setiap golongan ini untuk menyebarkan ideologi mereka melalui pendekatan yang berbeza.Segmentasi itu adalah:

1- Fundamentalis
*Golongan ini adalah mereka yang menganut Islam secara menyeluruh.

2-Tradisionalis
*Golongan yang Islamnya ikut-ikutan.

3- Modernis
*Golongan yang menyokong fahaman demokrasi.

4-Sekularis
*Golongan yang memisahkan agama dalam kehidupan mereka.

     Yang nyata , mereka mengenalpasti musuh berada pada level segmentasi yang mana dan mereka berusaha  menyebarkan  ideologi mereka dalam pelbagai bentuk seperti pencetakkan buku (Hukum Barat Pun Islam , Agama dan Kebebasan Berfikir) , menyedarkan risalah dan propaganda , menggalakkan penulisan dalam kalangan para belia , cuba mengimplimentasikan pandangan mereka dalam pendidikan Islam , menonjolkan pandangan mereka dan lain-lain.

Kemelut Mahasiswa:

Terdapat beberapa pertubuhan dalam kalangan mahasiswa yang jelas mencerminkan wajah liberalisma seperti K.A.M.I(Kami Activis Mahasiswa Independent) , Occupy Dataran(Fahmi Reza) , PUNK ISLAM (taqwacore) dan banyak lagi.


Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-Jamaah.Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.


-Harapannya kita semua sedar berkenaan ancaman yang berbahaya ini terutamanya kepada kita yang bergelar pemuda harapan agama Allah.Di sini, terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan sebagai panduan kita semua bagi mengelakkan diri dari terjebak ke kancah liberalisme ini.Antaranya:
 a)Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
 b) Banyakkan menelaah buku berkenaan ism yang wujud zaman ini.
 c)Pergi majlis ilmu.
 d)Bersahabat dengan mereka yang baik.


"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya."
(Imam Hassan Al-Banna)

Perlu Cari dan Baca


Salam w.b.t.
     
      Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta di sini.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Bukti kekuasanNya , hingga saat ini saya masih diberi peluang bernafas di bumiNya walaupun adakalanya lidah dan hati ini lalai dari mengingatiNya.Allah =( maafkanlah segala kekhilafan diri ini yang hina.Jadikanlah dunia ini di dalam genggamanku dan bukan di hatiku.

       InsyaAllah hari ini nak jentik diri dengan kesedaran untuk menimba lebih banyak lagi ilmu.List ini pun sebenarnya copy dari blog MMI.Sekadar ingin berkongsi , moga-moga kita sentiasa punyai masa untuk mentela'ahnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang merasakan diri mereka adalah daie di jalanNya.Yang nyata kita semua ada tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan kepada semua orang.Jangan gugup, jangan lelah...berusahalah hingga ke akhirnya.Ingatlah sahabat , Allah SWT tidak memandang kepada kejayaan seseorang, tetapi Allah SWT menilai dari bagaimana kentalnya usaha kita yang bersusah payah mendaki tangga kejayaan tersebut.

a)Isu Global

1. Organisasi Kerajaan Pimpinan Rasulullah (Mohamad Yasin Mashar)
2. Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam (Muhammad Al Buraey)
3. Pengurusan Dakwah (Rozhan Othman)
4. Gerakan Pelajar (Md. Suhaimi Embong)
5. Khilafah dan Kerajaan (Al Maududi)
6. Islamic Threat (Prof. Esposito)
7. Islamic Fundamentalists (Philip Hiro)
8. Al-Ahkam Al-Sultaniah wal-Wilayah ad-Diniah (Imam Mawardi)
9. Teknik berfikir – Konsep & Proses (Ainon & Abdullah)
10. Pengurusan Dalam Islam
11. Siasah Syariyyah
12. Mengurus Secara Islam
13. Dunia Islam dan Tipudaya Antarabangsa (Fathi Yakan)
14. Jahiliah Abad 20 (Muhammad Qutb)
15. Penentangan Terhadap Aliran Pemikiran Perosak (Dr. Muhammad Al Baki)

b) Haraki

1. Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
2. Jalan Dakwah - Di antara Keaslian dan Penyelewengan (Mustaffa Masyhur)
3. Jalan Dakwah - Di antara Pimpinan dan Tentera (Mustaffa Masyhur)
4. Bekalan Di Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
5. Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
6. Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah (Fathi Yakan)
7. Apa Erti Saya Menganut Islam (Fathi Yakan)
8. Perspektif Pendidikan – Syarah Risalah At-Ta’lim (Said Hawa)
9. Risalah At-Taklim (Hassan Al-Banna)
10. Amal Islami 2 (Syed Hawa)
11. Jamaah Islam: ‘Ulama’ Dan Peranannya’ (Mokhtar Senik)
12. Fiqh Al-Jamaie (Mokhtar Senik)
13. Isra’ Mikraj Dan Kaitannya Dengan Gerakan Islam Masa Kini (Harun Taib)
14. Berbilang-bilang Jamaah (Harun Taib)
15. Muslimat Dan Pembangunan Ummah (Harun Taib)
16. Akidah Dan Perjuangan (Fadhil Noor)
17. Usul 20 (Hassan Al-Banna)
18. Pra Syarat Kejayaan Harakah Islam
19. Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
20. Beberapa Peringatan Untuk Para Daie
21. Pembebasan Al Wala’ (Syed Hawa)
22. Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah Dan Pendakwah (Fathi Yakan)
23. Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
24. Fiqh Kenegaraan (Dr. Yusuf Al-Qardhawi) atau dalam edisi lain Fiqh Daulah
Menurut Perspektif Islam (Maktabah Al-Qardhawi)
25. Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Yusuf Al-Qardhawi)
26. Panduan Memahami Syariat Islam (Yusuf Al-Qardhawi, Pustaka Ilmi

c) Sirah

1. Fiqh Al Harakah 1 & 2 (Haji Abdul Hadi Awang)
2. Figh As Seerah 1, 2 & 3 (Said Ramadan Al-Buti)
3. Seerah Nabawiyyah (Mustaffa As-Sabaie’)
4. Risalah Usrah Jilid 3 – Bab: Seerah Nabawiyyah Dan Perjuangan (Abu Urwah)
5. Risalah Hidup Rasulullah
6. Hayatu Sahabah 1-4
7. Fiqh Asd Seerah 1 & 2 (Muhammad Al-Ghazali)

d) Tasawuf

1. Bimbingan Mukminin (Imam Ghazali)
2. Detik-detik Hidupku (Hassan Al-Banna)
3. Manusia Yang Dimurkai Dan Dikasihi Allah (Said Hawa)
4. Keperibadian Muslim 1 & 2 (Muhammad Ali Hashim)
5. Siri Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (empat buah)
6. Sepuluh Wasiat Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna

e) Hadith

1. Hadith 40 (Imam Nawawi)
2. Hadith-hadith Politik (Shafie Ibrahim)
3. Sahih Bukhari & Muslim 1-4
4. Sahih Bukhari 1-6

f) Tafsir Al-Quran

1. Tafsir Fil Zilalil Quran (Juz ‘Amma & Di Bawah Naungan al-Quran) Syed Qutb
2. Tafsir Ibnu Kathir
3. Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(Al Tibyan: As-Saff, Al-Hujurat, Al-Maidah, Al-Hasyr, Al-Luqman)
4. Kaset-kaset Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
5. Index Al-Quran
Tambahan: Penumpuan Surah: Al-Maidah, Al-Kahfi, Al-Munafikun, Al-Muzzammil, Al-
Muddathir, Al-Saff, Al-Taubah, Al-Hasyr, Al-Luqman.

Thursday, December 13, 2012

Tujuan Hidup Bukan Sampingan!!!


Salam w.b.t.
      Alhamdulillah dengan kasih sayang dari Allah SWT , dapatlah saya kembali bertinta setelah sekian lama menyepi.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Sungguh Allah SWT itu Maha Mengetahui kemampuan setiap hambaNya.Hingga saat ini , saya berharap Dia akan memaafkan saya sekiranya saya pernah lalai dan leka dari mengingatiNya.Dalam meniti kehidupan sebagai seorang hambaNya yang juga pada masa yang sama mempunyai amanah sebagai salah seorang kakitangan para medik , saya merasakan prestasi diri dalam penulisan di blog semakin lama semakin merundum.Allah :( maafkan saya . Saya cuba...cuba untuk memadam banyak alasan yang terlakar di fikiran tiap kali ingin berpena. Tuntunlah hambaMu yang lemah ini Ya Allah.Saya ingin mendidik anak bangsa yang cintakan agamanya.

        Jika diperhatikan post sebelum ini , saya ada mengatakan bahawa saya sedang rotasi di makmal biochem. Tetapi kini saya berada pada rotasi-rotasi terakhir iaitu di makmal histologi dan cytologi setelah berjaya menjalankan rotasi di makmal tabung darah.Apabila bercerita tentang tabung darah/blood bank...ia membawa saya meminati satu perkara iaitu CABARAN.Seriously , saya sememangnya amat meminati lapangan ini  kerana ianya melibatkan kekuatan fizikal dan mental yang setiap saat perlu kental.Kental yang bagaimana? Nanti akan saya kongsikan =)

      Semasa di makmal tabung darah , saya belajar bagaimana mahu separate blood component kepada packed cell, platelet dan FFP/fresh frozen plasma.Selain itu, saya juga belajar bagaimana mahu menjalankan QC check , ABO grouping , Coomb Test , GSH(Group, Screen and Hold) , GXM(Group and Crossmathching) dan banyak lagi.Semua test ini memerlukan kepakaran melaksanakannya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Selalunya untuk kes emergency, GXM perlu dilakukan dalam masa 20 minit.Dan saya pernah merasa sendiri bagaimana menggigilnya saya apabila datang request dari pihak doktor yang perlukan 4 pain whole blood untuk ditransfuse kepada pesakit ketika emergency.Saya masih ingat lagi , ketika itu jam hampir menunjukkan jam 5 petang yang mana saya harus melaksanakan urusan di luar bidang kerja saya.Apabila call dari doktor yang mengatakan bahawa beliau mahukan darah tersebut , saya memakai kembali lab coat saya lalu meneruskan test yang direquest oleh doktor sebentar tadi.

      Alhamdulillah , saya bersyukur sangat.Walaupun saya menghabiskan test itu dalam masa 25 minit dalam keadaan yang agak kucar sedikit, tetapi saya beruntunng kerana mendapat bimbingan staff MLT yang berdedikasi.Berkenaan hal lain pula, sebenarnya rotasi di tabung darah sangat menarik sebab setiap hujung minggu pasti akan ada mobile(kempen derma darah)...dapat jumpa masyarakat.Alhamdulillah, benarlah Allah itu Maha Kuasa. Setiap kali mengimbau kenangan semasa di PLKN yang mana saya agak sedih apabila tidak dapat menderma darah disebabkan tidak mendapat tanda tangan dari ummi dan ayah...Alhamdulillah , dengan izinNya kini saya diberi peluang belajar dan bekerja di dalam bidang ini.Kini , bukan sahaja bila-bila masa saja saya boleh menderma darah ..bahkan saya juga berpeluang untuk menjadi pengarah program Kempen Derma Darah di tempat saya.

       Lain pula kisahnya menjalani rotasi di makmal Histologi/Cytologi.Rotasi di sini pun tidak kurang hebatnya. Di sini , saya belajar stain slide Histo/Cyto , baca slide , dapat pergi AFNC sebanyak 3 kali , dan banyak lagi.Saya berazam masa yang berbaki lagi 2 hari di makmal ini , saya ingin banyak baca slide. Belajar untuk kenal cell ASCUS, shistiocyte , endocervical cell , endometrial cell dan banyak lagi. Lecturer saya di Nilai selalu mengingatkan, "The more you see the slide, the more confident you are". Kata-kata itu yang selalu diberitahukan kepada saya tiap kali saya gagal menjawab cell yang diperlihatkannya di bawah mikroskop kepada saya.Alhamdulillah , pengalaman ikut senior MLT pergi AFNC banyak mengajar saya.Mengajar saya tentang bagaimana mahu bertoleransi dengan pesakit , bagaimana mahu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Kes 1 dan 2 yang saya pergi menunjukkan pesakit perempuan Melayu yang mengalami thyroid di bahagian leher.Kes 3 hari ini pula , membawa saya melihat seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an yang mengalami kanser payu dara.Allah...saya mendengar suara kesakitan yang dialami pesakit wanita itu tiap kali doktor mencucukkan needle ke bahagian yang disyaki kanser.Sepanjang saya berada di sini, hampir 10 orang wanita yang menjalani breast AFNC ini.Yang nyata , kita sebagai kaum hawa perlu sentiasa menjaga makanan , sentiasa bersenam , jangan terlalu stress , dan kena rajin check kesihatan jika mendapati ada sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya.
***************************

      Sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri bahawa untuk elak stress time kerja , kena sentiasa betulkan niat bekerja kerana Allah SWT, kena husnuzon dengan orang lain, juga kena anggap kerja ini adalah ibadah sekali gus merupakan tujuan hidup untuk kita mendapatkan keredhaanNya dan bukan sekadar sampingan semata-mata.Hal ini diberitahukan oleh Prof Dr Muhaya , yang mana beliau mengingatkan bahawa jika kita menganggap segala apa yang kita lakukan adalah tujuan hidup kita, pasti kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.Sebagai contoh , wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak yang merungut dengan masalah anak-anak yang tidak mahu mendengar kata serta mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak.Jawapan Dr Muhaya, jangan jadikan tugas menjaga dan mendidik anak itu sampingan , tetapi jadikanlah ia sebagai tujuan hidup kita agar aset ini mampu membantu kita dengan doanya kepada kita saatnya kita kembali ke pangkuanNya.

*Entri kali ini agak kalut sikit rasanya.apapun terima kasih kerana sudi membaca.Saya masih berusaha untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.Mujahidah yang bercita-cita menjejakkan ke tanah Palestin tercinta...moga Allah kabulkan*

Sunday, November 25, 2012

Dunia Cerminan Istiqamah



Salam w.b.t..
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasululullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali menabur secebis tinta di sini.Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

      Untuk tinta kali ini bertajuk “Dunia Cerminan Istiqamah”.Saya suka sekali membawa para pembaca menerokai dunia ini secara keseluruhannya.Dunia ini adalah bumi.Bumi sebagaimana yang kita ketahui tetap menjalankan tugasnya mengelilingi matahari dan tetap berada pada galaksi yang telah ditentukan kedudukannya.Tetap tidak pernah berehat bertugas sebagai  ciptaanNya.Seandainya bumi  ini mengeluh dalam menjalankan amanah yang diberi , lalu meminta untuk berehat selama seminggu sekali, bagaimana agaknya keadaan malam siang berganti.Pasti huru hara jadinya dunia ini..betul ke tidak?

        Hah …begitu juga sebenarnya dengan diri kita sebagai seorang hamba.Jika kita mengetahui tugas kita sebagai seorang hamba yang hina di hadapanNya…seharusnya kita sedar apa tanggungjawab kita sebagai khalifahNya di bumi ini.Kita tidak akan meminta waktu untuk berehat mengumpulkan sisa-sisa masa dengan dengkuran tidur yang berlebihan  serta khyalan yang berpanjangan, tetapi kita akan terus berusaha mengisi masa yang ada dengan membaca , berkhidmat kepada masyarakat , membuat kajian dan sebagainya.Saya juga mengingatkan diri ini.

        Sekiranya kita percaya bahawa dunia ini yang Allah SWT ciptakan ini sementara sahaja, kita perlu menjadikan dunia ini cerminan untuk diri agar terus istiqamah bertaqwa dijalanNya.Usah gusar apabila dirimu jatuh dihimpit kesusahan dan kesedihan.Cuba amati dan hayati hikmah disebalik kejadian kehidupan disekelilingmu dan ambillah ibrah darinya.Seperti sungai yang mengalir disebalik batu-batuan yang hadir , ia tetap mengalir dengan deras mengharungi batu-batuan yang boleh juga kita anggap ia adalah salah satu cabaran kehidupan.Seperti tumbuh-tumbuhan yang hidup subur , ia tidak terus subur dalam jangka waktu yang singkat.Hakikatnya, kesuburan yang terjadi pada tumbuhan itu adalah hasil bantuan supplement daripada baja , air , cahaya , udara dan sebagainya.Begitulah aplikasinya dalam kehidupan kita di pentasNya.

        Menyentuh isu persaudaraan pula , kita boleh melihat bagaimana haiwan yang tidak dikurniakan fikiran oleh Allah SWT juga mampu untuk menyayangi sesama ahli keluarganya.Tidak ada diskriminasi yang timbul.Lihatlah bagaimana seekor burung yang baru bertelur.Si ibu pasti menemani anak-anaknya yang baru keluar menghirup nafas dunia.Oleh itu , percayalah sahabat, tiada ada sesuatu di  dunia ini yang diciptakan sia-sia belaka.Masing-masing ada amanah yang perlu dipikul dan apabila telah tiba hari perhitungan umat manusia , maka beruntunglah mereka-mereka yang bertaqwa yang menjadikan Allah SWT sebagai matlamat hidupnya.
_______________________________________

Khas buat diri yang terkadang leka untuk kembali istiqamah di jalannya….

Hati berzikir mencangkir mutiara berharga kepada Rabbnya…
Tanpa disedari gugusan air mata keinsafan bercucuran membasahi pipi…
Oh Tuhan , sudah berapa lama diri ini meratapi hiba yang bungkam menyelubungi…
Ku jejaki selaput hati kian kotor oleh coretan hasad dengki…
Oh Tuhan, ku mohon padaMu…tuntunlah hambaMu ini…
Jangan biarkan ku lemas melayan perasaan dusta dan nista ini…
Duhai jiwa dan nurani tundukkanlah posisi kepada pencipta insani…
Bawalah aku mengerti dan memahami maksud ukhwah yang telah lama termetri…
Agar ku sentiasa awasi gerak geriku sebagai seorang hambaMu Ya Ilahi…
Ingatkanlah akan daku bahawa serendah-rendah peringkat ukhwah itu adalah berlapang dada…
Ingatkan juga akan daku bahawa setinggi-tinggi ukhwah itu adalah ithsar….
Ya Allah,
Jentiklah diri ini tika aku lupa dan leka…
Aku rela dibenci oleh mereka dalam hakikatku berubah mencuci karat hati ini…
Cukuplah mereka membelakangiku…aku masih mampu untuk berdiri…
Tetapi janganlah Engkau membelakangiku…kerana aku pasti rapuh ibarat layang-layang yang terputus tali…
Wahai diri…tetap teruslah bangkit berjuang melewati ujian hadiah dariNya…
Ingat kembali bagaimana bersemangat tentera Talut yang bermati-matian berperang dengan tentera Jalut …
Walaupun bilangan mereka semakin berkurang menjadi sedikit tetapi iman mereka tidak pernah luntur…
Lantas dari keimanan yang teguh itu , Allah membalas kepada mereka dengan sebuah kemenangan memerangi Jalut…
_______________________________
Surah Al-Baqarah ayat 246-252----sedikit kisah Tentera Talut dan Jalut

Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana orang Bani Israil telah meminta kepada nabi mereka yaitu Nabi Samuel  untuk mengangkat seorang raja untuk memerangi Jalut yang telah mengusir mereka dari kampungnya.

"Angkatlah seorang raja untuk kami, niscaya kami berperang di jalan Allah." kata mereka.


"Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang, kamu tidak akan berperang juga," jawab Nabi Samuel.

"Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami," jawab mereka.

Namun, ketika perang itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebagian kecil dari mereka. Terbuktilah anggapan Nabi Samuel tersebut.
Kemudian, Nabi Samuel menyatakan bahwa Allah telah mengangkat Talut, seorang petani dan peternak miskin dari desa, menjadi raja mereka, dan keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka.

"Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?" jawab mereka.

"Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan kekuatan. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui," jawab Nabi Samuel.

    Lalu didatangkan kepada mereka bukti yaitu Tabut, peti kayu berlapiskan emas yang didalamnya berisi ketenangan dan peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun (At Thobari).
Ketika Talut membawa bala tenteranya sejumlah 80 Ribu orang (riwayat lain 300 Ribu orang) untuk melawan tentara Jalut termasuk didalamnya Nabi Daud. Talut berkata, "Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali mengambil secukupnya dengan tangan"
Tibalah mereka pada sebuah sungai antara Urdus (Jordan) dan palestin nafsu mereka mengalahkan segalanya. Banyak dari tentara Talut melanggar perintah tersebut dengan meminum air sepuas-puasnya pada sungai tersebut. Dan tentara Talut menyusut menjadi 319 orang (riwayat lain, 313) yang tetap taat terhadap perintah Talut dengan minum secukupnya.
Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan, Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka yang tidak taat  berkata,

"Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya".

Namun, bagi mereka yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah pula berkata,

 "Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."

Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka berhasil melewati ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah  keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.

Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tentaranya, mereka berdoa,


 "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"

Meskipun dengan jumlah tentara yang sedikit, Talut tetap maju melawan Jalut. Kedua pasukan pun bertemu dan terjadilah perang tanding satu lawan satu. Daud juga mendapat giliran. Ia berani melawan Jalut, pemimpin pasukan lawan. Melihat sosok kecil Daud, Jalut meremehkannya dengan menggertak, " Enyahlah kau, aku tidak suka membunuh anak kecil." Tidak mau kalah, Daud menyahut, " Aku suka membunuhmu." Serangan Daud ternyata merepotkan Jalut. Daud mampu mengalahkan, bahkan membunuh Jalut. Dengan demikian, pasukan Talut memetik kemenangan. Keberhasilan Daud ini menjadi buah bibir di kalangan Bani Israil.
Dan akhirnya beberapa tahun kemudian, Allah memberikan kekuasaan pada Daud menggantikan Talut dan mengangkat Daud menjadi Nabi.
Sumber: Surah Al Baqoroh ayat 246-252 dan berbagai sumber.

*******************************
       Alhamdulillah pada hari Jumaat lepas berpeluang usrah bersama akhwat tercinta.Terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaanMu kepada saya.Usrah yang lepas kami berbicara mengenai ukhwah.Benda yang perlu sentiasa ditekankan berkenaan tentang ukhwah ini adalah pertamanya perlulah ada niat yang betul untuk berukhwah.Ukhwah yang dijalin perlulah atas dasar aqidah…semata-mata kerana Allah SWT.Kedua, seperti yang saya bicarakan di atas , iaitu serendah peringkat ukhwah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah ithsar.InsyaAllah kena sentiasa didik diri untuk menjuai watak sebagai seorang yang berukhwah.Ketiga, dan resolusi yang seterusnya, seseorang yang berukhwah itu perlulah menjadi pendengar yang baik , jujur , sedia memaafkan, sentiasa ingat kebaikan sahabat kita, sentiasa mendoakan sahabat, tetap ikhlas dalam berukhwah, sedia menegur, bertanya khabar , ziarah menziarahi dan sebagainya.Moga apabila point-point yang dinyatakan ini cuba untuk dipraktikkan , InsyaAllah akan suburlah ikatan ukhwah kita sesame muslim.Jangan malu untuk terus beramal :)

Monday, October 29, 2012

“Islah nafsak, wad’u ghairak!”



Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya dapatlah saya kembali menyemai sedikit benih-benih kata di teratak ini.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.

      Sesekali mengimbau zaman lampau , saya tergelak sendirian...yelah mana tak nya saya rupanya dah ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Tanggungjawab kepada Allah itu sudah tentu pasti , tanggungjawab kepada amanah yang diberi sebagai hamba yang kerdil di hadapanNya sedia diamati dan juga tanggungjawab kepada masyarakat yang semestinya perlu dilaksanakan dipastikan agar sempurna termetri..InsyaAllah.Saya memohon agar Allah SWT sentiasa menuntun saya menuju redhaNya.

      Alhamdulillah sekarang saya di tempatkan di makmal biochem.Di lab ini , banyak yang saya belajar hasil daripada tunjuk ajar senior MLT juga pegawai sains di sini.Alhamdulillah mereka baik-baik dan banyak memberi support sepanjang tempoh rotation ke semua lab.(Lab Hema, Lab Microb, Lab Biochem , Lab Blood Bank, Lab Histo juga Cyto).

       Sepanjang minggu lepas , saya cuba untuk menjalankan routine biochem lab test seperti Buse Creat , Renal Profile , Fasting Lipid Profile , Liver Function Test , Iron Profile dan sebagainya.Selain itu , belajar juga mengkaji diagnosis pesakit dan mengapa bacaan profile tinggi atau rendah.InsyaAllah minggu ini cuba untuk memahami QC test yang dijalankan di lab , menjalankan test hormone , HBA1C , dan urine for drug di sini.Mohon doa semua.
***************************************



      Sepanjang berkhidmat di sini, saya berharap Allah SWT akan memberi kekuatan kepada saya untuk kekal hidup dalam tarbiyah walau dalam apa keadaan sekalipun.Orang pernah kata , persekitaran yang membentuk kita..tetapi percayalah bahawa kita juga mampu menjadi salah satu faktor untuk membentuk persekitaran kita.Sebab itu Islam menganjurkan agar setiap hambaNya sentiasa melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar...

Atau dengan kata lain dapat di fahami menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada dan iringilah setiap amal dengan kebaikan kerana kebaikan itu mampu menghapuskan dosa-dosa kecil."
*******************************************

       Rasa sangat bersyukur juga kerana Allah SWT menemukan saya dengan seorang kakak ,bakal doktor yang sedang berpraktikal di sini.Nama beliau Kak Azleen.Pertemuan dengan beliau sebenarnya adalah satu nikmat buat diri ini yang hina.Tika diri ini dihanyut nafsu kelesuan setelah hampir 5 bulan tidak dapat join jemaah...Allah SWT menghadirkan seseorang untuk memberi nafas baru buat diri yang sedang mencari kekuatan untuk kembali teguh berjihad dan istiqamah di jalan menuju Tuhan.Suatu perkara yang membuatkan tersentuh hati ini apabila beliau sudi mengajak kami solat berjemaah , mentaddabur ayat al-quran seketika dan membuat perkongsian usrah pendek bersama-sama.Walaupun masa itu berupa satu jam cuma , cukuplah ia mengecas kembali semangat diri untuk bangkit melaksanakan tugas dan amanah dengan lebih sebaiknya.

Hingga kini saya cuba untuk menyayangi semua orang dan cuba untuk istiqamah untuk lebih menghargai dan memahami orang sekeliling.Cuba untuk terus bersangka baik kepada semua orang =)

Kata-kata Ulama' dari Bashrah (Syeikh As-Sarri Assaqathi) : 

"Perkara yang amat menduka citakan adalah apabila menjalarnya penyakit mencari-cari keburukan mu'min lain."

Beliau menambah, 
"Aku tidak pernah melihat hal yang lebih merosakkan hati,menjadikan jiwa sentiasa sedih,mencintai sifat riya' dan cintakan kekuasaan, kesan daripada sentiasa melihat aib orang lain tetapi tidak melihat aib sendiri." 

Sunday, October 28, 2012

Exodus Kehidupan

Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas junjungan mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta seketika di teratak ini . Alhamdulillah.

     Sebelum mulakan langkahan pena ini , saya ingin mengajak pembaca menyemak kembali tabir kehidupan kita sepanjang hari ini.Adakah prestasi kita sebagai hambaNya lebih baik berbanding semalam , semakin kurang baik dari hari sebelumnya ataupun masih berada pada radius yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Harapannya , jika kita merasakan horizontal line kehidupan kita totally berada di garisan yang membimbangkan , maka garapkanlah seberapa banyak usaha untuk menjadikan kehidupan berkondisi lebih positif pada saat ini , agar kita tenang apabila tibanya masa Dia menjemput kita pergi.

************************************
EXODUS

     Exodus adalah satu bentuk kumpulan sel  endometrial yang terjadi apabila seorang wanita mengalami period.Exodus ini berbentuk bulatan yang merangkumi banyak sel endometrial tadi.Usually occur up to day 12 of the menstrual cycle.Kelompok exodus ini hanya akan dapat dilihat dalam slide yang telah di stain dengan stain papanicolon melalui observasi di bawah microskop.

Apa kaitannya exodus dengan kehidupan?

        Pada tafsiran saya , saya mengibaratkan exodus ini sebagai ‘tembok kejenuhan yang di dalamnya terkandung pelbagai cerita sang kehidupan’.Kita semestinya tahu , hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian dan dugaan bukan? Banyaknya dugaan dan cabaran ini kehidupan yang jika kita sendiri tidak mampu menghadapinya , akan terbinanya tembok kejenuhan yang akhirnya membuatkan kita terkandas dalam keputusasaan.

      Mahu tidak mahu , yang nyata kita harus berani menghadapinya!!!Untuk exodus kali ini terimalah dan ambillah ibrah darinya.

       Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah kisah sebenar yang terjadi selama saya bekerja di BP Mall sebagai part time promoter baju kanak-kanak.Tugas promoter ini di samping menjaga kaunter , juga termasuk tugas melipat baju , menjaga fair , mencari pekerja baru untuk brand lain , juga menjaga kaunter khidmat pelanggan.Tak la susah sangat pun , tetapi perlu ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana Allah SWT kan Maha Melihat perlakuan hambaNya.

*****************************************
Kelihatan sepasang suami isteri bersama 3 orang anaknya berlegar di kawasan fair di tingkat 1 Pacific.

“…..alah……cepatlah sikit.Nak beli bajula plak.”

Tiba-tiba kedengaran suara tegas yang kuat bergema di situ.Rupa-rupanya dalam kebanyakan pelanggan yang ada di situ, wujud seorang lelaki yang menengking isterinya yang sedang mencari baju untuk anak-anaknya.Allah …. Saya begitu hairan mengapa suami itu sanggup bertindak kasar kepada isterinya di hadapan orang ramai di situ. Pada tanggapan saya , melihat perwatakan alim yang ada pada diri suami itu dan litupan tudung labuh yang sopan dipakai oleh isterinya itu , seharusnya lelaki itu perlu menjaga maruah isterinya.

“..ke…kejap bang, nak beli baju untuk along ni…”

Si isteri kelihatan malu dan gugup dengan tengkingan dari suaminya lalu dia mempercepat langkahan ke arah tempat baju lain di situ yang sesuai untuk anaknya.Saya yang berada di situ terus mendapatkan wanita itu dan bertanya saiz baju yang diinginkan oleh beliau.Tiba-tiba , sekali lagi….

“…awak ni dengar tak saya kata…cepatlah sikit…aku banyak kerja ni…”

Si suami berterusan menengking si isteri.Jika diikutkan hati saya , saat itu juga saya ingin membalas tengkingan itu yang dilemparkan kepada isterinya.Namun hati masih beristirgfar dan yang mampu saya lakukan adalah menjelingnya dari jauh.Seriously, saya bukan membenci lelaki itu, tetapi saya kurang suka dengan sikapnya yang dingin kepada isterinya.Masakan lelaki itu tidak tahu , sikapnya itu mampu membuatkan orang sekeliling melihat dan menjustifikasikan orang-orang alim ini pun sebenarnya sama sifatnya dengan orang-orang biasa.

Apabila dapat baju yang sesuai untuk wanita itu…saya dapat melihat beliau memandang saya lalu berkata:

“Maaf ye dik…suami akak memang macam tu…panas baran sikit.”

Saya menjawab:

“Tidak mengapa kak…saya faham..sabar ye kak…saya tahu akak kuat.”

Lama kami saling memandang antara satu sama lain…dan saya menyapa tangannya.Sapaan itu dibalas dengan genggaman yang erat dari beliau.Di riak matanya, saya tahu bahawa beliau sedih , tapi saya cuba mengingatkan kembali prinsip hidup yang saya pegang kepadanya…

“Akak…jagalah Allah…InsyaAllah Dia akan jaga kita ya kak..”

Akhirnya kami berpisah disebabkan saya perlu melakukan tugas seterusnya sebagai promoter jualan di situ.Daripada kisah ini dapatlah saya simpulkan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukanlah hak mutlaknya melihat kepada fizikalnya mereka itu ustaz mahupun ustazah , tetapi yang paling penting bagaimana jiwa, rohani dan sifat mereka itu mengkaderkan jasad di luar agar tampak manis dipandang orang.Ingat , kedua-dua pihak suami juga isteri perlu memahami peranan mereka.Perkahwinan bukanlah satu tiket untuk melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai hambaNya...isu dalam bagaimana melayan si isteri sebagai pendamping kehidupan juga akan disoal di hadapanNya.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah dia menghadapinya dengan baik atau diam.Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk, dan yang paling bengkok ialah yang sebelah atas.Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah.Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok.Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."
(Riwayat Muslim)

****************************************
Semakin hari berganti hari , banyak cerita kehidupan manusia dilakonkan di hadapan saya.Ya Allah , saya tahu Engkau menunjukkan semua cerita ini kepada saya kerana Engkau mahu saya belajar dari cabaran di dunia ini agar suatu hari nanti saya juga bisa untuk mengharunya dan menyelesaikannya.Terima kasih Ya Allah , dari semua ini , banyak yang saya belajar.Salah satunya , mengajar saya untuk tabah melepaskan sesuatu yang bukan milik saya. Hingga saat ini saya cuba untuk mujahadah...mujahadah untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.



*Alhamdulillah sudah seminggu berkhidmat sebagai Medical Laboratory Technologist di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat. Syukur juga kerana dapat meraikan raya eidul adha di sini.Cukuplah menghayati kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada isterinya dan anaknya, Siti Hajar dan Nabi Ismail , mampu menyalakan keinsafan pada diri ini.Saya ingin mencontohi sifat kesabaran mereka. Kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim juga menjadi iktibar buat diri ini untuk lebih mentaati Pencipta sebelum mentaati kejadiannya.*

Saturday, October 6, 2012

22 Oktober 2012...Debar



Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga serta sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapatlah saya kembali bercangkir secebis tinta di sini.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.

       Sesungguhnya benarlah janji Allah SWT itu pasti.Bagaikan mimpi bagi diri ini yang hina apabila disahkan untuk berkhidmat dengan kementrian kesihatan sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan.Tiada kata yang mampu diungkap melainkan rasa syukur padaNya.Mohon doa semua.InsyaAllah pada 22 Oktober 2012 yang bersamaan dengan hari Isnin , saya diminta melaporkan diri di Johor Bahru. Sebenarnya status penempatan di sana sekadar untuk melapor diri , bukan tempat tetap saya bekerja.Yang pastinya , saya berharap ke mana pun saya dicampakkan , saya harap Allah SWT sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi lautan kehidupan yang semakin mencabar.

   InsyaAllah pada seberapa saat yang ada ini, saya cuba untuk berkongsi sedikit adab-adab bekerja.Perkara ini begitu dekat dengan kehidupan ini yang akan berkhidmat di jabatan tidak lama lagi.Doanya , semoga sahabat-sahabat lain yang juga bersama-sama perjuangan ini  akan cuba memahami tujuan dan matlamat kalian bekerja.Niat bukan untuk mencari keuntungan keewangan di dunia , tetapi untuk mencari redhaNya semata.Untuk mereka yang bekerja, mari sama-sama kita renung dan amalkan sikap yang baik sewaktu bekerja.Semoga bermanfaat.InsyaAllah.
****************************
ADAB-ADAB BEKERJA
  1. Niat.. Menghadirkan niat yang ikhlas dan menganggap pekerjaan yang dilakukan sebagai satu ibadah.
  2. Jangan bertangguh. Kerja yang boleh disiapkan hari ini jangan ditangguh hingga esok.
  3. Berpagi-pagi. Datang awal ke pejabat. Rasulullah saw bersabda: “Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
  4. Tekun. Tekun dan komited dalam pekerjaan, sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan tekun.” (Riwayat al-Baihaqi)
  5. Rendah diri. Jangan bersifat sombong sesama rakan sejawat dan juga orang yang ingin berurusan dengan kita.
  6. Utamakan ibadah. Jangan menyibukkan diri dengan kerja hingga mengetepikan urusan ibadah kepada Allah.
  7. Halal. Menjauhi pekerjaan yang mendatangkan sumber rezeki yang tidak halal.
  8. Amanah. Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.
*Saya perlu matang melalui rencah kehidupan...be strong ummu!!!Jangan banyak nangis , tapi kumpulkan seberapa banyak semangat untuk cekal menghadapi kehidupan saat ini dan yang akan mendatang*

Kata Lelaki Wanita Itu Lemah



Salam w.b.t.
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , dapatlah saya kembali bertinta sebagai hambaNya. Ya Allah , cepat sungguh masa itu berlalu. Denyutan jiwa berulangkali bergetar menanti kekuatan untuk sentiasa berada dalam lingkungan untuk lebih mencintaiMu dan bersedia untuk berhadapan denganMu Ya Allah, Tuhan Yang Esa. Ya Allah , ampunkanlah segala kekhilafan hambaMu ini :(

     Untuk entri kali ini , bertajuk " Kata Lelaki Wanita Itu Lemah". Entri ini bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan kedudukan si adam apabila menjadi pendamping kepada si hawa...tetapi sebenarnya penulis teringin benar jika masalah yang pernah terjadi di sekeliling kehidupan penulis yang berkaitan dengan ketidakseimbangan dalam rumah tangga di luahkan menerusi bait-bait sajak/syair.Tidak ada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi pandangan bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan dari kaum adam sendiri yang mengatakan kaum hawa ini adalah kaum yang lemah.

     Penulis tahu lelaki dan wanita itu sendiri mempunyai peranannya sesudah melayari bahtera perkahwinan. Keputusan terletak di tangan kalian , sama ada ingin terus melengkapi bahtera itu dengan ketaqwaan dan kesabaran agar bahtera itu selamat belayar ataupun sekadar membiarkan bahtera tersadai di lautan hingga akhirnya karam.Terimalah..
***********************************

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Alangkah indah hidup bersuami isteri 
Jika kalian saling lengkap melengkapi
Tidak mudah berkecil hati apabila ditegur , dinasihati mahupun sehingga didustai
Kerana jiwa dan hati sentiasa berusaha untuk tetap redha
dengan segala ketentuan Ilahi
Lantas sesuatu yang akan kau miliki selepas kekecewaan itu adalah
ketenangan yang sentiasa mengisi kesedihan yang menjangkiti sanubari
Engkau tidak akan membiarkan ia terus membengkak menutup hati 
tetapi kau akan berusaha untuk bangkit taat sebagai hambaNya

*Nota cinta Ilahi ini akan tetap berpena selagi diri ini hidup sebagai hambaNya.Allah...tuntunlah hamba yang lemah ini*

Wednesday, October 3, 2012

Teserlah Keprihatinanmu =)


Salam w.b.t.
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah inayah dan rahmatNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Syukur Alhamdulillah.

    Tidak tahu bagaimana mahu melafazkan kalimah syukur tidak terhingga kepadaNya kerana memberi saya peluang hidup lagi di dunia ini untuk melaksanakan amanah seterusnya.Amanah yang dimaksudkan itu adalah amanah sebagai bakal Juruteknologi Makmal Perubatan di hospital yang bakal dipikul selepas ini.Seperti suatu yang mengejutkan , tawaran sah perlantikan ini sampai ke rumah selepas saya bekerja selama 2 minggu di BP Mall.Untuk pengetahuan pembaca , buat masa ini saya bekerja sementara di BP Mall sebagai part time promoter bahagian baju kanak-kanak.Saya menyerahkan segala kebergantungan ini hanya padaNya. Saya sudah berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari rezeki yang halal sebagai bekalan kehidupan di samping ingin mendidik diri untuk cekal mengharungi hadiah ujian dariNya.

     Sepanjang kerjaya sebagai promoter di BP Mall, satu benda yang saya belajar adalah saya seharusnya bersyukur dengan saya seadanya.Penemuan yang tidak disangka dengan sahabat-sahabat lama yang juga bekerja di sana sangat membuahkan rasa keinsafan pada diri ini.Mereka kebanyakannya masih bekerja untuk mengumpulkan wang sendiri bagi meyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.Percayalah teman pembaca , mereka sanggup berhenti belajar sementara semata-mata untuk mencari wang membiayai kos pembelajaran dengan mengunakan tulang empat kerat mereka tanpa menyusahkan ibu bapa mereka.

     Saya kagum dengan mereka.Keprihatinan mereka yang mendalam terhadap kondisi kewangan keluarga yang tidak mampu untuk membiayai mereka belajar ke peringkat yang lebih tinggi membuatkan mereka bangkit melawan rasa keputus asaan yang seringkali datang menjengah. Melihat kembali diri ini, sebenarnya terasa malu padaNya apabila sekali-sekala mengeluh dengan keberadaan ujian hidup yang mencabar....sedangkan saya perlu tahu bahawa selain saya , sebenarnya ada ramai lagi di sekeliling saya yang lagi susah , tapi mereka tak mengeluh. Allah , maafkan kekhilafan diri ini.


Benarlah dugaan dan ujian yang hebat-hebat itu sebenarnya hadiah Allah SWT kepada hambaNya yang hebat .

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
(Surah Al-An'am: 17)
*************************************
Cerita pendek seterusnya:
Dalam kehidupan saya sebagai manusia biasa yang masih mencari identiti sebenar , saya melihat hikmah di sebalik pertemuan saya dengan kenalan baru di tempat kerja. Saya banyak melihat mereka dan ternyata mereka adalah lebih baik dari saya.Mereka banyak membuka mata saya tentang bagaimana nak menjaga hati dan perasaan seseorang , tentang ukhwah juga diberikan alternatif bagaimana mahu melestarikannya juga yang paling saya suka adalah sikap keprihatinan mereka sesama mereka termasuk keluarga mereka.Masyallah.

Teringin nak quote kata ni :

    Cutenya adik tu...walaupun beliau adik tapi beliau prihatin dengan kebersihan surau di mall ni.Orang lain dah siap solat keluar , tapi adik ni siap kutip sampah jajan yg bersepah dan susun selipar yang bersepah di depan surau ni.-sbenarnya nak kata cutenya akhlak si cilik ni-ingatkan diri-

"Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia."
 (Hadis riwayat Muslim)

*pena melabuhkan tirainya, kerana hari esok usaha jihad dan mujahadah perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Moga Allah SWT tuntun menuju redhaNya.Terima kasih kerana sudi membaca*

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails