Wednesday, December 7, 2011

Warkah Buat Pemimpin Muda

Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran.Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka , tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni..Inilah saya, anda pula siapa?(Ustz Hassan Al-Banna)


Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW ,ahli keluarga dan sahabat Baginda.Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapatlah saya mencoretkan secangkir kata dan peringatan di teratak ini.Terima kasih Ya Allah:)

         Tajuk entri hari ini adalah bertemakan "Warkah Buat Pemimpin Muda". Buat semua teman-teman dan sahabat-sahabat yang sedang menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin mahupun yang telah menjalani liku-liku sebagai seorang pemimpin , sedikit bicara warkah ini ku tujukan khas buat kalian buat bekalan diperjalanan.Jika di sekolah rendah dan menengah, panggilan buat mereka ini selalunya bergelar pada nama 'pengawas', 'ketua kelas' , 'pengawas perpustakawan' , 'badan wakil pelajar' , 'lembaga disiplin pelajar'  dan banyak lagi rasanya jika mahu disenaraikan. Di universiti pula, MPP(Majlis Perwakilan Pelajar) adalah antara gelaran yang biasa kita dengar jika mereka memegang jawatan di kampus masing-masing.Apa-apapun yang pentingnya, tidak kiralah kita ni bergelar ketua /pengawas atau sekadar pelajar biasa, setiap daripada kita sebenarnya adalah pemimpin.

Saudara pimpinan pelajar yang dirahmati Allah,
Untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani buakanlah suatu yang mudah
Sifat untuk memimpin tidak bolah boleh dilakon-lakonkan
Memimpin itu besar tanggungjawabnya, bukan sekadar mahu mencari populariti  dan mahu disebut-sebut orang
Di samping kita memimpin orang, pada masa yang sama kita juga perlu memimpin dan mendidik diri kita
Apabila dilantik memimpin atau diberi jawatan, kita kena tengok dan tilik diri kita juga, adakah kita ini telah mendapat pimpinan Allah atau tidak
Kita kena lihat bagaimana hubungan kita dengan Pencipta kita
Barulah kita akan mudah dan senang memimpin manusia
Jika kita tidak mempunyai perasaan untuk mendapat pimpinan Allah, maka kerja kita memimpin orang lain akan menjadi sukar
Segala nasihat dan teguran yang diberi dari golongan bawahan akan sukar kita terima  dengan berlapang dada,
hingga boleh mengakibatkan kekeruhan persahabatan dan menimbulkan masalah dalam organisasi yang kita kendalikan

Asas-asas yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin:
  1. Idealisme
  2. Aktivisme
  3. Intelektualisme
Idealisme - Adalah pegangan atau prinsip fundamental yang mesti dihayati dan diamalkan, di mana ia berasaskan 2 perkara asas iaitu , al-amru bil makruf(kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmornian) dan wan nahyu anil mungkar(kebencian terhadap kepalsuan dan kezaliman).

Aktivisme - Didefinisikan sebagai keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal.Proses ini harus bersandarkan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme dalam aturan hidup secara kemas.Ini akan melahirkan satu kerjasama erat atau kesatuan yang berintikan semangat perjuangan dan pengorbanan serta nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi.

Intelektualisme - Proses penghayatan ilmu melalui olahan idealisme yang dikembangkan menerusi bentuk aktiviti -aktiviti  yang mampu merangsang pemikiran yang kreatif lagi kritis.

      Saudara-saudara pimpinan sekalian, ketiga-tiga elemen ini perlulah diadun secara seimbang , lengkap dan bersepadu dalam mendidik generasi muda.Jika salah satu elemen ini tercicir, maka pincanglah kerjasama dan kesatuan yang dibina ataupun yang sudah lama terbina.
 
     Jika hanya memiliki idealisme dan aktivisme tanpa intelektualisme memungkinkan akan lahir pemimpin yang bersemangat waja dan rajin  bekerja, tetapi isi perjuangannya hanya kosong.Pimpinan kosong biasanya tak kekal lama.Gahnya seketika, lama-kelamaan  sipemimpin itu yang perlu dipimpin.

     Jika pemimpin memiliki idealisme dan intelektualisme dan intelektualisme tanpa aktivisme (gerakan terancang) pula, akan melahirkan pemimpin yang sekadar tahu berkata-kata dan mempunyai idea yang tinggi tetapi perencanaan dan tindakannya kabur.

     Manakala, jika hanya mempunyai aktivisme dan intelektualisme sahaja tanpa adanya idealisme, akan wujud pula pemimpin yang kuat bekerja tetapi tidak berprinsip.Ini akan menyebabkan kita mudah diperkotak-katikkan , mudah goyah dengan ujian dan mudah lena dengan kesenangan duniawi.


     Oleh itu, marilah kita bersama muhasabah diri kita kembali apakah perjuangan dan visi perjuangan kita dalam mengharungi liku-liku perjuangan di kampus ini sudah jelas dan benar.Tanamkan semula niat yang suci bersih lagi ikhlas dalam melaksanakan amanah ini dari Allah , mudah-mudahan generasi yang beriman dan taat kepada Allah dapat dilahirkan.Yakinlah bahawa berkat serius kita dalam mengimpikan sebuah masyarakat yang madani lahir di alam kampus akan terkabul sekiranya kita memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta.Bersabarlah dalam menghadapi karenah sekelilingmu yang mencabar fizikal dan mental dan pupuklah kesabaran itu dengan rasa redha dengan segala ujian dan dugaan yang datang tanpa di duga. Semaikanlah rasa kasih sayang kepada semua walaupun kalian pernah dibenci dan dihina kerana itulah sebenar-benar jati diri pemimpin yang sejati yang perlu diikuti dan dicontohi.Semoga tabah di dalam perjalanan menuju redha Ilahi:) InsyaAllah :)

1 comment:

  1. Salam,kak.Mcm mane nk buat kalau ade org jlnkn tugas kite?Saye x minta tolong die pun.
    Semue bende die nk buat.

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails