Thursday, November 10, 2011

Travelog:Haji Muda


Salam w.b.t.
        Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang menunjukkan jalan kebenaran menerusi panduan suci al-Furqan.Alhamdulillah  diberi peluang kembali di teratak ini untuk berkongsi sedikit cerita berkenaan "Haji Muda".Saya sangat suka membaca bait-bait kata pada buku ini kerana memberi banyak kekuatan dalaman untuk berubah ke arah kebaikan dan kembali menyedarkan siapa kita di hadapan Allah SWT.Kita sebenarnya hanya hamba yang sering leka, sebab itulah kita memerlukan suntikan semangat dari mereka-mereka yang juga faham tugas dan tanggungjawab manusia yang sebenarnya sebagai hamba Allah.


          Buku "Haji Muda" ini, saya syorkan kepada anda untuk membacanya agar roh dan jasad kita sentiasa bersemangat untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-5 iaitu, menunaikan ibadah haji.Sebab itulah, untuk menghadapinya, kita perlulah menyediakan fizikal dan mental kita agar ibadah ini dapat dilakukan dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah.Penulis buku ini bernama, En. Ridzwan Bakar.Beliau merupakan graduan UIA yang pertama dalam bidang Perakaunan pada tahun 1991 dan melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan di United Kingdom pada tahun 1996.


       Menurut beliau, kini sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia menyatakan bahawa menunaikan ibadah Haji ketika usia muda adalah menyonsang dan pelik.Kata-kata seperti masih muda, masih belum bersedia, terlalu awal dan pelbagai alasan yang mengaitkan ibadah Haji seusia muda ternyata menjadi mainan di bibir umat Islam Malaysia.Hakikat sebenar, urusan menjemput tetamu menjadi milik Allah.Bagaimanapun, kesedaran mengenai kepentingan ibadat haji pada peringkat muda menyumbang kepada minat dan keinginan beliau mahu melaksanakan ibadah ini seawal mungkin.


        Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana 2 faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan.Bagi beliau, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan.Semua orang perlu mencari 'seruannya' sendiri dgn membuat perancangan haji semasa muda, berazam bersungguh-sungguh dan diikuti dgn doa.


       ______________________________________________________________


Antara Keseronokan Duniawi dan Mencari Keredhaan Allah


        Saya juga mengingatkan juga diri ini, mungkin pada kita, perancangan untuk menunaikan haji pernah tercatat dalam senarai perjalanan hidup menuju kejayaan.Sudah tentu sasaran mengejar karier dan glamour, rumah besar, pangkat tinggi, kenderaan mewah , belajar ke peringkat PhD, dan macam-macam lagi berada pada senarai teratas keutamaan hidup.Apabila disingkap kembali persoalan ini, baru disedari haji berada di senarai terbawah.Dengan kata lain, tiada langsung hasrat untuk menunaikan haji ketika usia muda.Haji cuma sesuai untuk warga yang berstatus YB(yang berpencen).




        Jauh sekali untuk berfikir, esok kami akan bertemu Allah, pencipta kita.Amalan yang ada pun tidak seberapa.Perkara-perkara sunat seperti bersedekah, sembahyang sunat tahajjud, witir, duha, taubat, puasa Isnin Khamis semuanya dibuat apabila ingat.Ya Allah , ampunkan kami Ya Allah.


"Dengan rendah diri kami memohon kepadaMu , Ya Allah.Bimbinglah, peliharalah dan berkatilah kami dan generasi muda kami bagi meletakkan mardatillah sebagai wawasan hidup.Ampunilah kami Ya Allah.Berikanlah kami kekuatan, kesungguhan, kesihatan, kewangan dan keyakinan yang tinggi bagi kami melangkah ke Tanah Suci ketika usia kami masih muda.Kami ingin memperbaiki diri, meneguhkan aqidah dan menjadi insan cemerlang bertunjangkan paksi haji yang mampu memahat hati dan jiwa kami sebagaimana para malaikat dan makhlukMu yang sentiasa bertawaf tanpa henti hingga hari kiamat.Amin".
_____________________________


Hakikatnya:


      Proses pentarbiahan haji semakin mencabar apabila kedua-dua belah kaki mula menjejak tanah anbiyak.Ia menuntut kesabaran, kematangan ilmu, kewarasan fikiran, pengertian sirah nabawiyah serta keihklasan.Mekah, Arafah, Mudzalifah dan Mina pula menggamit jemaah haji untuk merafa' sembah keagungan Ilahi, menaburkan gugusan air mata keinsafan, membuka minda pengertian tawaf, melatih berkorban ikon Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar serta memacak rasa bergantung hanya pada pemilik matahari dan bulan yang beredar dalam lingkungan tawafnya(paksinya)


     Tambah beliau, potensi diri yang dinafikan ketika di Malaysia akan mengalami gelombang keyakinan sebagai insan bersih pambawa misi kehidupan bertunjangkan "Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah".Misi rabbani ini seharusnya mampu membina dan mencorak diri, keluarga dan masyarakat dengan nilai-nilai tuntutan Islam.Cabaran pascahaji lebih menarik serta mencabar, namun menuntut keazaman, kesungguhan dan istiqamah.


"Haji dan Umrah sebaik-baiknya mampu merobek keegoan, membina tsunami keinsafan dan menghampar perjalanan insan meniti renjisan kedamaian."

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails