Saturday, November 26, 2011

Taatilah Pencipta Sebelum Mentaati KejadianNya

Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW ,ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'akan ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah dan limpah kurniaNya , dapatlah saya menulis kembali di sini.Syukur Alhamdulillah.Sejenak cuba kita imbas kembali segala nikmat Ilahi kepada kita pada hari ini, moga-moga bicara kita tidak putus memujiNya.

Untuk entri kali ini, tajuknya "Taatilah Pencipta Sebelum Mentaati Kejadiannya". Alhamdulillah usrah pada hari Rabu malam bersama adik-adik nursing dan MLT berjalan dengan lancar.Ayat yang menjadi pilihan untuk ditasmik adalah surah al-Anfal ayat 48 yang di mana bermaksud:


"Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan dosa mereka dan mengatakan , "Tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh aku adalah penolongmu".Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat berhadapan, syaitan balik ke belakang seraya berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah."Allah sangat keras siksaNya.


         Melalui ayat ini dapatlah kita melihat bahawa perbuatan dosa itu dijadikan sungguh indah pada pandangan pelakunya.Contoh mudah yang boleh diambil , sesuatu amalan atau perkara yang sememangnya telah Allah ingatkan seperti batas-batas hubungan antara lelaki dengan perempuan walaupun hanya sekadar bergelar sahabat...selalunya diambil ringan oleh masyarakat terutamanya yang bekerja di dalam pejabat mahupun kilang.Mungkin pada pihak yang memahami batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan telah cuba sedaya upaya untuk menjaganya.Tetapi bagaimana pula jika dilihat dari perspektif mereka yang kurang faham pentingnya ikhtilat antara sesama mereka?Mungkin mereka akan merasakan kita susah untuk didekati asbab kita tidak memberi layanan yang sepatutnya sebagai seorang sahabat yang berlainan jantina seperti terlalu menjaga mata dan hati ketika berbicara.

Perbuatan dosa yang lain jika boleh disebutkan di sini, yang mana ianya mungkin dalam rangkuman dosa kecil yang juga dirasakan indah oleh pelakunya.Ya Allah maafkanlah segala kekhilafan kami :( :
  1. Melayari facebook terlalu lama tanpa hala tuju
  2. Sengaja melewat-lewatkan solat fardu
  3. Sengaja menyakiti hati sahabat 
  4. Sengaja lambat masuk kelas atau tutorial
  5. Sengaja tidak hadir ke kuliah
  6. Membawa toyol di dalam exam/ meniru
  7. Tidak menjaga hubungan dengan orang sekeliling....tegur apabila memerlukan pertolongan sahaja
  8. dan banyak lagi



         Sebab itulah dalam hal ini, kita perlu kembali kepada titik asal iaitu dengan sentiasa perbaharui niat kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah.Perlulah kita menanam dalam diri kita bahawa sebelum mahu bertindak mentaati kejadianNya mahupun mentaati dalam menurut keinginan sesuatu benda yang dicipta oleh kejadian yang dicipta oleh Allah, seharusnya kita perlu mentaati Allah SWT Yang Maha Esa terlebih dahulu.Maksud di sini , didiklah diri untuk lebih sujud dan lebih takutkan Allah.

        Maksudnya dengan erti kata yang lebih mudah, tak salah pun nak buka facebook atau berblogging, tapi perlunya anda pastikan yang anda telah melaksanakan perintah Allah seperti solat 5 waktu pada awal waktu sebelum memulakan aktiviti yang telah anda susun.Tak rugi pun sebenarnya, malah anda yang akan beruntung kerana jiwa anda akan tenang.

      **Jika gitu, tak kisahlah nak menipu dalam exam...andainya tuntutan Allah seperti solat 5 waktu pada awal waktu telah ditunaikan???**

      Saya tak maksudkan begitu.Untuk kes sebegini, dah terang-terang menunjukkan anda tidak melaksanakan perintah Allah.Memanglah Allah tidak sebut hal jangan meniru dalam exam ini di dalam al-Quran.Tetapi anda mesti cukup jelas dengan perintah Allah di dalam al-Quran 40:28 yang bermaksud:

 "Sesungguhnya Allah tidak menuntun seorangpun yang melanggar dan membohong."

       Jujurlah kalian kerana kejujuran membawa kebaikan dan kebaikan mengantar ke surga. Hati-hati dgn kepalsuan kerana ini menyumbang kepada ketidakmoralan dan ketidakmoralan mampu meruntuhkan jati diri sebenar seseorang muslim.Berusahalah untuk memperbaiki diri ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Jangan pernah jemu untuk memohon taubat dari Allah kerana yakinlah Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

   _________________________________________________

        Di dalam surah Al-Anfal ini juga Allah mengingatkan hambaNya agar bersabar dalam berhadapan bertemu musuh dengan sentiasa menanam niat berjuang demi agamaNya.Hal ini kerana Allah telah berfirman di dalam surah ini bahawa yakinlah walaupun hanya ada segelintir pemuda yang keluar berperang, namun jika mereka seorang yang sabar , InsyaAllah Allah akan memberi kemenangan pada pihak tentera Islam.Ini dapat dilihat pada ayat 65.Pada ayat 64 pula , Allah telah mengingatkan dalam kita berjuang menghadapi musuh terdapat 2 kekuatan yang akan sentiasa bersama-sama kita iaitu Allah dan orang-orang mukmin yang mengikutimu.

"Wahai Nabi Muhammad!Cukuplah Allah menjadi pelindung bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu."
(Al-Anfal:64)

"Wahai Nabi Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang.Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh.Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti."
(Al-Anfal:65)

**Terfikirkah dalam benak hati kita memikirkan masalah umat hari ini.Jika dahulu masa zaman madinah , kita dapat lihat , Islam mampu tertegak dan menjadi ustaziyatul alam(semua negara tunduk kepada Islam) pada zaman keemasan Zaman Abasiyah.Namun kini, jelas kan kita lihat kedudukan ekonomi kita dipegang oleh siapa???Hiburan yang banyak disalurkan menerusi televisyen di sumberkan dari kuasa mana??? Sedangkan sepertimana yang kita ketahui Allah berfirman di mana Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi dari agama Islam.Jadi mengapa Allah masih tidak memenangkan kita pada zaman ini...dengan derita yang dihadapi oleh penduduk di Gaza dan Palestin yang tiada kesudahannya hingga kini...dan mengapa Allah menjadikan kuasa Yahudi ini berkuasa di atas muka bumi ini???**

Nak tahu jawapannya???Ok , cuba lihat surah An-Nur pada ayat 55:

"Allah telah menjadikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai.Dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan Ku dengan sesuatu pun.Tetapi barangsiapa yang tetap kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

          Itulah janji-janji Allah dan seharusnya kita perlu menyakininya dengan sebenar keimanan dalam hati.Saya memang suka berbicara mengenai perjuangan dan bila mengimbau kembali ,hebatnya Islam suatu ketika dahulu, saya terasa bersemangat dan berkobar-kobar ni:)Anda juga mesti memiliki perasaan seperti saya juga kan??Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.

       Perjuangan seseorang muslim ke arah mencapai mardhatilah Ilahi sememangnya tidak boleh lari dari keapayahan.Itulah hakikat yang perlu kita terima dan fahami dengan sebenar-benar kefahaman.Memang tidak dinafikan kita lihat ramai pemuda-pemudi yang telah terjun dalam bidang dakwah ini, dan terkadang mungkin kita akan mengeluarkan sedikit keluhan dalam mengenang nasib kita yang merasakan dakwahnya sukar diterima oleh orang lain.Kita dah berusaha dengan sehabis daya untuk membawa sahabat baik kita ke arah jalan yang diredhai Allah, tetapi mengapa sering gagal je???

      Pada saya, usaha kita sehabis daya dalam memastikan pemantapan aqidah sahabat kita tidak cukup sekiranya dalam masa yang sama kita yang bergelar pendakwah ini juga tidak berusaha memperbaiki hubungan kita dengan Maha Pencipta.Banyak org mngeluh sulitnya untk mngubah org lain.Tetapi tahukah wahai saudaraku , bhw yg paling sulit adalah untk mngubah diri sendiri.Bila diri sendiri sukar diubah, berjayakah kita dlm mengharap org lain untk berubah juga?Sebab itu kita perlu sentiasa melakukan koreksi kembali diri kita.Adakah kita telah betul-betul menjadi hamba Allah?Solat kita dah khusyuk ke belum?hubungan kita dengan ibu bapa macamana?hubungan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan bagaimana?Saya juga mengingatkan diri saya juga.Moga-moga dengan kukuhnya keterikatan hubungan kita dengan Al-Khaliq, InsyaAllah kita pasti mampu memacu jalan kejayaan dalam membawa kembali sahabat-sahabat kita ke jalan kebenaran.InsyaAllah


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails