Saturday, November 12, 2011

SPM!!!


Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang menunjukkan jalan kebenaran menerusi panduan suci al-Furqan.Ya Tuhan, terimalah dari kami solat dan amalan kami.Kami  mengaku kekurangan kelemahan kedhaifan dan banyaknya kesalahan.Bangkitkan kami bersama Rasul termulia.Ya Allah, hidupkan kami dalam iman, mati kami dalam Islam dan Ihsan, tidak menukar apa-apa dengan rahmatMu Ya Allah.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya menulis lagi pada kali ini.

          Entri kali ini khas untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM insyaAllah tarikh bermulanya pada 14 November 2011 ini.Tambahan pula pada tarikh yang sama, senior-senior saya juga akan menduduki final exam untuk sem6...diikuti saya dan sahabat-sahabat mengambil exam pada 17 November 2011 hingga 01 Disember 2011. Doakan kejayaan kami.Semoga kita semua berjaya..InsyaAllah.Percayalah , sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan yang mengkhendaki kita berjuang kuat untuk agama Allah.

         Hingga saat ini, apabila saya menghitung hari membilang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sahabat-sahabat arwah adik dan adik-adik angkat saya yang akan menduduki exam SPM, maka sekali lagi kenangan bersama arwah adik(Mohd Hakim) menyengat kembali dalam memori.Arwah adik tidak sempat untuk menduduki SPM tahun ini. Sejujurnya , saya merindui gelak tawa adik saya, walaupun dia tidak banyak bicara, tetapi apabila dia mula bicara, akan membuatkan saya tak lekang dari tersenyum.Saya juga harus tahu bahawa dalam masa saya mahu dia ada di sisi saya, Allah SWT, pencipta saya...pencipta Alam Semesta lebih menyayangi dia berbanding saya menyayangi dia.

         Sahabat-sahabat arwah adik selalu menziarahi keluarga kami sejak arwah tiada.Dan saat itu tiba, pada masa yang sama ummi akan menitiskan air mata melihat sahabat-sahabat arwah yang semakin meningkat dewasa.Saya tahu, ummi menangis bukan bertujuan untuk meratapi pemergian arwah adik, tetapi rasa bersyukur kerana sahabat-sahabat arwah masih sanggup bertandang bertemu dengan ummi dan meminta nasihat yang baik dari ummi untuk bekalan masa hadapan.Sesungguhnya , ummi begitu menyayangi mereka dan sesiapa juga yang datang menziarahi kami.

        Semasa saya menjalani praktikal di Hospital Batu Pahat, saya ingat lagi ummi selalu mengajak saya menziarahi kubur arwah adik setiap hari Sabtu.Tapi kini tidak lagi kerana saya berada di Nilai saat ini untuk mengambil exam.Saya berharap selepas ini saya akan lebih matang menilai erti hidup ini.Moga Allah membantu.

       Buat adik-adik, masa yang ada ini...gunakanlah dengan sebaik-baiknya agar berjaya dalam kehidupan dalam erti kata sebenar kehidupan yang hakiki.Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.Yakinlah selagi kita melaksanakan segala suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita.Berapa bilangan A itu bukanlah matlamat utama kita, tapi mencapai keredhaan Allah itu matlamat utama yang wajib dicapai.SPM ini bukan penamat kejayaan seseorang, tetapi jadikanlah SPM ini sebagai satu platform untuk adik-adik melangkah ke gerbang kejayaan untuk Islam tercinta.Berjaya untuk ummah dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada manusia sekeliling dan membantu mereka lebih cinta dan rasa dekat dengan Allah SWT.

‎"markah yg kita dapati hasil ujian mahupun peperiksaan bukanlah tujuan utama kita, yg penting kefahaman dlm pembelajaran dan hasil tatbiq dlm kehidupan sharian kita untk mencapai markah di akhirat , itulah matlamatnya...jd jganlah kita runsing mngenai hal peperiksaan...cuma belajarlah dgn ikhlas krn Allah dan ambil manfaat dri ilmuNya.."
(Syeikh Haidar almunem)

        Percayalah adik-adik, dunia hari ini memerlukan kalian sebagai pewaris generasi selepas kami tua.Jatuh bangun ummah hari ini juga terletak pada kita dan juga pada generasi adik-adik.Berusahalah melihat keadaan dunia tanpa sempadan hari ini.Tidak cukup dengan isu mat rempitnya, isu murtadnya, seks bebasnya dan macam-macam lagi, fikirkanlah adik-adik adakah kita sanggup melihat hal ini berlarutan berlaku di depan mata kita selama-lamanya.Masa ini, tidak perlulah kita menyalahkan media massa, artis , pelakon dan sesiapa yang tidak dinafikan serba sedikit menyumbang ke arah gejala ini, tetapi salahkan diri kita kerana kita sentiasa ambil ringan dalam menyelesaikan isu ini.Kita terkadang terlalu leka dengan hiburan dunia sehingga kita lupa mencium sejadah ketika di dunia.Kita belajar , tetapi kita tidak mempraktikan ilmu itu dalam kehidupan kita secara total.Sebab itulah kita perlu membuat koreksi pada diri kita agar kesedaran untuk membawa semangat pemuda dan pemudi sentiasa berada dalam kondisi memuncak.Kembalilah adik-adik...akak pun mengingatkan diri ini jua.Ingatlah adik-adik yang bila-bila masa kita akan kembali menghadapNya.

Oleh itu, sesuatu yang perlu kita sedari, jalan kebahagiaan mudah kita kecapi kiranya kita semua kembali semula kepada Al-quran dan As-Sunnah.Perjuang itu sememangnya pahit kerana memerlukan banyak pengorbanan , tetapi yakinlah syurga yang sedang menunggu itu manis.Perjuangan sebagai seorang hamba Allah tidak akan terhenti sehingga kaki kita menjejak syurga Ilahi.




WISH YOU ALL THE BEST MY DEAR:)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails