Friday, November 4, 2011

Selamat Berjuang Sahabat

Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah dan limpah kurnianya dapatlah saya berkongsi sedikit rasa hati di teratak ini pada kali ini.

             Untuk pengetahuan para pembaca ,pada hari ini ,bertarikh 04 November 2011(Jumaat) adalah merupakan hari terakhir saya dan beberapa orang sahabat saya yang lain menjalani praktikal di Makmal Patologi Hospital Batu Pahat.Alhamdulillah , kali ini meriah sedikit sebab tempat praktikal berdekatan dengan lokasi rumah saya di Batu Pahat.Alhamdulillah, empat bulan berada di sisi family memang cukup menyenangkan hati saya.Saya dapat melihat wajah ummi dan ayah saya setiap pagi...setiap hari.Saya sangat bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kepada diri saya yang hina kerana sejujurnya saya merasakan ummi saya adalah tempat saya meluahkan rasa hati, berkongsi cerita dan gedung pendapat tika dalam kebuntuan.Terima kasih Ya Allah.


          Sepanjang menjalani praktikal di sini, banyak ilmu dan pengalaman yang ditimba tidak kiralah dari MLT , doktor , nurse dab pegawai sains.Terima kasih di atas jasa-jasa kalian mendidik kami selama 4 bulan di sini.Doa kami , semoga union patologi ini akan terus maju dan sentiasa terus bersatu walaupun banyak ujian yang bakal dihadapi.Sesungguhnya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan selagi kita masih mengekalkan sifat bersatu-padu sesama kita.Semoga misi dan visi yang telah dilakar dapat direalisasikan sepenuhnya bersama-sama.

            Selepas ini, saya dan sahabat-sahabat akan kembali ke medan ilmu yang terletak di Nilai iaitu Nilai University College.Doakan saya dan sahabat-sahabat saya berjaya dalam pelayaran menuju destinati kejayaan.InsyaAllah.Tinggal satu sem lagi perlu dilunaskan sebelum kami memegang jawatan sebagai Pegawai Perubatan Patologi.InsyaAllah.Kepada sahabat-sahabat yang amat saya cintai, terima kasih di atas dorongan dan sokongan kalian kepada saya dan diharapkan ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.InsyaAllah.




CITA-CITA YANG INGIN KUKECAPI BUKANLAH UNTUK KEPERLUAN DIRIKU SEMATA....TETAPI IA JUGA ADALAH CITA-CITA UMMAH YANG PERLU AKU LAKSANAKAN.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails