Sunday, November 20, 2011

Islam, Iman dan Ihsan

Salam w.b.t
        Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang menunjukkan jalan kebenaran menerusi panduan suci al-Furqan.Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapatlah saya menulis kembali di teratak ini.Terima kasih Ya Allah.

        Pertama-tamanya, saya ingin membawa para pembaca melihat sebentar diri kita sepanjang hari ini dan beristighfar.Astargfirullahalazim....astargfirullahalazim....astargfirullahalazim.Ya Allah , maafkan segala kekhilafan diri kami Ya Allah kiranya sepanjang hari yang Engkau rezekikan kepada kami, kami mensia-siakannya walau sesaat tanpa kami sedari.Maafkan kami Ya Allah:(

        Untuk hari ini, izinkan saya berkongsi kepada para pembaca yang saya sayangi berkenaan Hadis kedua- Atas tajuk Islam, Iman dan Ihsan.Moga-moga ianya bermanfaat.Mungkin hadis ini biasa didengar, tetapi saya tetap mahu ianya diperingatkan kembali ...bagi saya, manusia itu sememangnya sentiasa perlu diperingatkan kerana sifat manusia itu mudah lupa.


بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ الله ص ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلا يَعْرِفُهُ مِنَّا أحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ ص، فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أخْبِرْنِي عَنْ الإسْلاَمِ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ص: الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيمَ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيتَ إِن اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلاً. قَالَ: صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِيْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ

رَوَاهُ مُسْلِمٌ(hadis ini saya copy paste dari blog akhi alim)


Terjemah Hadits :
Dari Umar bin Khattab r.a. ia bercerita, "Ketika kami sedang duduk di dekat Rasulullah saw., tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian putih, berambut hitam pekat, bekas jalannya tidak terlihat dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Ia duduk menghadap Nabi saw, lalu menyandarkan kedua lututnya ke lutut Nabi dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua paha Nabi sambil mengatakan, 'Wahai Muhammad! Terangkanlah kepadaku tentang Islam!' Rasulullah saw. menjawab, 'Islam adalah hendaklah engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan salat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan melakukan ibadah haji ke Baitullah, jika memenuhi syarat.' Ia mengatakan, 'Engkau benar!' Kami keheranan melihat dia bertanya sekaligus membenarkannya. Lebih lanjut ia mengatakan, 'Sekarang terangkanlah kepadaku tentang Iman!' Rasulullah saw. menjawab, 'Engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat serta engkau beriman kepada baik dan jeleknya takdir.' Ia mengatakan, 'Engkau benar! Selanjutnya terangkan kepadaku tentang Ihsan!' Rasulullah saw. menjawab, 'Hendaknya engkau beribadah kepada Allah seakan-akan melihat-Nya, atau engkau beribadah kepada Allah dengan keyakinan bahwa Dia selalu melihatmu.' Orang itu kembali bertanya, 'Beritahukanlah kepadaku kapan terjadinya hari kiamat?' Rasulullah saw. menjawab, 'Orang yang ditanyai, sebenarnya tidak lebih mengetahui hal itu daripada penanya sendiri.' Orang itu mengatakan lagi, 'Kalau begitu beritahukanlah kepada saya tanda-tanda (terjadinya) hari kiamat!' Rasulullah saw. menjawab, 'Apabila budak perempuan melahirkan majikannya, engkau melihat orang-orang tidak bersandal, telanjang, papa dan penggembala kambing saling bersaing membangun gedung-gedung tinggi.' Kemudian orang itu berlalu, kami terdiam beberapa saat. Rasulullah saw. bertanya, 'Hai Umar! Tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?' Umar menjawab, 'Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.' Rasulullah saw. memberitahukan, 'Dia adalah Jibril, datang untuk mengajari kalian tentang agama Islam.'" [Riwayat Muslim] 

_______________________________________
Kepentingan Hadis
Kata Ibnu Daqiq:Hadis ini merangkumi semua fungsi amalan zahir dan batin.Semua ilmu syarak merujuk dan berpada dengan hadis ini.Hadis ini juga mengandungi himpunan ilmu sunnah.Ia bagaikan 'Ummu as-Sunnah'(ibu bagi sunnah).Hadis ini sebenarnya mampu membantu kita menyingkap semula keadaan diri kita yang sememangnya telah dilahirkan secara Islam.Tetapi Islam sahaja tidak mencukupi sekiranya iman tidak tersemat kukuh pada lubuk hati kita.Kita perlu memahami apa maksud sebenar Islam , Iman dan Ihsan itu seperti yang dikisahkan dalam hadis di atas.

       Perlu kita tahu , dalam menghadapi situasi yang mencabar kini, di mana keadaan umat Islam kian tenat pada dalaman dirinya...kita sebagai dai'e seharusnya menghayati apa yang Allah kehendaki pada umatNya yang beragama Islam.Hal ini kerana apabila kita memahami erti sebenar Islam dan Iman, secara tidak langsung ini akan membantu diri kita dalam memahami perngertian Ihsan.InsyaAllah, apabila Islam, Iman dan Ihsan ini bergerak seiring , tak mustahil bahawa kita mampu melahirkan generasi yang mengetahui tujuan mereka diciptakan oleh Allah SWT.Dijadikan bukan untuk meniti kehidupan dunia yang sia-sia, tetapi diciptakan untuk menyediakan seberapa banyak bekal dan amal di dunia untuk dipertontonkan kepada Allah SWT kelak.Juga melihat dalam usaha kita bersungguh-sungguh membawa kegemilangan Islam kembali menyerlah seperti mana zaman keemasan di Zaman Abasiyah.

Takrif Islam:
Islam dari segi bahasa bermaksud ketundukan dan penyerahan hanya kepada Allah SWT .Islam menurut syarak pula bermaksud ia tegak berdiri di atas lima asas iaitu:
Dua kalimah syahadah,"Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah".
Mendirikan solat pada waktunya.Cukup dengan syarat dan rukunnya serta disempurnakan dengan sunat dan adabnya.
Menunaikan zakat.
Berpuasa pada bulan Ramadhan.
Menunaikan haji ke Baitullah sekali seumur hidup kepada mereka yang mampu menyediakan keperluan dan bekalan untuk bermusafir, dan nafkah kepada isteri dan anak yang tinggal.

    Takrif Iman:
    Iman menurut bahasa bermaksud perakuan.
    Iman dari segi syarak pula bermaksud:
    1. Memperakui kewujudan Allah sebagai pencipta tanpa berbelah bagi.Sesungguhnya Dia Maha Suci dan Esa dan tiada sekutu bagiNya.
    2. Memperakui kewujudan makhluk Allah iaitu malaikat.Mereka merupakan hamba yang dimuliakan.Mereka tidak ingkar dengan segala perintah Allah kepada mereka.Mereka melaksanakan segala apa yang diperintahkan.Allah mencipta mereka daripada cahaya.Mereka tidak makan, tidak berjantina dan tidak reproduksi.Bilangannya juga hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja.
    3. Memperakui atau mengiktiraf kitab-kitab samawi yang diturunkan daripada sisi Allah Ta'ala.Sesunggunhnya ia merupakan syariat Allah sebelum diubah dan dipinda oleh tangan-tangan manusia.
    4. Membenarkan semua Rasul yang dipilih oleh Allah bagi menyampaikan hidayah kepada makhlukNya.
    5. Memperakui kewujudan hari akhirat.Allah Ta'ala akan membangkitkan manusia dari kubur mereka dan menghitung amalan serta mengganjari mereka.Jika baik, ia akan diganjari baik dan jika jahat, ia akan dibalas jahat.
    6. Memperakui bahawa semua perkara yang berlaku dalam alam jagat ini merupakan takdir dan iradat Allah Ta'ala.
    Inilah dia rukun-rukun iman.Sesiapa yang meyakininya, dia akan berjaya dan selamat.Sementara sesiapa yang mengingkarinya, dia sesat dan gagal.

    Takrif Ihsan:
    Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya.Maksudnya, ikhlas beribadat kepada Allah semat-mata.Ia ditunaikan dalam keadaan terbaik dan paling sempurna.Jika kamu tidak dapat menghadirkan perasaan tersebut , ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kamu.Dia melihat apa yang kamu lakukan tidak kiralah ianya kecil mahupun yang besar.

    Kiamat dan Tanda-tandanya:
    Ilmu tentang waktu berlakunya kiamat merupakan antara ilmu yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.Tiada seorangpun makhlukNya , sama ada malaikat mahupun Rasul yang mengetahui bilakah kiamat akan berlaku.Lantaran itulah, Nabi SAW menjawab pertanyaan Jibril dengan sabdanya:

    "Orang yang ditanya tentangnya bukanlah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya".

    Namun Baginda SAW menyatakan beberapa tanda kiamat yang berlaku terlebih dahulu dan menandakan ia hampir berlaku:
    1. Kebejatan zaman dan akhlak menjadi rosak.Lantaran itu berlaku banyak penderhakaan anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.Hinggakan mereka melayan ibu bapa seperti layanan tuan kepada hambanya.
    2. Berlaku situasi terbalik dan bercampur baur.Hinggakan orang yang dipandang hina menjadi raja dan ketua bangsa.Berbagai urusan diserahkan kepada mereka yang tidak berkelayakan.Banyak harta dimiliki oleh manusia dan banyak berlaku pemborosan dan pembaziran.Manusia berbangga dengan bangunan tinggi dan banyaknya harta dan perabot.
    ________________________________________

             Kesimpulannya, kita perlulah sedar yang perjuangan kita menegakkan agama Allah perlu dilaksanakan berterusan.Islam tidak memerlukan kita , tetapi kita yang sebenarnya memerlukan Islam.Perhatikanlah, menerusi pemerintahan dan perjuangan Islam oleh tokoh-tokoh terdahulu, menjadikan kita kini mampu merasai kehidupan yang selesa, masih aman, boleh mengamalkan toleransi kepada mereka yang berbilang kaum, orang susah masih mendapat bantuan, orang miskin masih diberi perhatian, golongan pelajar dapat melanjutkan pelajaran tidak kiralah di dalam mahupun luar negara.Percayalah , jika Islam tidak datang pada kita, kita tidak akan punyai tujuan dan panduan hidup yang sebenar dan perpecahan juga boleh berlaku.


            Kepada sahabat-sahabat pembaca yang saya kasihi, sedarlah bahawa kita ditakdirkan untuk lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai bangsa lain.Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.Suasana yg ada juga memaksa kita mghadapi peninggalan masa silam yang sangat getir dan kita merasai kepahitannya.Kitalah yang bertanggungjawab memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-anak kita.Di samping itu, kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.


            Di zaman di mana pelbagai gelombang pamikiran, aliran fahaman dan kepentingan peribadi mencorak individu, bangsa, kerajaan, pertubuhan dan dunia seluruhnya.Akibatnya fikiran dan jiwa manusia menjadi keliru dan tidak menentu.Manusia ibarat pengemudi kapal yang hanyut di tengah gelombang, tercari-cari arah tujuannya.Malangnya , tiada sebarang petanda yang dapat dilihat dengan jelas.Segala-galanya kelihatan kelam.Di sepanjang jalan, di tengah malam yang gelap gelita ini kedengaran suara sayup-sayup memekik memanggilnya.Hanya ada satu perkataan sahaja yang tepat menggambarkan situasi manusia di ketika itu iaitu 'gawat'.


         Oleh sebab itulah, kita sebagai pewaris generasi kini dan seterusnya perlu kuat berhadapan dengan situasi seperti ini.Keadaan ini juga meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam bahaya.Semoga kita sedar bahawa setiap daripada kita mempunyai saham ke atas jatuh bangun umat hari ini.Janganlah kita leka , janganlah kita leka...teruslah mendekati Ilahi dan jangan putus asa dalam menagih cintaNya.Nescaya , dipengakhirannya nanti , kalian akan menyakini cinta Allah itu lagi hebat dari yang selainnya.

    No comments:

    Post a Comment

    PerJaLaNaN HiDuP iNi

    PerJaLaNaN HiDuP iNi
    Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

    Muhasabah buat semua

    "Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails