Tuesday, November 15, 2011

I am 20

Salam w.b.t.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang menunjukkan jalan kebenaran menerusi panduan suci al-Furqan.Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapatlah saya menulis kembali di teratak ini.Terima kasih Ya Allah.

          Entri ini sebenarnya nak memberitahu yang saya sudah TUA:). Now, I am 20 years old.Dalam masa pembinaan diri hingga ke saat ini, saya akui yang saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini tanpa bantuan Allah SWT, ibu bapa, guru-guru , sahabat-sahabat perjuangan , adik-adik yang sentiasa membuatkan saya ceria juga kepada sesiapa yang hadir dalam hidup saya sama ada secara langsung atau tidak langsung...sekalung lafaz terima kasih saya ucapkan.

        Minggu lepas saya mengunjungi naqibah  saya, kak rina di nilai.Kebetulan juga sudah hampir setahun kami tidak berjumpa , lalu rasa rindu datang menggunung untuk menziarah beliau.Dan akhirnya , saya dapat juga bertemu dengan beliau. Alhamdulillah.Kini kak Rina dalam masa menunggu kelahiran anaknya yang kedua.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau.InsyaAllah.Credit pada adik aini kerana sudi temankan saya ke rumah kak Rina:).

       Sebenarnya sebelum menziarahi beliau di rumahnya, saya memang sudah berhajat untuk bertanyakan satu soalan kepada beliau.Soalan yang bakal saya tanya itu memang sesuai untuk diri beliau sebab dulu semasa beliau bersekolah di SMK Assunta, beliau pernah mengatakan pada saya yang beliau tidak  melalui proses pembelajaran arab seperti sahabat-sahabat beliau yang sememangnya mempunyai basic dalam bahasa arab.Walaupun begitu, Allah lebih mengetahui segala-galanya.Beliau berpeluang melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang ekonomi.Dari situlah beliau cuba untuk memahami Islam dengan sebenar-benar kefahaman.


        Dari sekadar memakai tudung bawal dulu sebelum ke Australia, selepas menjalani tarbiah di perantauan , beliau kini adalah merupakan pemakai tudung labuh.Selama saya mengenali beliau, sejujurnya saya mengatakan saya dapat lihat kekuatan pada diri beliau.Tidak perlulah saya bagitahu kerana kisahnya memang menyanyat hati apabila didengari.Ia bukan sahaja melibatkan dugaan fizikal beliau , malahan dugaan mental dan emosi yang dihadapi sepanjang kelangsungan dakwah ini membuka tirainya.Apa yang pasti , menerusi perwatakan diri beliau itulah juga saya memasang impian untuk mempunyai kekentalan hati dan jiwa dalam menyampaikan dakwah sepertimana beliau.

kak Rina yang tengah pegang baby...saya( tudung biru) bersama sahabat usrah di Masjid Putra Nilai.Gambar ni diambil sekitar akhir tahun 2010.

Mahu tahu apa soalan yang saya tanya pada Kak Rina:
"Akak setahu saya dulu akak kan tak ada basic arab secara menyeluruh, tetapi macamana akak mudah faham dan boleh hafal segala surah dalam al-Quran ?, akak belajar sendiri ke?"

Lalu, kak Rina..tergelak seketika.Kak Rina mengatakan kepada saya:
"Ummu...ummu.Itulah pentingnya USRAH. Dari USRAH, akak cuba memberi komitment yang semampunya agar mudah faham isi kandungan al-Quran.Sebenarnya ummu, nak mengamalkan hidup beralquran ni bukan semestinya memasuki maahad atau sekolah menengah agama, tetapi yang menggerakkan keinginan untuk lebih bersungguh-sungguh memahaminya adalah dorongan dari dalam diri kita sendiri. Jangan risau, di sekeliling kita ramai guru agama yang boleh dijadikan rujukan pemahaman kita mengenai al-quran, cumanya kita kena istiqamah dalam usaha kita mahu mendapatkan keredhaanNya."

Yes:)Finally I got the answer!!!!Alhamdulillah:)

USRAH.Benarlah usrah itu sememangnya keperluan bagi sesiapa yang ingin menikmati keindahan hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.Saya nak quote kata-kata seorang sahabat saya:

"Bersabarlah. Mungkin jalanku lebih lewat darimu, cuma aku harapkan kita akan tiba di destinasi yang sama di akhirnya(syurga)."

         Sebagaimana saya merasakan perlunya usrah diadakan untuk diri saya, saya berharap pada adik-adik atau sesiapa yang membaca entri ini dan teringin untuk merasai kemanisan menjalani tarbiah melalui usrah , atau mungkin mahu bertanya pendapat, silakan untuk menghantar usulan kalian ke emel saya: sofianadhira@yahoo.com.InsyaAllah saya akan cuba bantu sedaya yang termampu.Hal ini kerana saya juga dahulu adalah merupakan seorang yang mencari-cari jalan ketenangan hakiki dalam menghadapi isu dunia yang menakutkan kini.Dan Alhamdulillah Allah menunjukkan jalannya dan kini saya masih menjalani tarbiah ini.

       Terdidik dengan semangat ahli usrah, setiap kali menghadiri usrah itulah adalah hari yang bersejarah buat diri saya kerana kini saya mampu melihat apa sebenarnya tanggungjawab saya sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.Bermula dari situ juga, medan pemikiran juga berubah.Mungkin dahulu, melihat isu boikot di depan mata, buat tak tahu je...dengar pula isu palestin, macam tak rasa apa-apa.Namun , kini saya merasakan saya adalah salah satu penyumbang kepada jatuh bangun ummah hari ini dan saya perlu memperbaiki diri saya agar bermanfaat untuk ummah.Alhamdulillah , saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memilih saya berada di jalan dakwah ini.Saya merasakan ia bukannya hanya sekadar berkata-kata 'saya beragama Islam' , tetapi ia perlu dibuktikan dengan tindak tanduk dan perbuatan kita.

_________________________________________________



Sejujurnya saya ingin merafaakan kesyukuran kepada Ilahi di atas segala pemberian rahmatNya ke atas diri ini yang hina dina.Rasa gentar pula melihat kepada umur yang semakin bertambah...moga amal juga akan bertambah terutamanya dalam menegakkan agama Allah.InsyaAllah.

Ya Allah Ya Rabb:
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada saya…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian saya  terhadap-Mu.


Dalam usia bagini….. saya ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. saya ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini saya ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang saya  inginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.



Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, saya takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah saya… bimbinglah saya sentiasa agar saya mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakim…berilah saya kekuatan dan semangat serta ilham agar saya mampu terus membimbing anak-anak bangsa yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah saya keikhlasan yang jitu agar dapat saya mencurahkan ilmu yang Engkau kurniakan kepada anak-anak bangsaku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah saya kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaran… hulurkanlah saya kebijaksanaan agar saya mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemput saya pergi.


Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir saya kepada Alam Kematian…. Semakin dekat saya dengan Alam Kubur… semakin takut saya terhadap Hari Pembalasan… izinkan saya dalam usia yang semakin sedikit ini saya mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk saya jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Saya ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk saya… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah saya yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails