Sunday, November 6, 2011

Cetusan Inspirasi



Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah dan limpah kurnianya dapatlah saya mencoretkan secangkir kata-kata di sini.Alhamdulillah.Untuk entri kali ini , saya tidak mahu berkata banyak, cuma izinkan saya berkongsi gambar sahabat-sahabat saya yang berada jauh dari saya tetapi sentiasa dekat di hati saya.Semoga kita sama-sama berjaya.Berjaya untuk ummah tercinta .InsyaAllah.

A true friend knows your weaknesses but shows you your strengths; feels your fears but fortifies your faith; sees your anxieties but frees your spirit; recognizes your disabilities but emphasizes your possibilities.

Saya harapkan juga kalian akan tetap tabah dalam menjalani tarbiah di perantauan.Yakinlah dengan janjiNya...sesiapa di antara kalian yang menegakkan agama Allah, yakinlah bahawa Allah akan membantunya.InsyaAllah.



Studying English Translation at Sana'a University of Science and Technology
*Sahabat sekelas saya ialah Aqilah.Alhamdulillah , kini beliau sudah mendirikan rumah tangga bersama suaminya.Baru-baru ni mereka dikurniakan seorang putera.Semoga putera yang lahir mencontohi sifat kepimpinan kamu...seterusnya bermanfaat untuk Islam.InsyaAllah*

Studied Electronic Control Engineering at Japan

Studied Chemical engineering at University of Manchester


Studied Medic at Mansoura University

Studying MBBCH Medical Bachelor Degree at University Tanta,MESIR

         Sebenarnya ada banyak lagi..tapi cukuplah setakat ini.Tidak kiralah di mana tempat kita menuntut ilmu, yang penting kita tetap sama...kita hanya seorang manusia yang bertitlekan hamba di hadapanNya.Semoga segala apa yang kita lakukan tidak pernah lari niatnya yang asal iaitu semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Selamat berjuang sahabat.Doa saya semoga kalian sabar dan tabah menjalani kehidupan dan dugaan diperantauan.Semoga usaha kita dinilai oleh Ilahi.InsyaAllah.Salam Aidiladha;)

‎"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika ke jalan Allah maka percayalah itulah jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman denganNya, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan pencakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak."[Bukhari]

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails