Tuesday, November 1, 2011

Kita Pasti Bertemu Di Syurganya


Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah dapat hadir kembali buat seketika di sini berkongsi rasa hati.Moga-moga sedikit madah kata ini mampu membuatkan kita semua terutamanya adik-adik yang akak sayangi menyedari keripentingan hal ini.

Cinta?     
Siapa-siapa mampu mentafsir maksud tersirat dan tersurat perkataan CINTA itu sendiri.Saya juga ada tafsiran sendiri berkenaan CINTA saya.Rasa cinta itu sebenarnya adalah fitrah, dan sebagai seorang hamba , perlulah kita menjaga fitrah ini sebaiknya agar ia tidak menjadi fitnah.

         CINTA itu mempunyai pelbagai rencah rasa...saya juga pernah merasainya.Indahnya apabila ada yang sudi menemani hidup kita tika kita dirundum kesedihan mahupun kesusahan...Hinggakan nama dia sahaja yang terpahat dalam sanubari hati yang terbukti menghakis CINTA murni lagi HAKIKI yang sebenarnya hanya LAYAK untuk Ilahi...

Nah!!! rasakan di situ sebenarnya kita telah tertipu oleh diri kita sendiri...

        Terasa pelik pula apabila tiba-tiba entri berbunga cinta menjadi tajuk post pada kali ini.Hakikatnya, ia adalah fitrah yang tidak boleh disangkal lagi.Normalla tu jika kita mempunyai rasa hati pada seseorang.Tapi sekali lagi  ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada CINTA yang kekal abadi melainkan CINTA dari Allah SWT...Yang Maha Tinggi, lagi Maha Esa.CINTAILAH Allah SWT sepenuhnya sebelum kalian menumpahkan sepenuh rasa cinta kepada manusia biasa yang tiada apa-apa.

Baru-baru ni, saya ketemu adik-adik angkat saya...dan ketengahkan tentang isu CINTA ini.Pelbagai response yang saya terima dan saya cuba menjadikan diri saya pada situasi mereka ketika itu.Antara suara-suara ada yang menyahut:

"Abis tu kak , kalau saya dah terjebak, bagaimana?Mesti si dia akan marah pada saya sebab dulu saya yang ia-ia nak dia.Betulke bercinta tu tak boleh kak?"

Jawapan saya ringkas:
"Akak tak cakap tak boleh....Tapi sekiranya hubungan itu membuatkan kamu lalai dalam ibadah dan study, maka tinggalkan sahaja.Kejarlah redha Allah sayang, bukan redha manusia."
___________________________________

           Seketika saat menjengah, saya mengimbau peristiwa yang berlaku setiap kali birthday saya tiba.Antara hadiah yang tak boleh dilupakan adalah CD-CD pemberian sahabat-sahabat seperjuangan saya di Nilai University College yang begitu indah bagi saya.Hadiah yang saya maksudkan adalah CD bertajuk "PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA" , "CINTA BUKAN UNTUK DITANGISI TETAPI UNTUK DIHAYATI" , dan " KAEDAH MERAWAT CINTA REMAJA".Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pemberi hadiah ini kerana melaluinya saya sedar dan faham erti cinta yang sebenar walaupun saya tahu anda berada pada kondisi yang mana sebenarnya . Terngiang-ngiang lagi kata-kata salah seorang sahabat saya semasa di MRSM dulu  yang mahu mencocokkan saya dengan seseorang kerana katanya dia terseksa melihat saya sendirian.Katanya lagi dia yakin saya cemburu melihat dia dan beberapa teman lain yang sudah punyai pacaran sendiri.

Jawapan saya sebagai saya yang baru:
           Yup mungkin dahulu saya pernah merasai rasa cemburu itu, namun kini tiada gunanya rasa itu berputik kembali dalam benak hati ini.Sejujurnya saya bukanlah seorang yang baik , tetapi apabila melihat situasi sekeliling yang banyak menyentuh keperibadian individu dan masyarakat itu sendiri, terkadang saya terfikir apa gunanya saya untuk ummah hari ini sekiranya saya tidak menyedari tugas dan tanggungjawab saya sebagai hamba ciptaanNya.Saya perlu berubah...memang sakit untuk berubah kerana halangan dan cemuhan tidak akan pernah berhenti dihamburkan kepada sesiapa sahaja yang menegakkan panji-panji agama...tapi saya yakin mungkin inilah adalah jalan yang telah Allah sediakan kepada saya agar saya kembali bersujud kepada Allah.Tidak mahu lagi rasanya saya menjadi saya yag dulu.Semoga Allah memaafkan segala kekhilafan saya yang terdahulu.

_______________________________
Kepada adik-adik yang kakak sayangi...relakan sahaja pemergiannya

 Relaku biarkan pemergiannya
dengan harapan dia akan lebih mengerti makna hidup ini
bukan maksud diri ini membenci
tetapi ku ingin membantunya untuk lebih mengenal erti jihad di jalan Ilahi
lantas mampu menjadikan dia seorang hamba yang ha
nya mengharapkan kasih sayang dari Yang Maha Esa
ku tak ingin lagi menyakiti dirinya dan diriku sendiri
moga jalan yang ku pilih ini membuatkan aku kuat berjuang di medan agama walaupun onak dan duri terpaksa aku hadapi...
wahai Abdullah(hamba Allah)...tidak perlulah kau tangisi perpisahan ini...
jika tiada pertemuan dunia lagi selepas ini...yakinlah kita pasti bertemu di syurgaNya nanti...
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails