Monday, September 19, 2011

Ya Allah,Lapangkan Dadaku Membantu Sahabatku



Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya kembali mencangkirkan kata-kata bagi mencurahkan sedikit rasa hati di teratak ini.

          Sudah lama rasanya tidak menulis di blog.Maaf kerana saya perlukan masa untuk mencari identiti diri saya juga dalam masa yang sama berusaha untuk menjaga kesucian hati.Kenyataan yang saya hadapi kini, saya perlu benar-benar menjaga nikmat rasa hati pemberian Ilahi ini kepada saya yang hina...kerana saya benar-benar takut akan mengundang murkaNya jika saya terlalu gembira dan berbual kosong serta membincangkan perkara-perkara lagha apabila berbicara.Sesungguhnya dalam pencarian mencari cintaNya, saya sering dilanda gelisah hati, konfius dengan diri saya sendiri sedangkan hakikatnya saya berhak memiliki sifat kehambaan itu.Saya mungkin akan tersenyum bila berhadapan dengan sahabat-sahabat saya, dan ketika saat itu datang, saya merasakan seperti saya bermain dengan bayang-bayang saya sendiri.Ya Allah bantulah saya;-(

         Untuk pengetahuan, kini sudah hampir 2 bulan saya menjalani praktikal di Hospital Batu Pahat dan sejujurnya saya katakan saya perlu motivasikan sendiri diri saya dalam situasi di sana.Saya tidak katakan yang situasi di sana teruk, tetapi saya merasakan perlunya diperbanyakkan lagi mereka-mereka yang lebih memahami agama Islam melibatkan diri dalam bidang medic ini.Saya pun bukanlah merupakan seorang yang berilmu sangat tentang agama, tetapi saya cuba belajar untuk lebih memahami agama Islam dan saya sedar saya ada banyak kekurangan.Apa-apa pekerjaan pun , segalanya berkaitan secara terus dengan tatacara kerja kita dan akan memberi impak yang besar kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan kita.Isu solat , soal aurat dan masuk kerja tepat pada waktunya juga perlu dititikberatkan agar keberkatan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan itu dapat diraih dan digapai seiring bersama redhaNya.Percayalah jika perkara ini diambil ringan , ianya akan menjadi masalah kepada sesuatu badan itu sendiri.Yang penting saya tidak akan berputus asa berusaha untuk mengubah situasi ini.

          Tersenyum seketika mengingat kembali puitis-puitis yang dikarang oleh Fatimah Syarha dalam novelnya yang berjudul "Tautan Hati"...sangat-sangat menyentuh hati ini.Pembawaan character oleh watak utama iaitu Aisyah Yusra cukup melambangkan jiwa seorang mahasiswi yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam membawa sahabat-sahabatnya kembali mengenal Tuhan Yang Esa.Walaupun usahanya sekadar mengajak sahabat-sahabatnya menyertai program daurah di Universiti, tetapi dia tidak pernah mengeluh sekalipun undangannya ditolak bulat-bulat oleh sahabatnya.Pelbagai alasan dicipta untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan program keagamaan hujung minggu.Namun begitu, Aisyah Yusra sedar itulah sebenarnya dikatakan pengorbanan yang perlu beliau laksanakan agar ramai dalam kalangan sahabat-sahabatnya yang faham tetntang Islam.Beliau yakin dengan pertolongan Allah dan sentiasa melaksanakan tugas dakwahnya dengan sabar dan ikhlas.

"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Tuhan.Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Tuhan itu melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf:87)

         Mengingatkan watak yang dibawa oleh Aisyah Yusra itu, saya berharap perjuangan ini dapat saya teruskan hingga ke akhirnya.Doakan saya semoga saya thabat di jalan ini.Teringin nak petik kata-kata Thomas Alva Edison yang menghadapi perbagai halangan dalam mahu menjayakan penciptaan lampu:"I have not failed.I've just found 10000 ways that won't work".

'Waiting is a trap.There will always be reasons to wait.The truth is, there are only two things in life, reasons and results, and reasons simply don't count'.
(Robert Anthony)


Malam yang kunanti menjelma kini
Saat di mana aku benar-benar mengharapkan kekuatan itu datang kepadaku
Ya Tuhan maafkan aku kerana aku mudah merasa jenuh dalam perjuangan ini
Sedangkan aku tahu nikmatNya bila bertemu denganMu cukup indah bagiku
jika mahu dibandingkan nikmat dunia yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu
Aku terkesima mengingatkan kembali ketabahan dan kesabaran tokoh-tokoh Islam terdahulu dalam
menegakkan panji-panji agama
hinggakan aku bermonolog sendirian  kepada diriku..."Kau mengeluh Diyanah,Engkau tahu tak berapa banyak pengorbanan khalifah-khalifah terdahulu dalam mempertahankan agama Islam ini,sedangkan pengorbanan yang engkau lakukan baru sedikit"
 
Wahai sahabat Muslimah yang amat-amat aku sayangi
aku ingin benar agar kita dapat bersama-sama melayari bahtera keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi ini
aku ingin benar kita semua bertemu di syurga tertinggi ...syurga Firdausi
jadi , ikhlaskanlah diri kita hanya kepadaNya sahaja
bukan kepada material dunia, 
bukan kepada fesyen tudung yang semakin moden hingga menampakkan sesuatu yang sepatutnya hanya layak dipertontonkan kepada suamimu yang sah sahaja
Jagalah nikmat iman dan Islam...kita bersama-sama
Hambarnya ikatan persahabatan yang terjalin kiranya kita tidak bertunjangkan cinta kepada Allah semata-mata
Yang penting, aku tidak akan mengalah dalam urusan perjuangan ini membawa kita semua lebih mengenaliNya daripada mengagungkan idola-idola dunia nyanyian mahupun lakonan
Kerana aku tahu keterikatan ukhwah antara kita akan lebih kukuh jika kita kembali kepadaNya, bergantung harap hanya kepadaNya dan mendambakan cintaNya hadir dahulu dalam jiwa kita semua
Sebelum hadirnya cinta dari manusia biasa berlainan jantina

#Alhamdulillah ...terluah sudah segala isi hati.Doakan saya.Saya nak jadi seorang yang boleh menjadi contoh teladan untuk Islam.Saya bakal menghadapi exam dan presentation bulan 11 ini...doakan saya.



No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails