Wednesday, September 28, 2011

Realiti Solat Pesakit di Malaysia

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah sekali lagi saya mencoretkan sedikit bicara hati untuk dikongsikan kepada para pembaca.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah;-)

       Untuk entri kali ini, saya ingin membawa pembaca mengenal hakikat dan realiti solat pesakit-pesakit di Malaysia, tidak kiralah pesakit yang ketika sakit terlantar di hospital mahupun sakit yang terlantar di rumah.Percayakah anda bahawa ramai pesakit yang beragama Islam di Malaysia terumtamanya yang meninggalkan solat semasa sakit.Didapati hampir 50 peratus pesakit tidak menunaikan solat .Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak menunaikan solat adalah tidak tahu bertayamum, tiada pakaian yang sesuai yang boleh dipakai ketika solat, tiada orang yang dapat membantu mengambil wudhuk dan ada yang berani mengaku tidak mampu bersuci.

         Memandangkan solat adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim yang mukalaf dalam apa jua keadaan termasuk sakit, maka peratusan mereka yang tidak solat itu dikira besar.Pada saya, pihak pengurusan hospital sewajarnya bertanggungjawab memastikan kesemua pesakit Muslim menunaikan solat.Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi memperbaiki keadaan ini.Contohnya, perlunya ahli-ahli yang terlibat dalam bidang medic , pramedic, pentadbiran di hospital tidak kiralah doktor , nurse , juru x-ray, mahupun Juruteknologi Makmal Perubatan duduk satu meja dan berbincang resolusi terhadap kepincangan masalah umat manusia hari ini.Setiap daripadanya perlulah meng'SET'kan masa lapang yang ada untuk mendekati pesakit dan bertanyakan samaada pesakit sudah melaksanakan solat ataupun belum.Jika belum ,tawarkanlah diri kita untuk membantu mereka mengambil wudhuk/bertayamum.Ia dapat dilakukan melalui:
  1.  Menyediakan buku panduan ibadah kepada pesakit.
  2. Membuat pengumuman masuknya waktu solat dan menasihatkan pesakit menunaikan solat pada waktunya.
  3. Mengizinkan pesakit ditemani ahli keluarga bagi membantu pesakit menunaikan solat.
  4. Memberi galakan kepada peneman pesakit supaya membantu pesakit menunaikan solat.
  5. Melatih kakitangan sosial membantu pesakit melaksanakan ibadah semasa mereka sakit.Mereka ini bukan sahaja membantu mengingatkan pesakit tentang kewajipan solat, malah turut membantu pesakit menyiapkan keperluan melaksanakan ibadah.
  6. Menyediakan prasarana yang sesuai seperti alat bantuan mengambil wudhuk, penyediaan debu tanyamum dan tempat solat yang selesa.
         Sebab itulah kita sebagai insan berperanan dalam melaksanakan usaha ke arah pembentukkan peribadi muslim yang sejati.InsyaAllah konsep "hulurkan tangan , ringankan beban" dapat direalisasikan terutamanya di hospital yang sering menjadi tempat tumpuan pesakit.Apabila setiap dari kita menyedari tanggungjawab ini, tidak mustahillah jika suatu hari nanti akan berkurangnya orang Islam di hospital kerana di samping menerima rawatan dari hospital , keyakinan mereka terhadap Allah semakin kukuh kerana sudah tertanam dalam jiwa mereka  sifat redha dan sabar serta banyak berdoa kepada Yang Maha Esa.InsyaAllah.

"Allah tidak memberati manusia melainkan apa yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang disahakannya".
(Al-Baqarah:286)

Saya juga sedang berusaha ke arah pembaikan ini.Mohon doa semua.Yakinlah Islam itu indah dan mudah.Sekiranya pesakit -pesakit selalu  didekati dan diperingatkan tentang kontrak hidup mereka dengan Allah, insyaAllah akan wujud juga hati-hati yang sudi menerima cahaya keimanan dari Ilahi untuk menemani hidup mereka.InsyaAllah.


1 comment:

  1. betul tu..rate2 kt hospital jrg nmpk pesakit solat

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails