Saturday, September 10, 2011

Manusia Bukan Pencipta Kebahagiaan


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya melakar sedikit coretan di teratak ini.

           Cepat sungguh masa berlalu dan kini sudah 12 syawal 1432H tibanya hari yang ditunggu-tunggu.Banyak sejarah gembira yang telah dilakar mewarnai kehidupan sepanjang minggu lepas.Antara salah satunya adalah sahabat saya, saudara Mohd Wafie bin Mohd Murad telah melangsungkan pernikahan bersama pasangannya Shafiqa di kediaman pihak lelaki di Kampung Parit Haji Sidek.Yang lain tu rahsia la;-)


           Mesti pelik kenapa tajuk entri kali ni "Manusia Bukan Pencipta Kebahagiaan" kan?
Saya tidak mahu berkata banyak, tetapi cukuplah mahu mengingatkan di mana kebahagiaan yang kita kecapi selama ini sebenarnya bukanlah dicipta  oleh kita yang digelar sebagai manusia.Hakikatnya ialah manusia hanya sekadar berusaha sahaja untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut dan yang menjadikan kebahagian itu satu realiti ialah Allah SWT.

Dua Jalan dan Dua Watak Manusia Dalam Menggapai Ketenteraman Jiwa.
Ada sebahagia pendapat berkata, setiap orang ingin meraih kesejahteraan dan ketenteraman jiwa di dunia, maka dia harus mempunyai kenikmatan dan perhiasan dunia yang melimpah ruah.Pada hakikatnya , sebenarnya tidak demikian, akan tetapi orang itu adalah seperti orang yang sakit dalamnya dan dia merasakan bahawa dirinya sihat wal'afiat.

Ketika manusia sedar tentang hal itu, mereka dapat dikategorikan kepada dua watak manusia .Pertama, ada sebahagian manusia menenggelamkan diri mereka terus menerus ke dalam kenikmatan dan perhiasan dunia seperti orang yang sedang kelaparan dan kehausan sambil berkata:"Ubatilah aku dari penyakit yang menghampiriku".Kedua, sebahagian lagi, mereka ini menghindari dan berhijrah dari kenikmatan dan perhiasan dunia.Mereka pergi ke gunung-gunung, jauh dari masyarakat dan mengharamkan diri dari kenikmatan dunia.Semua itu bertujuan untuk meraih kesejahteraan dan ketenteraman jiwa di dunia.

Manusia Bukan Pencipta Kebahagiaan.
Dari zaman dahulu hingga kini, manusia telah banyak melakukan kajian tentang cara meraih kebahagiaan hakiki yang di mana dipengakhirannya kesimpulan yang akan dapat kita temui ialah bahawa manusia bukan pencipta kunci kebahagiaan hakiki kerana mereka bukanlah seorang pakar dan bukan juga ahlinya.

Sebabnya?
Sebabnya ialah bahawa pemahaman manusia tentang jalan kebahagiaan dengan memiliki kemewahan dan perhiasan-perhiasan dunia sangat bertentangan dengan jalan orang yang memahami akan rahsia-rahsia dalam diri manusia dengan kaitannya terhadap segala makluk ciptaan Tuhan di dunia.

Oleh kerana itu, orang yang ingin menunjuk manusia ke jalan kebahagiaan harus memiliki ilmu pengetahuan yang mantap tentang rahsia-rahsia diri manusia, hubungannya dengan ciptaan Allah dan disebalik penciptaanNya yang tidak terhalang dengan sebarang perkara.
__________________________________________

Wahai saudaraku, ingatlah kamu akan umat manusia yang terdahulu yang telah disampaikan dakwah kepada mereka dan mereka menentang untuk mengingati Allah, adakah mereka berjaya mendapatkan kebahagiaan hidup?Seperti masyarakat negara-negara yang maju, di mana ada diantara mereka yang dapat menjejakkan kaki ke bulan, yang memiliki kamakmuran....Namun melihatkan keadaan negara ini ,masyarakatnya memiliki diri dan jiwa yang sangat hampa, resah dan gelisah , hati yang gersang pada individu dan keluarga, negara, anak-anak, pemuda dan ibu bapa, malah perkataan dan berita-berita mereka penuh dengan penipuan dan dusta.

Sekilas pandang :
 Dalam perjalanan pulang ke rumah , ternampak sekumpulan budak gotik...Ya Allah , berilah hidayah kepada mereka Ya Allah agar kembali ke pangkal jalan.Hati terus bergetar , kelihatan mereka seperti sebaya dengan diriku dan adik-adikku.Ya Allah, mampukah aku menghalangi kisah gotik ini daripada berlarutan hingga lanjutnya usiaku ketemuMu, Tuhan Semesta Alam.Sungguh tak senang hati dibuatnya.Bantulah kami Ya Allah;-(

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails