Wednesday, September 28, 2011

Jihad Tidak Semestinya Perang


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah syukur kerana dapat tampil di sini sekali lagi untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa boleh diambil manfaat darinya.InsyaAllah...Jiwa ini mendamba kasih Yang Esa dan moga-moga jalan yang sedang saya tuntun ini diredhaiNya.

          Hari ini seharian di Makmal Haematology sesuatu yang amat-amat berguna bagi saya kerana banyak benda yang saya pelajari daripada senior-senior MLT di sini.Alhamdulillah semakin lama di section ini, saya kini boleh masuk kepala dengan keletah mereka.Tadi sempat juga lihat Bone Marrow Aspiration yang dilaksanakan oleh 4 orang housemen di wad 3.Kasihan melihat pak cik yang berumur dalam lingkungan 70 tahun yang  terpaksa menjalani rawatan tersebut.Bayangkanlah 4 orang houseman, keempat-empat cucuk tangan pakcik itu untuk blood test.Huh!!!pada masa yang sama pula tu.Saya lihat ada airmata pakcik tersebut mengalir ke pipinya.Sungguh sangat tak sanggup nak lihat, tetapi kami sebagai MLT perlu bertindak sebagai assist Doktor ketika itu untuk membawa sampel terus ke makmal untuk ujian yang selanjutnya.
  
          Minggu lepas 5 orang sahabat saya telah terbang ke oversea...Alhamdulillah...3 orang ke Jepun , 1 ke UK dan seorang lagi ke Indon.Macam biasa, saya ni memang akan menangis bila bertemu mereka buat kali terakhir di Malaysia(macam diaorang tak akan balik aje....nak belajar kot bukan pergi berperang).Sejujurnya ,saya menangis bukan sebab sedih atau cemburu, tetapi sebab saya sangat gembira dengan rezeki mereka yang  berpeluang ke negara orang , menjalani tarbiah sebenar di mana diri akan dikelilingi oleh sahabat handai tanpa kehadiran bonda dan ayahanda di sisi mereka apabila tiba di tempat baru.Sebelum terlupa Sabtu ni seorang sahabat saya yang bernama Madeeha juga akan bertolak ke Mesir melanjutkan pengajian di sana.Semoga selamat sampai sana.Saya doakan , semoga kalian tabah menjalani kehidupan dan jihad di perantauan.Percayalah, kehidupan yang hakiki adalah kehidupan yang menghendaki kita untuk kuat berjuang di dalam agamaNya.

         _________________________________________________________

            Apabila diutarakan tentang konsep jihad apa yang akan terbayang difikiran anda?Adakah jihad itu dilihat dari tindak tanduk atau perlakuan seseorang yang sanggup berkorban nyawa serta  rela berjuang berhabis-habisan untuk agamanya?Sebenarnya terdapat beberapa cabang jihad dan menurut Al-Qardawi , jihad tidak semestinya perang, sebaliknya perang adalah sebahagian kecil daripada jihad iaitu jihad di dalam bentuk menggunakan kekuatan tangan atau senjata.Hukum jihad adalah wajib ke atas setiap orang Islam , lelaki mahupun wanita sama ada dengan menggunakan nyawa, harta benda ,lisan mahupun hati.

           Keimanan orang-orang Islam kepada Allah SWT tidak akan sempurna tanpa melakukan jihad yang dinyatakan seperti yang di atas.Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar pengakuan imannya".
(Al-Hujurat:15)

         Antara dalil yang membuktikan jihad bukannya peperangan ialah berdasarkan firman Allah SWT:

"Kemudian , sesungguhnya Tuhanmu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnah  oleh kaum musyrik, kemudian mereka berJIHAD serta bersabar , sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan- adalah Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani".
(Al-Nahl:110)

          Menurut Al-Qardawi, ayat di atas membicarakan tentang orang-orang yang berhijrah ke Madinah setelah mereka disakiti dan diseksa.Ini menggambarkan seolah-olah ia diturunkan selepas daripada hijah, namun antara perkara yang tidak tersembunyi lagi kepada orang Islam ialah orang-orang Islam pernah berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali pada zaman Mekah.Ayat di atas juga menjelaskan tentang kesabaran dan jihad orang-orang Islam selepas berhijrah ke Habsyah.Jihad yang dimaksudkan di sini ialah jihad dakwah dan menyampaikan risalah Islam dan jihad di dalam bentuk menanggung kepayahan dan kesukaran dalam menyampaikan Islam kepada manusia.Di Mekah mereka menanggung segala kesakitan, tekanan , kepungan dan penyiksaan.Di Hbsyah pula, mereka terpaksa menanggung rasa sedih kerana berpisah dengan tanah air tercinta dan berada jauh daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda.Bagi orang yang sudah bersahabat dengan Rasulullah SAW, perpisahan dengan Baginda merupakan sesuatu yang amat sukar ditanggung.Di sini juga memperlihatkan dengan langsung kecintaan sebenar yang dizahirkan oleh mereka kepada Rasulullah SAW.Semoga kita juga mempunyai rasa kecintaan kepada Baginda kerana yakinlah apabila kita mencintai Baginda , kita juga secara tidak langsung dapat mencintai Allah SWT sepenuh hati.

          Sebaik-baiknya , elakkanlah peperangan daripada tercetus antara sesama pihak.Rasulullah SAW juga tidak pernah memulai peperangan ke atas orang kafir tanpa sebarang sebab.Setiap peperangan yang dilakukan oleh Baginda adalah bertujuan untuk mempertahankan diri dan bukan untuk mencari musuh semata-mata.


          
          Semoga kita juga dapat mengikut jejak Junjungan Mulia , Rasulullah SAW dalam melaksanakan jihad di jalan Allah.Yang penting, dalam kehidupan kita mengejar kerjaya yang diimpi-impikan , seharusnya kita mendidik diri kita agar menjadi Mukmin terlebih dahulu sebelum mendapat title Doktor, IR, Cikgu, Inspektor , dan sebagainya.Memang tidak dinafikan kerjaya ini semua merupakan suatu kerjaya yang mulia, tetapi lagi indah dan molek Islam itu jika kita sendiri yang menjadi contoh teladan sebagai seorang Islam di unit yang kita berkhidmat.Hal ini sebenarnya memerlukan usaha kita semua yang bergelar orang Islam dan tidaklah boleh mengharap sepenuhnya pada ustaz dan ustazah dalam memastikan fahaman Islam itu tersebar  dan diamalkan di mana-mana.


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails