Monday, August 29, 2011

Ramadhan yang Bakal Berakhir@Syawal yang Bakal Menjelang

Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya hadir ke teratak ini untuk berkongsi rasa hati saya dalam menghadapi ramadhan yang bakal berakhir ini dan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.Sesungguhnya saya benar-benar berharap padaNya, moga-moga ramadhan kali ini Dia mengampunkan segala kekhilafan saya yang lalu.Seketika, apabila saya kembali memikirkan sejarah silam saya dahulu, saya akan menangis dan saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana Dia memilih dan mengajar saya untuk lebih mencintaiNya dari segala yang lain di dunia.Semoga hati ini terus teguh mencintaiNya.

          Untuk pertama-tamanya, syawal kali ini saya sekeluarga menyambutnya sekadar sederhana sahaja.Alhamdulillah kerana kasih sayang Allah kepada hambaNya , sekali lagi Dia kembali mengingatkan kami berkenaan hari kematian yang tidak ketahuan kapan bila saat itu akan tiba.Peringatan yang saya maksudkan di sini adalah tentang kembalinya arwah adik saya 29 sya'ban yang lalu...sejujurnya pemergiannya masih terkesan hingga saat ini.Bukan niat untuk meratapi pemergiannya , tetapi bangun menjentik hati yang terkadang terlalu hayal dengan material dunia yang hanya sementara sahaja.Sejujurnya, saya rindu mendengar nasihat arwah adik kepada saya...walaupun saya rasa ketika arwah berbicara dengan saya ketika itu, kata-katanya sekadar gurauan sahaja...tetapi apa yang pentingnya ialah arwah selalu menyuruh saya agar kembali kepadaNya, jangan cerita keburukan orang lain, dan jangan terlalu risau dengan pandangan manusia kepada kita , tetapi risaulah bagaimana pandangan Allah kepada kita.

        Saya sebenarnya suka berkongsi cerita dan menyakat adik saya yang lelaki ni.Pernah suatu ketika , ketika itu saya praktikal di Hospital Segamat saya pernah menyatakan rasa tidak puas hati kepada staff bahagian Histopathology kerana tidak membenarkan kami student praktikal untuk masuk bilik mayat.Time tu saya memang meronta-ronta untuk pergi ke bilik mayat tersebut hingga ketika di rumah saya bercerita kepada arwah adik berkenaan hal ini.Anda tahu apa yang arwah katakan pada saya:

"Angah..angah ...sabarlah sikit .Jangan risau satu hari nanti angah pasti dapat masuk bilik mayat..masuk bilik mayat tu dengan abang sekali...hahaha".

         Saat adik saya berkata macam tu , saya agak pelik tetapi saya sembunyikan sahaja hal itu jauh di benak hati saya.Rupa-rupanya memang benar kata-kata adik.Masa jenazah adik saya berada dalam bilik forensik/bilik mayat di Hospital Kluang, saya diberi peluang untuk masuk bertemu dengan jenazah adik.Tanpa berlengah saya bersendirian masuk ke bilik di mana jenazah adik akan dimandikan.Saat itu saya melihat banyak peti-peti mayat di sekitar saya dan rasa takut hilang begitu sahaja kerana yang ada difikiran saya time itu adalah adik saya. Semoga arwah adik di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
_________________________________________________

           Semakin detik jam berlalu mematuhi perintahNya, maka seharusnya kita kembali muhasabah semula , adakah ramadhan kali ini sudah berjaya kita laluinya dengan Gred A+(saya maksudkan di sini berjaya mendapatkan keampunan dari Allah,peringatan buat diri ini juga).Jika belum sempurna adakah kita masih mahu berada di takuk yang lama ataupun memikirkan inisiatif-inisiatif untuk mengubahnya pada masa akan datang.Hajat kita InsyaAllah tercapai jika Allah masih mengizinkan kita bernafas di bumiNya..tetapi bagaimana Ramadhan akan datang kita tidak berpeluang untuk melaluinya malah untuk menjengahnya juga tidak sempat.Apakah ijazah taqwa itu semakin kita gapai atau sebaliknya?Renung-renung dan fikir-fikirkanlah wahai teman.

           Hal kebiasaan yang lain yang bisa kita lihat sering berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah waktu akhir-akhir Ramadhan itulah waktu yang dirasakan sesuai untuk renovate rumah, beli baju baru, mengadun dan mencetak kuih raya dan lain-lain.Seorang akhi Khairullah pernah berkata berkenaan isu ini dan beliau mengatakan kan bagus persiapan raya tu dibuat sebelum Ramadhan, jadi time bulan Ramadhan itu hadir, maka dapatlah kita bersungguh-sungguh berpuasa tanpa sebarang gangguan seperti kuih raya, langsir raya dan macam-macam lagi.Saya merasakan ianya benar....dan sebenarnya tidak salah menyambut kemeriahan syawal asalkan tidak berlebih-lebihan.

         Seterusnya hari di mana syawal menjelma.Kekadang tu berbelanja memenuhi keperluan yang ada semata-mata untuk membuat open house sana sini.Sedangkan jika kita teliti secara halus , masyarakat kita kini ,penghayatan luaran syawalnya itu terlalu diagongkan lebih daripada penghayatan dalaman berkenaan maksud syawal yang sebenar.Seharusnya kita merafa'akan setinggi rasa kesyukuran kerana Allah mengizinkan kita merayakan syawal kali ini dalam keadaan yang serba-serbi cukup jika nak dibandingkan dengan orang-orang miskin di luar sana.Apakah darjat kita ditingkatkan atau bagaimana dengan penghayatan kita terhadapa sistem pendidikan Universiti Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita  yang menjadikan Taqwa sebagai fokus pendidikannya.

          Cerita kehidupan ini berkesinambung sehingga berakhirnya syawal dan bermula semula tirai hari baru yang sentiasa mengkendaki kita untuk terus beramanah dalam melaksanakan tugas kita sebagai khalifah Allah di bumi ciptaanNya.Adakah selepas ini , surau dan masjid akan kita hadiri lagi?Adakah solat jemaah akan kita laksanakan bersama-sama lagi? Adakah Al-Quran akan kita tatapi dan fahami lagi? Adakah solat-solat sunat akan kita kerjakan lagi dengan bersungguh-sungguh? Ingatlah kata-kata Ulama’ terkenal,

 Dr. Yusuf Al Qaradhawi “ Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati”. 

Ayuh sahabat para pengunjung laman ku ini, kita bermuhasabah apakah kita penyembah Ramadhan atau kita Penyembah Allah yang Maha Kekal????
_____________________________________________
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Pelajar Islam Johor yang telah membuat tahlil arwah di rumah keluarga saya di Pt. Hj. Ali.Jazakumullahukheir.Nak promote juga program realiti yang telah kami jalankan pada hari semalam hingga ke hari ini.Program yang dimaksudkan ialah "Semangkuk Bubur, Sekampit Beras".

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menolong keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan dengan memberi beberapa kampit beras, gula, tepung dan susu untuk meringankan beban ahli keluarga terbabit menjelang syawal ini.Sesekali mata terpandang mereka-mereka yang susah ini, saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana saya masih mempunyai ummi dengan ayah untuk beraya bersama, masih mempunyai rumah untuk menginap dan keselesaan tetamu juga masih diberi kesihatan untuk berjalan dan bergerak ke mana-mana.Saya kagum melihat mereka kerana walaupun diberi oleh Allah ujian sedemikian rupa, namun senyuman tanda mereka redha dengan ketentuanNya membuktikan yang mereka sememangnya yakin dengan kurniaan Allah kepada setiap hamba-hambaNya.
_______________________________________________








RASULULLAH SAW BERSABDA:
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

Hadis : Mensyukuri nikmat
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula."
Riwayat Tabrani

Huraian :
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails