Sunday, August 7, 2011

nikmat Ramadhan....adakah ini yang terakhir?

Inilah arwah adik saya(yang bertopi) bersama sepupu dan sahabat baiknya.Nama adik saya Mohd Hakim bin Mohd Salim.Berumur 17 tahun.Arwah telah kembali kerahmatullah pada 29 Sya'aban 1432H bersamaan 31 Julai 2011.Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Akak sayang Hakim.

Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah.Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan kepada Allah SWT kerana mengizinkan pena kembali menukilkan secebis rasa hebatnya kekuasaan Ilahi dalam mentadbir alam dan makhluk ciptaanNya.


           Sekali lagi ...Allah menguji kesabaran hambaNya apabila ditakdirkan adik yang saya sayangi kembali diambil bertemu denganNya.Saya tahu yang semua di dunia ini pinjaman semata dan bukan milik kita yang hakiki.Sekilas lalu memang ramai yang terkejut dengan pemergian arwah , tapi apa yang pasti kita semua akan menghadapi saat itu satu hari nanti.Yakinlah dengan janjinya.Bersyukurlah dengan nikmat Ramadhan yang dapat dirasai saat ini kerana mungkin nikmat Ramadhan itu kita tidak sempat lalui lagi pada masa akan datang.
Berfikirlah sejenak memikirkan kejadian alam dan keadaan sekeliling.Ambillah ibrah darinya dan berusahalah berubah ke arah kebaikan kerana hari KEMATIAN pasti akan tiba.


         Redhalah dengan pemergian insan tersayang dan bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita ruang dan peluang untuk kembali ke pangkal jalan.Lihatlah semua ini dengan mata hati dan bukan dengan mata kasar semata-mata.Sayangnya Allah pada seseorang, maka akan diambil nyawanya seusia muda.Sayangnya Allah pada seseorang, maka akan dibiarkan kita menikmati hidup yang sementara ini agar sempat kita menyediakan bekalan amal untuk dipertontonkan kepadaNya kelak.Dibenarkan tubuh disuntik ROH agar JASAD dapat melaksanakan segala tuntutan Allah dan bukan berterusan melakukan maksiat kepadaNya.
____________________________________________________

Saudaraku,Berbahagialah hari ini. Berbahagialah untuk setiap kebahagiaan yang engkau rasakan di hati. Tidak perlu kau ukur dengan besar atau kecilnya nilai berbahagia itu. Berbahagialah walau sekadar berwajah ceria dan sepatah kata dan salam. Tetaplah berbahagia dan tersenyum dalam rangka mensyukuri segala anugerah-Nya hari ini. Tetaplah berbahagia dan tersenyum seperti mentari yang tidak menunda kehadirannya meskipun mendung menyelimuti indah sinarnya hari ini.

          Saat ini saya tahu ummi dengan ayah saya masih sedih merasakan kehilangan seorang anak lelaki kesayangan mereka.Itulah lumrah manusia, di samping redha dengan ketentuan Ilahi ,maka Allah mencampakkan rasa sayang itu walau insan itu sudah tiada di dunia ini.Hebatkan Allah.

InsyaAllah saya akan menceritakan serba sedikit perjalanan ketika kejadian ini berlaku.Diharapkan dapatllah para pembaca mengambil ibrah dari kisah ini.
__________________________________________________________________

          Saya merupakan anak kedua(kak ngah) daripada 4 orang adik-beradik.Alhamdulillah , 3 orang perempuan dan  seorang lelaki rahmat kurniaan Allah kepada kedua ibu bapa saya.Untuk pengetahuan pembaca , saya tidak kerap berjumpa dengan adik-adik saya kerana saya belajar di Nilai dan jika pulang ke Batu Pahat pun pertemuan antara kami adik-beradik sukar disebabkan tugas dan komitment  masing-masing di luar kawasan.Tapi kami akan ikhtiarkan juga satu pertemuan untuk berkumpul bersama-sama apabila masing-masing mempunyai kelapangan.Pemergian seorang putera menjadikan kini hanya 3 orang puteri yang akan menemani hidup ummi dan ayah.


masa ini arwah menghadiri kursus motivasi bersama-sama rakan sekelasnya yang dikendalikan oleh abang Raja di UTHM.Hakim berada di line ke dua dari depan tepi sbelah kiri...arwah pakai songkok.

         Hero dalam keluarga kami, iaitu arwah adik saya(hakim) merupakan anak ketiga dalam keluarga kami.Tahun ini kiranya arwah akan menduduki peperiksaan SPM..tapi tidak sempat mengambil ujian itu kerana Allah telah mengambilnya dahulu daripada yang lain.Seribu hikmah cuba ditafsirkan keluar dari benak akal fikiran.Apa yang pastinya kami seharusnya berubah ke arah kebaikan.

           31 Julai 2011(Ahad) , jam 2.30 pg terdengar sahabat baik arwah , Mizi mengetuk pintu rumah kami untuk memberitahu kisah yang telah berlaku setelah sahabatnya yang lain gagal mendail nombor ibu bapa saya .Ayah agak terkejut apabila diberitahu bahawa adik telah kemalangan di jalan Seri Lalang, Felda Ayer Hitam.Saat itu saya diberitahu bahawa sepupu saya juga turut bersama-sama adik ke sana.Perancangan awal mereka adalah ingin pulang ke rumah sepupu saya setelah selesai berniaga Nenas bersama sahabatnya yang lain.Adik saya memang sangat suka berniaga.Sebab itulah setiap minggu ,habis waktu sekolah ..adik akan pulang ke Felda Ayer Hitam untuk bersama-sama sepupu dan sahabat-sahabatnya berniaga.Adik saya mempunyai motosikalnya sendiri dan adik akan ke mana-mana dengan motor kesayangannya itu.

          Sejurus selepas mendengar khabar itu, saya terus bangun dari tidur dan bergegas bersama ummi dan ayah ke Hospital Kluang.Dalam perjalanan ke hospital...bibir saya berterusan beristirgfar dan berdoa agar adik selamat dan tidak cedera teruk.Ya Allah , saat itu saya benar-benar berharap agar Allah mendengar rintihan saya.Saya akui saya jarang berinteraksi dengan adik saya disebabkan keadaan BUZY yang saya rasa saya sendiri ciptakan hingga apabila saat itu berlaku, saya benar-benar berharap agar Allah memberi saya peluang untuk berbicara dengan adik selepas ini.

          Sampai satu saat kami tiba di simpang empat , mata saya diperlihatkan tertumpu pada sebuah lori tunda yang membawa motor adik saya bersama sebuah kereta Storm.Mulanya saya tidak yakin motor itu motor adik saya...tapi hati saya kembali yakin ...yup motor itu memang motor adik saya melihatkan nombor plat yang ada pada motor itu.Ya Allah , saat itu jantung saya berdegup laju dan lebih menggentarkan hati ini apabila melihat motor adik saya remuk habis pada bahagian depan.Saya cuba mententeramkan jiwa dengan keyakinan pada janji-janji Allah.Allah tidak akan membebani hambanya dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hambanya.

           Semasa ketibaan saya bersama akak dan ummi ayah ke bahagian kecemasan...tidak semena-mena saya mendengar ummi saya menangis dan menyebut kalimah Allah berulang kali.Saya cuba mempercepatkan langkahan saya untuk mendapatkan ummi saya.Realitinya , yup memang adik saya telah meninggal dunia.Ayah saya kelihatan diam agak lama apabila berita itu diberitahu oleh MA bertugas.Sepupu saya yang menemani adik saya berada di samping tubuh kaku adik dan beliau menampakkan riak sedih.Apalagi saya terus menelefon saudara terdekat dan syukurlah semuanya selamat.Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan rahmatMu kepada keluarga saya.

           Saya melihat kembali gambar kejadian yang diambil oleh ayah.Saya tidak mahu kata apa-apa cuma cukuplah saya mengingatkan diri bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa kita dalam pelbagai keadaan.Orang yang sedang menoreh getah pun boleh meninggal secara tiba-tiba.Berfikirlah secara positif dan secara rasional segala hikmah kejadian di dunia ini.Sayangilah setiap insan secara adil.Sayangilah KANAK-KANAK kerana itu masa silam kita dan KASIHANILAH orang tua kerana itu masa hadapan kita.

          


6 comments:

  1. takziah buat keluarga diyanah..semoga kuat menghadapi semua ini....teringat semasa zaman sekolah rendah kita...masa tu aifa kenal dengan adik diyanah...kecik je orangnye,... :( Allah sayangkan dia....

    ReplyDelete
  2. sis, may Allah bless him.
    btw,part last tu T.T

    redha.bersyukur.bersyukur.

    ReplyDelete
  3. takziah diyanah...smoga lebih tabah pada masa akan datang...

    ReplyDelete
  4. takziah.. Al-fatihah.. tabah ye..

    ReplyDelete
  5. takziah ye..
    moga kuat menempuh ujian ini..
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. takziah dyana n keluarga...teringat kat arwah :(
    tabah ye dyana...

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails