Saturday, August 13, 2011

Hidayah Seorang Muslim

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah ...syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya menulis kembali di teratak ini.Terima kasih Ya Allah.Jika diikutkan masa yang Allah beri kepada diri ini , rasanya terlalu sedikit amal yang dilakukan berbanding saat dan detik yang banyak berbaki sia-sia.Ya Allah maafkan saya...dalam waktu ini saya berusaha untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Berkeinginan untuk berkongsi sebuah kisah yang saya rasakan ada manfaat yang boleh diambil dari kisah ini.Juga diharapkan boleh dijadikan iktibar pada sahabat-sahabat yang lain;-).
_________________________________________________


          Pernah suatu ketika dahulu, terdapat salah seorang pengunjung Eropah berjumpa dengan seorang pengetua sekolah di salah satu sekolah di Malaysia.Pengunjung Eropah itu berhajat untuk mengunjungi salah seorang guru yang berada di dalam kelas untuk menimba pengalaman baru di tempat orang.Ketika pengetua sekolah itu menyampaikan hal itu kepada para guru, salah seorang di antara mereka menawarkan diri bersedia menjadi guru yanng akan dikunjungi.Guru itu merupakan guru Pendidikan Islam.Saat itu, guru  tersebut telah membuat persediaan menerima kedatangan pengunjung Eropah dengan memilih tajuk pembelajaran 'Praktik', iaitu tatacara pelaksanaan solat.Tajuk ini dipilih dengan harapan pengunjung Eropah itu bukan sekadar melihat solat, malah akan mengenal dan mengetahui rahsianya.Tambahan lagi diharap pemahaman pengunjung Eropah akan lebih mudah apabila melihat praktikal solat ini kerana beliau sememangnya tidak memahami bahasa Arab.

           Ketika guru tersebut ditanya oleh guru yang lain penyebab kerelaannya menjadi guru yang dikunjungi dan mengapa guru itu memilih solat sebagai solat sebagai topik pembicaraan?Dia menjawab: Kita telah banyak melakukan kesalahan.Ketika kita memaparkan kepada orang seperti mereka(orang Eropah) peralatan moden yang kita miliki di bidang ilmu, sejarah , adab seni dan sebagainya...mereka akan tetap berkeyakinan yang mereka memiliki sesuatu lebih baik daripada apa yang kita miliki.Kerana apa yang kita miliki berada di bawah apa yang telah mereka miliki dalam bidang ilmu.

           Tetapi sekiranya kita memaparkan Islam kepada mereka, baik ajarannya, ibadahnya, akhlak dan sebagainya, maka mereka akan melihat sesuatu yang tidak mereka miliki dan mereka ketahui.Sesuatu yang belum pernah meraka lihat.Boleh jadi , dengan pemaparan tersebut akan melahirkan sekelumit cahaya yang mengiringnya menuju hidayah dan kebenaran sebagaimana yang telah dialami oleh ramai orang.

          Teringat semalam di radio IKIM ada seorang ustaz yang mualaf yang memberitahu rasa bersyukurnya di hati beliau apabila mendapat hidayah Islam dalam dirinya.Walaupun ustaz itu sudah memeluk agama Islam, Alhamdulillah ibunya yang beragama Hindu boleh terima anaknya yang beragama Islam dan kini mereka hidup bersama.Menurut pengalaman ustaz itu, dulu sejak dari kecil ustaz memang minat untuk mendalami agama Islam hinggakan beliau cuba mentarbiah teman wanitanya yang ketika itu beragama Islam.Pentarbiahan kepada teman wanitanya itu termasuklah menyuruhnya memakai tudung dan menunaikan solat 5 waktu.Dalam waktu itu, ustaz belum memeluk agama Islam lagi...tetapi disebabkan tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain yang beliau pelajari daripada agama Islam, maka dilaksanakan tugas itu dengan sebaiknya.Alhamdulillah teman wanita itulah kini menjadi pendamping hidup ustaz itu apabila mereka diijabkabulkan pada tahun 2000.

           Begitu juga dalam hidup ini , kita seharusnya berusaha untuk membawa mereka yang non-muslim mengenali keindahan Islam.Jika tidak boleh secara menyeluruh, cubalah secara berperingkat-peringkat.Yang penting jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

            Tiba-tiba teringat pula kepada salah seorang sahabat saya.Namanya Karthygesu dan beragama Hindu.Karthy memang suka bertanyakan tentang agama Islam pada saya.Satu hari ketika di kolej pernah karthy datang kepada saya dan menyuruh saya mendengarkan sebuah lagu yang berada di dalam phonenya.Mulanya saya menolak kerana ditakuti lagu yang bakal saya dengar itu lagu agamanya.Tetapi tidak...rupa-rupanya lagu itu adalah sebuah lagu yang bertajuk 'Asma Allah' yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf.Sejurus habis mendengarkan lagu tersebut , beliau bertanyakan sesuatu yang pelik kepada saya.

Karthy:"Diyanah, you tahu tak i minat sangat dengar lagu ni.Setiap pagi pasti i dengar".
Saya:"You dapat dari mana lagu ni?"
Karthy: "I dapat dari you tube la.I pelik, tiap kali i dengar lagu ni, i pasti sedih.Boleh i tahu lagu ni sebenarnya tentang apa?"
Saya: "Subhanallah(dalam hati).Lagu ni sebenarnya memberitahu 99 nama Allah...Tuhan saya."
Karthy :(Beliau senyap seketika.Kelihatannya seperti memikirkan sesuatu.Lantas memberitahu...)"Diyanah , i rasa you silap.Allah tu bukan Tuhan you sahaja tapi Tuhan kita."

Hingga kini saya berharap semoga jalan beliau mencari cahaya hakiki dipermudahkan oleh Allah.Percayalah, kehidupan yang hakiki adalah kehidupan yang menghendaki kita untuk kuat berjuang di dalam agamaNya.



No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails