Saturday, July 30, 2011

Titian Kabur


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan izin dan limpah kurnianya, dapatlah saya kembali menulis di teratak ini pada kali ini.

          Sesungguhnya pada tiap-tiap manusia yang Allah ciptakan , terdapat padanya akal fikiran yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan.Contoh terdekat akal kurniaan Ilahi ini sepatutnya dapat membimbing diri ke arah mencapai mardhatilah Allah SWT.Pemikiran yang merangkumi keyakinan yang kukuh terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah secara tidak langsung dapat menangkis perasaan dengki kepada orang lain.Hal ini kerana, perasaan yang merasa kewujudan Allah ini membuatkan seorang hamba akur dan taat terhadap tugas yang telah diamanahkan kepada diri hamba itu sendiri.

Titian Kabur itu sebenarnya tajuk satu cerita ditelevisyen yang baru saya tonton tadi.

          Untuk entri kali ini , saya tidak berniat untuk menulis panjang lebar cuma cukuplah persinggahan ini dapat mengingatkan kita sebagai hamba Allah yang SERINGKALI terlupa.Kita lupa dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita dan tidak ambil iktibar dari segala nikmat dan ujian yang Dia hadiahkan kepada kita.
Point yang akan saya cuba ceritakan kembali adalah "sesuaikanlah rohani anda dengan sifat zahir anda".

           Watak utamanya ialah seorang wanita muslimah yang berjaya dan memegang jawatan sebagai seorang peguam.Suami wanita ini merupakan pekerja pejabat biasa je.Jika dilihat dari sifat luaran/fizikal wanita ini, memang orang lain akan menilai beliau sebagai seorang yang faham akan agamanya....yelah bertudung litup.Tetapi satu je beliau lupa .Beliau TAHU Allah itu ada, tetapi beliau TIDAK merasa kewujudannya.Lantaran sifat beliau itu, maka adik beradik beliau selalu bertikam lidah dengan beliau.

Wanita itu dengan angkuh mengatakan,
"Adik tak pernah merasakan susahnya akak nak besarkan korang dan selesakan hidup mama...hidup kita sekeluarga...akak buat semua ni sebab akak sayangkan keluarga kita...akak nak korang hidup sempurna sebagai mana sempurnanya akak selama ni".

        *Nampaknya wanita itu lupa satu perkara yang sebenarnya Allah sahaja yang sempurna....dan  Allahlah yang mengurniakan nikmat kesenangan buat beliau.Akhirnya dipengakhiran hidupnya...susah untuk mengucap sebab suaminya tak memaafkan kesalahannya.Wanita ini sering memperkecilkan kelemahan suaminya dan apabila kondisi derita ini ditanggunginya, maka lidahnya tidak henti-henti beristigfar dan menyebut nama suaminya.Namun segala-galanya menjadi tenang apabila si suami lembut hati nya lalu hadir di sisi beliau ketika itu dan memaafkan segala kesalahan isterinya.*

             Pengajaran yang dapat kita kutip daripada kisah ini ialah berusahalah untuk mencari hamba yang soleh dan solehah sepertimana sifat luaran bertudung yang kita amalkan.Jangan disebabkan sorang duaorang yang bersifat tegal dengan agama Islam...yang mengamalkan tuntutan Allah sekadar TAHU , tanpa MERASA kewujudanNya dan istiqamah dalam melaksanakannya...maka akan terjatuh maruah semua wanita bertudung yang lain...lagi-lagi yang bertudung labuh.Juga ...janganlah kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang isteri iaitu wajib taat kepada suami.Bersempena mendekati bulan Ramadhan ini, mari kita ungkai kembali doa Malaikat Jibril yang diaminkan oleh Nabi Muhammad.

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadan, 
"Ya Allah, Tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila memasuki bulan Ramadan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :-
  1. TIDAK MEMOHON MA'AF TERLEBIH DAHULU KEPADA ORANG TUANYA (jika masih ada)
  2. TIDAK BERMA'AFAN TERLEBIH DAHULU ANTARA SUAMI ISTERI
  3. TIDAK BERMA'AFAN TERLEBIH DAHULU DENGAN ORANG-ORANG SEKITARNYA
Maka Rasulullah pun mengatakan AMINNNNN sebanyak 3x"


Moga-moga kita sentiasa terdidik untuk berubah ke arah kebaikan.
MOOD: Baru pulang dari Maktab Arabiah Kluang, Johor.Ya Allah , tenangnya melihat anak-anak  yang telah terdidik untuk mentaati suruhanMu....Alhamdulillah mendapat banyak pencerahan minda menerusi ceramah yang telah di sampaikan oleh Kiyai Muarifin yang dundang khas dari Indonesia.Selepas ini matlamat saya akan saya gerakkan untuk mencapai cita-cita ummah...InsyaAllah ...mohon doa semua;-)Esok misi akan diteruskan bertemu dengan adik-adik di matrik Tangkak.

3 comments:

  1. salam ummu..wah aktifnye berprogram.. :)
    ummu berprogram under kolej atau ISMA?
    sekarang tgh cuti ke?

    ReplyDelete
  2. maaf,sis.sy hya ign brtya ttg hdis yg akhir tu.sbb sy ad terbaca..

    -saye menerima laporan mengatakan hadis diatas hadis plasu . Hadith/kata di bawah adalah PALSU:

    Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

    -Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
    -Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
    -Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

    Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

    ------------------------------​------------------------------​---

    Adapun yang BENAR adalah hadith berikut:

    Dari Abu Hurairah: Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam naik mimbar lalu bersabda: ‘Amin, Amin, Amin’. Para sahabat bertanya : “Kenapa engkau berkata demikian, wahai Rasulullah?” Kemudian beliau bersabda, “Baru saja Jibril berkata kepadaku: ‘Allah melaknat seorang hamba yang melewati Ramadhan tanpa mendapatkan ampunan’, maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun tidak membuatnya masuk Jannah (karena tidak berbakti kepada mereka berdua)’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Allah melaknat seorang hambar yang tidak bershalawat ketika disebut namamu’, maka kukatakan, ‘Amin”.” Al A’zhami berkata: “Sanad hadits ini jayyid”.

    Hadits ini dishahihkan oleh Al Mundziri di At Targhib Wat Tarhib (2/114, 406, 407, 3/295), juga oleh Adz Dzahabi dalam Al Madzhab (4/1682), dihasankan oleh Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid (8/142), juga oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Al Qaulul Badi‘ (212), juga oleh Al Albani di Shahih At Targhib (1679).

    ATAU hadith berikut:

    Dari Abu Hurairah ra. berkata :-
    "Sesungguhnya Nabi telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi ) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

    ****************************************


    p/s:
    [dulu ada certain certain 'ulamak' buat hadis hadis palsu ni sebab dia nak menggalakkan orang beribadat. niat tu dah baik, tapi cara dia tak berapa kena. biasa la, zaman sekolah dulu pun, banyak belajar dan amalkan hadis hadis palsu, tapi bila dah tau sikit sikit, janganlah beramal kerana hadis palsu tu, tapi beramal lah sebab itu memang tuntutan agama.

    tapi,mintak maaf kat orang orang yang kita pernah buat silap, kan tuntutan tu? buat lillahi ta'ala, inshaAllah dapat hasanah/ganjaran.wallahua'lam.salam ramadhan sis ;) ]

    ReplyDelete
  3. lepas sis dh baca nak delete komen sy yg ats ni xpe je.sbb sy rs mcm pjg nk buat entry je komen sy.hihi.btw,nice citer ats tu.:D

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails