Friday, July 8, 2011

Segalanya MilikMu

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya penulisan ini dapat saya teruskan untuk pengisian entri pada kali ini.

         Mula-mula sekali saya harap penceritaan saya ini dapat dijadikan pedoman buat kaum Adam dan buat kita semua.Saya yakin bukan semua adam bersifat begini.Kaitan kaum adam dalam cerita saya sedikit sebanyak mendorong diri ini berfikir dan memikirkan solusi yang perlu dilakukan untuk mentarbiah golongan seperti ini.Ingatlah walau buruk sekali pun perangai seseorang , kita sebagai insan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT akal fikiran perlulah menganggap yang mereka sebenarnya masih memerlukan  nasihat daripada saudara atau sahabat terdekat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.Tiada siapa kat dunia ini yang ingin pengakhiran hidupnya diakhiri dengan musibah.


          Maaf juga jika saya katakan melalui kisah ini saya terasa emosi sedikit sebab saya mahu berkongsi perasaan seseorang wanita apabila di perlakukan seperti ini.Seringkali terdengar orang akan kata indahnya berkahwin awal sebab dapat elak fitnah.Saya juga punyai tanggapan saya sendiri berkenaan hal ini hingga terkadang saya takut untuk melaluinya berikutan pengalaman teman-teman rapat yang sudah berumahtangga.Tanggungjawab sebagai seorang suri rumah pun perlu ditimbang akal dengan sebaiknya agar amanah terhadap masyarakat dan keluarga dapat dilaksanakan dengan jayanya.Persediaan fizikal dan mental juga haruslah cukup kerana kita berkahwin bukan sampai anak cucu kita sahaja, tetapi sampai akhir hayat kita di dunia ini.Jangan pula terlalu mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kita kerana secara tidak langsung kesempurnaan akan hadir menyelimuti kehidupan kita dalam berumahtangga.Oleh itu, berdoalah, usahalah , ikhtiarlah dan tawakallah kepada Allah kerana Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
________________________________________________
suami sahabat : beliau/suami sahabat saya
sahabat saya : dia/sahabat saya

        Perjalanan setengah hari ke rumah sahabat seIslam saya di Felda Ayer Hitam menyelusuri jalan Kluang hingga  menuju ke destinasi Hospital Kluang amat-amat menguji naluri saya sebagai seorang wanita.Ya Allah , maafkan saya ...sejujurnya saya ingin sahaja menyedarkan suami beliau berkenaan tanggungjawab yang perlu beliau laksanakan ketika ujian ini menimpa isterinya.Ya Allah , saya geram beliau memperlakukan sebegitu kepada isterinya sendiri...Ya Allah teganya beliau!!

        Saat pertama saya mendapat call yang mengatakan sahabat saya (wanita) sudah 2 hari dimasukkan ke wad ICU untuk mendapatkan rawatan lanjutan berikutan sakit buah pinggang tahap 3(teruk), saya terkejut seketika.Sahabat saya kini memakai pampers kerana doktor mengatakan sahabat saya tidak boleh banyak bergerak lantaran kondisinya yang mungkin akan memberi kesan yang teruk pada tubuhnya.Saya tahu ketika sahabat saya diuji dengan ujian sebegini , dia ingin jika suaminya berada di sisinya..tetapi dia redha dengan segala ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas dirinya.Saya tahu dia seorang yang kuat.Lebih menduga jiwa apabila mengetahui bukan suami sahabat saya yang menghantarnya ke hospital tetapi saudara iparnya yang menghantar sahabat saya ke hospital.Time tu saya berfikir positif yang mungkin suaminya sibuk dengan urusan kerjanya di pejabat time tu..ok saya kembalikan pemikiran terus spontan ke arah kebaikan kerana tidak mahu membangkitkan rasa buruk sangka pada beliau.

         Tetapi Allah itu berkuasa atas segala-galanya . Dalam perjalanan saya ke rumah beliau(hari ketiga sahabat saya di ICU)di Felda Ayer Hitam untuk mengambil barangan sahabat saya di sana...saya ternampak suaminya tengah berlepak-lepak dengan membernya di kedai kopi berdekatan.Bukan hari ini sahaja, tapi saya juga melihat perkara yang sama dilakukan oleh suami sahabat 2 hari lepas iaitu bermulanya hari sahabat saya dimasukkan ke dalam wad ICU. Lebih mendukacitakan, selama 2 hari di ICU , sahabat saya mengatakan duitnya sudah tiada untuk membeli lampinnya sendiri dan keperluan lain selama dia berada di wad ICU.Lantas perbualan antara kami bermula dalam keadaannya yang lemah:

Saya:"Cukup tak keperluan you selama berada di sini?ke nak i tolong belikan yang kurang, nanti i boleh belikan."
Sahabat saya: "Eh tak pe...i tak  nak susahkan you ."(tiba-tiba dia menitiskan air mata)
Saya: "Are you ok?tell me what happen my dear.".(saya membisikkan kata-kata itu ke telinganya, sangat tidak sampai hati melihat keadaannya)
Sahabat saya: "Suami i , dia amik semua duit yang saudara-saudara i bagi pada i . Ya Allah , diyanah , i tak tahu nak buat apa...badan i lemah sangat;-( baru-baru ni dia kata dia nak kawin lagi dengan perempuan lain."(Ya Allah , tiba-tiba naluri keperempuanan saya tercabar...hingga membuatkan saya menggenggam selimut pada katil sahabat saya)

         Ya Allah , saat Kau menduga sahabat saya ini..saya akui saya seharusnya bersyukur kerana Engkau masih memberikan jalan yang cerah untuk saya menjalani kehidupan ini...tetapi saya seringkali lupa Ya Allah ...seringkali leka dengan nikmatMu .Sahabat saya ini lebih memerlukan kasih sayangMu..saya tahu dia yakin dengan kekuasaanMu hinggakan dia rela diperlakukan sedemikian rupa.Seketika saya teringat pada sabda Rasulullah di mana:

Sabda Rasulullah:"Ada orang yang amalnya seperti para ahli syurga akan tetapi ia adalah ahli neraka, dan ada pula orang yang amalnya menyerupai amal ahli neraka akan tetapi ia termasuk ahli syurga.Akhir hayat manusialah saat-saat yang akan menentukan nasibnya di akhirat nanti, apakah kbahagiaan yg ia perolehi atau malah sebaliknya kesengsaraan yg mnyertai kematiannya".
                                                         *muhasabah buat diri juga*

           Ketika saya bertemu suaminya di jalanan kedai kopi yang saya katakan tadi...nak ikutkan hati saya memang saya nak je tampar muka beliau.Tetapi bisikan kalimat Ilahi masih terdengar berbisik di telinga saya ...Astargfirullah ..bukan begini caranya nak menghukum beliau...perlu berhemah...masakan beliau sanggup melakukan perkara itu terhadap isterinya sendiri sekiranya beliau mengenal Allah.Hidayah Allah ...Allah yang punya...kita sebagai 
manusia seharusnya berusaha memperbetulkan keadaan bukan mengkucarkacirkannya.


          Saya bukan nak burukkan sesiapa dalam cerita ini , tetapi saya berharap agar cerita ini dapat dijadikan pedoman dan pengajaran buat kita semua dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba ciptaanNya.Cerita ini banyak memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk lebih sabar dan tabah .Jika sahabat saya boleh mengapa saya tidak..juga anda?Ingatlah kekadang ujian itu datang untuk menghapus dosa-dosa kita dahulu dan untuk meninggikan darjat kita di sisinNya.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails