Friday, July 1, 2011

Nikmat Sebuah Keamanan





Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bertinta semula.Syukur Alhamdulillah.

          Saya ingin memulakan bicara pada hari ini dengan memetik kata-kata dari Hukamak yang di mana mengatakan, 'Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman'.Sememangnya jika kita mengungkai maksud keamanan itu sendiri , maka ia bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai.Sebelum merungkai dengan panjang lebar, sepenuh kesyukuran dirafa'akan pada Allah SWT kerana membenarkan kita hidup di dalam situasi aman dan tenteram walaupun kini ada dikhabarkan bahawa demontrasi BERSIH yang membimbangkan sesetengah pihak akan tetap diadakan 9 Julai ini.Mahu tidak mahu jika dihuraikan panjang lebar, di dalam fb mahupun twitter, cukuplah saya katakan isu tentang berita ini telah banyak diperkatakan oleh ramai orang.Dan saya sendiri sebenarnya bersetuju dengan 8 tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH , cuma cara mereka mengadakan demonstrasi haram dan berhimpun di jalanan tu dirasakan tidak sesuai dengan keadaan negara kita di Malaysia kini.Jika mahu ulasan yang lebih lanjut, boleh baca link saudara Amin.

          Keamanan dapat dilihat apabila sebuah masyarakat mengamalkan hidup yang bersatu padu dan hidup dalam aman tenteram tanpa sebarang persengketaan.Hasrat ini InsyaAllah dapat dicapai sekiranya setiap daripada kita sedar tujuan hidup ini dan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.Dalam konteks negara kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, Alhamdulillah kini jika dilihat dari mata kasar keamanan di suatu tempat atau SESETENGAH kawasan masih dapat dilestarikan.Dalaman saya BERAT mengatakan SEMUA masyarakat hampir sebahagian besarnya dah hidup dalam keadaan aman kerana hakikat sebenar yang dapat saya katakan ialah rohaniah masyarakat kian TENAT.Bukti yang paling dekat dilihat dari sudut masyarakat yang hidup di kampung saya...sungguh membimbangkan hingga terkadang saya bermonolong bersendirian..."Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk membawa mereka berubah ke arah kebaikan agar keamanan yang sebenarnya dapat dicapai"....;-(

          Kondisi yang berlaku ini mampu dikembalikan kepada yang lebih baik lagi sekiranya setiap daripada kita merasa roh Al-Quran itu sendiri sepertimana yang telah saya bicarakan sebentar tadi.Percayalah ,cerita hidup setiap insan pasti akan terus berjalan dan diharapkan dalam keadaan kita yang menghampiri madrasah Ramadhan sekejap sahaja lagi , moga-moga iman kita akan terus dipertingkatkan.Kisah Israk Mikraj yang dialami oleh Rasulullah sepatutnya dijadikan sandaran, pedoman dan peringatan buat diri kita.Pengajaran Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa di dalamnya sahaja tetapi berlakunya peristiwa itu juga menguji tahap keyakinan umat Islam terhadap kesahihan berlakunya peristiwa itu.Ia adalah hal jiwa dan hati.Ambillah ibrah di atas setiap pengajaran yang diperlihatkan oleh Rasulullah sepanjang Baginda melalui mikraj.Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup berTuhan iaitu meyakini bahawa 'tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah''.

          Sejarah ketamadunan membuktikan bahawa keamanan memberikan kesejahteraan, hidup harmoni , terhindar dari segala bentuk serangan dan ancaman ,serta terhindar dari segala krisis kacau bilau. Kesinambungan keamanan ini juga sekali gus dapat memberi rezeki kepada sesebuah masyarakat yang hidup dalam lingkungannya.Sebab itulah tindakan pihak yang melakukan demonstrasi di jalanan yang memperjuangkan hak tanpa mengira sensitiviti dikatakan tidak sesuai kerana hal ini ditakuti akan mengganggu gugat keselamatan dan keamanan sesebuah negara itu sendiri.Justeru marilah kita kembali muhasabah semula dan fikirkan apa yang terbaik untuk ummah bukan untuk mencapai kepentingan persatuan atau parti semata-mata.

"Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat , tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah , kerana itu Allah menimpakan bencara kelaparan dan ketakutan , disebabkan apa yang telah mereka perbuat".
(An-Nahl:112)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails