Sunday, July 24, 2011

Hayatilah Keperibadian Baginda

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk manulis lagi.

         Alhamdulillah segala perancangan setakat ini berjalan lancar.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau mempermudahkan urusanku ini.Saya harap mimpi yang menghinggapi tidur saya kelmarin tidak membawa ianya hadir sebagai realiti nyata.Hakikatnya ianya amat-amat menakutkan.

        Baru-baru ini kakak saya ditimpa kemalangan jalan raya.Syukurlah tidak mengalami cedera yang teruk.Kini akak berada di rumah untuk menjalani rawatan rohani buat dirinya.Moga beliau cepat sembuh.Saya tahu beliau kuat! 

         Sejak kejadian yang menimpa kakak, saya menjadi sedikit trauma untuk memandu.Tiap kali ternampak penunggang motosikal memotong laluan saya...kembali , rasa trauma itu hadir kembali.Saya cuba untuk mengkontrol jiwa sebab saya yakin mindset seseorang itu yang akan memberi refleksi kepada perbuatannya.Jadi saya memujuk diri untuk sentiasa optimis dan yakin untuk memandu.Sepanjang perjalan saya ke Melaka semalam, saya dilihatkan oleh Allah 5 kejadian kemalangan yang semuanya menimpa pemandu kereta.Ya Allah , saya amat takut.



sekadar gambar hiasan


        Saya melihat kelima-lima kejadian, dan saya dapati salah seorang daripada mangsa sudah ditutup dengan plastik hitam jasadnya.Fikiran saya mengatakan yang roh di dalam jasad itu sebenarnya sudah kembali  kepada Ilahi.Sekejap sahaja.Sekali lagi ia menyentak jiwa , menggentarkan rongga-rongga di tubuh ketika kejadian itu benar-benar berlaku di hadapan 2 bijik mata saya sendiri.Kembali beristigfar...moga Allah melindungi saya, memaafkan segala kesalahan saya selama ini.Saya tahu , saya telah banyak melupakanNya tanpa saya sedari.Seketika terdengar lagu Suara Azan yang dinyanyikan oleh Fitri UNIC berkumandang di corong radio.Rupa-rupanya sedang saya mengingati kembali kejadian itu , sekali lagi Allah mengingatkan saya untuk kembali sujud kepadaNya.Tersentuh hati ini mendengar bait-bait lirik lagu tersebut.Ya Allah , maafkan saya.


‎"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah"
(surah Al-Ahzab 33:21)

          Benarlah dikatakan Rasulullah itu sebaik-baik teladan yang boleh dijadikan ikutan.Lihatlah pada sifat-sifat keperibadian Baginda.Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan Baginda, sebaliknya Nabi Muhammad terus mencari jalan secara berhemah untuk kumpulan yang menentangnya agar dipertemukan dengan kebenaran dan akhirnya memberi sokongan serta bekerjasama dengannya.Baginda juga menghargai orang-orang yang berjasa dalam hidupnya yang diperlihatkan melalui layanan kepada anggota keluarganya termasuk di kalangan anggota keluarga yang enggan memeluk Islam.Tamadun yang agung itu dibina daripada pancaran sifat yang melihatkan watak dan keperibadian mulia dan berhemah. Sifat dan watak Baginda itu yang membuatkan kawan merasa hormat dan lawan merasa segan.
          
           Semoga kita terdidik untuk sentiasa mengikuti contoh teladan mulia, Rasulullah SAW.Walau pelbagai ragam manusia yang diperlihatkan di hadapan kita, bersangka baiklah kerana kita tidak mengetahui apa yang telah dirancangkan oleh Allah kepada setiap hambaNya.Mungkin juga kematian seseorang dalam kemalangan itu , di dalamnya terhimpun 1000 hikmah untuk kita jadikan pengajaran.Mana tahu , menerusi kematian mereka itu Allah dah mengampunkan dosa-dosa mereka.Kembalilah mendidik jiwa berfikiran positif.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails