Sunday, July 3, 2011

Bahtera Penyelamat


Salam w.b.t
Selawat dan salam diucapkan ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada diri ini yang hina...insan yang banyak buat dosa untuk kembali bertinta atas namaNya..moga niat yang satu ini tidak akan ternoda dengan pascamodena dunia yang hanya sementara.Maha Suci Allah , sungguh hebat Allah, Dia tidak pernah jemu mendengar luahan doa yang kita hamparkan padaNya walau pada hakikatnya diri ini sendiri sering melakukan sesuatu yang menzalimi diri ini tanpa kesedaran hakiki dalaman diri.Ya Allah ...maafkan saya Ya Allah...maafkan saya.

         Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan saya menjalankan usrah bersama sahabat perjuangan di Taman Maju, Parit Raja.Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah.Sekali lagi peringatan diberi oleh para akhawat menyentuh sanubari ini dan terasa bagaimana Allah memandang saya??hal ini kerana kelalaian yang menerpa diri dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan kadang kala menyebabkab keluhan terhambar keluar dari lisan tanpa berfikir hikmah disebalik kepenatan yang Allah ganjarkan pada setiap hambaNya.Buktinya , apabila sesetengah di antara kita berjaya melaksanakan sesuatu program atau pekerjaan..kita memang akan mengucapkan rasa syukur pada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah.Tetapi cuba kita fikir kadar timbang penghargaan itu diberikan pada Allah berbanding penghargaan kepada makhluk atau ahli-ahli yang terlibat dalam gerak kerja yang dilakukan.


Sebagai contoh:
Si A berjaya mengendalikan program dalam sesuatu organisasi dan A amat berterima kasih kepada ahli/team yang telah berkorban jiwa raga untuk memastikan program berjalan lancar.Ucapan Alhamdulillah memang disertakan tapi kadar timbang penghargaan kepada manusia melebihi kesyukuran kepada Allah.


Dialog1:"Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ribuan terima kasih diucapkan kepada Abang Wan, Abang Nuh, En. K, En. H dan semua yang terlibat.Terima kasih daun keladi jasa kalian memang tidak dapat dilupakan.Moga-moga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk ummah.Saya percaya selepas ini ibu bapa akan lebih berkeyakinan untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai program kita sebab kita punyai kekreativiti tersendiri berbanding persatuan lain".


Apa salahnya diucapkan begini:


Dialog 2:"Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'akan ke atas Allah SWT  di atas nikmatNya yang sentiasa mendengar luahan dan doa hambaNya hingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Alhamdulillah.Kejayaan kecapaian matlamat di dalam program kali ini sememangnya tidak akan dapat dicapai tanpa bantuan kalian semua dan yang lebih penting Allahlah yang mengizinkan objektif program kali ini tercapai sepenuhnya.Hadirin sekalian , saya yakin Allah melihat segala apa yang kita telah laksanakan hari ini dan diharapkan pengabdian diri kembali kepadaNya akan kian mantap agar usaha ke arah pentarbiahan kepada pelajar-pelajar ini akan sampai ke hati orang yang kita ingin sampaikan dakwah ini.Semoga kita sentiasa memperbetulkan niat kita dalam melaksanakan segala amanah yang telah diberi oleh Pencipta kepada kita sebagai seorang hamba".


*secara konteksnya, kita dapat lihat sendiri perbezaan di antara 2 dialog ini.Perbicaraan dalam dialog 1 jelas membuktikan unsur kesyukuran kepada Allah , tetapi sayangnya lebih mengagungkan persatuan itu sendiri dari dasarnya.Berbeza dengan perbicaraan dalam dialog 2 yang di mana jelas memaparkan kebergantungan hanya kepada Allah sahaja yang akan membuahkan rezeki berupa kejayaan kepada persatuan dan individu dalam persatuan itu sendiri.*
______________________________________________________


          Hal yang sama juga dapat dilihat pada setiap nikmat yang telah Allah kurniakan kepada hambaNya.Contoh, nikmat makan , nikmat jalan dan nikmat ilmu ..Alhamdulillah kita tidak pernah jemu berterima kasih pada Allah...tetapi nikmat pernafasan yang kita lalui setiap detik bahkan setiap saat yang jika kita kaji effectnya sekiranya nikmat ini diberhentikan oleh Allah 10 minit je.(cuba tutup mulut dan hidung anda dalam masa 10 minit, kita akan rasa macam nak mati...ya kan?) Nikmat makan pun , jika kita tak makan 10 minit atau sehari pun kita masih boleh hidup kan? tetapi nikmat nafas ini...cuba bayangkan jika setiap hembusan nafas kita dicharge 10 sen maka tentu tak terbayarlah untuk mendapatkan nikmat nafas itu.Tapi disebabkan Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih kepada hambanya , maka nikmat itu diberikan secara percuma sahaja.Tinggal pula kita sebagai hamba ciptaanNya, adakah kita memandang kembali kurniaan itu dan bersyukur lalu mengambil ibrah darinya?
______________________________________

          Oleh itu, wahai sahabat yang amat saya sayangi , saya juga mengingatkan diri ini juga marilah kita kembali mengikhlaskan niat kita untukNya tidak kiralah dalam apapun bentuk ibadah yang kita laksanakan samaada solat, puasa , mengeluarkan zakat dan lain-lain.Post mortem semula diri kita ..sekiranya kita masih menyimpan persaan syakwasangka  dan irihati pada orang lain , maka sedarlah yang  kita sebenarnya  masih belum mencapai kekhusyukan dalam beribadah.Astarfirullahalazim....moga Allah mengampunkan segala kekhilafan diri kita dalam meneruskan kerja-kerja kebaikan.Segala karat-karat jahiliah perlu dibuangkan keseluruhannya dalam diri dengan pembersihan hati, penjernihan akal fikiran dan kecergasan fizikal dari setiap individu.Apabila FAKULTI ini tidak berjalan seiring, maka kita akan dapat lihat sesuatu yang benar pada aturan Allah itu menjadi salah dan yang salah pada aturan Allah itu akan dipandang menjadi benar.Jagalah hati , jangan kau mungkiri , jagalah hati cahaya hidup ini.
____________________________________________
BAHTERA PENYELAMAT 

          Dalam konteks diri sebagai seorang pendakwah pula, ianya perlu dilihat secara lebih telus dan tersusun kerana tanpa bahtera ini , nescaya seorang dai'e itu akan mengalami kesukaran dalam mudah futur di jalan dakwah.Tanggungjawab berdakwah ke arah Islam adalah tanggungjawab jihad dan pengorbanan.Sejujurnya mereka yang melibatkan diri dalam dunia dakwah ini , mahu tidak mahu mereka kena bersedia menghadapi dugaan yang datang umpama gelintang yang pekat kerana dugaan itu pasti datang menguji ketabahan seorang dai'e  dan kebergantungannya hanya kepada Allah SWT sahaja dan bukan selainnya.Contoh dugaan hebat yang diperlihatkan oleh Allah kepada Rasulullah semasa perang Badar yang di mana jumlah tentera Islam ketika itu sedikit berbanding tentera Quraisy.Hinggakan Rasulullah berdoa terus kepada Allah:

"Ya Allah , aku memohon pertolongan dan kemenangan yang telah Engkau janjikan kepada kami.Ya Allah , andainya Engkau mentaqdirkan kumpulan pejuang(Islam) ini tumpas, maka Engkau tidak akan disembah dan dipatuhi lagi di dunia ini".

         Bahtera penyelamat yang dikatakan itu adalah Bahtera Makrifatullah(mengenal Allah).

Jika kita mengenal Allah , kita akan tahu mana jalan yang baik dan jalan yang buruk.Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya kita mempunyai ketidakseimbangan jasad dan rohani dalam memberi pertimbangan dalam sesuatu pekerjaan.Ada sesetengahnya akan mengatakan yang mereka nampak hala tuju ke arah kebaikan secara pandangan jasad , tetapi rohani dan jiwanya  tidak cenderung ke arah kebaikan.

       Semoga kita sentiasa terdidik untuk berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.Satu perkara yang perlu kita pegang dan yakin ialah dengan mengingati Allah , hati-hati akan menjadi tenang.Tenang di sini yang dimaksudkan adalah para dai'e akan merasa situasi lega dan damai hati walau ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan dalam jalan menuju Ilahi.Renung-renungkan dan selamat beramal.

        

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails