Saturday, July 30, 2011

Titian Kabur


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan izin dan limpah kurnianya, dapatlah saya kembali menulis di teratak ini pada kali ini.

          Sesungguhnya pada tiap-tiap manusia yang Allah ciptakan , terdapat padanya akal fikiran yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan.Contoh terdekat akal kurniaan Ilahi ini sepatutnya dapat membimbing diri ke arah mencapai mardhatilah Allah SWT.Pemikiran yang merangkumi keyakinan yang kukuh terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah secara tidak langsung dapat menangkis perasaan dengki kepada orang lain.Hal ini kerana, perasaan yang merasa kewujudan Allah ini membuatkan seorang hamba akur dan taat terhadap tugas yang telah diamanahkan kepada diri hamba itu sendiri.

Titian Kabur itu sebenarnya tajuk satu cerita ditelevisyen yang baru saya tonton tadi.

          Untuk entri kali ini , saya tidak berniat untuk menulis panjang lebar cuma cukuplah persinggahan ini dapat mengingatkan kita sebagai hamba Allah yang SERINGKALI terlupa.Kita lupa dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita dan tidak ambil iktibar dari segala nikmat dan ujian yang Dia hadiahkan kepada kita.
Point yang akan saya cuba ceritakan kembali adalah "sesuaikanlah rohani anda dengan sifat zahir anda".

           Watak utamanya ialah seorang wanita muslimah yang berjaya dan memegang jawatan sebagai seorang peguam.Suami wanita ini merupakan pekerja pejabat biasa je.Jika dilihat dari sifat luaran/fizikal wanita ini, memang orang lain akan menilai beliau sebagai seorang yang faham akan agamanya....yelah bertudung litup.Tetapi satu je beliau lupa .Beliau TAHU Allah itu ada, tetapi beliau TIDAK merasa kewujudannya.Lantaran sifat beliau itu, maka adik beradik beliau selalu bertikam lidah dengan beliau.

Wanita itu dengan angkuh mengatakan,
"Adik tak pernah merasakan susahnya akak nak besarkan korang dan selesakan hidup mama...hidup kita sekeluarga...akak buat semua ni sebab akak sayangkan keluarga kita...akak nak korang hidup sempurna sebagai mana sempurnanya akak selama ni".

        *Nampaknya wanita itu lupa satu perkara yang sebenarnya Allah sahaja yang sempurna....dan  Allahlah yang mengurniakan nikmat kesenangan buat beliau.Akhirnya dipengakhiran hidupnya...susah untuk mengucap sebab suaminya tak memaafkan kesalahannya.Wanita ini sering memperkecilkan kelemahan suaminya dan apabila kondisi derita ini ditanggunginya, maka lidahnya tidak henti-henti beristigfar dan menyebut nama suaminya.Namun segala-galanya menjadi tenang apabila si suami lembut hati nya lalu hadir di sisi beliau ketika itu dan memaafkan segala kesalahan isterinya.*

             Pengajaran yang dapat kita kutip daripada kisah ini ialah berusahalah untuk mencari hamba yang soleh dan solehah sepertimana sifat luaran bertudung yang kita amalkan.Jangan disebabkan sorang duaorang yang bersifat tegal dengan agama Islam...yang mengamalkan tuntutan Allah sekadar TAHU , tanpa MERASA kewujudanNya dan istiqamah dalam melaksanakannya...maka akan terjatuh maruah semua wanita bertudung yang lain...lagi-lagi yang bertudung labuh.Juga ...janganlah kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang isteri iaitu wajib taat kepada suami.Bersempena mendekati bulan Ramadhan ini, mari kita ungkai kembali doa Malaikat Jibril yang diaminkan oleh Nabi Muhammad.

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadan, 
"Ya Allah, Tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila memasuki bulan Ramadan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :-
  1. TIDAK MEMOHON MA'AF TERLEBIH DAHULU KEPADA ORANG TUANYA (jika masih ada)
  2. TIDAK BERMA'AFAN TERLEBIH DAHULU ANTARA SUAMI ISTERI
  3. TIDAK BERMA'AFAN TERLEBIH DAHULU DENGAN ORANG-ORANG SEKITARNYA
Maka Rasulullah pun mengatakan AMINNNNN sebanyak 3x"


Moga-moga kita sentiasa terdidik untuk berubah ke arah kebaikan.
MOOD: Baru pulang dari Maktab Arabiah Kluang, Johor.Ya Allah , tenangnya melihat anak-anak  yang telah terdidik untuk mentaati suruhanMu....Alhamdulillah mendapat banyak pencerahan minda menerusi ceramah yang telah di sampaikan oleh Kiyai Muarifin yang dundang khas dari Indonesia.Selepas ini matlamat saya akan saya gerakkan untuk mencapai cita-cita ummah...InsyaAllah ...mohon doa semua;-)Esok misi akan diteruskan bertemu dengan adik-adik di matrik Tangkak.

Sunday, July 24, 2011

Hayatilah Keperibadian Baginda

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk manulis lagi.

         Alhamdulillah segala perancangan setakat ini berjalan lancar.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau mempermudahkan urusanku ini.Saya harap mimpi yang menghinggapi tidur saya kelmarin tidak membawa ianya hadir sebagai realiti nyata.Hakikatnya ianya amat-amat menakutkan.

        Baru-baru ini kakak saya ditimpa kemalangan jalan raya.Syukurlah tidak mengalami cedera yang teruk.Kini akak berada di rumah untuk menjalani rawatan rohani buat dirinya.Moga beliau cepat sembuh.Saya tahu beliau kuat! 

         Sejak kejadian yang menimpa kakak, saya menjadi sedikit trauma untuk memandu.Tiap kali ternampak penunggang motosikal memotong laluan saya...kembali , rasa trauma itu hadir kembali.Saya cuba untuk mengkontrol jiwa sebab saya yakin mindset seseorang itu yang akan memberi refleksi kepada perbuatannya.Jadi saya memujuk diri untuk sentiasa optimis dan yakin untuk memandu.Sepanjang perjalan saya ke Melaka semalam, saya dilihatkan oleh Allah 5 kejadian kemalangan yang semuanya menimpa pemandu kereta.Ya Allah , saya amat takut.



sekadar gambar hiasan


        Saya melihat kelima-lima kejadian, dan saya dapati salah seorang daripada mangsa sudah ditutup dengan plastik hitam jasadnya.Fikiran saya mengatakan yang roh di dalam jasad itu sebenarnya sudah kembali  kepada Ilahi.Sekejap sahaja.Sekali lagi ia menyentak jiwa , menggentarkan rongga-rongga di tubuh ketika kejadian itu benar-benar berlaku di hadapan 2 bijik mata saya sendiri.Kembali beristigfar...moga Allah melindungi saya, memaafkan segala kesalahan saya selama ini.Saya tahu , saya telah banyak melupakanNya tanpa saya sedari.Seketika terdengar lagu Suara Azan yang dinyanyikan oleh Fitri UNIC berkumandang di corong radio.Rupa-rupanya sedang saya mengingati kembali kejadian itu , sekali lagi Allah mengingatkan saya untuk kembali sujud kepadaNya.Tersentuh hati ini mendengar bait-bait lirik lagu tersebut.Ya Allah , maafkan saya.


‎"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah"
(surah Al-Ahzab 33:21)

          Benarlah dikatakan Rasulullah itu sebaik-baik teladan yang boleh dijadikan ikutan.Lihatlah pada sifat-sifat keperibadian Baginda.Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan Baginda, sebaliknya Nabi Muhammad terus mencari jalan secara berhemah untuk kumpulan yang menentangnya agar dipertemukan dengan kebenaran dan akhirnya memberi sokongan serta bekerjasama dengannya.Baginda juga menghargai orang-orang yang berjasa dalam hidupnya yang diperlihatkan melalui layanan kepada anggota keluarganya termasuk di kalangan anggota keluarga yang enggan memeluk Islam.Tamadun yang agung itu dibina daripada pancaran sifat yang melihatkan watak dan keperibadian mulia dan berhemah. Sifat dan watak Baginda itu yang membuatkan kawan merasa hormat dan lawan merasa segan.
          
           Semoga kita terdidik untuk sentiasa mengikuti contoh teladan mulia, Rasulullah SAW.Walau pelbagai ragam manusia yang diperlihatkan di hadapan kita, bersangka baiklah kerana kita tidak mengetahui apa yang telah dirancangkan oleh Allah kepada setiap hambaNya.Mungkin juga kematian seseorang dalam kemalangan itu , di dalamnya terhimpun 1000 hikmah untuk kita jadikan pengajaran.Mana tahu , menerusi kematian mereka itu Allah dah mengampunkan dosa-dosa mereka.Kembalilah mendidik jiwa berfikiran positif.

Sunday, July 17, 2011

Ramadhan yang Bakal Tiba


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulululah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya menggarap sedikit idea penulisan di teratak ini.

         Ramadhan dah hampir tiba dan saat itu jugalah hati ini berterusan mencari dan melakukan sesuatu yang boleh menggamit rasa syukur saya padaNya. Ramadhan tahun ini pasti memunggah lebihan sanubari dan naluri saya melihat perlakuan manusia sekeliling saya untuk saya tafsirkan ianya adalah kenyataan yang berlaku saat ini.Bukan suatu penipuan atau satu illusi.Yang pasti saya perlu berusaha untuk menghadapi dan mencapai jalan penyelesaian itu.

        Alhamdulillah sesi baru MLT telah bermula dan untuk pengetahuan pembaca saya telah ditempatkan berpraktikal di makmal Hospital Batu Pahat, Johor.Tempat saya dilahirkan, dibesarkan dan diasuh hingga jadi  saya yang sekarang ini.Kali ini suasananya lain sangat jika nak dibandingkan dengan Hospital Segamat.Di sini semuanya kena serius dari segi tingkahlaku kita, disiplin dan cara kerja kita.Semuanya dinilai 100%.

         .Ya Allah perjalanan hidup yang Allah aturkan untuk setiap hambaNya amat cantik.Tinggal mana bagaimana manusia itu menilai dengan mata hati atau menilai dengan nafsu semata-mata.

         Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?
(Surah A-Jaatsiyah:23)

Syaaban yang dilalui saat ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada diri yang digelar hamba
Ramadhan kian menjelang moga-moga diakhirnya kita akan temui ketenangan
Pujuklah hati untuk kembali mengingatiNya
Tagihlah cintaNya dan kasihNya
sesungguhnya Allah tidak pernah jemu mendengar doa hambaNya sehingga hamba itu jemu untuk berdoa kepadaNya.
Kembali bermuhasabahlah , perbaikilah dan lihatlah watak diri sendiri
hindarkanlah segala rasa benci dan dengki kepada orang lain jika perasaan itu terbungkam dalam jiwamu
jangan fikirkan apa yang orang lain buat jahat pada kita tetapi hitunglah kembali berapa banyak amal dan kebaikan yang telah kita sumbangkan kepada orang lain...mesti masih sikit bukan?
perbaikilah juga ibadah kita ..solat kita contohnya diterima atau tidak oleh Allah
adakah rukuk dan sujud yang dilakukan benar-benar sudah katam dan difahami maksudnya
kembali lah...

  • Syaaban adalah detik memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala.
  • Jiwa pejuang adalah menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
  • Antara perkara disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang.
  • Kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Masa sesuai muhasabah diri.



Friday, July 8, 2011

Segalanya MilikMu

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya penulisan ini dapat saya teruskan untuk pengisian entri pada kali ini.

         Mula-mula sekali saya harap penceritaan saya ini dapat dijadikan pedoman buat kaum Adam dan buat kita semua.Saya yakin bukan semua adam bersifat begini.Kaitan kaum adam dalam cerita saya sedikit sebanyak mendorong diri ini berfikir dan memikirkan solusi yang perlu dilakukan untuk mentarbiah golongan seperti ini.Ingatlah walau buruk sekali pun perangai seseorang , kita sebagai insan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT akal fikiran perlulah menganggap yang mereka sebenarnya masih memerlukan  nasihat daripada saudara atau sahabat terdekat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.Tiada siapa kat dunia ini yang ingin pengakhiran hidupnya diakhiri dengan musibah.


          Maaf juga jika saya katakan melalui kisah ini saya terasa emosi sedikit sebab saya mahu berkongsi perasaan seseorang wanita apabila di perlakukan seperti ini.Seringkali terdengar orang akan kata indahnya berkahwin awal sebab dapat elak fitnah.Saya juga punyai tanggapan saya sendiri berkenaan hal ini hingga terkadang saya takut untuk melaluinya berikutan pengalaman teman-teman rapat yang sudah berumahtangga.Tanggungjawab sebagai seorang suri rumah pun perlu ditimbang akal dengan sebaiknya agar amanah terhadap masyarakat dan keluarga dapat dilaksanakan dengan jayanya.Persediaan fizikal dan mental juga haruslah cukup kerana kita berkahwin bukan sampai anak cucu kita sahaja, tetapi sampai akhir hayat kita di dunia ini.Jangan pula terlalu mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kita kerana secara tidak langsung kesempurnaan akan hadir menyelimuti kehidupan kita dalam berumahtangga.Oleh itu, berdoalah, usahalah , ikhtiarlah dan tawakallah kepada Allah kerana Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
________________________________________________
suami sahabat : beliau/suami sahabat saya
sahabat saya : dia/sahabat saya

        Perjalanan setengah hari ke rumah sahabat seIslam saya di Felda Ayer Hitam menyelusuri jalan Kluang hingga  menuju ke destinasi Hospital Kluang amat-amat menguji naluri saya sebagai seorang wanita.Ya Allah , maafkan saya ...sejujurnya saya ingin sahaja menyedarkan suami beliau berkenaan tanggungjawab yang perlu beliau laksanakan ketika ujian ini menimpa isterinya.Ya Allah , saya geram beliau memperlakukan sebegitu kepada isterinya sendiri...Ya Allah teganya beliau!!

        Saat pertama saya mendapat call yang mengatakan sahabat saya (wanita) sudah 2 hari dimasukkan ke wad ICU untuk mendapatkan rawatan lanjutan berikutan sakit buah pinggang tahap 3(teruk), saya terkejut seketika.Sahabat saya kini memakai pampers kerana doktor mengatakan sahabat saya tidak boleh banyak bergerak lantaran kondisinya yang mungkin akan memberi kesan yang teruk pada tubuhnya.Saya tahu ketika sahabat saya diuji dengan ujian sebegini , dia ingin jika suaminya berada di sisinya..tetapi dia redha dengan segala ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas dirinya.Saya tahu dia seorang yang kuat.Lebih menduga jiwa apabila mengetahui bukan suami sahabat saya yang menghantarnya ke hospital tetapi saudara iparnya yang menghantar sahabat saya ke hospital.Time tu saya berfikir positif yang mungkin suaminya sibuk dengan urusan kerjanya di pejabat time tu..ok saya kembalikan pemikiran terus spontan ke arah kebaikan kerana tidak mahu membangkitkan rasa buruk sangka pada beliau.

         Tetapi Allah itu berkuasa atas segala-galanya . Dalam perjalanan saya ke rumah beliau(hari ketiga sahabat saya di ICU)di Felda Ayer Hitam untuk mengambil barangan sahabat saya di sana...saya ternampak suaminya tengah berlepak-lepak dengan membernya di kedai kopi berdekatan.Bukan hari ini sahaja, tapi saya juga melihat perkara yang sama dilakukan oleh suami sahabat 2 hari lepas iaitu bermulanya hari sahabat saya dimasukkan ke dalam wad ICU. Lebih mendukacitakan, selama 2 hari di ICU , sahabat saya mengatakan duitnya sudah tiada untuk membeli lampinnya sendiri dan keperluan lain selama dia berada di wad ICU.Lantas perbualan antara kami bermula dalam keadaannya yang lemah:

Saya:"Cukup tak keperluan you selama berada di sini?ke nak i tolong belikan yang kurang, nanti i boleh belikan."
Sahabat saya: "Eh tak pe...i tak  nak susahkan you ."(tiba-tiba dia menitiskan air mata)
Saya: "Are you ok?tell me what happen my dear.".(saya membisikkan kata-kata itu ke telinganya, sangat tidak sampai hati melihat keadaannya)
Sahabat saya: "Suami i , dia amik semua duit yang saudara-saudara i bagi pada i . Ya Allah , diyanah , i tak tahu nak buat apa...badan i lemah sangat;-( baru-baru ni dia kata dia nak kawin lagi dengan perempuan lain."(Ya Allah , tiba-tiba naluri keperempuanan saya tercabar...hingga membuatkan saya menggenggam selimut pada katil sahabat saya)

         Ya Allah , saat Kau menduga sahabat saya ini..saya akui saya seharusnya bersyukur kerana Engkau masih memberikan jalan yang cerah untuk saya menjalani kehidupan ini...tetapi saya seringkali lupa Ya Allah ...seringkali leka dengan nikmatMu .Sahabat saya ini lebih memerlukan kasih sayangMu..saya tahu dia yakin dengan kekuasaanMu hinggakan dia rela diperlakukan sedemikian rupa.Seketika saya teringat pada sabda Rasulullah di mana:

Sabda Rasulullah:"Ada orang yang amalnya seperti para ahli syurga akan tetapi ia adalah ahli neraka, dan ada pula orang yang amalnya menyerupai amal ahli neraka akan tetapi ia termasuk ahli syurga.Akhir hayat manusialah saat-saat yang akan menentukan nasibnya di akhirat nanti, apakah kbahagiaan yg ia perolehi atau malah sebaliknya kesengsaraan yg mnyertai kematiannya".
                                                         *muhasabah buat diri juga*

           Ketika saya bertemu suaminya di jalanan kedai kopi yang saya katakan tadi...nak ikutkan hati saya memang saya nak je tampar muka beliau.Tetapi bisikan kalimat Ilahi masih terdengar berbisik di telinga saya ...Astargfirullah ..bukan begini caranya nak menghukum beliau...perlu berhemah...masakan beliau sanggup melakukan perkara itu terhadap isterinya sendiri sekiranya beliau mengenal Allah.Hidayah Allah ...Allah yang punya...kita sebagai 
manusia seharusnya berusaha memperbetulkan keadaan bukan mengkucarkacirkannya.


          Saya bukan nak burukkan sesiapa dalam cerita ini , tetapi saya berharap agar cerita ini dapat dijadikan pedoman dan pengajaran buat kita semua dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba ciptaanNya.Cerita ini banyak memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk lebih sabar dan tabah .Jika sahabat saya boleh mengapa saya tidak..juga anda?Ingatlah kekadang ujian itu datang untuk menghapus dosa-dosa kita dahulu dan untuk meninggikan darjat kita di sisinNya.

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan aku Ya Allah


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Jujungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya , Dia memberikan saya peluang dan ruang untuk menukilkan secebis rasa di sini.Saya harap setiap langkah saya meniti hari diberi kekuatan olehNya untuk lebih thabat di jalan ini.Tadi saya terus terduduk...terasa jatuh...Ya Allah saya benar-benar memerlukan cintaMu Ya Allah...saya benar-benar perlukan rahmatMu..kasihanilah diri ini Ya Allah.

        Tadi setibanya di Nilai, saya lalui jadual kehidupan yang pihak department MLT telah aturkan.Saya tahu Allah tu benar-benar hebat hinggakan saya menangis seketika apabila menerima keputusan itu.Saya tahu Dia amat sayangkan saya , sebab itu diturunkan ujian sedemikian rupa untuk melihat saya.Yup, kini saya rasa Dia benar melihat saya....saya takut.Saya akui saya telah banyak melakukan kesilapan terhadapNya.Ya Allah saya mohon, ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.

         Tangisan terhenti dan saya mengerti yang saya seharusnya bersyukur sebab sayalah orang yang terpilih untuk menghadapinya.Masakan tidak , Dia lah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.Saya harus kuat.
         Hand phone di sisi mendengarkan ring tonenya dan jelas terpapar di skrin phone saya....seorang akhawat....Ya Allah cantik sungguh aturanMu Ya Allah.Jelasnya saya benar-benar merinduinya setelah hampir 2 minggu tidak mendengar khabarnya.Ya Allah mendengar suaranya sahaja membuatkan diri ini kembali tabah dengan ujian yang menimpa ini.Terima kasih Ya Allah.Seketika di talian, kak amalia menawarkan saya untuk menjadi fessi untuk program nazim yang akan diadakan di Melaka.InsyaAllah moga Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.Moga Allah membantu saya.


wassalam....

Sunday, July 3, 2011

Bahtera Penyelamat


Salam w.b.t
Selawat dan salam diucapkan ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada diri ini yang hina...insan yang banyak buat dosa untuk kembali bertinta atas namaNya..moga niat yang satu ini tidak akan ternoda dengan pascamodena dunia yang hanya sementara.Maha Suci Allah , sungguh hebat Allah, Dia tidak pernah jemu mendengar luahan doa yang kita hamparkan padaNya walau pada hakikatnya diri ini sendiri sering melakukan sesuatu yang menzalimi diri ini tanpa kesedaran hakiki dalaman diri.Ya Allah ...maafkan saya Ya Allah...maafkan saya.

         Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan saya menjalankan usrah bersama sahabat perjuangan di Taman Maju, Parit Raja.Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah.Sekali lagi peringatan diberi oleh para akhawat menyentuh sanubari ini dan terasa bagaimana Allah memandang saya??hal ini kerana kelalaian yang menerpa diri dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan kadang kala menyebabkab keluhan terhambar keluar dari lisan tanpa berfikir hikmah disebalik kepenatan yang Allah ganjarkan pada setiap hambaNya.Buktinya , apabila sesetengah di antara kita berjaya melaksanakan sesuatu program atau pekerjaan..kita memang akan mengucapkan rasa syukur pada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah.Tetapi cuba kita fikir kadar timbang penghargaan itu diberikan pada Allah berbanding penghargaan kepada makhluk atau ahli-ahli yang terlibat dalam gerak kerja yang dilakukan.


Sebagai contoh:
Si A berjaya mengendalikan program dalam sesuatu organisasi dan A amat berterima kasih kepada ahli/team yang telah berkorban jiwa raga untuk memastikan program berjalan lancar.Ucapan Alhamdulillah memang disertakan tapi kadar timbang penghargaan kepada manusia melebihi kesyukuran kepada Allah.


Dialog1:"Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ribuan terima kasih diucapkan kepada Abang Wan, Abang Nuh, En. K, En. H dan semua yang terlibat.Terima kasih daun keladi jasa kalian memang tidak dapat dilupakan.Moga-moga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk ummah.Saya percaya selepas ini ibu bapa akan lebih berkeyakinan untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai program kita sebab kita punyai kekreativiti tersendiri berbanding persatuan lain".


Apa salahnya diucapkan begini:


Dialog 2:"Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'akan ke atas Allah SWT  di atas nikmatNya yang sentiasa mendengar luahan dan doa hambaNya hingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Alhamdulillah.Kejayaan kecapaian matlamat di dalam program kali ini sememangnya tidak akan dapat dicapai tanpa bantuan kalian semua dan yang lebih penting Allahlah yang mengizinkan objektif program kali ini tercapai sepenuhnya.Hadirin sekalian , saya yakin Allah melihat segala apa yang kita telah laksanakan hari ini dan diharapkan pengabdian diri kembali kepadaNya akan kian mantap agar usaha ke arah pentarbiahan kepada pelajar-pelajar ini akan sampai ke hati orang yang kita ingin sampaikan dakwah ini.Semoga kita sentiasa memperbetulkan niat kita dalam melaksanakan segala amanah yang telah diberi oleh Pencipta kepada kita sebagai seorang hamba".


*secara konteksnya, kita dapat lihat sendiri perbezaan di antara 2 dialog ini.Perbicaraan dalam dialog 1 jelas membuktikan unsur kesyukuran kepada Allah , tetapi sayangnya lebih mengagungkan persatuan itu sendiri dari dasarnya.Berbeza dengan perbicaraan dalam dialog 2 yang di mana jelas memaparkan kebergantungan hanya kepada Allah sahaja yang akan membuahkan rezeki berupa kejayaan kepada persatuan dan individu dalam persatuan itu sendiri.*
______________________________________________________


          Hal yang sama juga dapat dilihat pada setiap nikmat yang telah Allah kurniakan kepada hambaNya.Contoh, nikmat makan , nikmat jalan dan nikmat ilmu ..Alhamdulillah kita tidak pernah jemu berterima kasih pada Allah...tetapi nikmat pernafasan yang kita lalui setiap detik bahkan setiap saat yang jika kita kaji effectnya sekiranya nikmat ini diberhentikan oleh Allah 10 minit je.(cuba tutup mulut dan hidung anda dalam masa 10 minit, kita akan rasa macam nak mati...ya kan?) Nikmat makan pun , jika kita tak makan 10 minit atau sehari pun kita masih boleh hidup kan? tetapi nikmat nafas ini...cuba bayangkan jika setiap hembusan nafas kita dicharge 10 sen maka tentu tak terbayarlah untuk mendapatkan nikmat nafas itu.Tapi disebabkan Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih kepada hambanya , maka nikmat itu diberikan secara percuma sahaja.Tinggal pula kita sebagai hamba ciptaanNya, adakah kita memandang kembali kurniaan itu dan bersyukur lalu mengambil ibrah darinya?
______________________________________

          Oleh itu, wahai sahabat yang amat saya sayangi , saya juga mengingatkan diri ini juga marilah kita kembali mengikhlaskan niat kita untukNya tidak kiralah dalam apapun bentuk ibadah yang kita laksanakan samaada solat, puasa , mengeluarkan zakat dan lain-lain.Post mortem semula diri kita ..sekiranya kita masih menyimpan persaan syakwasangka  dan irihati pada orang lain , maka sedarlah yang  kita sebenarnya  masih belum mencapai kekhusyukan dalam beribadah.Astarfirullahalazim....moga Allah mengampunkan segala kekhilafan diri kita dalam meneruskan kerja-kerja kebaikan.Segala karat-karat jahiliah perlu dibuangkan keseluruhannya dalam diri dengan pembersihan hati, penjernihan akal fikiran dan kecergasan fizikal dari setiap individu.Apabila FAKULTI ini tidak berjalan seiring, maka kita akan dapat lihat sesuatu yang benar pada aturan Allah itu menjadi salah dan yang salah pada aturan Allah itu akan dipandang menjadi benar.Jagalah hati , jangan kau mungkiri , jagalah hati cahaya hidup ini.
____________________________________________
BAHTERA PENYELAMAT 

          Dalam konteks diri sebagai seorang pendakwah pula, ianya perlu dilihat secara lebih telus dan tersusun kerana tanpa bahtera ini , nescaya seorang dai'e itu akan mengalami kesukaran dalam mudah futur di jalan dakwah.Tanggungjawab berdakwah ke arah Islam adalah tanggungjawab jihad dan pengorbanan.Sejujurnya mereka yang melibatkan diri dalam dunia dakwah ini , mahu tidak mahu mereka kena bersedia menghadapi dugaan yang datang umpama gelintang yang pekat kerana dugaan itu pasti datang menguji ketabahan seorang dai'e  dan kebergantungannya hanya kepada Allah SWT sahaja dan bukan selainnya.Contoh dugaan hebat yang diperlihatkan oleh Allah kepada Rasulullah semasa perang Badar yang di mana jumlah tentera Islam ketika itu sedikit berbanding tentera Quraisy.Hinggakan Rasulullah berdoa terus kepada Allah:

"Ya Allah , aku memohon pertolongan dan kemenangan yang telah Engkau janjikan kepada kami.Ya Allah , andainya Engkau mentaqdirkan kumpulan pejuang(Islam) ini tumpas, maka Engkau tidak akan disembah dan dipatuhi lagi di dunia ini".

         Bahtera penyelamat yang dikatakan itu adalah Bahtera Makrifatullah(mengenal Allah).

Jika kita mengenal Allah , kita akan tahu mana jalan yang baik dan jalan yang buruk.Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya kita mempunyai ketidakseimbangan jasad dan rohani dalam memberi pertimbangan dalam sesuatu pekerjaan.Ada sesetengahnya akan mengatakan yang mereka nampak hala tuju ke arah kebaikan secara pandangan jasad , tetapi rohani dan jiwanya  tidak cenderung ke arah kebaikan.

       Semoga kita sentiasa terdidik untuk berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.Satu perkara yang perlu kita pegang dan yakin ialah dengan mengingati Allah , hati-hati akan menjadi tenang.Tenang di sini yang dimaksudkan adalah para dai'e akan merasa situasi lega dan damai hati walau ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan dalam jalan menuju Ilahi.Renung-renungkan dan selamat beramal.

        

Saturday, July 2, 2011

Usah Jadi Orang yang Sengsara

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Syukur Alhamdulillah di atas kurniaanNya yang mengizinkan saya bertinta lagi di teratak ini.Terima kasih Ya Allah;-)

          Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar setiap gerak-geri semua hambaNya dan Maha Suci Allah yang menjadikan langit yang terang benderang, bintang yang gemerlapan, matahari yang bersinar dan bulan yang mendamaikan serta bumi yang memberi pelbagai nikmat.Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW semerbak bunga yang sentiasa menyemarakkan bau wangi, hujan lebat yang sentiasa mengalir ,orang-orang baik yang sentiasa bertemu , orang-orang soleh dan solehah yang sentiasa berpelukan serta seluruh keluarga para sahabat dan siapa sahaja yang di atas petunjukNya sampai hari kiamat kelak.

         Manusia itu ada dua golongan iaitu orang yang bertaqwa dan orang-orang yang sengsara, kelompok orang yang masuk syurga dan orang yang masuk neraka.Allah berfirman :

"Inilah dua golongan(golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka.
(Al-Hajj:19)

Kita juga harus sedar bahawa anggota-anggota tubuh seperti mata, hati , telinga dan mulut(lisan)juga terbahagi kepada dua.

Dua jenis mata:
1)Mata yang mengenal Allah dan menangis kerana takut kepadaNya, yang sentiasa merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah dan memikirkan perihal penciptaan makhlukNya.

2)Mata yang selalu melihat kepada sesuatu yang haram dan berpaling daripada petunjuk Rasulullah SAW, gemar melakukan maksiat dan memandang perkara-perkara yang terlarang, mata ini adalah mata yang akan menangis pada hari kiamat kelak.

Dua jenis hati:
1)Hati yang mengenal Allah, mencintai Rasulullah SAW, dan berjalan di bawah risalah dan sesuai dengan ajarannya.Hati seperti ini adalah hati yang berbahagia.

2)Hati yang berpaling dari daripada mengingati Allah, berpaling daripada membaca Al-Quran , lalai bersembahyang, tidak mengenal Allah dan berpaling daripada ajaran Rasulullah SAW yang benar.Hati ini akan sengsara.

Dua jenis telinga:
1)Telinga yang gemar mendengar wahyu Allah, gemar mendengar bacaan Al-Quran  dan hadis Rasulullah SAW serta aktif mengikuti majlis ilmu dan agama.Telinga ini telinga yang bahagia.

2)Telinga yang gemar mendengar hiburan yang melalaikan, kekejian , kemungkaran, sesuatu yang menjauhkan dan memalingkan pemiliknya daripada Allah serta membuat Allah murka kepadanya.

Dua jenis mulut(lisan):
1)Lisan yang sentiasa berbicara dengan penuh hikmah, mengatakan kebenaran, berzikir kepada Allah dan mengajak orang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

2)Lisan yang suka mengumpat, menipu ,mengejak, menghina dan membuat fitnah.Lisan ini sangat rugi sekali.

Semoga kita sentiasa terdidik untuk mengamalkan perkara 1 dan dihindarkan dari memiliki perkara 2.InsyaAllah

Friday, July 1, 2011

Nikmat Sebuah Keamanan





Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bertinta semula.Syukur Alhamdulillah.

          Saya ingin memulakan bicara pada hari ini dengan memetik kata-kata dari Hukamak yang di mana mengatakan, 'Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman'.Sememangnya jika kita mengungkai maksud keamanan itu sendiri , maka ia bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai.Sebelum merungkai dengan panjang lebar, sepenuh kesyukuran dirafa'akan pada Allah SWT kerana membenarkan kita hidup di dalam situasi aman dan tenteram walaupun kini ada dikhabarkan bahawa demontrasi BERSIH yang membimbangkan sesetengah pihak akan tetap diadakan 9 Julai ini.Mahu tidak mahu jika dihuraikan panjang lebar, di dalam fb mahupun twitter, cukuplah saya katakan isu tentang berita ini telah banyak diperkatakan oleh ramai orang.Dan saya sendiri sebenarnya bersetuju dengan 8 tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH , cuma cara mereka mengadakan demonstrasi haram dan berhimpun di jalanan tu dirasakan tidak sesuai dengan keadaan negara kita di Malaysia kini.Jika mahu ulasan yang lebih lanjut, boleh baca link saudara Amin.

          Keamanan dapat dilihat apabila sebuah masyarakat mengamalkan hidup yang bersatu padu dan hidup dalam aman tenteram tanpa sebarang persengketaan.Hasrat ini InsyaAllah dapat dicapai sekiranya setiap daripada kita sedar tujuan hidup ini dan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.Dalam konteks negara kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, Alhamdulillah kini jika dilihat dari mata kasar keamanan di suatu tempat atau SESETENGAH kawasan masih dapat dilestarikan.Dalaman saya BERAT mengatakan SEMUA masyarakat hampir sebahagian besarnya dah hidup dalam keadaan aman kerana hakikat sebenar yang dapat saya katakan ialah rohaniah masyarakat kian TENAT.Bukti yang paling dekat dilihat dari sudut masyarakat yang hidup di kampung saya...sungguh membimbangkan hingga terkadang saya bermonolong bersendirian..."Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk membawa mereka berubah ke arah kebaikan agar keamanan yang sebenarnya dapat dicapai"....;-(

          Kondisi yang berlaku ini mampu dikembalikan kepada yang lebih baik lagi sekiranya setiap daripada kita merasa roh Al-Quran itu sendiri sepertimana yang telah saya bicarakan sebentar tadi.Percayalah ,cerita hidup setiap insan pasti akan terus berjalan dan diharapkan dalam keadaan kita yang menghampiri madrasah Ramadhan sekejap sahaja lagi , moga-moga iman kita akan terus dipertingkatkan.Kisah Israk Mikraj yang dialami oleh Rasulullah sepatutnya dijadikan sandaran, pedoman dan peringatan buat diri kita.Pengajaran Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa di dalamnya sahaja tetapi berlakunya peristiwa itu juga menguji tahap keyakinan umat Islam terhadap kesahihan berlakunya peristiwa itu.Ia adalah hal jiwa dan hati.Ambillah ibrah di atas setiap pengajaran yang diperlihatkan oleh Rasulullah sepanjang Baginda melalui mikraj.Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup berTuhan iaitu meyakini bahawa 'tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah''.

          Sejarah ketamadunan membuktikan bahawa keamanan memberikan kesejahteraan, hidup harmoni , terhindar dari segala bentuk serangan dan ancaman ,serta terhindar dari segala krisis kacau bilau. Kesinambungan keamanan ini juga sekali gus dapat memberi rezeki kepada sesebuah masyarakat yang hidup dalam lingkungannya.Sebab itulah tindakan pihak yang melakukan demonstrasi di jalanan yang memperjuangkan hak tanpa mengira sensitiviti dikatakan tidak sesuai kerana hal ini ditakuti akan mengganggu gugat keselamatan dan keamanan sesebuah negara itu sendiri.Justeru marilah kita kembali muhasabah semula dan fikirkan apa yang terbaik untuk ummah bukan untuk mencapai kepentingan persatuan atau parti semata-mata.

"Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat , tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah , kerana itu Allah menimpakan bencara kelaparan dan ketakutan , disebabkan apa yang telah mereka perbuat".
(An-Nahl:112)

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails