Monday, June 27, 2011

Akademi Khalifah Muda(KEMUDA)



Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaanNya, dapatlah saya menulis lagi Alhamdulillah.


Seperti yang saya katakan 24 hingga 26 Jun lepas , saya telah melarikan diri ke Johor Bahru untuk mencari ketenangan kan?Sebenarnya saya  bukan lari tetapi menghadirkan diri ke program Akedemi Khalifah Muda(KEMUDA) di Kompleks Istana Mustika Embun di sana.Alhamdulillah banyak input yang saya dapat.InsyaAllah pada entri kali ini saya akan sedaya upaya berkongsi pengalaman di sana bersama anda.


Di bawah ini merupakan tentatif program:
  1. Hamba dan Khalifah(HamKha)
  2. Realiti Semasa
  3. Bengkel KEMUDA
  4. Sidang Pleno: Satu Resolusi
  5. Kajian Lapangan KEMUDA

                                                                                         

         Untuk slot yang pertama, Hamba dan Khalifah(HamKha) , Dr. Ishaq telah menerangkan serba sedikit peranan kita sebagai hamba dan khalifah.Manusia secara fitrahnya memang diciptakan untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai khalifah di bumi Allah dan bukan diciptakan untuk main-main sahaja.Allah berfirman:


Maksudnya :
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)


          Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.Tanggungjawab sebagai hamba dapat dilihat pada setiap individu yang mengetahui mereka dijadikan untuk dikembalikan semula kepada Allah dan persoalan berkenaan segala tindak tanduk kita di dunia akan dipersoalkan ketika bertemu denganNya kelak.Apabila pengakuan terhadap hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat, maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sebagai khalifah pula dengan memastikan kebenaran tertegak,kebaikan diamal , keburukan dan kerosakkan ditegah, serta wujudnya kedamaian hidup secara bermasyarakat dalam kehidupan hari ini.Di sini ditekankan yang pentarbiahan dalam diri dulu perlu dilaksanakan seiring dengan pentarbiahan kepada masyarakat.Dalam melaksanakan tarbiah kepada masyarakat theory dan praktikal perlu dilaksanakan dengan sehabis daya.Point di sini sebenarnya adalah untuk menyedarkan pentingnya dai'e bergerak ini dalam memacu kepada perubahan ummah.Para dai'e juga dinasihatkan agar konsisten turun ke lapangan mengetahui masalah dalam kalangan belia, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)




        Slot kedua diteruskan dengan Realiti Semasa.Pada slot ini, kami didedahkan dengan isu-isu murtad, kes anak luar nikah dan masalah sosial yang telah berlaku secra berleluasa di dalam negara kita.Statistik yang amat membimbangkan di mana sebahagian besar penglibatan ke dalam kancah ini adalah golongan belia..dan sasaran kami yang utama adalah  para belia remaja kerana mereka inilah yang akan mencorakkan bagaimana rupa bangsa sesebuah negara.Jika baik generasinya, maka akan terlihat zaman seterusnya juga akan diteraju oleh pemimpin yang mengamalkan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. InsyaAllah.
     

            Di samping itu juga, diselitkan cerita dan  pengalaman menarik oleh penceramah .Antaranyapengalaman beliau memberi bantuan kepada orang asli di Perak dengan bantuan MRA(Malaysia Relief Agency).Kata beliau , majoriti orang asli di sana belum masuk Islam dan jika kita faham betul-betul , kita sepatutnya menjaga hak orang asli ini.Hal ini kerana orang asli juga merupakan golongan bumiputera juga.Cuba bayangkan jika golongan ini tidak ditarbiah dan kebanyakan mereka masuk Kristian , maka kita akan dapat lihat suatu hari nanti mereka ini akan meminta pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka sebagai penganut agama Kristian dan bukan agama Islam.Jelas hal ini dilihat kerana pengaruh K ini mudah menyelinap masuk ke perkampungan orang asli ini dengan menyamar sebagai tourist.


          Pada masa yang sama kami diingatkan untuk mentarbiah golongan sebegini, kontek dan konten tidak boleh terlalu rigid/terlalu berpendirian sangat kerana ini mungkin menyukarkan kerja pentarbiahan dilaksanakan.Orang asli di sana , memang ada sesetengahnya telah memeluk agama Islam , tetapi mereka masih membela anjing di rumah mereka.Itulah sebab strategi untuk mendekati mereka perlu betul.Kebiasaannya rumah orang yang menganut agama Islam dan K akan dapat dilihat perbezaannya.Sebagai contoh , rumah orang beragama K akan mempunyai lampu , manakala rumah orang asli yang beragama Islam akan gelap gelita.Saya ingat lagi , pernah keluar di dada akhbar beberapa hari lepas di mana berita tentang imbuhan dan kemudahan diberikan kepada sesiapa yang ikhlas dan rela berkahwin dengan orang asli untuk menyelamatkan mereka terpengaruh dengan K...huhu sampai macamtu sekali..Seketika hati berkata, tragis sungguh isu ini.

         Untuk  slot yang ketiga iaitu bengkel KEMUDA, kami berbincang masalah yang timbul tadi dengan lebih detail lagi.Untuk slot ini yang ditekankan adalah pentingnya seseorang pendakwah itu turun ke lapangan dakwah danbukannya belajar secara theory semata-mata sahaja.Strategi-strategi dan contoh-contoh khalifah atau tokoh terdahulu juga turut disingkap kembali sebagai bekalan perjuangan.

         Untuk slot yang keempat dan kelima, kami diberikan tugas untuk turun ke lapangan di Taman Jepun di JB.Di sana kami diarahkan untuk berjumpa dengan beberapa orang responden tidak kiralah golongan belia, tua dan muda asalkan dapat mendengar pandangan mereka terhadap dunia masa kini dari segi hidup mereka secara berkeluarga, hidup bersahabat dan juga hidup secara bermasyarakat.Kaji masalah dan cari solusi kepada permasalahan yang para responden berikan.Memang agak mencabar jugala..yelah kan saya ni pemalu orangnya.Tetapi nak tak nak , saya perlu tahu sememangnya cara sebeginilah yang mampu membuatkan saya mendekati masyarakat dan mendengar masalah mereka.Ye saya BOLEH!!!

Ketika ini kami skuad kami baru sampai di Taman Jepun.Kiranya ketua kami mengarahkan pertemuan selepas berjaya bertemu dengan responden adalah di check point ini.


Ini saya .Ketika ini sedang menemu ramah salah seorang responden di Taman.



Kamilah khalifah muda itu...hehe.Sebenarnya time ini kami dalam perjalanan pulang setelah menyiapkan tugasan yang diberi .Di sini , kami ditugaskan pergi ke Taman Jepun berdekatan dengan Kompleks Istana Mustika Embun di JB untuk mencari responden yang berada di sekitar taman ini pada waktu pagi(10 .00am).Masa 1 jam diperuntukkan kepada kami untuk menemu bual masyarakat atau individu dengan bertanyakan pendapat mereka tentang kondisi Islam kini..Alhamdulillah kebanyakan responden memberi kerjasama.Balik ni kena bentang sorang-sorang berkenaan dapatan kajian dan bincangkan solusi kepada masalah yang timbul .Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Terima kasih Ya Allah.;-)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails