Thursday, June 23, 2011

Khairu Ummah



Salam  w.b.t
Selawat dan salam k atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.Alhamdulillah saya diberi kesempatan menulis lagi.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.

Entri kali ini berkisar tentang khairu ummah/ummat terbaik.Umat Islam itu sendiri adalah umat yang terbaik kerana 2 sifat :
  1. Mengajak orang lain kepada kebaikan dan menahan mereka melakukan kemungkaran.
  2. Beriman kepada Allah-Iman kepada Allah bermakna mengikhlaskan niat, tunduk kepada kekuasaanNya, patuh setiap suruhanNya dengan rela hati.Iman ialah keyakinan hati yang sepenuhnya dan ketaatan yang sempurna.
           Dikatakan "umat terbaik" kerana mereka merealisasikan kebaikan, membantu orang lain ke jalan yang benar dan mereka juga mentaati Allah dengan sempurnanya.Kedua-dua tugas murni ini melonjakkan umat Islam ke martabat yang tidak dicapai oleh umat terdahulu.

           Berhubung dengan ayat ini, Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah berkata dalam satu khutbah dalam musim haji:

"Sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini".

Di dalam Tafsir al-Qurtubi, Imam Qurtubi menjelaskan:Perkataan khairu ummah ini adalah sebagai pengahargaan kepada umat Islam kerana tugas yang dilaksanakan(mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) dan keimanan mereka kepada Allah.Tetapi sekiranya mereka meninggalkan tugas mencegah kemungkaran dan ikut sama mengerjakannya, maka mereka tidak layak menerima penghargaan itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungakaran dan kamu beriman kepada Allah."
(Surah Ali Imran:110)

           Sesungguhnya mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah ciri-ciri orang yang beriman.Stautus seorang mukmin tidak mungkin tercapai tanpa menunaikan tugas ini.Kriteria keimanan seseorang bukan hanya dirinya sahaja tidak melakukan maksiat, tetapi keimanan hakiki mendorongnya untuk menyelamatkan orang lain yang sedang menuju kehancuran.Keimanan hakiki menerbitkan hatinya membenci kemungkaran-kemungkaran yang dilihatnya.Hati yang tidak merasa sensitif melihat manusia sekitarnya sesat dan karam dalam lautan nafsu dan dosa adalah hati yang sudah hilang makna keaslian dan kejernihan.

          Adalah benar perubahan yang berlaku di dunia adalah dibawa oleh umat Islam.Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi contoh manusia sejagat.Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi oleh masyarakat dunia terutamanya barat pada hari ini adalah sumbangan daripada umat ini.Perkara ini jelas sekali telah dinyatakan oleh Carleton S.Fiorina , pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company , semasa beliau menyampaikan ucapan bertajuk, "Technology , Business and Our Way of Life"  di Minneapolis, Minnesota.

         Beliau berkata:
"Pada suatu masa dahulu telah wujud suatu tamadun terbesar di dunia.Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropikia dan padang pasir.Di bawah kuasanya terdapat ratusan juta manusia daripada berbagai agama, bangsa danketurunan.Tamadun ini hidup subur dan digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru.Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggiyang melawan graviti.Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma.Konsep-konsep ini membantu penciptaan komputer pada hari ini.Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai penyakit.Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama-nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya.

*Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya adalah tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800M sehingga 1600M.*

         Begitulah kehebatan yang telah dicapai oleh umat ini.Sayangnya ia tidak berkekalan.Kenapa demikian?Jawabnya, kerana mereka lupa kepada peringatan Allah.Kurniaan yang dikecapi sepatutnya disyukuri.Jika tidak, nikmat ini digantikan dengan azab dan bala.Para sahabat adalah golongan yang berjaya kerana mereka menghargai serta mensyukuri nikmat-nikmat ini.Dikesempatan ini, saya juga mengingatkan diri ini, marilah didik diri dengan rasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.InsyaAllah.Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails