Thursday, June 16, 2011

kenapa perlu cemerlang??


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya bertinta di teratak ini.Alhamdulillah..terima Ya Allah.

           Hari ni saya nak membawa kawan-kawan mengenang semula hari persekolahan kalian yang bermula sejak dari tadika hinggalah sekarang ketika kalian berada di universiti.Mesti banyak cerita yang nak dikongsi.Ada cerita suka dan duka, sedih dan bangga dan macam-macam lagi.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar adakah sudah terlaksana dengan jayanya lebih-lebih lagi pada title diri yang bergelar seorang MUSLIM??.Saya ketahui setiap di antara kita punyai kelebihan dan kekurangan diri.Dan jika boleh saya katakan di sini , kalian berhak menggunakan seluruh kelebihan diri kurniaan Ilahi ini untuk menutup kekurangan diri kalian.Bersyukurlah dengan kelebihan itu kerana kalian mampu memberi manfaat kepada orang lain dan bersyukurlah juga dengan kekurangan itu kerana itu mampu membuatkan kalian kembali ingat kepada Pencipta , Allah SWT.

             Saya ingat semasa saya berada di tingkatan 1 hingga 3 di  sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah di Johor.Untuk pengetahuan pembaca, sekolah saya ni semuanya perempuan, tiada kewujudan lelaki.Jadi bila dididik dengan segala kerja berasaskan kesukanan secara berkumpulan keperempuanan, saya lebih selesa dan mudah bergerak.Ketiadaan kaum adam ketika itu cukup seronok kerana saya merasakan komuniti kaum hawa lebih kuat dan mampu ke hadapan.Situasi ini dapat dilihat , apabila kami sering menempah tempat dalam setiap pertandingan antara sekolah-sekolah daerah Batu Pahat , Alhamdulillah. Ketika di STA , saya hanya menjadi seseorang perpustakawati dan memegang jawatan sebagai bendahari.Saya bukan seorang pengawas atau ketua-ketua hebat yang mengetuai unit-unit tertentu.Tetapi dalam keadaan saya ketika itu , saya sangat bersyukur kerana Allah menempatkan saya di tempat yang tugasnya ringan sedikitla jika nak dibandingkan dengan kawan baik saya tadi yang kebanyakannya pengawas. Hal ini kerana saya melihat saya ada peluang masa yang lebih luas untuk study berbanding mereka dan saya juga akui yang saya belum bersedia menjadi pemimpin terulung time tu.

              Di rumah pula, saya memang ada menyimpan satu diari milik saya.Senang cerita apa-apa yang berlaku setiap hari dalam kelas akan saya ceritakan kembali dalam diari saya.Semakin hari mendekati PMR , saya semakin berkobar-kobar untuk berjaya juga dilihat pada sahabat-sahabat saya yang lain.Dan ketika itulah cerita berkenaan kekobaran kami menghadapi PMR , saya akan cangkirkan kembali di dalam diari saya.Adakala saya sedih jika saya mendapat markah yang rendah berbanding sahabat saya , tetapi itu sekali tidak pernah mematahkan semangat saya untuk mencapai kecemerlangan masa PMR.

           Saya ingat lagi semasa saya berada di form 3, saya duduk dengan member Cina yang beragama Kristian.Disebabkan kami pelajar Melayu merupakan golongan minoriti, jadi guru kelas kami menyusun kedudukan pelajar Melayu di sebelah pelajar Cina.Saya memang berkawan baik dengan pelajar Cina ni, namanya Tan Mei Ting dan pada saya dia sangat baik.Tapi satu benda yang terkadang membuatkan saya perlu berjaga-jaga ketika di mana dia meletakkan botol air mineral yang sama bentuknya dengan botol air saya di atas meja saya.Kerap sangat , tapi sebagai alternatifnya saya akan bawa 2 botol air , 1 saya akan letak di atas meja dan 1 lagi saya simpan di dalam beg.Saya tahu helah dia...hehe tapi saya cuba untuk menghadapinya sepanjang pembelajaran di kelas. Walaubagaimanapun dia tetap baik dengan saya dan antara teman belajar lain, kami merupakan teman belajar yang setia ,tapi dalam masa yang sama , saya masih perlu berjaga-jaga.Dari situ saya sedar yang tanggungjawab seorang MUSLIM yang harus saya pikul apabila menghadapi situasi seperti ini.Mei Ting selalu menyuruh saya  bercerita  keindahan Islam hingga terkadang dia berkata;"Wah hebatnya Islam".Tidak kurang juga dalam masa yang sama, dia juga menceritakan keindahan agamanya.Saya dengan senang hati mendengarnya.Alhamdulillah saya dan dia mendapat keputusan yang cemerlang dan kami sangat gembira.

          Saya merasakan sebagai seorang Muslim, we must proof to them that Islam is great.Seketika,saya terasa terpukul apabila melihat ayat yang dinukilkan dalam blog kepunyaan sahabat saya di mana:

Proof of Concept. You have been propagating how cool Islam is.. How awesome is its teaching.. How 'pure' and humanly muslims should be.. Etc.. But i wonder, why aren't all these 'cool-awesome-pure' islamic image reflected from you, so called 'MUSLIMS'? So get yourself 'islamized' first before you're to islamize others. Proof the islamic concepts to be true.
"Hey, u said Islam is *this* and *that*. But you got the lowest mark in class. You got the lowest grade in your projects and assignments. What's so great on becoming a muslim? So Islam isn't great after all."

dan kagum melihat kata-kata daripada seorang pelajar cemerlang:

“Kecemerlangan adalah salah satu ciri muslim secara umum dan daie secara khususnya. Pernah seorang Murabbi berkata: Orang yang berdakwah perlu cemerlang. Cemerlang perlu untuk kita mengembalikan fahaman yg sebenar tentang Islam. Manusia secara amnya telah melihat Islam dengan kemunduran dan kegagalan seperti apa yang telah berlaku kepada umat Melayu yang majoriti Muslim.Saya berpesan kepada semua ikhwah untuk kita kembali bangkit dan mengejar kecemerlangan kerana kecemerlang itu hak milik semua.Ayuh kita Mumtaz untuk Ummah.”

Jadi sekarang jawapan kepada persoalan itu telah terjawab.Kita perlu cemerlang kerana dalam membawa amanah sebagai pendakwah, orang akan melihat kita dan perlulah kita tonjolkan yang terbaik.Moga-moga Allah merahmati kita semua;-)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails