Tuesday, June 7, 2011

impian wanita itu

             dialah wanita itu....pendiam itulah sifatnya..tapi saya tahu dalaman dirinya sungguh kental.

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah berkesempatan menulis lagi.Terima kasih Ya Allah.


Apabila berkata tentang impian wanita itu...sememangnya dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk memajukan ummah.Dia sedar yang banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki dan hingga kini dia masih menyimpan cita-cita untuk merantau di sana untuk menyampaikan dakwah itu...walau impian merantau di sana  dihalang tetapi dia tak pernah menyalahkan takdir keberadaan dia di dalam bidang diploma in Medical Laboratory Technology kini.Dia semakin nampak jalan ke arah matlamat yang dipacu untuk menjadi seorang gynaecologist suatu hari nanti.Kerana dia tahu Allah sentiasa mendengar permohonannya walau dia berseorangan di medan ini.Kerana dia yakin...yakin yang Allah ada.Sepanjang belajar di sini, banyak insan-insan berjaya yang sentiasa memberi kekuatan dan semangat untuk terus maju kehadapan.Di samping Allah utamanya , ibu bapa , adik-adik, kakak-kakak, En. Ismail(MLT),En. Latif(MLT),En. Khalid(MLT), Doktor Faizal(Dr. Patologist), Cik Rina dan Cik Fauziah(Pegawai Sains) serta ramai lagi yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar ke arah kecemerlangan sepanjang praktikal di Hospital Segamat.Dari situasi di sana , baru dia tahu yang kondisi di tempat kerja memerlukan komitment dan disiplin yang tinggi dari kita yang digelar pekerja/staff.


InsyaAllah dia akan habis diploma pada tahun 2012 bulan 7 ini.Cadangan dia ingin berkhidmat sebagai tenaga pengajar kepada penduduk kampungnya sebelum membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke sana...kerana itu adalah cita-citanya sedari di bangku sekolah lagi.Bukan itu sahaja sekarang dia cuba berjinak-jinak dengan bidang perniagaan kerana matlamatnya adalah untuk membuka sebuah restoran miliknya sendiri yang juga dilengkapi cyber cafe Islamik, pusat tuisyen , dan juga pusat riadah kepada para belia.Dia merasakan belia-belia ini perlu dididik dengan cara Islam melalui pendekatan yang dinamik dan moga-moga usaha ini akan melihatkan keberhasilannya.Dia buat semua ini bukan mahu menerima apa-apa imbalan ...tetapi dia berusaha untuk menjadi seorang dai'e bergerak dan insyaAllah ingin mencapai grading dakwah yang pertama seperti yang dipertontonkan oleh Siti Khadijah dalam berjihad menegakkan agama Allah.Diharapkan sahabat-sahabat nya yang lain juga akan sabar dan tabah dalam perjuangan ini.Kerana matlamat kita yang utama adalah Allah dan sudahkah kita menyediakan banyak bekal untuk dibawa kepadaNya kelak?....iaitu tanggungjawab sebagai seorang Muslim di pentas milikNya.Saya juga mengingatkan diri ini.


Secebis lukisan hati buat sahabat-sahabat yang disayangi:


Harapan dari setiap insan 
Kesenangan serta ketenangan
menjalani  hidup ini tanpa ada cobaan
sayang harapan itu tak pasti
kerna cobaan pasti akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
Akankah kita tetap tegar
menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputus-asaan

Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
ku hayati bait-bait ini, sedalam-dalamnya
hidup ini sememangnya penuh pancaroba

Sudah ku bulatkan tekad
dan sudah semestinya di jalan dakwah
namun hakikatnya , iman itu berubah
kadangkala ku kuat , kadangkala ku lemah

Aku juga insan biasa
tiada terlepas dari dosa
dalam bekerja demi redhaNya
terkadang tanpa sedar , niatku ternoda

Terkadang terasa kerja yang banyak beban
ibadah khusus hilang kemanisan
keikhlasan mulai pudar perlahan-lahan
yang hadir hanyalah keterpaksaan

Syaitan pun mula melonjak kegembiraan
ditusuknya kita dengan ketakutan
dalam studies kau dah banyak ketinggalan
pastinya amanah ini akan membawa kegagalan

MUJURLAH TERSISA SECEBIS IMAN
dalam hati, ia cuba melawan
meski dalam studies kau agak ketinggalan
tapi hak pelajaran, masih kau tunaikan

Bukankah Allah lebih tahu
kemampuan hamba yang diciptakanNya
sekali-kali Dia tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang tak mampu dihadapinya
dan bukankah Dia telah berjanji
"Jagalah Allah , Allah akan menjagamu kembali"
Lantas apa yang perlu kau takuti?
tidakkah janjiNya..kau yakini?

Saat itu...
ku mula merasai keikhlasan yang hilang
hadir kembali perlahan-lahan
redha menyusuli
iltizamlah dengan amanah yang Allah beri

Disebalik kerisauan terselit keyakinan
selepas kesulitan pasti ada kemudahan
di sebalik ujian terbentanglah ganjaran
ini kalamNya, bukan hanya omongan!

Di sebalik dugaan hadirlah tangisan
dari tasik hati yang sudah lama kekontangan
mungkin inilah yang Dia inginkan
ku tersungkur sujud penuh kehambaan

Pergantungan denganNya semakin ketat
cintaNya mulai terasa DEKAT
janjiNya ku GENGGAM erat-erat
hijab yang membentengi mulai terangkat

Katakanlah hari ini adalah milikNya Allah
yang kita akan kembali kepadaNya bila-bila masa dan di mana saja
dan berdoalah mohon ampunan dariNya
dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan dalam ujian

Janganlah khuwatir menerima amanah ini
bayangkan jika Allah berkata:
"Mengapa ketika kamu dizalimi kamu mengadukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering memberi alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu"

Bagaiman kita mahu menjawab???
Remember He is always there whenever we need Him
and He will always be there ....always;-)



No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails