Monday, June 27, 2011

Akademi Khalifah Muda(KEMUDA)



Salam w.b.t.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaanNya, dapatlah saya menulis lagi Alhamdulillah.


Seperti yang saya katakan 24 hingga 26 Jun lepas , saya telah melarikan diri ke Johor Bahru untuk mencari ketenangan kan?Sebenarnya saya  bukan lari tetapi menghadirkan diri ke program Akedemi Khalifah Muda(KEMUDA) di Kompleks Istana Mustika Embun di sana.Alhamdulillah banyak input yang saya dapat.InsyaAllah pada entri kali ini saya akan sedaya upaya berkongsi pengalaman di sana bersama anda.


Di bawah ini merupakan tentatif program:
  1. Hamba dan Khalifah(HamKha)
  2. Realiti Semasa
  3. Bengkel KEMUDA
  4. Sidang Pleno: Satu Resolusi
  5. Kajian Lapangan KEMUDA

                                                                                         

         Untuk slot yang pertama, Hamba dan Khalifah(HamKha) , Dr. Ishaq telah menerangkan serba sedikit peranan kita sebagai hamba dan khalifah.Manusia secara fitrahnya memang diciptakan untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai khalifah di bumi Allah dan bukan diciptakan untuk main-main sahaja.Allah berfirman:


Maksudnya :
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)


          Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.Tanggungjawab sebagai hamba dapat dilihat pada setiap individu yang mengetahui mereka dijadikan untuk dikembalikan semula kepada Allah dan persoalan berkenaan segala tindak tanduk kita di dunia akan dipersoalkan ketika bertemu denganNya kelak.Apabila pengakuan terhadap hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat, maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sebagai khalifah pula dengan memastikan kebenaran tertegak,kebaikan diamal , keburukan dan kerosakkan ditegah, serta wujudnya kedamaian hidup secara bermasyarakat dalam kehidupan hari ini.Di sini ditekankan yang pentarbiahan dalam diri dulu perlu dilaksanakan seiring dengan pentarbiahan kepada masyarakat.Dalam melaksanakan tarbiah kepada masyarakat theory dan praktikal perlu dilaksanakan dengan sehabis daya.Point di sini sebenarnya adalah untuk menyedarkan pentingnya dai'e bergerak ini dalam memacu kepada perubahan ummah.Para dai'e juga dinasihatkan agar konsisten turun ke lapangan mengetahui masalah dalam kalangan belia, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)




        Slot kedua diteruskan dengan Realiti Semasa.Pada slot ini, kami didedahkan dengan isu-isu murtad, kes anak luar nikah dan masalah sosial yang telah berlaku secra berleluasa di dalam negara kita.Statistik yang amat membimbangkan di mana sebahagian besar penglibatan ke dalam kancah ini adalah golongan belia..dan sasaran kami yang utama adalah  para belia remaja kerana mereka inilah yang akan mencorakkan bagaimana rupa bangsa sesebuah negara.Jika baik generasinya, maka akan terlihat zaman seterusnya juga akan diteraju oleh pemimpin yang mengamalkan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. InsyaAllah.
     

            Di samping itu juga, diselitkan cerita dan  pengalaman menarik oleh penceramah .Antaranyapengalaman beliau memberi bantuan kepada orang asli di Perak dengan bantuan MRA(Malaysia Relief Agency).Kata beliau , majoriti orang asli di sana belum masuk Islam dan jika kita faham betul-betul , kita sepatutnya menjaga hak orang asli ini.Hal ini kerana orang asli juga merupakan golongan bumiputera juga.Cuba bayangkan jika golongan ini tidak ditarbiah dan kebanyakan mereka masuk Kristian , maka kita akan dapat lihat suatu hari nanti mereka ini akan meminta pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka sebagai penganut agama Kristian dan bukan agama Islam.Jelas hal ini dilihat kerana pengaruh K ini mudah menyelinap masuk ke perkampungan orang asli ini dengan menyamar sebagai tourist.


          Pada masa yang sama kami diingatkan untuk mentarbiah golongan sebegini, kontek dan konten tidak boleh terlalu rigid/terlalu berpendirian sangat kerana ini mungkin menyukarkan kerja pentarbiahan dilaksanakan.Orang asli di sana , memang ada sesetengahnya telah memeluk agama Islam , tetapi mereka masih membela anjing di rumah mereka.Itulah sebab strategi untuk mendekati mereka perlu betul.Kebiasaannya rumah orang yang menganut agama Islam dan K akan dapat dilihat perbezaannya.Sebagai contoh , rumah orang beragama K akan mempunyai lampu , manakala rumah orang asli yang beragama Islam akan gelap gelita.Saya ingat lagi , pernah keluar di dada akhbar beberapa hari lepas di mana berita tentang imbuhan dan kemudahan diberikan kepada sesiapa yang ikhlas dan rela berkahwin dengan orang asli untuk menyelamatkan mereka terpengaruh dengan K...huhu sampai macamtu sekali..Seketika hati berkata, tragis sungguh isu ini.

         Untuk  slot yang ketiga iaitu bengkel KEMUDA, kami berbincang masalah yang timbul tadi dengan lebih detail lagi.Untuk slot ini yang ditekankan adalah pentingnya seseorang pendakwah itu turun ke lapangan dakwah danbukannya belajar secara theory semata-mata sahaja.Strategi-strategi dan contoh-contoh khalifah atau tokoh terdahulu juga turut disingkap kembali sebagai bekalan perjuangan.

         Untuk slot yang keempat dan kelima, kami diberikan tugas untuk turun ke lapangan di Taman Jepun di JB.Di sana kami diarahkan untuk berjumpa dengan beberapa orang responden tidak kiralah golongan belia, tua dan muda asalkan dapat mendengar pandangan mereka terhadap dunia masa kini dari segi hidup mereka secara berkeluarga, hidup bersahabat dan juga hidup secara bermasyarakat.Kaji masalah dan cari solusi kepada permasalahan yang para responden berikan.Memang agak mencabar jugala..yelah kan saya ni pemalu orangnya.Tetapi nak tak nak , saya perlu tahu sememangnya cara sebeginilah yang mampu membuatkan saya mendekati masyarakat dan mendengar masalah mereka.Ye saya BOLEH!!!

Ketika ini kami skuad kami baru sampai di Taman Jepun.Kiranya ketua kami mengarahkan pertemuan selepas berjaya bertemu dengan responden adalah di check point ini.


Ini saya .Ketika ini sedang menemu ramah salah seorang responden di Taman.



Kamilah khalifah muda itu...hehe.Sebenarnya time ini kami dalam perjalanan pulang setelah menyiapkan tugasan yang diberi .Di sini , kami ditugaskan pergi ke Taman Jepun berdekatan dengan Kompleks Istana Mustika Embun di JB untuk mencari responden yang berada di sekitar taman ini pada waktu pagi(10 .00am).Masa 1 jam diperuntukkan kepada kami untuk menemu bual masyarakat atau individu dengan bertanyakan pendapat mereka tentang kondisi Islam kini..Alhamdulillah kebanyakan responden memberi kerjasama.Balik ni kena bentang sorang-sorang berkenaan dapatan kajian dan bincangkan solusi kepada masalah yang timbul .Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Terima kasih Ya Allah.;-)

Sunday, June 26, 2011

Aqilah



Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah tika ini Allah memberikan saya kesempatan untuk menulis lagi . Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'kan ke atasNya.Alhamdulillah.

Untuk entri kali ini bertajuk Aqilah.

Teman yg paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan mati;)

"Ku teguh di jalan ini bukan semata-mata kerana kefahamanku tetapi juga kerana doa sahabat-sahabat kecintaanku"
"...hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih..." (Al-Insan : 9)

"MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”


        Saya sebenarnya dari dulu nak sangat bercerita tentang sahabat saya ini...bercerita tentang jasanya dalam memastikan sahabat seangkatannya berada di jalan dakwah ini. Alhamdulillah...Allahuakbar...saya melafazkan rasa syukur atas kurniaanNya dan merasakan pertemuan dengan insan ini membuatkan saya kuat.Seriously , Aqilah saya ini sangat comel dan cute orangnya. Walaupun saya tidaklah selalu bersama-sama dengan beliau, tetapi kecekalan beliau mengharungi kehidupan amat saya kagumi. Kami bukanlah belajar dalam satu institusi pengajian yang sama.Beliau di IIUM Nilai manakala saya di Nilai University College.

       Teringat kembali sewaktu dulu, pada tahun 2009, saya dipertemukan dengan beliau di dalam satu kumpulan usrah bersama kak Rina. Bagusnya sahabat saya ini, kiranya beliaulah salah seorang yang 'kerap' follow up saya sejak usrah pertama yang dijalankan di Masjid Putra Nilai ketika itu.Jadi di kala diri terkapai-kapai dalam melaksanakan tarbiah dalam diri waktu tu(sebab pergi usrah sorang-sorang dgn diselubungi rasa takut ...yelah tiada member yang nak teman saya pergi usrah...masing-masing ada komitmen masing-masing), hadirnya beliau sedikit-sebanyak  memberi kekuatan kepada saya untuk terus bangun dan thabat di jalan ini.Terima kasih Ya Allah.

       Bukan itu sahaja, beliau juga selalu hantar mesej berbaur ketuhanan kepada saya. Tidak keterlaluanlah kiranya saya katakan bahawa kini di dalam inbox phone saya dipenuhi dengan penghantar yang bernamanya beliau.Alhamdulillah.Seperkara lagi, ketika penglibatan awal saya di dalam usrah ini, adakala nya saya menghadapi masalah memahami tafsir disebabkan saya tidak mempunyai Quran beserta Tafsir yang khas yang boleh dibuat sebagai rujukan.Saya ingat lagi, ketika saya dalam kebuntuan  itu, beliau menghadiahkan sesuatu yang amat-amat saya suka dan hadiah inilah yang selama ini saya cari.Nak tahu apa dia:

Hah inilah.Nak cari gambar yang betul-betul sama tu takde la plak.Tapi yang penting ia tetap sama tapi tidak serupa.

      Hati ini rasa sebak tiba-tiba bila mendapat tahu beliau dalam kesedihan.Saya tahu saya tak akan dapat berbicara dengan beliau...tetapi ketahuilah wahai sahabatku...izinkan daku menyelami masalah yang terbungkam dalam dirimu.Please...;-(.

Sahabat
Telah kau daki
Gunung kemerdekaan
Menuju sinar harapan
Kehidupan masa depan
Menuju kebahagian

Sahabat
Relung waktu telah lalu
Rindu hati ingin bertemu
Walau surya telah berlalu
Dirimu masih ku tunggu
Dalam paruh waktuku

Sahabat
Aku memuja seraya berdoa
Kesehatan dan keberkahan
Tetap menyertaimu
Bersama KuasaNya
Kau akan bahagia

Sahabat
Sukma melemah
Jiwa berserah
Tak tahu arah
Terhentilah darah

Sahabat
Telah berujung riang
Gaung cinta persaudaraan
Telah kau tebarkan
Mengisi celah darah
Terpendam lubuk dalam

Sahabat
Lukisan kata tepat
Hembusan angin bertempat
Riasan duniawi bersifat
Dalam kota terpadat
Semoga masih sempat
Citra ini terdapat

       (Roil Jiwang Muhtadin : Jakarta, 14 Juni 2009)
Sumber: revolusisenja.indosastra.com

Semoga enti sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan ini.Lagu buat enti....lagu yang berkumandang di blog ana ini;-)Yakinlah Allah sentiasa bersama-samamu.

Thursday, June 23, 2011

Khairu Ummah



Salam  w.b.t
Selawat dan salam k atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.Alhamdulillah saya diberi kesempatan menulis lagi.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.

Entri kali ini berkisar tentang khairu ummah/ummat terbaik.Umat Islam itu sendiri adalah umat yang terbaik kerana 2 sifat :
  1. Mengajak orang lain kepada kebaikan dan menahan mereka melakukan kemungkaran.
  2. Beriman kepada Allah-Iman kepada Allah bermakna mengikhlaskan niat, tunduk kepada kekuasaanNya, patuh setiap suruhanNya dengan rela hati.Iman ialah keyakinan hati yang sepenuhnya dan ketaatan yang sempurna.
           Dikatakan "umat terbaik" kerana mereka merealisasikan kebaikan, membantu orang lain ke jalan yang benar dan mereka juga mentaati Allah dengan sempurnanya.Kedua-dua tugas murni ini melonjakkan umat Islam ke martabat yang tidak dicapai oleh umat terdahulu.

           Berhubung dengan ayat ini, Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah berkata dalam satu khutbah dalam musim haji:

"Sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini".

Di dalam Tafsir al-Qurtubi, Imam Qurtubi menjelaskan:Perkataan khairu ummah ini adalah sebagai pengahargaan kepada umat Islam kerana tugas yang dilaksanakan(mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) dan keimanan mereka kepada Allah.Tetapi sekiranya mereka meninggalkan tugas mencegah kemungkaran dan ikut sama mengerjakannya, maka mereka tidak layak menerima penghargaan itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungakaran dan kamu beriman kepada Allah."
(Surah Ali Imran:110)

           Sesungguhnya mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah ciri-ciri orang yang beriman.Stautus seorang mukmin tidak mungkin tercapai tanpa menunaikan tugas ini.Kriteria keimanan seseorang bukan hanya dirinya sahaja tidak melakukan maksiat, tetapi keimanan hakiki mendorongnya untuk menyelamatkan orang lain yang sedang menuju kehancuran.Keimanan hakiki menerbitkan hatinya membenci kemungkaran-kemungkaran yang dilihatnya.Hati yang tidak merasa sensitif melihat manusia sekitarnya sesat dan karam dalam lautan nafsu dan dosa adalah hati yang sudah hilang makna keaslian dan kejernihan.

          Adalah benar perubahan yang berlaku di dunia adalah dibawa oleh umat Islam.Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi contoh manusia sejagat.Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi oleh masyarakat dunia terutamanya barat pada hari ini adalah sumbangan daripada umat ini.Perkara ini jelas sekali telah dinyatakan oleh Carleton S.Fiorina , pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company , semasa beliau menyampaikan ucapan bertajuk, "Technology , Business and Our Way of Life"  di Minneapolis, Minnesota.

         Beliau berkata:
"Pada suatu masa dahulu telah wujud suatu tamadun terbesar di dunia.Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropikia dan padang pasir.Di bawah kuasanya terdapat ratusan juta manusia daripada berbagai agama, bangsa danketurunan.Tamadun ini hidup subur dan digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru.Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggiyang melawan graviti.Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma.Konsep-konsep ini membantu penciptaan komputer pada hari ini.Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai penyakit.Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama-nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya.

*Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya adalah tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800M sehingga 1600M.*

         Begitulah kehebatan yang telah dicapai oleh umat ini.Sayangnya ia tidak berkekalan.Kenapa demikian?Jawabnya, kerana mereka lupa kepada peringatan Allah.Kurniaan yang dikecapi sepatutnya disyukuri.Jika tidak, nikmat ini digantikan dengan azab dan bala.Para sahabat adalah golongan yang berjaya kerana mereka menghargai serta mensyukuri nikmat-nikmat ini.Dikesempatan ini, saya juga mengingatkan diri ini, marilah didik diri dengan rasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.InsyaAllah.Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.

Thursday, June 16, 2011

kenapa perlu cemerlang??


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya bertinta di teratak ini.Alhamdulillah..terima Ya Allah.

           Hari ni saya nak membawa kawan-kawan mengenang semula hari persekolahan kalian yang bermula sejak dari tadika hinggalah sekarang ketika kalian berada di universiti.Mesti banyak cerita yang nak dikongsi.Ada cerita suka dan duka, sedih dan bangga dan macam-macam lagi.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar adakah sudah terlaksana dengan jayanya lebih-lebih lagi pada title diri yang bergelar seorang MUSLIM??.Saya ketahui setiap di antara kita punyai kelebihan dan kekurangan diri.Dan jika boleh saya katakan di sini , kalian berhak menggunakan seluruh kelebihan diri kurniaan Ilahi ini untuk menutup kekurangan diri kalian.Bersyukurlah dengan kelebihan itu kerana kalian mampu memberi manfaat kepada orang lain dan bersyukurlah juga dengan kekurangan itu kerana itu mampu membuatkan kalian kembali ingat kepada Pencipta , Allah SWT.

             Saya ingat semasa saya berada di tingkatan 1 hingga 3 di  sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah di Johor.Untuk pengetahuan pembaca, sekolah saya ni semuanya perempuan, tiada kewujudan lelaki.Jadi bila dididik dengan segala kerja berasaskan kesukanan secara berkumpulan keperempuanan, saya lebih selesa dan mudah bergerak.Ketiadaan kaum adam ketika itu cukup seronok kerana saya merasakan komuniti kaum hawa lebih kuat dan mampu ke hadapan.Situasi ini dapat dilihat , apabila kami sering menempah tempat dalam setiap pertandingan antara sekolah-sekolah daerah Batu Pahat , Alhamdulillah. Ketika di STA , saya hanya menjadi seseorang perpustakawati dan memegang jawatan sebagai bendahari.Saya bukan seorang pengawas atau ketua-ketua hebat yang mengetuai unit-unit tertentu.Tetapi dalam keadaan saya ketika itu , saya sangat bersyukur kerana Allah menempatkan saya di tempat yang tugasnya ringan sedikitla jika nak dibandingkan dengan kawan baik saya tadi yang kebanyakannya pengawas. Hal ini kerana saya melihat saya ada peluang masa yang lebih luas untuk study berbanding mereka dan saya juga akui yang saya belum bersedia menjadi pemimpin terulung time tu.

              Di rumah pula, saya memang ada menyimpan satu diari milik saya.Senang cerita apa-apa yang berlaku setiap hari dalam kelas akan saya ceritakan kembali dalam diari saya.Semakin hari mendekati PMR , saya semakin berkobar-kobar untuk berjaya juga dilihat pada sahabat-sahabat saya yang lain.Dan ketika itulah cerita berkenaan kekobaran kami menghadapi PMR , saya akan cangkirkan kembali di dalam diari saya.Adakala saya sedih jika saya mendapat markah yang rendah berbanding sahabat saya , tetapi itu sekali tidak pernah mematahkan semangat saya untuk mencapai kecemerlangan masa PMR.

           Saya ingat lagi semasa saya berada di form 3, saya duduk dengan member Cina yang beragama Kristian.Disebabkan kami pelajar Melayu merupakan golongan minoriti, jadi guru kelas kami menyusun kedudukan pelajar Melayu di sebelah pelajar Cina.Saya memang berkawan baik dengan pelajar Cina ni, namanya Tan Mei Ting dan pada saya dia sangat baik.Tapi satu benda yang terkadang membuatkan saya perlu berjaga-jaga ketika di mana dia meletakkan botol air mineral yang sama bentuknya dengan botol air saya di atas meja saya.Kerap sangat , tapi sebagai alternatifnya saya akan bawa 2 botol air , 1 saya akan letak di atas meja dan 1 lagi saya simpan di dalam beg.Saya tahu helah dia...hehe tapi saya cuba untuk menghadapinya sepanjang pembelajaran di kelas. Walaubagaimanapun dia tetap baik dengan saya dan antara teman belajar lain, kami merupakan teman belajar yang setia ,tapi dalam masa yang sama , saya masih perlu berjaga-jaga.Dari situ saya sedar yang tanggungjawab seorang MUSLIM yang harus saya pikul apabila menghadapi situasi seperti ini.Mei Ting selalu menyuruh saya  bercerita  keindahan Islam hingga terkadang dia berkata;"Wah hebatnya Islam".Tidak kurang juga dalam masa yang sama, dia juga menceritakan keindahan agamanya.Saya dengan senang hati mendengarnya.Alhamdulillah saya dan dia mendapat keputusan yang cemerlang dan kami sangat gembira.

          Saya merasakan sebagai seorang Muslim, we must proof to them that Islam is great.Seketika,saya terasa terpukul apabila melihat ayat yang dinukilkan dalam blog kepunyaan sahabat saya di mana:

Proof of Concept. You have been propagating how cool Islam is.. How awesome is its teaching.. How 'pure' and humanly muslims should be.. Etc.. But i wonder, why aren't all these 'cool-awesome-pure' islamic image reflected from you, so called 'MUSLIMS'? So get yourself 'islamized' first before you're to islamize others. Proof the islamic concepts to be true.
"Hey, u said Islam is *this* and *that*. But you got the lowest mark in class. You got the lowest grade in your projects and assignments. What's so great on becoming a muslim? So Islam isn't great after all."

dan kagum melihat kata-kata daripada seorang pelajar cemerlang:

“Kecemerlangan adalah salah satu ciri muslim secara umum dan daie secara khususnya. Pernah seorang Murabbi berkata: Orang yang berdakwah perlu cemerlang. Cemerlang perlu untuk kita mengembalikan fahaman yg sebenar tentang Islam. Manusia secara amnya telah melihat Islam dengan kemunduran dan kegagalan seperti apa yang telah berlaku kepada umat Melayu yang majoriti Muslim.Saya berpesan kepada semua ikhwah untuk kita kembali bangkit dan mengejar kecemerlangan kerana kecemerlang itu hak milik semua.Ayuh kita Mumtaz untuk Ummah.”

Jadi sekarang jawapan kepada persoalan itu telah terjawab.Kita perlu cemerlang kerana dalam membawa amanah sebagai pendakwah, orang akan melihat kita dan perlulah kita tonjolkan yang terbaik.Moga-moga Allah merahmati kita semua;-)

Tuesday, June 14, 2011

Di sini saya meluahkan segalanya

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.Alhamdulillah , dengan rahmatNya , saya dapat menulis ketika ini..saat ini.Terima kasih Ya Allah.

             Entah kenapa saat saya menulis blog ini ,airmata saya menitis .Saya sebenarnya terharu membaca blog 3 akhawat ni.Hampir separuh hari saya hari ini saya membaca blog mereka.Melalui pembacaan blog-blog ini , walaupun tidak menyentuh banyak berkenaan isu semasa dunia hari ini, tetapi pengisiannya tentang diri mereka, kehidupan mereka di bumi luar , tentang ketabahan mereka ...amat-amat saya kagumi.Lantas sejurus habis membaca post-post mereka , saya yakin saya mampu menjadi setabah dan sekuat mereka...dan saya yakin sangat Allah itu sentiasa mendengar rintihan hambaNya.Jika di katakan dari sudut yang hakiki, saya sebenarnya tidak kenal siapa 3 akhawat ini, tetapi apa yang pasti mereka kini adalah bertugas sebagai doktor houseman di hospital yang berbeza.Info lain, saya juga tahu mereka bertiga ini adalah sahabat.Saya dapat link 2 orang akhawat (kak wani dan kak sarah) melalui pembacaan saya di blog Dr wani yang sememangnya memang menjadi link favourite saya...hehe kiranya link inilah yang akan sentiasa saya jenguk untuk memuhasabahkan kembali diri ini ketika terasa futur dalam perjuangan menuju Ilahi.

            Bila diingatkan kembali penglibatan saya dalam dunia blogging ini.Agak lucu rasanya.Yelah pada awal menulis blog, saya terpegun melihat blog seorang sahabat saya ni, tetapi dia lelaki...wah bukan main post yang selalu ditulis memang menarik kerana banyak menyentuh isu politik dan isu semasa seluruh dunia.Saya amat tertarik ketika itu lantas bermotivasi untuk mempunyai blog sendiri agar menjadi manfaat kepada para pembaca.Tapi time tu masih terawang-awang lagi niatnya.Alhamdulillah sekarang saya semakin nampak jelas matlamat penulisan seseorang individu pada blognya.Matlamatnya adalah untuk membawa pembaca kembali kepada Allah dan pengisiannya boleh memberi kesan kepada yang membaca.InsyaAllah hingga kini saya masih dalam berusaha memperbaiki penulisan saya.Saya sebenarnya bukanlah pandai menulis , tetapi saya suka meluahkan perasaan saya di teratak TINTAKU ini..buktinya jelas kan setiap post yang saya tulis, kebanyakannya menunjukkan ZERO comment dari pembaca.Adakah saya kisah semua itu?Bagi saya itu tidak menjadi masalah kerana harapan saya bukanlah pengiktirafan atau penghargaan dipinta...tetapi cukuplah sekadar mereka yang bersinggah di teratak saya tahu yang masih ada lagi insan kerdil yang berusaha untuk memajukan dirinya, juga dalam masa yang sama berusaha membawa pembaca memahami tujuan mereka dijadikan...dijadikan bukan untuk dunia , tetapi untuk meniti kehidupan akhirat.Ingat !!tanggungjawab ini sangat besar..InsyaAllah doakan saya thabat di jalan ini.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[Al-'Imran : 185 ]

Sebenarnya saya rasa rugi sangat hari ini kerana saya telah miss untuk menghadiri 2 program iaitu  program Nadwah Harakah Al-Islamiyah di Kajang dan juga forum Baju Melayu bertemu Baju Kurung di Masjid Putra Nilai.Hati ini sebenarnya meronta hendak pergi.Jika diikutkan perancangan awalnya memang saya akan berada di bumi Nilai pada Isnin pagi, tetapi bila  muhasabah balik semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya..sebaik-baik perancangan manusia , perancangan Allah SWT lagilah hebat.  SubhanaAllah.Semoga Allah memaafkan segala kekhilafan diri ini yang hina.


Baru-baru ini di fb , saya meletakkan profile picture ini:
kan sedap buat sup;-)hehe.Sebenarnya sajeje nak releasekan tension...ahaha

             Apabila ramai yang menyatakan rasa takut mereka pada gambar ini, jadi saya terus tukar kepada gambar yang lain.Maaf ye kawan-kawan;-).Seriously apabila bercerita pasal hati, saya sering kalah.Yup saya akui saya seorang yang agak sensitifla.Walaubagaimanapun daripada situasi yang berlaku ini, saya muhasabah kembali diri mungkin dia dah ditakdirkan dengan seorang wanita yang lebih baik dari saya.Alhamdulillah saya juga tumpang gembira di atas rezeki mereka.Semoga kalian kekal hingga hari pernikahan nanti.Moga Allah jaga hati saya dari bersifat buruk sangka terhadap sahabat saya ini.Sebenarnya dalam post yang sebelum ini , saya pernah mereka novel pendek bertajuk 'Harga SekuntumCinta'...(jika nak baca boleh cari kat list link saya).Cerita yang saya reka tu pengakhiran ceritanya agak sedih la.Seperti yang tidak di duga ianya berlaku ke atas diri saya sendiri.Huhuhu...memang sedih.Alhamdulillah sekarang saya dah boleh terima kenyataan yang sebenarnya yang dia bukan milik saya.Saya harus bangkit dari kekecewaan ini dan perlu lebih bermotivasi untuk  maju ke hadapan...dan yakin juga cinta kepada Allah adalah segala-galanya.Sebenarnya saya dah lama lupakan si dia...tup-tup bila di wall fb member saya yang mengatakan si dia akan bertunang dengan sahabat saya sendiri , saya agak tersentap seketika.

*untuk cerita ala-ala jiwang ini...mungkin ada yang kata takkan benda-benda ni pun nak cerita kat orang lain.Percayalah para pembaca, saya memang suka meluahkan siapa sebenarnya diri saya.Saya manusia , anda juga manusia...saya ada pengalaman mengalami perasaan hati kecundang(cinta ), saya pernah rasa jatuh dan pernah rasa mahu berundur di medan ini..Apa yang saya harapkan cerita saya ini dapat dikongsi kepada para pembaca dan mahu pembaca berfikir solusi kepada permasalahan ini.Suka saya mengingatkan diri ini dan juga para pembaca, dan saya juga yakin pasti adik-adik di luar sana yang pernah kecewa sebab cinta.Bukan maksud saya untuk menyuruh anda benci kepada orang-orang yang pernah mengecewakan cinta anda, tetapi kembali bermuhasabahlah semula.Dunia ini sementara cuma dan cinta yang sepatut kita dambakan adalah cinta Ilahi yang hakiki...bukan cinta manusia yang tidak diketahui kekekalannya sampai bila.Dan apabila kita menghadapi satu saat di mana orang yang kita sayang dalam hati itu telah mengisi hidupnya dengan orang lain..dan bukan kita, maka bermuhasabahlah kembali diri.Kembalilah semula kepadaNya..tagihlah semula cintaNya agar kekosongan jiwamu terisi dengan ayat-ayat cinta Ilahi dan janjiNya di atas kesabaran kamu menghadapi dugaan ini.InsyaAllah cerita akhirnya pasti kamu temui yang Allah tak pernah membiarkan kamu bersendiri menghadapi ujian ini.Hadiah untuk kamu:Lagu yang berkumandang di blog saya ini.Kembali by Tashiru.*

Akhir kalam bicara: 
Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN
supaya timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN,
 setiap yang payah pasti ada KESENANGAN
setiap kesabaran pasti ada GANJARAN
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
 tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN
namun jika sesuatu itu ditakdirkan bukan untuk kita , 
pasti tak akan kita dapat walaupun sudah dalam GENGGAMAN,
Andai ini berlaku kembalilah semula kepadaNya agar mendapat KEREDHAAN dan pertolonganNya.


Saturday, June 11, 2011

rindu saya pada pantai

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah saya diberi kesempatan menulis lagi.Terima kasih Ya Allah.;)


Saat ini saya benar-benar rindu pada pantai.Bagi saya pantai adalah salah satu ciptaan Allah yang sangat unik.Yelah pantai sangat patuh menjalankan tugas yang Allah berikan padanya....walaupun tugasnya itu dilakukan berulang kali dengan bergerak secara beralun gelombak dari hulu ke ke hilir , namun pantai tetap amanah dalam melaksanakan tugasnya.Jika pantai enggan patuh pada perintah Allah , maka kita akan dapat lihat struktur bumi ini tidak tertegak dengan sempurnanya.MasyaAllah ..hebatnya Allah.Sejujurnya saya akan merasa tenang apabila melihat pantai .Dengar deruan ombaknya sahaja mampu membuatkan saya yakin yang Allah itu dekat dengan saya.Dan jangan terkejut , di saat yang saya benar-benar rasa down...saya suka kembali melihat pantai...ketenangan pantai mampu memberi kekuatan pada diri untuk terus bangun.Bangun dari kejahilan lalu, bangun dari kegagalan lau dan bangun dari meratapi masa silam.Apabila saya rapatkan mata saya dan berdiri di bibir pantai diselangi dengan deruan ombak yang menyenangkan , saya merasakan luasnya nikmat Allah...terlalu banyak untuk dihitung..tetapi adakah saya akan berusaha menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.Saya amat takut.Allah tidak pernah meninggalkan saya sendirian.Hadirnya teman-teman seperjuangan memberi inspirasi untuk terus thabat dalam perjuangan menuju Ilahi ini.Harapan saya moga Allah tunjukkan jalan itu menuju ke destinasi.InsyaAllah;)

Thursday, June 9, 2011

Mengapa anda Mengucapkan apa yg tidak ingin anda Lakukan?

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kesempatan saya menulis lagi pada hari ini.

Enti hari ini bertajuk:
Mengapa anda mengucapkan apa yang tidak ingin anda lakukan ?

Sebenarnya benda ni jika dikorek-korek sedalam-dalamnya dalam diri setiap individu, pasti akan ada bersetuju dengan pertanyaan ini.Mahu jawapannya....mari kita muhasabah balik diri kita.Saya juga mengingatkan juga diri ini...yup dan saya akui saya juga tidak terlepas dari melakukannya.Sesungguhnya saya hanya seorang hamba ...anda juga...tetapi peringatan itu harus diberi untuk bekalan menempuh hidup penuh ujian , lebih-lebih lagi hidup di arus modenisasi ini.

Ada pemimpin yang menjadi kader dakwah mungkin, mereka akan bertungkus-lumus membawa sahabat-sahabatnya ke arah kebaikan tetapi pada masa yang sama mereka ini melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan apa yang mereka nasihatkan pada yang lain.Ada orang kata jangan mengumpat orang lain, berdosa...tetapi pada masa yang sama di kala baran menguasai diri , kita akan menyumpah seranah orang yang menyakiti kita di belakangnya.Ada orang kata amanah kepimpinan itu wajib dilaksanakan, tetapi pada masa yang sama terkadang,mereka terlupa amanah mereka pada Allah juga perlu diselesaikan.Itu semua terjadi tanpa kita sedari...Jadi kembalilah BERMUHASABAH  semula .

Rasulullah SAW bersabda:
"Pada hari kiamat, ada seorang lelaki yang diiring ke neraka.Ususnya dilempar ke neraka.Dia berputar sebagaimana keldai berputar dengan talinya."Maka penghuni neraka mengerumuninya sambil berkata:
"Hai Fulan,kenapa denganmu?Bukankah dulu engkau menyuruh kami berbuat ma'ruf dan melarang kami berbuat mungkar?"
Lelaki itu menjawab:"Dahulu aku menyuruh kalian berbuat ma'ruf tetapi aku tidak melakukannya.Dan aku melarang kalian berbuat mungkar sementara aku melakukannya."
(Diriwayatkan imam Bukhari dan Muslim)

Astarfirullahalazim....astarfirullahalazim....astarfirullahalazim....semoga Allah SWT tidak menjadikan kita seperti mereka.

Pada malam ketika Rasul di israkkan, Baginda melintasi sekelompok lelaki yang menggunting bibirnya dengan gunting api neraka.Ketika Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril perihal mereka.Jibril menjawab:Mereka adalah pendakwah-pendakwah umatmu.Mereka menyuruh manusia melakukan kebaikan , sedangkan mereka  melupakan diri mereka.

"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, sedang kamu melupakan kewajipanmu sendiri, padahal kamu membaca Al-kitab(Taurat).Maka tidakkah kamu berfikir."
(Al Baqarah:44)

Mereka menunjukkan jalan kebaikan kepada orang lain tetapi mereka sendiri tidak melakukannya.Contoh lain jika boleh saya katakan di sini seperti para pemimpin dan penguasa yang menjanjikan rakyatnya dengan kemenangan dan berjanji akan mewujudkan kehormatan, kekuatan, dan kejayaan.Kemudian  mereka tidak mewujudkan sedikitpun dari apa yang telah mereka janjikan.

Mereka jangan menyangka akan selamat dari hisab dan siksaan.Semua ucapan mereka telah dirakam:
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir."
(Qaf:18)

"Pada waktu itu, mereka akan menyesal dan berteriak:
'Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya."
(Al-Kahfi : 49)

Ucapan lisan memiliki peranan besar dalam Islam.Oleh kerana itulah, Rasulullah mengkategorikan orang yang berdusta dalam berbicara, menyelisihi janji ke dalam golongan orang yang munafik.Maka berhati-hatilah ketika berbicara terutamanya pada posisi kita sebagai pemimpin kerana itu semua akan ditanya oleh Allah kelak.Semua itu bernilai di sisi Allah SWT.Peringatan buat diri saya juga.Moga kita sentiasa bermuhasabah..

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(Ash-Shaf : 2-3)

Tuesday, June 7, 2011

impian wanita itu

             dialah wanita itu....pendiam itulah sifatnya..tapi saya tahu dalaman dirinya sungguh kental.

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda.Alhamdulillah berkesempatan menulis lagi.Terima kasih Ya Allah.


Apabila berkata tentang impian wanita itu...sememangnya dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk memajukan ummah.Dia sedar yang banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki dan hingga kini dia masih menyimpan cita-cita untuk merantau di sana untuk menyampaikan dakwah itu...walau impian merantau di sana  dihalang tetapi dia tak pernah menyalahkan takdir keberadaan dia di dalam bidang diploma in Medical Laboratory Technology kini.Dia semakin nampak jalan ke arah matlamat yang dipacu untuk menjadi seorang gynaecologist suatu hari nanti.Kerana dia tahu Allah sentiasa mendengar permohonannya walau dia berseorangan di medan ini.Kerana dia yakin...yakin yang Allah ada.Sepanjang belajar di sini, banyak insan-insan berjaya yang sentiasa memberi kekuatan dan semangat untuk terus maju kehadapan.Di samping Allah utamanya , ibu bapa , adik-adik, kakak-kakak, En. Ismail(MLT),En. Latif(MLT),En. Khalid(MLT), Doktor Faizal(Dr. Patologist), Cik Rina dan Cik Fauziah(Pegawai Sains) serta ramai lagi yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar ke arah kecemerlangan sepanjang praktikal di Hospital Segamat.Dari situasi di sana , baru dia tahu yang kondisi di tempat kerja memerlukan komitment dan disiplin yang tinggi dari kita yang digelar pekerja/staff.


InsyaAllah dia akan habis diploma pada tahun 2012 bulan 7 ini.Cadangan dia ingin berkhidmat sebagai tenaga pengajar kepada penduduk kampungnya sebelum membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke sana...kerana itu adalah cita-citanya sedari di bangku sekolah lagi.Bukan itu sahaja sekarang dia cuba berjinak-jinak dengan bidang perniagaan kerana matlamatnya adalah untuk membuka sebuah restoran miliknya sendiri yang juga dilengkapi cyber cafe Islamik, pusat tuisyen , dan juga pusat riadah kepada para belia.Dia merasakan belia-belia ini perlu dididik dengan cara Islam melalui pendekatan yang dinamik dan moga-moga usaha ini akan melihatkan keberhasilannya.Dia buat semua ini bukan mahu menerima apa-apa imbalan ...tetapi dia berusaha untuk menjadi seorang dai'e bergerak dan insyaAllah ingin mencapai grading dakwah yang pertama seperti yang dipertontonkan oleh Siti Khadijah dalam berjihad menegakkan agama Allah.Diharapkan sahabat-sahabat nya yang lain juga akan sabar dan tabah dalam perjuangan ini.Kerana matlamat kita yang utama adalah Allah dan sudahkah kita menyediakan banyak bekal untuk dibawa kepadaNya kelak?....iaitu tanggungjawab sebagai seorang Muslim di pentas milikNya.Saya juga mengingatkan diri ini.


Secebis lukisan hati buat sahabat-sahabat yang disayangi:


Harapan dari setiap insan 
Kesenangan serta ketenangan
menjalani  hidup ini tanpa ada cobaan
sayang harapan itu tak pasti
kerna cobaan pasti akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
Akankah kita tetap tegar
menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputus-asaan

Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
ku hayati bait-bait ini, sedalam-dalamnya
hidup ini sememangnya penuh pancaroba

Sudah ku bulatkan tekad
dan sudah semestinya di jalan dakwah
namun hakikatnya , iman itu berubah
kadangkala ku kuat , kadangkala ku lemah

Aku juga insan biasa
tiada terlepas dari dosa
dalam bekerja demi redhaNya
terkadang tanpa sedar , niatku ternoda

Terkadang terasa kerja yang banyak beban
ibadah khusus hilang kemanisan
keikhlasan mulai pudar perlahan-lahan
yang hadir hanyalah keterpaksaan

Syaitan pun mula melonjak kegembiraan
ditusuknya kita dengan ketakutan
dalam studies kau dah banyak ketinggalan
pastinya amanah ini akan membawa kegagalan

MUJURLAH TERSISA SECEBIS IMAN
dalam hati, ia cuba melawan
meski dalam studies kau agak ketinggalan
tapi hak pelajaran, masih kau tunaikan

Bukankah Allah lebih tahu
kemampuan hamba yang diciptakanNya
sekali-kali Dia tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang tak mampu dihadapinya
dan bukankah Dia telah berjanji
"Jagalah Allah , Allah akan menjagamu kembali"
Lantas apa yang perlu kau takuti?
tidakkah janjiNya..kau yakini?

Saat itu...
ku mula merasai keikhlasan yang hilang
hadir kembali perlahan-lahan
redha menyusuli
iltizamlah dengan amanah yang Allah beri

Disebalik kerisauan terselit keyakinan
selepas kesulitan pasti ada kemudahan
di sebalik ujian terbentanglah ganjaran
ini kalamNya, bukan hanya omongan!

Di sebalik dugaan hadirlah tangisan
dari tasik hati yang sudah lama kekontangan
mungkin inilah yang Dia inginkan
ku tersungkur sujud penuh kehambaan

Pergantungan denganNya semakin ketat
cintaNya mulai terasa DEKAT
janjiNya ku GENGGAM erat-erat
hijab yang membentengi mulai terangkat

Katakanlah hari ini adalah milikNya Allah
yang kita akan kembali kepadaNya bila-bila masa dan di mana saja
dan berdoalah mohon ampunan dariNya
dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan dalam ujian

Janganlah khuwatir menerima amanah ini
bayangkan jika Allah berkata:
"Mengapa ketika kamu dizalimi kamu mengadukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering memberi alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu"

Bagaiman kita mahu menjawab???
Remember He is always there whenever we need Him
and He will always be there ....always;-)



PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails