Wednesday, May 18, 2011

sekadar coretan pengukir kekuatan



Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi walaupun dah lama tak mengupdate blog ini.Minggu ni memang terasa penat menghadiri banyak program dan apa yang mengujakan saya semua program-program ini membuka minda saya untuk mengenal erti perjuangan dakwah itu sendiri dan saya terasa diberi kekuatan.Terima kasih Ya Allah.Semalam baru sahaja mengadakan Hari Keluarga bagi KPIJ cawangan Rengit di Pantai Punggor.Kelakar melihat gelagat adik-adik yang bersungguh-sungguh bersaing sesama mereka untuk memenangi game yang kami adakan.Tidak terkecuali...nampaknya saya juga menyertai mereka dalam setiap versi game yang dibuat.Sesungguhnya melihat adik-adik ini berkumpul beramai-ramai menambah keceriaan hati mentafsir nampaknya generasi dakwah yang seterusnya semakin hebat dan dapat dilihat kekaliberannya.Alhamdulillah.Apa yang penting mereka ini kena sentiasa dipandu agar matlamat utamanya iaitu untuk mencapai mardhatilah Allah sentiasa tersemat dalam hati dan jiwa adik-adik ini.


Sedang asyik berYM dengan seorang sahabat, tergerak hati saya membuka profile fb saya..dan seketika hati saya tersentuh melihat gambar seorang akhi ni .Namanya Danial.
Inilah akhi Danial yang saya maksudkan.Tidak silap saya sudah seminggu lebih saya tahu akhi ni ditimpa kecederaan dan beliau sekarang berada di Hospital Tawakal di Kuala Lumpur.InsyaAllah esok beliau akan menjalani operation di sana..moga Allah permudahkan.Seketika terdetik hati mengatakan "Mengapa dia Ya Allah?" Sesaat datang menjengah , saya cuba membawa diri saya kembali ke alam kejahilan saya sewaktu berada di usia 17-an .Apabila diingatkan kembali di usia 20-an kini ,Alhamdulillah saya semakin temui diri saya yang sebenar dan apa yang penting iaitu tanggungjawab sebagai khalifah Allah di pentasNya.Bukan diri bermaksud untuk mengambil kesempatan ke atas kebaikan akhi ini, tapi izinkan saya berkongsi rasa bersyukurnya saya mengenali beliau.Sebenarnya selain beliau ramai lagi yang sentiasa hadir dalam hidup saya memberi kekuatan kepada saya...dan akan saya kongsikan bersama pembaca selepas ini.

Cerita bersama akhi ini bermula ketika saya baru bertapak di Nilai University College untuk Sem 1.Untuk pengetahuan pembaca , dalam waktu itu saya mengalami kestressan bersama seorang sahabat ini dan jika boleh saya nak melabelkan sahabat saya ini sebagai 'M' dalam cerita ini.M memang seorang yang pandai dan boleh dikatakan kami sentiasa bertukar-tukar mutiara kata melalui hp.Pada satu ketika mungkin sahabat ini geram dengan tindakan saya sehingga M mengirim sepotong mesej berbaur kesakitan buat diri ini.Seperti ini la bunyinya:

"Lihatlah apa yang nti inginkan dari ana.Nti selalu mesej ana dan minta maaf jika ana katakan sebenarnya tidak ada dan takkan pernah adapun persahabatan antara llaki dan perempuan kecuali untuk mpertahankan agama Islam."

Dan saya membalas:
"Terima kasih atas peringatan".

Minta maaf Ya Allah...saya tak bermaksud nak menghendaki apa-apa darinya...mungkin dalam masa itu boleh dikategorikan saya masih jahil dalam hal ini.Maaf kan saya.Sejurus kejadian itu berlaku, saya kuatkan diri ini untuk cari ketenangan...saya tak pasti bagaimana arahnya...tapi saya sentiasa berdoa agar kejadian yang telah terjadi antara saya dengan M membulatkan satu tekad dalam diri saya untuk berubah...dan kembali kepadaNya.Saya cuba lari dari M dan usaha yang saya cuba lakukan adalah dengan delete no phonenya dan delete dia dari fb saya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kini hampir 3 tahun proses perkenalan saya dengan M terputus begitu sahaja.Dengar khabarnya kini, M sudah berada di overseas dan semoga M berjaya di sana.

Dalam kelelahan saya mencari ketenangan , akhirnya akhi Danial menawarkan kepada saya untuk menyertai ISMA.Saya rasa kekuatan untuk berubah ini tidak boleh ditunggu lagi , tetapi perlu dicari...kerana saya yakin inilah jalan yang boleh menyibukkan saya dari memikirkan M dan seriously saya ingin berubah...saya tidak mahu berada dalam takuk lama kerana saya takut bila lihat pada ayat Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.Dan apabila Allah mengkendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yg dpt mnolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.(13:11)


Alhamdulillah boleh dikatakan saya masih berada dalam jalan jihad ini.Sekali lagi terima kasih Ya Allah...terima kasih akhi Danial dia atas usaha yang akhi lakukan untuk pastikan saya teguh di jalan menuju Ilahi.Tiada niat untuk menerima imbalan di atas pengiktirafan yang dilafazkan kepada akhi, tetapi cukuplah mengatakan yang saya berasa sangat bersyukur di atas segala kurniaanNya.Semoga akhi sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian Ilahi ini.
_________________________________________________________

Cerita seterusnya berkesinambungan dari cerita di atas.Ketika di kolej saya merasakan dakwah itu perlu disebar luaskan kepada rakan-rakan sekeliling.Maaf jika saya katakan perkara yang paling merungsingkan hati saya berkenaan isu aurat dan couple mople yang memang dah biasa nampak kat depan mata ni...memang masih diambil ringan je.Saya sebenarnya bukanlah baik sangat tapi saya rasa perubahan diri dan seterusnya kepada orang lain sememangnya perlu dilakukan.Kalau saya nak jadi baik saya juga nak rakan-rakan sekeliling saya menjadi baik keseluruhannya.Apakan daya usaha seorang dai'e ini jika nak dibandingkan dengan rakan yang lain.Tiap kali hati ini pasti membrontak inginkan mereka faham dan mengerti cara hidup Islam yang sebenar...tapi saya masih belum mampu...cukuplah hanya Allah je yang tahu yang saya dah melakukan seusaha daya saya menyedarkan dan mengingati mereka.Dan sesekali saya merasakan saya perlu berusaha lebih lagi...moga Allah permudahkan.InsyaAllah.

Sekarang beralih kepada cerita Pn. Nurul Jannah.Beliau merupakan Pegawai Penyelia MLT di makmal patology Hospital Segamat.Orangnya sememangnya lembut, baik dan cantik dipandang.Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini saya pernah menjalankan praktikal di Hospital Segamat kan?Saya lebih selesa memanggil beliau 'IBU' , begitu juga dengan rakan-rakan kami yang lain.Pada mulanya pertemuan saya dengan ibu, saya merasakan yang saya pernah bertemu dengan beliau ...begitu juga dirasakan ibu terhadap diri saya...tapi tidak ingat di mana.Selama saya berpraktikal di makmal saya perasan juga la yang ibu sentiasa memandang saya dan tanpa saya sedar rupa-rupanya ada perkara yang ibu ingin bagitahu kepada saya.

Perkara yang ingin ibu bagitahu itu terbongkar akhirnya semasa ibu membawa saya dan 4 rakan yang lain berjalan-jalan di Tanjung Agas , Muar.Dalam ketika saya dan 4 rakan yang lain melihat pantai, bergambar bersama-sama...ibu memanggil saya untuk berjalan bersamanya.Tanggapan saya masa itu mungkin ibu saja-saja nak berjalan dengan saya di pantai ni...desis hati saya ketika itu.Tapi sebenarnya saya silap...rupa-rupanya ibu cuba untuk menyelongkah keadaan diri saya.Hal ini kerana ibu perasan saya semacam ada masalah dengan rakan-rakan.Apa yang mampu saya katakan pada ibu hanyalah saya dah jalankan sebahagian tanggungjawab saya kepada mereka dan dah lakukan sebaiknya.Tetiba ibu menangis , lantas berkata:

"Ibu tahu Diyanah, awak terlalu tabah...dan ibu tak tahu adakah ibu tahan jika Allah menempatkan ibu ditempat awak ...ibu tahu awak memang pendiam dan ibu yakin sebenarnya diam awak itu menunjukkan awak berfikir dan kata-kata awak itu sebenarnya adalah zikir.".

Melihat keadaan ibu itu, saya tergamam...saya tidak tahu apa yang telah terjadi pada diri saya ini.Ya memang benar selama ini saya cuba menahan dan memendam apa yang diperlakukan kepada saya, namun saya yakin biarlah ia tidak dinilai di mata manusia, tetapi saya sangat yakin yang Allah akan menilai semua tindakan manusia.Hal ini  mungkin Allah nak bagi peringatan atas kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu.Sesungguhnya diri ini terasa begitu kerdil berada di pentas ciptaanNya.Saya yakin semua yang terjadi ini pasti ada hikmah disebaliknya.

"Sesungguhnya Allah mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi.Sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
(35:38)

Airmata mula menitis membasahi pipi dan ibu memeluk diri saya .Kali ini saya merasakan pertemuan dengan ibu adalah kurniaan Allah buat saya.Alhamdulillah.
______________________________________________________

Cerita seterusnya berkesinambung kembali iaitu sejak peristiwa di Tanjung Agas hari itu, saya terus menjalin hubungan baik dengan keluarga ibu.Ibu mengenalkan saya dengan suaminya dan menyuruh saya memanggilnya ayah.Ya Allah sungguh hebat kekuasaanMu Ya Allah...dalam kebuntuan saya menghadapi cerita dunia yang sia-sia, ini Engkau hadirkan mereka ini untuk mengingatkan saya tentang perjuangan ini..dan saya terasa seperti diberi kekuatan.Alhamdulillah.

Malam itu ibu menyuruh saya menginap di rumahnya dan kata ibu malam itu ada seorang ustaz datang untuk mengajarkan ibu dan ayah tentang ilmu agama.Saya menganggukkan kepala menandakan setuju untuk menyertai kelas pada malam itu.Ustaz itu menggunakan Al-Quran dalam pengajiannya .Jadi hati yang ragu-ragu pada mulanya menjadi semakin yakin dengan apa yang di bawa oleh ustaz ini.Alhamdulillah kini sudah 5 kali saya menghadiri kelas agama yang beliau adakan di rumah ibu dan saya harapkan saya mampu membahagikan masa antara dakwah dan study.Seketika hati saya berdetik, sebelum ini saya selalu mencari tok guru/ orang yang boleh dirujuk dan mengajar dengan mendalam hal-hal berkenaan agama dan akhirnya Allah tunjuk jalan itu.Terima kasih Ya Allah;-)

#Apa yang ditulis ini memang dari hati saya dan diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.Sesungguhnya saya sekadar insan yang lemah yang perlukan dorongan dan semangat untuk terus tetap dan kuat dalam jalan menuju Ilahi ini.Perkongsian ini jika ada yang merasa jelik , saya harap dapat dimaafkan kerana saya suka berkongsi benda yang sememangnya dah berlaku pada diri saya dan orang sekeliling yang banyak membantu saya.Semoga Allah merahmati kalian.#

Dari saya seorang wanita yang lemah , pada masa yang sama mempunyai cita-cita untuk membawa Islam ke puncak tertinggi dan sanggup mati membawa cintaNya.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails