Monday, May 23, 2011

indahnya hidup BERALQURAN

Salam w.b.t
Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya menulis lagi.Syukurlah perjalanan ke Muar menghadiri program di sana berjalan lancar.Jam 11 malam tadi baru saya sampai di Nilai.Terasa semakin bersemangat ni nak berjuang lantaran motivasi dan nasihat yang diberikan daripada ustaz Amir .Banyak yang perlu dipelajari melalui Al-Quran dan As-Sunnah.Dan bila diungkaikan satu-satu ayat Al-Quran yang menunjukkan bukti jauhnya kita sebenarnya dari landasan Islam dalam dunia moden hari ini membuatkan diri ini takut.Ya Allah pinjamkanlah kekuatan pejuang-pejuang Islam terdahulu yang berusaha menegakkan agama Mu Ya Allah kepada kami agar kami mampu menjadi pewaris pejuang menegakkan Islam pada masa hadapan.


Rasulullah saw sendiri dapat dilihat ketabahan baginda dalam menyampaikan risalah Islam.Sesungguhnya dunia ini tempat kita menyemai dan akhirat nanti menuai .Beribadatlah bagai kita akan mati esok hari kerana itulah matlamat kita dijadikan.DariNya kita datang dan pasti kepadaNya tempat kita pulang .Namun bekerjalah seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi , demi kecemerlangan diri dan pewaris generasi nanti.Taburlah bakti sebanyak-banyaknya kepada insan, kerana ganjaran kebaikan penuh kemanisan.


Baginda telah berjihad sehabis-habisnya untuk membawa umatnya memahami erti Islam yang sebenarnya.Tentangan demi tentangan dihadapi dengan tenang tanpa sebarang keluhan.Adakah kita pewaris generasi kini akan duduk diam ?


Saya amat tersentak apabila di terangkan satu-satu ayat yang terkandung dalam surah Al-Fatihah.Mendalam maksudnya.Melalui tafsiran yang diberikan saya makin faham yang perlunya seseorang itu mengikat dirinya dengan keterikatan akidah / iman yang kukuh sejak dilahirkan lagi.Hal ini kerana apabila semua orang Islam mempunyai keterikatan akidah ini , secara tidak langsung menjadikan diri mereka sebagai orang yang beriman  lantas mengetahui tujuan mereka dijadikan.Maksudnya di sini, mereka akan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah serta faham akan ketetapan yang memang dah dirakamkan di dalam Kitab Allah(Al-Quran).


Surah Al-Fatihah itu jelas menunjukkan kepada kita panduan peraturan bernegara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw yang benar-benar telah mengikut ketetapan Allah.Sama-sama kita perhatikan tafsiran surah Al-Fatihah ini:


1.Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih  Lagi Maha Penyayang.
2.Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
3.Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4.Pemilik hari pembalasan.
5.Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7.Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat.


Huraian secara ringkas:
1.Allah swt itu sememangnya Maha Pengasih Maha Penyayang.
2.Memang tidak boleh dinafikan bahawa Allah(Rabb) yang mengatur sekalian alam.
3.Ayat ini diulang lagi yang membuktikan dan memperkuatkan lagi penyataan bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
4.'Malik'(menguasai/raja).Dilihat dari konteks perjuangan Rasulullah:Sebuah negara Islam dapat dibina apabila raja beriman kepada Rububiah, Mulkiyah dan Ubudiyah Allah swt.
5.Pembinaan sebuah negara Islam yang Mashur di Madinah dapat dicapai apabila seseorang menyembah hanya kepada Allah dan bukan selainNya.Dan apabila keimanan kepada Allah benar-benar mantap , maka berdoalah dan bertawakkallah kepadaNya untuk memberi kejayaan.Berlainan dengan kondisi masyarakat kita sekarang yang lebih menjadikan penyanyi barat sebagai icon penyembahan dalam diri mereka.Mereka mengaku Allah Tuhan mereka..tetapi tanpa mereka sedari sebenarnya dalam diam mereka mempersekutukan Allah dalam diri mereka.Logiknya jika secara externalnya kita tidak taat pada Allah, maka kita tidak akan berusaha memohon keampunan dan rahmat dari Allah .Hal ini kerana dari sudut dunianya, mereka lebih mengagungkan keseronokkan berhiburan berbanding keseronokkan beribadat kepada Allah.Apabila keterikatan akidah dengan Allah itu tiada, maka keterikatan antara insan, alam dan Al-Quran juga tidak akan ada. Lalu manusia lari jauh dari kehidupan sebenarnya.
6.Baginda berdoa kepada Allah agar diperlihatkan jalan kebenaran ketika mahu membina sebuah negara Islam di Madinah.Berlainan dengan situasi kini, manusia sombong dengan Allah dan tidak bermohon ditunjukkan jalan yang benar.
7.Baginda bermohon lagi ditunjukkan jalan yang lurus dan dihindarkan dari jalan yang sesat dalam penghijrahan baginda bersama pengikut(secara berjemaah) ke Madinah .Apabila semua pengikut berhijrah dan berjihad menjalankan hukum Allah iaitu untuk menyebarkan Islam(korban diri, nyawa dan harta) , mereka itu sebenarnya adalah orang yang tinggi darjatnya dan akan beroleh kemenangan dalam perjuangan di jalan Allah.


Kesimpulannya , Rasulullah telah bersusah payah berpuluh-puluh tahun untuk mengumpulkan individu -individu yang faham Islam secara keseluruhannya agar dapat membantu pejuang agama Islam yang lain dalam menyebarkan dakwah keseluruh pelosok dunia.Pada mulanya , dakwah yang Rasulullah buat adalah dakwah fadhiyah/dakwah antara mereka yang dikenalpasti boleh menerima ajaran Islam yang sebenar.Kesannya dapat dilihat penerimaannya cukup memberangsangkan walau terpaksa meredah onak cabaran.Tinggal kita sebagai pewaris berfikir ke hadapan, kerana baginda telah meninggalkan Al-Quran kepada umat untuk dijadikan pedoman dan pengajaran kembali kepada Allah.Sedarlah kita adalah angkatan musafir dalam hidup ini, menjadi penghubung barisan mendatang dengan mereka yang telah lalu.Mereka yang lalu telah menunjukkan jalan kepada kita, wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi hadapan.InsyaAllah;-)

2 comments:

  1. بسم الله الرحمن الرحيم

    Alhamdulillah...
    Jemaah Negara Islam...

    AQ 60:1 ..

    cuma mengingatkan..
    maafkan kita saudari andai kita salah,,

    Alhamdulillah

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails