Saturday, May 28, 2011

Apabila si dia cemburu

Salam w.b.t.
Selawat serta salam buat Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.
Alhamdulillah saya diberi kesempatan menulis lagi.

Pada entri kali ini saya akan berkongsi sikit rasa hati melalui pembacaan ilmiah saya pada hari ini.Pengisiannya tidak lah saya terangkan secara mendalam tetapi saya ingin bagitahu yang si dia mencemburui saya.

Jam 8.00 pg sekujur jasad wanita(saya) bangun menghampiri kekasih saya 
nak dijadikan cerita ,kekasih saya itu berada tidak jauh sebenarnya dari saya
untuk hadiah buat dirinya
saya cuba menulis sebuah surat cinta buat dia
sungguh berjela-jela ayat-ayat cinta buat dia
namun dia buat tak tahu sahaja
saya bertanya mengapa ?
adakah saya bersalah?
jika saya bersalah, maafkanlah saya...Ya Allah maafkan saya juga
saya dah berusaha untuk menjaga hati dia
kerana saya tidak mahu dia hilang pada hari pernikahan saya dengan dia


Bermula dengan tulisan pena creatinine....rupa-rupanya dia cuba menipu saya
terjadinya creatinie itu sebenarnya hasil perpecahan product of creatine phosphate
dia tahu creatinine mempunyai banyak tugas tetapi dia tak meminta saya untuk membantunya
selain berada di dalam serum , creatinine juga ada di dalam plasma..
bukan itu sahaja creatinine juga mempunyai fungsi dalam urine
tapi si dia cuba untuk menyembunyikan fungsi itu dari saya
dan Alhamdulillah saya temui jawapannya
di dalam urine, creatinie act as indicator to test either kidney function well or not


Saya semakin nak tahu mengapa dia nak sangat Jaffe method tolong selesaikan masalah creatinine ni...
oh rupa-rupanya Jaffe ni boleh detect kandungan creatinine dalam serum
saya bertanya kepada dia adakah dia tahu yang creatinine dah ada kekasih?...jadi tidak usahlah untuk mendekati creatinine...
dia melihat saya lalu berkata:
'Siapa yang merupakan kekasih creatinine?mengapa saya tidak tahu..'(dia bertanya)
hehe
saya bagitahu dia
kekasih creatinine itu ialah urea...
disebabkan terjadinya ikatan perkahwinan antara mereka dengan mahar yang melebihi nilai normal
maka akan terjadilah sesuatu musibah kepada orang sekelilingnya..
dan orang itu mungkin saya...dan mungkin dia
maksud di sini mungkin pernikahan mereka menyebabkan seseorang disyaki menghidap penyakit kidney failure


dia semakin tidak keruan nampaknya..
lalu bertanya :
'mana awak tahu?'
saya kata:
'sebab kawan urea Berthelot Reaction ada memberitahu saya yang beliau dah dapat detect urea ni dan bila diselidik urea ini memang mampu menyebabkan seseorang ada kidney failure dan maybe dehydration...


nampaknya dia semakin cemburu pada saya apabila dia tahu saya lebih tahu segala-galanya dari dia....
saya katakan pada dia yang saya mempunyai kader dakwah yang ramai di belakang saya
saya ada kapten cholestrol, kapten total protein dan bilirubin, kapten calcium, kapten glucose dan banyak lagi..
wah nampaknya dia semakin malu dan lari dari saya..


siapakah dia....???
Si dia itu adalah buah hati saya.....saya tahu dia amat bertegas dalam menghendaki saya memahaminya...
lantas pelbagai persoalan cuba dilontarkan pada saya...
tapi saya tak kisah sebab dari situ dapat mendidik saya menjadi seorang yang kuat bersama kader dakwah saya...
di belakang badannya sentiasa tertera satu ayat yang membuatkan saya terus bersemangat 
iaitu:
"Dakwah adalah nombor 1 dan belajar bukan nombor 2"


Si dia yang saya maksudkan ialah:


BUKU CHEMICAL PATHOLOGY SAYA(ilmu yang terkandung di dalamnya)!!!!
INGAT KITA AKAN BERNIKAH HARI RABU DEPAN!!


saya harap ikatan pengetahuan yang datang dari Allah melalui buah hati saya kepada saya akan berkekalan hingga ke akhirnya...kerana saya memerlukan petunjuk jalan untuk sampai ke destinasi yang akhirnya..sehingga bertemu dengan Yang Maha Esa....Allah SWT...


*di belakang badan= muka surat depan buku chemical pathology saya

Friday, May 27, 2011

Doktor Peduli Umat


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai baginda.
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.

Kali ini saya tidak mahu menulis tetapi saya ingin berkongsi perasaan saya , bersemangatnya saya melihat penulisan seorang doktor ini.dakwahdoktor.Dan saya ingin menjadi sepertinya.InsyaAllah.


Seorang doktor yang setiap harinya berdepan dengan masyarakat, pelbagai jenis lapisan masyarakat, pelbagai ragam manusia, berinteraksi dengan mereka, mempengaruhi keadan emosi mereka, menguasai pilihan-pilihan yang bertepatan, maka rugi lah jika seorang doktor muslim hanya memikirkan soal gaji dan mewahnya kehidupan yang terbentang.

Pelajar doktor,
Dari peringkat pengajian lagi, mulalah fikirkan bagaimana untuk memanfaatkan ilmu dan kedudukan yang akan diberikan nanti. Penyakit umat juga makin parah, datang dari pelbagai arah dan pelbagai ancaman bukan sahaja penyakit pesakit-pesakit di hospital semata-mata. Doktor juga tidak boleh berdiam diri dengan hanya memikirkan kehidupan diri sendiri dan sekitar hospital serta masalah perubatan sahaja. Penyakit masyarakat perlu ditangani dalam pelbagai arah oleh semua golongan, bukan golongan 'eksklusif' tertentu sahaja.

Saya ingin menjadi doktor yang peduli umatnya... doakan saya. Anda pula bagaimana?

Thursday, May 26, 2011

Berani Mati

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.
Alhamdulillah , Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menulis lagi.Syukur Alhamdulillah.

Jumaat depan adalah merupakan 1 Rejab 1432 H.Sekejap je rasanya meniti hari dari tahun ke tahun.Apalah sangat amal yang sudah saya lakukan sepanjang hidup ini.Semoga diterima olehNya.Hingga kini, sambil menaip, banyak idea-idea yang terilham untuk melakukan program seterusnya terutama sekali kepada adik-adik ini..yelah kan bulan 6 ini mereka bercuti.Saya sebenarnya pelajar biasa sahaja, tapi saya mempunyai semangat yang luar biasa.Mungkin ada yang berasa jelik, tapi percayalah saya tetap akan berusaha untuk memperbaiki diri dan memberi manfaat kepada orang lain selagi hidup.Saya memang seorang yang pendiam, tapi percayalah dalam sifat diam-diam saya , otak saya selalu rancak berfikir untuk memajukan Islam dan membawa Islam ke puncak tertinggi.Semua ini tidak mustahil sebab saya ada Allah.


Seketika tadi saya baru menerima panggilan dari Kak Rina, naqibah saya semasa di Nilai.Alhamdulillah terlerai rasa rindu pada Kak Rina selepas mendengar suaranya.Sesungguhnya melihat kesungguhan naqibah saya berdakwah memberi inspirasi kepada saya untuk berbakti dan menyemai budi sepertinya .InsyaAllah.Selama saya hidup di Nilai Kak Rina banyak membimbing saya dan sesuatu yang tidak dapat saya lupakan ialah jasa beliau yang sanggup mengorbankan harta dan dirinya semata-mata ingin saya thabat dalam perjalanan dakwah ini.Terima kasih akak, sesungguhnya diri ini berasa sangat bersyukur dengan segala kurniaan daripadaNya.Hanya Allah je dapat membalas jasa akak.


Jalan terbaik untuk keluar dari kesulitan itu ialah dengan menghadapi dan mengatasi kesulitan itu.Betul?Jika dilihat dari sudut pembangunan sahsiah diri, sememangnya pasti ada yang undur dan rasa lemah apabila ditimpa dugaan dunia.Tapi mahu tidak mahu kita kena cuba hadapinya dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.Sedarlah dengan duduk diam segala persoalan dan masalah tidak akan dapat diselesaikan.Perkara yang paling penting, adalah meletakkan seluruh kebergantungan kepada Allah SWT , Pencipta Sekalian Alam.Yakinlah pada Allah dengan berjihad di jalanNya...nescaya kita akan memperoleh kemenangan.

Sebagaimana firman Allah:


"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan."

Formulanya jelas tercatat dalam Al-Quran.Perhatikan orang-orang yang inginkan kemenangan dalam kehidupan, pertama: mesti beriman, kedua: mesti berhijrah , ketiga : mesti berjihad harta dan jiwa kerana dari situ Allah akan meninggikan darjat disisiNya, keempat : apabila ketiga-tiga formula ini dilaksanakan dengan ikhlas insyaAllah kemenangan atau kejayaan pasti menjadi milik kita.

Peringatan buat diri saya dan pembaca yang saya sayangi;
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya;-)

Wednesday, May 25, 2011

indahnya keluarga bahagia


Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw , ahli keluarga dan sahabat handai baginda.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'akan kepada Allah SWT di atas sifat pemurahNya, memberi kelapangan kepada saya untuk menukilkan sedikit coretan pada entri kali ini.

"Indahnya Keluarga Bahagia"

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya berjalan di bumi ciptaanNya untuk melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan cerita sedih dan juga diselangi cerita gembira.Semuanya itu biasala rencah kehidupan yang perlu kita tempuh sebagai perantau di bumi tuhan.



Baru-baru saya ada melawat ibu dan ayah saya di Muar...sempat juga la meminta disampaikan salam saya pada Rasulullah setibanya di makam Baginda. 25 Mei 2011 , ibu dan ayah bertolak ke Mekah menunaikan umrah di sana .Semoga segala urusan ibu dan ayah dipermudahkan...InsyaAllah.Mungkin kali ini rezeki ibu dengan ayah ke sana...InsyaAllah nanti ada rezeki lebih giliran saya bersama ummi dan abi ke sana pula menunaikan ibadah haji di sana.InsyaAllah.



Rasa terharu muncul dalam diri melihat sebuah keluarga yang saya ziarah baru-baru ni.Penempatannya simple, perabotnya sederhana....tapi saya tak memandang itu semua...Yang mengkagumkan diri saya melihat pada kasih dan sayangnya mereka sesama ahli keluarga mereka.Memang susah nak diungkapkan tapi apa yang boleh saya katakan ketenangan dari hati ke hati dan huluran kata-kata kemaafan disertai dengan pelukan dan dakapan sesama ahli keluarga sememangnya mampu menjalin kemesraan hakiki dalam kehidupan bekeluarga.Keluarga ini sememangnya mempunyai banyak masalah yang datangnya dari luar...tetapi mereka mampu menghadapinya tanpa menyebabkan sebarang keberatakan dalam keluarga.Hal ini keran , bila saya selidik yang sentiasa menjadi pegangan dalam kehidupan bekeluarga mereka adalah Al-Quran dan As-Sunnah.

Dan saya semakin bersemangat untuk memacu senjata perubahan kepada diri saya dan juga kepada orang sekeliling...semoga Allah permudahkan

Katekatelahirdarihati: 
- B nice to your heart!
- Sayangi Allah, Nabi, Ad-Din, famili dan semua makhlukNya..
- Biar buruk, jelik masa silam kita.. Just ignore it..tp hargailah masa sekarang.. Peluang untuk berubah sentiasa ada.. :)
- Jadilah hamba ALLAH yang bersyukur!

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah:153)

Tidak dilupakan hari pernikahan saya dengan paper Chempath, Histophat and Cytology...juga sama dengan sahabat saya yang lain..semoga berjaya...biar kita mumtaz untuk ummah , mumtaz untuk Islam!!!Allahuakbar!

Katekatebajetbest:
-Ilmu itu terlalu luas.. Kte memang tak mampu nak cover semue.. Tapi once u get a chance to learn, learn it!
-Jawab exam bagus-bagus.. insyaAllah moga hasilnye lagiiiii bagus..
-Jadilah student yang baek.. Yang tak kenal ape itu copy and paste..
-Sape-sape yang in progress wat tesis, kasi kuat same korang punye mental.. :)


please slow for security check

Salam w.b.t
Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah...akhirnya saya boleh verified emel yang lama kepada emel gmail.Sedari semalam saya cuba menggodeh lappy ni dan satu persoalan muncul kenapa tak boleh nak buat post baru kat blog saya.Bukan itu sahaja nak masuk dashbord blog pun tak boleh.Entahlah web ni kata emel lama saya dah tak aktif so kena aktifkan semula dengan ikut terma syarat yang disenaraikan.Jenuhnya hingga nak marah je dengan lappy ni.Tapi bila dah boleh access blog dengan jayanya , rasa bersyukur sangat dan ada hikmahnya iaitu kenalah bersabar...bersabar dan bersabar.


Kebelakangan ini , saya merasakan kurang sabar dengan keadaan sekeliling.Tetapi dalam masa yang sama saya cuba mendidik diri untuk terima hakikat dunia ini dan membuat perbandingan dengan kehidupan di  akhirat kelak.Yup saya akui saya mudah melenting dengan kehidupan yang agak menyusahkan saya.Maksud menyusahkan bukanlah ibadah itu menyusahkan tetapi dengan kehidupan kat Nilai ni yang serabut.Nah amik....jika anda perasaan bumi Nilai ni makin panas ...yelah mana taknya dengan terbinanya banyak pusat beli-belah...Buktinya yang terbaru ini...TESCO Nilai.Aduh...apa la nak jadi dunia ini...makin nak mendekati hari akhirat , patutnya rumah Allah yang perlu diperbanyakkan pembinaannya.Ini semua peringatan dari Allah kepada hambaNya sama ada untuk terus berada di jalanNya atau berseronok dengan kehidupan dunia yang seronoknya seketika sahaja.


Itu satu...lain pula cerita di kolej.Seminggu di kolej , saya asyik kena tahan dengan pak guard dan mama guard berulang kali.Banyak kali saya dah bagitahu pada guard yang 'pass kebenaran masuk ke kolej(yang perlu dilekatkan pada kereta)' akan siap pada akhir minggu ni...tapi masih kena tahan..kena tahan...kena tahan.Ya Allah saya rasakan hidup di dunia ni pun terasa payah , ada kah saya mampu menghadapi hari akhirat nanti.Ya Allah ...ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini.Berilah kekuatan untuk saya bangun dan tetap dalam kehidupan menujuMu Ya Allah.


Jalan nak pulang ke rumah sewa di Desa Kolej pun boleh jadi tak keruan nampaknya.Sampai-sampai di depan simpan je ada signboard  tulis 'please slow for security check'.Segala-galanya di check...depan belakang...kiri dan kanan..Ni baru dugaan untuk masuk ke taman ni...tup-tup nak keluar lepas ni memang semuanyalah nak di cek.Cek la pakcik jangan tak cek.Ya Allah kurasakan hidup di sini sudah terikat dengan pelbagai peraturan untuk menjaga kemaslahatan penduduk di taman ini...tetapi adakah kesedaran dalam diri umat Islam di sini untuk mengikat diri mereka dengan ketetapan Allah.Saya mengingatkan juga diri saya , semoga kita sentiasa berubah menjadi hamba yang lebih baik dan sedar adanya kehidupan selepas mati.Saya yakin penduduk di taman ini menjalankan amanah mereka sebagai hamba Allah dengan sebaiknya.


Ya ALLAH lindungilah saya dalam kehidupan yang penuh dengan hiburan ini..Saya amat takut !

Monday, May 23, 2011

indahnya hidup BERALQURAN

Salam w.b.t
Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya menulis lagi.Syukurlah perjalanan ke Muar menghadiri program di sana berjalan lancar.Jam 11 malam tadi baru saya sampai di Nilai.Terasa semakin bersemangat ni nak berjuang lantaran motivasi dan nasihat yang diberikan daripada ustaz Amir .Banyak yang perlu dipelajari melalui Al-Quran dan As-Sunnah.Dan bila diungkaikan satu-satu ayat Al-Quran yang menunjukkan bukti jauhnya kita sebenarnya dari landasan Islam dalam dunia moden hari ini membuatkan diri ini takut.Ya Allah pinjamkanlah kekuatan pejuang-pejuang Islam terdahulu yang berusaha menegakkan agama Mu Ya Allah kepada kami agar kami mampu menjadi pewaris pejuang menegakkan Islam pada masa hadapan.


Rasulullah saw sendiri dapat dilihat ketabahan baginda dalam menyampaikan risalah Islam.Sesungguhnya dunia ini tempat kita menyemai dan akhirat nanti menuai .Beribadatlah bagai kita akan mati esok hari kerana itulah matlamat kita dijadikan.DariNya kita datang dan pasti kepadaNya tempat kita pulang .Namun bekerjalah seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi , demi kecemerlangan diri dan pewaris generasi nanti.Taburlah bakti sebanyak-banyaknya kepada insan, kerana ganjaran kebaikan penuh kemanisan.


Baginda telah berjihad sehabis-habisnya untuk membawa umatnya memahami erti Islam yang sebenarnya.Tentangan demi tentangan dihadapi dengan tenang tanpa sebarang keluhan.Adakah kita pewaris generasi kini akan duduk diam ?


Saya amat tersentak apabila di terangkan satu-satu ayat yang terkandung dalam surah Al-Fatihah.Mendalam maksudnya.Melalui tafsiran yang diberikan saya makin faham yang perlunya seseorang itu mengikat dirinya dengan keterikatan akidah / iman yang kukuh sejak dilahirkan lagi.Hal ini kerana apabila semua orang Islam mempunyai keterikatan akidah ini , secara tidak langsung menjadikan diri mereka sebagai orang yang beriman  lantas mengetahui tujuan mereka dijadikan.Maksudnya di sini, mereka akan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah serta faham akan ketetapan yang memang dah dirakamkan di dalam Kitab Allah(Al-Quran).


Surah Al-Fatihah itu jelas menunjukkan kepada kita panduan peraturan bernegara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw yang benar-benar telah mengikut ketetapan Allah.Sama-sama kita perhatikan tafsiran surah Al-Fatihah ini:


1.Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih  Lagi Maha Penyayang.
2.Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
3.Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4.Pemilik hari pembalasan.
5.Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7.Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat.


Huraian secara ringkas:
1.Allah swt itu sememangnya Maha Pengasih Maha Penyayang.
2.Memang tidak boleh dinafikan bahawa Allah(Rabb) yang mengatur sekalian alam.
3.Ayat ini diulang lagi yang membuktikan dan memperkuatkan lagi penyataan bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
4.'Malik'(menguasai/raja).Dilihat dari konteks perjuangan Rasulullah:Sebuah negara Islam dapat dibina apabila raja beriman kepada Rububiah, Mulkiyah dan Ubudiyah Allah swt.
5.Pembinaan sebuah negara Islam yang Mashur di Madinah dapat dicapai apabila seseorang menyembah hanya kepada Allah dan bukan selainNya.Dan apabila keimanan kepada Allah benar-benar mantap , maka berdoalah dan bertawakkallah kepadaNya untuk memberi kejayaan.Berlainan dengan kondisi masyarakat kita sekarang yang lebih menjadikan penyanyi barat sebagai icon penyembahan dalam diri mereka.Mereka mengaku Allah Tuhan mereka..tetapi tanpa mereka sedari sebenarnya dalam diam mereka mempersekutukan Allah dalam diri mereka.Logiknya jika secara externalnya kita tidak taat pada Allah, maka kita tidak akan berusaha memohon keampunan dan rahmat dari Allah .Hal ini kerana dari sudut dunianya, mereka lebih mengagungkan keseronokkan berhiburan berbanding keseronokkan beribadat kepada Allah.Apabila keterikatan akidah dengan Allah itu tiada, maka keterikatan antara insan, alam dan Al-Quran juga tidak akan ada. Lalu manusia lari jauh dari kehidupan sebenarnya.
6.Baginda berdoa kepada Allah agar diperlihatkan jalan kebenaran ketika mahu membina sebuah negara Islam di Madinah.Berlainan dengan situasi kini, manusia sombong dengan Allah dan tidak bermohon ditunjukkan jalan yang benar.
7.Baginda bermohon lagi ditunjukkan jalan yang lurus dan dihindarkan dari jalan yang sesat dalam penghijrahan baginda bersama pengikut(secara berjemaah) ke Madinah .Apabila semua pengikut berhijrah dan berjihad menjalankan hukum Allah iaitu untuk menyebarkan Islam(korban diri, nyawa dan harta) , mereka itu sebenarnya adalah orang yang tinggi darjatnya dan akan beroleh kemenangan dalam perjuangan di jalan Allah.


Kesimpulannya , Rasulullah telah bersusah payah berpuluh-puluh tahun untuk mengumpulkan individu -individu yang faham Islam secara keseluruhannya agar dapat membantu pejuang agama Islam yang lain dalam menyebarkan dakwah keseluruh pelosok dunia.Pada mulanya , dakwah yang Rasulullah buat adalah dakwah fadhiyah/dakwah antara mereka yang dikenalpasti boleh menerima ajaran Islam yang sebenar.Kesannya dapat dilihat penerimaannya cukup memberangsangkan walau terpaksa meredah onak cabaran.Tinggal kita sebagai pewaris berfikir ke hadapan, kerana baginda telah meninggalkan Al-Quran kepada umat untuk dijadikan pedoman dan pengajaran kembali kepada Allah.Sedarlah kita adalah angkatan musafir dalam hidup ini, menjadi penghubung barisan mendatang dengan mereka yang telah lalu.Mereka yang lalu telah menunjukkan jalan kepada kita, wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi hadapan.InsyaAllah;-)

Friday, May 20, 2011

Bangkitlah wahai pemuda...

Dunia Islam memerlukan kita..Bangkitlah wahai pemuda...bangunlah dari mimpi yang panjang...kita sudah tidak punyai masa lagi!!!

doakan sahabat saya dan saya di sini

Salam w.b.t
Rasanya tidak lambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru;-)
Selamat hari guru....terutamanya guru-guru di Sek. Keb. Sri Beroleh, SMK Tun Aminah , MRSM Batu Pahat, dan lecturer di Nilai University College.


Saya akan menghadapi exam final tidak lama lagi .Doakan saya di sini.Yang penting saya tidak akan berundur.Biar kita mati sebagai pejuang jangan hidup bernafas sebagai petualang!!!!


Didedikasi kepada para sahabat...wish u best of luck!!

Wednesday, May 18, 2011

sekadar coretan pengukir kekuatan



Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi walaupun dah lama tak mengupdate blog ini.Minggu ni memang terasa penat menghadiri banyak program dan apa yang mengujakan saya semua program-program ini membuka minda saya untuk mengenal erti perjuangan dakwah itu sendiri dan saya terasa diberi kekuatan.Terima kasih Ya Allah.Semalam baru sahaja mengadakan Hari Keluarga bagi KPIJ cawangan Rengit di Pantai Punggor.Kelakar melihat gelagat adik-adik yang bersungguh-sungguh bersaing sesama mereka untuk memenangi game yang kami adakan.Tidak terkecuali...nampaknya saya juga menyertai mereka dalam setiap versi game yang dibuat.Sesungguhnya melihat adik-adik ini berkumpul beramai-ramai menambah keceriaan hati mentafsir nampaknya generasi dakwah yang seterusnya semakin hebat dan dapat dilihat kekaliberannya.Alhamdulillah.Apa yang penting mereka ini kena sentiasa dipandu agar matlamat utamanya iaitu untuk mencapai mardhatilah Allah sentiasa tersemat dalam hati dan jiwa adik-adik ini.


Sedang asyik berYM dengan seorang sahabat, tergerak hati saya membuka profile fb saya..dan seketika hati saya tersentuh melihat gambar seorang akhi ni .Namanya Danial.
Inilah akhi Danial yang saya maksudkan.Tidak silap saya sudah seminggu lebih saya tahu akhi ni ditimpa kecederaan dan beliau sekarang berada di Hospital Tawakal di Kuala Lumpur.InsyaAllah esok beliau akan menjalani operation di sana..moga Allah permudahkan.Seketika terdetik hati mengatakan "Mengapa dia Ya Allah?" Sesaat datang menjengah , saya cuba membawa diri saya kembali ke alam kejahilan saya sewaktu berada di usia 17-an .Apabila diingatkan kembali di usia 20-an kini ,Alhamdulillah saya semakin temui diri saya yang sebenar dan apa yang penting iaitu tanggungjawab sebagai khalifah Allah di pentasNya.Bukan diri bermaksud untuk mengambil kesempatan ke atas kebaikan akhi ini, tapi izinkan saya berkongsi rasa bersyukurnya saya mengenali beliau.Sebenarnya selain beliau ramai lagi yang sentiasa hadir dalam hidup saya memberi kekuatan kepada saya...dan akan saya kongsikan bersama pembaca selepas ini.

Cerita bersama akhi ini bermula ketika saya baru bertapak di Nilai University College untuk Sem 1.Untuk pengetahuan pembaca , dalam waktu itu saya mengalami kestressan bersama seorang sahabat ini dan jika boleh saya nak melabelkan sahabat saya ini sebagai 'M' dalam cerita ini.M memang seorang yang pandai dan boleh dikatakan kami sentiasa bertukar-tukar mutiara kata melalui hp.Pada satu ketika mungkin sahabat ini geram dengan tindakan saya sehingga M mengirim sepotong mesej berbaur kesakitan buat diri ini.Seperti ini la bunyinya:

"Lihatlah apa yang nti inginkan dari ana.Nti selalu mesej ana dan minta maaf jika ana katakan sebenarnya tidak ada dan takkan pernah adapun persahabatan antara llaki dan perempuan kecuali untuk mpertahankan agama Islam."

Dan saya membalas:
"Terima kasih atas peringatan".

Minta maaf Ya Allah...saya tak bermaksud nak menghendaki apa-apa darinya...mungkin dalam masa itu boleh dikategorikan saya masih jahil dalam hal ini.Maaf kan saya.Sejurus kejadian itu berlaku, saya kuatkan diri ini untuk cari ketenangan...saya tak pasti bagaimana arahnya...tapi saya sentiasa berdoa agar kejadian yang telah terjadi antara saya dengan M membulatkan satu tekad dalam diri saya untuk berubah...dan kembali kepadaNya.Saya cuba lari dari M dan usaha yang saya cuba lakukan adalah dengan delete no phonenya dan delete dia dari fb saya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kini hampir 3 tahun proses perkenalan saya dengan M terputus begitu sahaja.Dengar khabarnya kini, M sudah berada di overseas dan semoga M berjaya di sana.

Dalam kelelahan saya mencari ketenangan , akhirnya akhi Danial menawarkan kepada saya untuk menyertai ISMA.Saya rasa kekuatan untuk berubah ini tidak boleh ditunggu lagi , tetapi perlu dicari...kerana saya yakin inilah jalan yang boleh menyibukkan saya dari memikirkan M dan seriously saya ingin berubah...saya tidak mahu berada dalam takuk lama kerana saya takut bila lihat pada ayat Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.Dan apabila Allah mengkendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yg dpt mnolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.(13:11)


Alhamdulillah boleh dikatakan saya masih berada dalam jalan jihad ini.Sekali lagi terima kasih Ya Allah...terima kasih akhi Danial dia atas usaha yang akhi lakukan untuk pastikan saya teguh di jalan menuju Ilahi.Tiada niat untuk menerima imbalan di atas pengiktirafan yang dilafazkan kepada akhi, tetapi cukuplah mengatakan yang saya berasa sangat bersyukur di atas segala kurniaanNya.Semoga akhi sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian Ilahi ini.
_________________________________________________________

Cerita seterusnya berkesinambungan dari cerita di atas.Ketika di kolej saya merasakan dakwah itu perlu disebar luaskan kepada rakan-rakan sekeliling.Maaf jika saya katakan perkara yang paling merungsingkan hati saya berkenaan isu aurat dan couple mople yang memang dah biasa nampak kat depan mata ni...memang masih diambil ringan je.Saya sebenarnya bukanlah baik sangat tapi saya rasa perubahan diri dan seterusnya kepada orang lain sememangnya perlu dilakukan.Kalau saya nak jadi baik saya juga nak rakan-rakan sekeliling saya menjadi baik keseluruhannya.Apakan daya usaha seorang dai'e ini jika nak dibandingkan dengan rakan yang lain.Tiap kali hati ini pasti membrontak inginkan mereka faham dan mengerti cara hidup Islam yang sebenar...tapi saya masih belum mampu...cukuplah hanya Allah je yang tahu yang saya dah melakukan seusaha daya saya menyedarkan dan mengingati mereka.Dan sesekali saya merasakan saya perlu berusaha lebih lagi...moga Allah permudahkan.InsyaAllah.

Sekarang beralih kepada cerita Pn. Nurul Jannah.Beliau merupakan Pegawai Penyelia MLT di makmal patology Hospital Segamat.Orangnya sememangnya lembut, baik dan cantik dipandang.Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini saya pernah menjalankan praktikal di Hospital Segamat kan?Saya lebih selesa memanggil beliau 'IBU' , begitu juga dengan rakan-rakan kami yang lain.Pada mulanya pertemuan saya dengan ibu, saya merasakan yang saya pernah bertemu dengan beliau ...begitu juga dirasakan ibu terhadap diri saya...tapi tidak ingat di mana.Selama saya berpraktikal di makmal saya perasan juga la yang ibu sentiasa memandang saya dan tanpa saya sedar rupa-rupanya ada perkara yang ibu ingin bagitahu kepada saya.

Perkara yang ingin ibu bagitahu itu terbongkar akhirnya semasa ibu membawa saya dan 4 rakan yang lain berjalan-jalan di Tanjung Agas , Muar.Dalam ketika saya dan 4 rakan yang lain melihat pantai, bergambar bersama-sama...ibu memanggil saya untuk berjalan bersamanya.Tanggapan saya masa itu mungkin ibu saja-saja nak berjalan dengan saya di pantai ni...desis hati saya ketika itu.Tapi sebenarnya saya silap...rupa-rupanya ibu cuba untuk menyelongkah keadaan diri saya.Hal ini kerana ibu perasan saya semacam ada masalah dengan rakan-rakan.Apa yang mampu saya katakan pada ibu hanyalah saya dah jalankan sebahagian tanggungjawab saya kepada mereka dan dah lakukan sebaiknya.Tetiba ibu menangis , lantas berkata:

"Ibu tahu Diyanah, awak terlalu tabah...dan ibu tak tahu adakah ibu tahan jika Allah menempatkan ibu ditempat awak ...ibu tahu awak memang pendiam dan ibu yakin sebenarnya diam awak itu menunjukkan awak berfikir dan kata-kata awak itu sebenarnya adalah zikir.".

Melihat keadaan ibu itu, saya tergamam...saya tidak tahu apa yang telah terjadi pada diri saya ini.Ya memang benar selama ini saya cuba menahan dan memendam apa yang diperlakukan kepada saya, namun saya yakin biarlah ia tidak dinilai di mata manusia, tetapi saya sangat yakin yang Allah akan menilai semua tindakan manusia.Hal ini  mungkin Allah nak bagi peringatan atas kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu.Sesungguhnya diri ini terasa begitu kerdil berada di pentas ciptaanNya.Saya yakin semua yang terjadi ini pasti ada hikmah disebaliknya.

"Sesungguhnya Allah mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi.Sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
(35:38)

Airmata mula menitis membasahi pipi dan ibu memeluk diri saya .Kali ini saya merasakan pertemuan dengan ibu adalah kurniaan Allah buat saya.Alhamdulillah.
______________________________________________________

Cerita seterusnya berkesinambung kembali iaitu sejak peristiwa di Tanjung Agas hari itu, saya terus menjalin hubungan baik dengan keluarga ibu.Ibu mengenalkan saya dengan suaminya dan menyuruh saya memanggilnya ayah.Ya Allah sungguh hebat kekuasaanMu Ya Allah...dalam kebuntuan saya menghadapi cerita dunia yang sia-sia, ini Engkau hadirkan mereka ini untuk mengingatkan saya tentang perjuangan ini..dan saya terasa seperti diberi kekuatan.Alhamdulillah.

Malam itu ibu menyuruh saya menginap di rumahnya dan kata ibu malam itu ada seorang ustaz datang untuk mengajarkan ibu dan ayah tentang ilmu agama.Saya menganggukkan kepala menandakan setuju untuk menyertai kelas pada malam itu.Ustaz itu menggunakan Al-Quran dalam pengajiannya .Jadi hati yang ragu-ragu pada mulanya menjadi semakin yakin dengan apa yang di bawa oleh ustaz ini.Alhamdulillah kini sudah 5 kali saya menghadiri kelas agama yang beliau adakan di rumah ibu dan saya harapkan saya mampu membahagikan masa antara dakwah dan study.Seketika hati saya berdetik, sebelum ini saya selalu mencari tok guru/ orang yang boleh dirujuk dan mengajar dengan mendalam hal-hal berkenaan agama dan akhirnya Allah tunjuk jalan itu.Terima kasih Ya Allah;-)

#Apa yang ditulis ini memang dari hati saya dan diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.Sesungguhnya saya sekadar insan yang lemah yang perlukan dorongan dan semangat untuk terus tetap dan kuat dalam jalan menuju Ilahi ini.Perkongsian ini jika ada yang merasa jelik , saya harap dapat dimaafkan kerana saya suka berkongsi benda yang sememangnya dah berlaku pada diri saya dan orang sekeliling yang banyak membantu saya.Semoga Allah merahmati kalian.#

Dari saya seorang wanita yang lemah , pada masa yang sama mempunyai cita-cita untuk membawa Islam ke puncak tertinggi dan sanggup mati membawa cintaNya.

Saturday, May 7, 2011

skuad ready!!


Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Nampaknya tinggal berapa hari lagi perlu dihabiskan praktikal di hospital Segamat.Terima kasih kepada semua staff yang banyak memberi tunjuk ajar...sesekali terasa diri ini kerdil di hadapannya.Selepas ini berangkat semula ke Nilai untuk menduduki final exam dan menziarahi sahabat di USIM untuk mengendalikan pogram ISMA...insyaAllah jika diberi kesempatan akan berbincang dengan sahabat-sahabat saya di sana.Syukur juga kerana persembahan kami di Dewan Perdana Hospital Segamat berjaya bersempena Majlis Perpisahan Tn.Hj. Abdul Razak Abdul Hamid(Ketua Unit Patology).Bila diingatkan kembali masa yang diperuntukkan kepada kami untuk berlatih 2 show amat-amat singkat...tapi Alhamdulillah dengan komitmen yang diberikan maka tercetuslah satu pemikiran iaitu KAMI BOLEH!!!

Inilah team saya,"Team of Medical Dragon"

Seketika tengah sibuk di dalam makmal, seorang staff MLT bertanya kepada saya:

"Diyanah kenapa untuk praktikal yang seterusnya awak pilih di hospital Batu Pahat?"

Lantas saya berkata:

"Encik, mungkin jika soalan ini dijawab lain jawapannya dengan member saya...jika Encik mendengar member saya mengatakan yang dia ingin menjalankan praktikal seterusnya di tempat yang jauh dari hometown kerana ingin enjoy masa muda dan cari pengalaman di tempat orang.., itu mungkin dia...tapi bukan saya.Buat pengetahuan Encik, setiap orang ada masalah...dan saya rasa saya punyai tanggungjawab untuk berada dekat dengan family saya agar saya dapat menyelesaikan masalah kami.Saya harap Encik faham."

Suasana sunyi seketika........tanggungjawab dan amanah yang diberikan pada saya akan saya cuba laksanakan dengan sebaiknya.Mendidik diri untuk sabar-

Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa”
 ( Riwayat Muslim)



Imam al-Ghazali mengatakan,
 “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”

Moga pada jalan yang berliku Allah teguhkan hati dan jiwaku.Dan selepas ini:

08 Mei 2011(Ahad) - Program malapetaka Ekonomi Global 2012 di Masjid Al-Azim Melaka.Bertolak dari Segamat bersama akhawat dari UMS yang bercuti di Segamat.

09 Mei 2011(Isnin) - Perbentangan thesis di hadapan Doktor dan staf MLT dan juga pegawai Sains...moga Allah permudahkan..
                                - Persiapan jamuan di makmal...sempena hari last kami di sana.

10 Mei 2011(Selasa) - Exam di makmal...cover 6 lab, Haematology, Microbiology, Histopathology, Cytology, Immunehaematology dan Biochemistry....study!!!!!

12 Mei 2011(Khamis) - Lawatan sambil belajar ke Hospital Pakar di Muar bersama Penyelia MLT, Pn. Nurul Jannah...melawat keadaan makmal di sana.

13 Mei 2011(Jumaat) - Lawatan sambil belajar ke AADK..insyaAllah.

14 dan 15 Mei 2011(Sabtu Ahad)- Trainning of Fessilitator di Istana Kompleks Mustika Embun, JB...untuk Kem Smart Solat 2 yang akan diadakan di kampung di Batu Pahat.

16 Mei 2011 - Pulang ke Nilai untuk revision week for final exam...diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.InsyaAllah sem depan naik sem 5 .

18,19,20 Mei 2011 - Perkhemahan Tautan 2011 di Taman Botani Shah Alam.-Pemuda Pemangkin Revolusi Islam-

Hasil Penulisan:
-hamba yang lemah-
-yang sentiasa inginkan yang terbaik buat Islam-

Sunday, May 1, 2011

Permata Itu


Salam w.b.t

Niat akan terus dimurnikan.
Langkahan akan terus diayunkan.
Dakwah akan terus digencarkan.
Hidup akan terus dikaryakan.

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.
[Q.S. At-Taubah. 9:38]

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[Q.S. Ali ‘Imran, 3 : 110]

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[Q.S. At-Taubah, 9 : 41]

Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.


PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails