Wednesday, April 13, 2011

Kemanisan Iman Indah Dimiliki





Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Pada kali ini ingin aku berkongsi berkenaan satu kata-kata Ibnu Khattab di mana bunyinya:

"Hidup ini adalah perjuangan.Perjuangan yang paling mulia ialah perjuangan di jalan Allah.Jangan lah kau mati karena dunia".

Ringkas tapi sungguh bermakna bagiku.Memang benar hidup ini sebenarnya adalah perjuangan dan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seharusnya sedar akan tanggungjawab sesama kita dan kepada Allah umumnya.Persoalannya bagaimana kita mahu mengecapi kesedaran ini dalam diri kita?Jawapannya senang saja, dengan sentiasa berusaha untuk mengecapi kemanisan iman.

Kemanisan Iman
Manusia tanpa iman hidupnya bgaikan tidak terpimpin, lalu kehidupannya dibiarkan hanyut mengikut arus dan kalaupun terhenti apabila terhalang.Mereka yang memiliki iman, hati, lidah dan perbuatan hanya bertuhankan Allah dan bukan selainNya.Maknanya pegangan di hatinya membenarkan bahawa Allah yang berkuasa, diucapkan dengan lidah  dan seterusnya dibuktikan dengan perbuatan.Jika itulah iman mereka, maka tidak syak lagi bahawa mereka akan memiliki kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Namun iman yang ada pada manusia adakalnya turun naik seketika.Hal ini diakui oleh Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud :
"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan la ilaha illallah."(Riwayat Ibn Islam)

3 Unsur Kemanisan Iman
Apabila seseorang itu berada dalam tahap iman yang kukuh, nescaya dia akan dikurniakan rasa kemanisan iman.Ketika itu, pasti imannya sukar digugat lagi.Oleh sebab itu, iman pada tahap yang tinggi ini perlu diusahakan oleh umat Islam.Persoalannya sekarang, mampukah umat Islam memilikinnya sedangkan untuk mencapai iman bertaraf rendah pun masih gagal?

Inilah cabaran yang harus dibawa oleh umat Islam jika mereka mahu berjaya dalam PERJUANGAN hidup di dunia ini.Mereka wajar memburu bagi memiliki kemanisan iman.Untuk itu, 3 peluang dibentangkan oleh Rasulullah.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Ada 3 perkara yang jika 3 perkara itu tidak ada pada seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman, Allah dan RasuNya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya.Mencintai seseorang dengan niat tidak lain hanyalah mencintainya kerana Allah.Dan dia benci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya daripadanya seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api neraka."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu
Percayalah bahawa kemanisan iman ini sememangnya mampu kita capai dengan melaksanakan 3 peluang yang dibentangkan oleh Rasulullah.Aku juga mengingatkan diriku , berusahalah semampu daya untuk akur dan tunduk melaksanakan perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya.Ikhlaslah dalam melakukan ketaatan kepadaNya.Wahai teman, sesungguhnya dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara cuma dan yang paling kekal adalah akhirat yang bakal tiba.Sudah kah kita bersiap sedia untuk menghadapinya sekiranya nikmat kemanisan iman itu tidak kita cuba untuk menggapainya.Wahai teman, ingatlah kadang-kala yang kita impi di dunia ini bukan milik kita, dan impian itu tidak sama dengan cita-cita.Berusahalah untuk melupakan impian diri dan berusahalah untuk mengejar cita-cita umat.Dunia ini akan ditinggalkan dan semestinya ia akan lebur...namun cita-cita itu akan tetap berkesinambung sebagai penerus perjuangan.

Tindakan wajar
Walau bagaimanapun, iman yang sudah terbina dalam diri manusia boleh diukur berdasarkan firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya yang beriman itu apabila disebut nama Allah , maka gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Allah mereka bertwakkal iaitu dengan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka."(Surah Al-Anfal, 8:2-3)

Peringatan buatku juga:
Sudahkah anda takut kepada Allah sehingga gementar hati apabila disebutkan namaNya?Bertambahkah iman anda apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran?Sudahkah anda menyerahkan seluruh diri anda kepada Allah dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan?Anda tentu tahu jawapannya dan semestinya anda juga tahu bagaimana untuk meningkatkannya...Renung-renungkan dan selamat beramal;-)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails