Friday, April 15, 2011

Buanglah Rasa Kebencian Itu



Salam w.b.t
Alhamdulillah kudrat masih terbina untuk menulis lagi..Terima kasih Ya Allah.
Sebenarnya untuk hari ini ku ingin mendidik diri dan sahabat-sahabatku yang lain untuk lebih mengerti beharganya erti sebuah persahabatan.Persahabatan yang dijalin sekian lama andainya masih tidak jujur dalam menjalankan watak dan peranan sebagai seorang sahabat , maka sia-sialah hubungan persahatan yang di jalin.Ku merasakan diri ini terlalu lemah untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang.Itu memang ku akui.

Situasi yang berlaku baru-baru ni pada diriku sedikit-sebanyak membuatkan aku sedar keperluan dalam bersahabat.Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mahu sahabatnya itu berada dalam keadaan baik dan sentiasa membuatkan mereka gembira.Jika satu kesusahan menimpanya , pasti sahabat tadi akan cuba membantu untuk menyelesaikannya , malah jauh untuk menyakitinya walau sesaat.Sungguh bahagialah seseorang yang  bersahabat semata-mata ingin mencari keredhaan dariNya.

Aku bersyukur sangat kerana sekurang-kurangnya teman ku ini sudi meluahkan rasa hatinya padaku.Nak nangis pun ada tapi masih cuba untuk menyelesaikan persefahaman secara baik.Bergaduh pun tidak ada gunanya kerana kiranya ia berlaku, maka ia akan bercambah dan tertanam lama dalam hati kita hingga mampu menimbulkan perasaan dendam.Percayalah sahabat....DENDAM ini sebenarnya adalah agenda syaitan untuk memecah belahkan kita umat Islam.Sebab itu perlunya untuk memupuk rasa sabar dalam diri agar permintaan syaitan itu dapat kita "terminate"  dari terus membara.Semarakkanlah rasa sayang itu kerana di situ dikau akan temui ketenangan.Sayangilah sahabat selagi ianya masih di sisi...dan jangan nanti pabila dia menyambut panggilan Ilahi barulah time tu kita rasa nak menyesal..tiada gunanya kawan.

Apabila bercerita kembali berkenaan sahabat, sememangnya aku amat menyayangi sahabat-sahabatku.Dan peristiwa lepas di mana 2 orang sahabat ku meninggalkanku benar-benar aku ingin jadikan ianya iktibar buat diriku agar aku sentiasa beringat dan tegas dalam mempertahankan tali persahabatan ini.Mungkin aku kalah saat ini sebab aku lupa prinsip bersahabat yang pernah aku pertahankan  dahulu.Maafkan aku.Aku akan cuba menjernihkan kembali keadaan ini.Sahabatku, arwah Sohibul Fadhilah dan armarhumah Siti Yasmin..semoga kalian mendapat tempat di sisiNya.Sesungguhnya tidak pernah aku lupa persahabatan yang pernah kita jalinkan dahulu dan pemergian kalian membuatkan aku percaya yang adanya kehidupan selepas mati dan perlulah kita sentiasa bersedia untuk bertemu denganNya dengan menyediakan seberapa banyak amal untuk dihadapkan di hadapanNya kelak.Mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja....percayalah sahabat.Seharusnya rasa kebencian itu di buang jauh-jauh agar kalian dapat merasakan nikmat kehidupan di bumi yang penuh dugaan dan penuh pancaroba ini.Jika boleh aku kongsikan artikel dari blog seorang daie(Kak Sri namanya) ini memang amat-amat menusuk hati.Silakan membacanya;-)

Kebencian tu menyebabkan wajah kita tak cantik. cepar berkedut pulak tu!Bila dah ada rasa benci dalam hati kita ni, memang susah nak dibuang.Impaknya, kita akan terasa hanya kita yang betul! Kita jadi lupa fitrah hidup bahawa setiap dari kita ni saling bergantung antara satu sama lain.'Kebencian' tak ubah seperti virus yang begitu cepat membahagi dan mereplikasi dalam tubuh kita. Hanya sedikit masa yang diperlukan untuk ia merebak ke seluruh anggota sekaligus menguasai jasad kita. Kita hilang rasional diri dan tidak dapat membuat pertimbangan dengan baik.


Anologi sebuah kebencian

Di sebuah sekolah, seorang Ustazah meminta pelajar2nya supaya membawa beg plastik beserta kentang yang sudah diukir nama orang yang dibenci pada kentang tersebut...tidak di beritahu berapa jumlah kentang tersebut..terpulang kpd pelajar utk membawanya mengikut jumlah orang yang dibenci.


Pada hari yg di janjikan, masing2 pelajar membawa kentang dlm beg plastik.ada yg bawa 2 biji kentang, 3 biji kentang, malahan ada yg bawa 6 biji kentang. Ustazah seterusnya memberi arahan bahawa kentang yg dibawa hendaklah di bawa ke mana sahaja mereka pergi...ke tandas ke, ke kantin, mahupun ke bilik tidur selama seminggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 biji kentang, selain berat baunya juga tidak enak. Mereka mula terasa membawa kentang2 tersebut adalah satu beban.Apatah lagi yang telah busuk.

Setelah 1 minggu pelajar merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.


Ustazah : " Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dari pelajar, pada umumnya mereka tidak merasa selesa membawa kentang-kentang busuk tersebut ke mana pun mereka pergi.

Ustazah pun menjelaskan mengenai arahan yg d beri kpd pelajaranya..


Ustazah : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa apabila kita tidak mampu memaafkan orang lain. Sungguh tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemana pun kita pergi. Itu hanya 1 minggu bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak selesanya hidup kita.


Semakin banyak kebencian yang kita simpan dalam hati, semakin banyak beban kebusukan yang kita tanggung. Sanggupkah kita menanggung beban ini untuk seluruh kehidupan kita? Hasutan syaitan memang tidak akan berhenti malah syaitan akan melipat gandakan usaha mereka untuk menambahkan kebencian dalam hati kita agar hati kita rosak!




Belajarlah untuk memberi maaf dan memaafkan.Rasulullah SAW bersabda: "janganlah engkau tidur sebelum engkau memaafkan org lain dan engkau memaafkan dirimu sendiri."



BELAJARLAH UNTUK BERUBAH!!


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails