Monday, April 11, 2011

aku ingin jadi pahlawan itu



Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Minggu lepas aku tidak balik berhujung minggu bersama keluarga kerana ada beberapa hal yang perlu aku settlekan di sini.Antaranya:

1. Berbincang dengan Madam Mages berkenaan bil api dan air di rumah sewa kami di Bukit Siput yang telah tertunggak selama 3 bulan.Aku pun tidak tahu bagaimana hal ini boleh terjadi kerana setahu aku setiap kali bil diterima akan aku pos lajukan ke office Nilai.Namun segala perancangan itu dirancang oleh manusia yang lemah , dan perancangan Allah itu yang amat-amat hebat.SubhanaAllah.

2. Mencari-cari kumpulan usrah berBRANDkan ISMA di Segamat, namun tidak ditemui hingga hari ini.Seriously, aku berasa kosong sangat...tapi Allah tu kan Maha Kuasa, aku ditemukan dengan orang-orang sekeliling yang berbeza sikapnya..di mana dari situ aku cuba untuk berdakwah kepada mereka.Sekurang-kurangnya ada jawapan yang akan terjawab bila kembali kepadaNya kelak...yang aku benar-benar inginkan aura dakwah sampai kepada mereka.

3.Berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.Alhamdulillah sekarang ni dalam proses menjadi agen kopi Radix dan product Bio Asli kelapa dara.Nampaknya semakin banyak permintaan dan InsyaAllah akan diperbanyakkan koleksinya.


4.Berurusan dengan abang sahabat saya,Ain untuk membeli Dinar.Bila fikir-fikir balik mungkin ianya remeh, tapi sedarlah yang suatu hari nanti duit kertas yang kita gunakan hari ini tidak membawa apa-apa nilai lagi.Dan time tu nilai Dinar yang dulunya digunakan dalam urusan jualbeli dan perdagangan Rasulullah SAW akan digunakan kembali apabila telah tiba saat itu.

5.Mencari rumah baru...yang terbaru dapat survey sebuah rumah di Parit Raja...rumah banglo.Tapi harganya pun membanglo-banglo.Bukan niat untuk memiliki rumah sebesar itu, namun aku ingin ianya tercapai agar waris selepas aku dapat merasainya...juga termasuk mama papa ku yang amat-amat aku sanjungi dan sayangi.

6.Menghabiskan pembacaanku mengenai sebuah buku yang bertajuk,"Aku dan Ikhwanul Muslimin-Prof Dr. Yusof Al-qaradhawi".Sangat-sangat terkesan membaca penulisannya.Kepribadian Hassan Al-Banna juga cuba ditonjolkan dalam buku ini.Tokoh ini masing-masing mahu menegakkan Islam dalam diri mereka kerana mereka yakin dengan tertegaknya Islam dalm dalam diri mereka, maka akan tertegaklah Islam di sekeliling mereka.
      Melalui penceritaan Ustaz Yusof ini banyak keperibadian Ustaz Hassan Al-Banna yang cuba dicontohi.Antaranya, beliau tidak suka menamatkan sesuatu perselisihan faham dengan pergaduhan tapi akan cuba mengelakkan konflik pergaduhan daripada terus berlaku.Sebagai contoh ketika pakatan Al-Wafd yang merupakan gagasan pertama terbesar di Mesir dan juga menguasai pentas politik ketika itu sedar akan kebangkitan Ikhwanul Muslimin yang cuba menggantikan tampuk parti mereka sekaligus menaikkan kemarahan mereka untuk menjatuhkan para Ikhwan.Banyak cara yang telah digunakan untuk menjatuhkan para Ikhwan, antaranya dengan menyebarkan propaganda dan menghasut umat Islam untuk memusuhi para Ikhwan.Sedangkan pada masa itu, umat Islam perlu menghadapi penentangan kuasa imperialisme Barat yang telah menguasai Mesir di Tanta ketika itu. Namun Hassan Al-Banna tidak pernah putus asa dengan tomahan yang dilemparkan kepada para Ikhwan, malah beliau mengingatkan kepada Ikhwan untuk sentiasa mendisiplinkan diri , bersabar dan melipat gandakan kesabaran dan juga menjaga hubungan dengan mereka dengan berinteraksi kepada mereka dengan sebaiknya.Beliau mengingatkan bahawa Al-Wafd sebenarnya bukanlah musuh kita, tetapi musuh kita yang sebenar adalah kuasa imperialisme Barat .Ketokohan Ustaz Hassan Al-Banna juga dapat dilihat apabila beliau cuba menggunakan penulisannya untuk memperbetulkan pandangan yang dilontarkan kepada pemimpin Mesir ketika itu yang bernama Mustafa Nuhas Basya berdasarkan kenyataan pemimpin itu memuji ketokohan Mustaffa Atturtuk dan menganggapnya sebagai tokoh revolsi di Turki.Berikutan hal itu sahaja , harian Al-Wafd Shoutul Ummah telah mengutuk Ustaz Hassan Al-Banna dengan tajuknya ,"Bagaimana seorang guru penulisan boleh berbicara dengan pemimpin Nuhas Basya".Kenyataan akhbar ini banyak menimbulkan kontroversi hinggakan salah seorang ahli Ikhwan , As-Sukari lebih cenderung kepada Al-Wafd dan As-Sukari telah keluar dari Ikhwan lalu menentang sekeras-kerasnya Ikhwan dengan menulis di dada Akhbar Al-Wafd,"Kesalahan Hassan Al-Banna dalam menyampaikan dakwah kepada Al-Ikhwan".Perkara itu tidak sedikitpun mengentarkan Hassan Al-Banna malah beliau menerima perpisahan ini dengan satu peringatan iaitu mengingati kebaikan masing-masing dan tetap berhubungan dengan baik walau sudah berbeza jalan.Beliau juga ada mengingatkan para pendakwah agar memegang dua matlamat iaitu setiap pendakwah perlu memilki semangat meningkatkan kebijaksanaan pemikiran Islam dan juga memiliki semangat untuk melepaskan tanah Islam daripada dijajah.

Kami benar-benar ingin agar umat ini bangkit dari tidur yg panjang.Bersatu dan tidak berpecah.Berpegang teguh dgn tali Allah dan tidak berpecah-belah.(Hassan Al-Banna)



Banyak benda yang dipelajari oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi setelah memasuki Ikhwan dan beliau dengan tegas mengatakan:
Keinginanku tidak lg berputar di sekitar masalah pribadiku ttapi cita-cita yg berkaitan dgn umatku.Keinginanku tidak sekadar hanya sekadar mnyelesaikan pengajianku, tetapi aku menginginkan sesuatu yg lebih luas dan dalam drp sekadar mncari keuntungan peribadi dan masa depan diri sendiri.(Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)



Aku juga semakin bersemangat ni nak majukan Islam...moga Allah bantu.Mampukah aku menjadi sekuat Saidatina Khadijah , setabah keluarga Yassir ,secerdik Saidatina Aisyah dan sekebal Bilal bin Rabbah dalam memajukan agama Allah ini....Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails