Sunday, April 24, 2011

Biarkan Daku Bersendirian

Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Untuk entri yang terbaru dan entri-entri selepas ini saya akan cuba untuk membahasakan diri sebagai "saya" dalam penulisan di blog di mana sebelum ini jika anda perasan saya lebih kerap menggunakan perkataan "aku" sepanjang coretan saya di teratak ini.


Buat yang amat-amat dicintai, dirindui dan disayangi, bonda dan ayahanda tercinta, kak long, adik Hakim dan dan adik Nurul...maafkan kak Ngah sudah lama tidak ketemu dan seketika pertemuan di rumah akak lebih suka bersendiri.Akak perlukan ketenangan dan cuba mendidik diri untuk terima keadaan kita sekarang.Meskipun akak sedih dengan kejadian yang menimpa keluarga kita, akak harap kita semua tabah.Akak janji akak akan buat yang terbaik tidak kiralah dalam kehidupan akak sebagai seorang pelajar , seorang anak dan seorang hamba yang hina di hadapanNya.Janji akak pada bonda dan ayahanda insyaAllah akak akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakannya dan akak harap bonda dan ayahanda merestui perjalanan akak ini dan mendoakan yang terbaik untuk akak.Jasa bonda dan ayahanda tidak akan sesekali akak lupakan.Terima kasih Ya Rabb di atas segala rahmatMu kepadaku mengurniakan kepadaku bonda dan ayahanda yang menyayangi dan mengasihiku.Alhamdulillah.


Mahu sahaja saya meluahkan kepada dunia dan seluruh isinya yang suatu hari nanti saya akan menjadi seorang mujahidah di jalanNya.Pernah seorang sahabat saya mengatakan saya seorang yang lembut , lembik dan tegak macam mesin QC(quality control).Apa salah saya jika saya mengikut arahan yang pihak hospital dah tetapkan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan kemaslahatan Islam itu sendiri.Pada saya , berhak seseorang itu untuk mematuhinya dan bukan untuk mencari sebab-musabab dengan menimbulkan pelbagai persoalan  mengapa perlu ikut arahan / rule sangat?Seharusnya perkara remeh sebegitu tidak perlulah ditimbulkan.Kita sendiri sebagai hamba Allah sudah semestinya wajib untuk tunduk dan patuh dengan suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya.Masakan perkara besar ini mampu kita tahan untuk menghadapi cabarannya jika perkara yang asas sudah tidak tertanam dalam diri kita.


Menjawab kepada soalan kepada si dia yang mengatakan saya lembut , terima kasih saya ucapkan padanya.Saya tidak marah , malah saya lebih rasa lebih bersemangat untuk membuktikan(bukan buktikan pada dia tapi pada Pencipta yang menciptakan saya, Allah s.w.t) yang saya adalah seorang wanita yang kental dalam menghadapi dugaan hidup dan saya mempunyai impian untuk membangunkan Islam ini di puncak tertinggi dan insyaAllah jika diberi kesempatan oleh Allah ingin sahaja saya mati syahid di jalanNya.Semoga Allah menilai usaha saya ini yang hanya seorang manusia yang lemah walau sedikit hasilnya , namun jiwa ini tidak pernah sesekali luntur dan putus asa untuk bangun.Percayalah.Lembut saya mungkin itulah sifat saya, tetapi dalaman saya tak pernah lemah dan tidak pernah sesekali kalah walau pelbagai cacian yang seringkali didengar berkenaan diri saya.Terima kasih sahabat, sekurang-kurangnya saya dapat tahu kelemahan-kelemahan diri saya tetapi apa yang pasti tiada manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.Bila kita sedar kekurangan yang kita ada, secara tak langsung membawa hati kita untuk lebih menginsafi erti kejadian kita di muka bumi ini dan sekali gus mandorong hati, nurani dan jasad untuk patuh segala perintah dari Ilahi.


~Usaha dakwah ini bukan mudah,
Memberi wajah padanya jua payah,
Mengarang madah-madah agar semuanya bermanfaat susah,
Namun aku tak pernah sesekali lelah,
Kerana aku tahu kejayaan yg menanti pasti indah~~

Monday, April 18, 2011

Alhamdulillah aku nampak jalan itu





Salam w.b.t
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberiku kesempatan untuk menulis lagi.Perjalanan semalam ku ke Melaka melawat akhawat ISMA di sana benar-benar membuatkan aku puas.Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan perjalanan ku pergi dan balik ke sana.Pertemuan yang tidak disangka sebenarnya apabila aku ditemukan dengan Kak Ainur , Kak Nabiha , Doktor Syarifah , Doktor Amal , Kak Amalia ,Kak Dayah , Kak Salmi, Kak Huda dan ramai lagi.Alhamdulillah semalam kami sempat bertaaruf , buat qiam bersama dan membuat sedikit tazkirah subuh bersama.Raya sayu sangat bila teringatkan perjuangan dakwah ini yang sememangnya memerlukan banyak pengorbanan.Pengorbanan seorang doktor bukan sahaja dilihat dari khidmatnya merawat pesakit , tetapi mempunyai banyak masa untuk memikirkan masalah umat Islam untuk menjamin kemaslahatan agama Islam itu sendiri.Pengorbanan seorang engineer juga tidak tertumpu pada kerjayanya membangunkan tender-tender , tetapi pada kelapangan masanya yang diisi dengan memajukan ummah.Sungguh hebat!!!Seketika aku termenung, mampukah aku menjadi seperti mereka suatu hari nanti?Sungguh aku takut dengan kehidupan di dunia ini dan ditambah lagi dengan kehidupan akhirat yang semestinya akan menyusul tiba.Moga di dalam perjalanan ku mencari keredhaanNya, Dia sentiasa melindungiku, memerhatikanku dan membantuku...aku yakin.;-)

Pertemuan dengan kak Ainur serba sedikit membuatkan ku terdorong untuk lebih kuat dan tabah pada masa hadapan.Kak Ainur sempat meminjamkan aku buku 'Man are from Mars and Women  are from Venus' dan juga '50 orang tokoh yang telah memperjuangkan Islam'.MasyaAllah isinya sungguh bermanfaat.Terima kasih Ya Allah.

Seterusnya sesampainya aku di pejabat Isma di Melaka, aku disambut baik oleh akhawat;-).Rasa sangat-sangat bersyukur kerana selama 5 bulan tiada sebarang pertemuan yang dapat ku hadirkan bersama akhawat apabila bermulanya kehidupanku di Segamat, kali ini benar-benar aku rasakan rindu dengan nasihat daripada mereka walaupun ini kali pertama kami bersua.

Banyak input bermanfaat yang memotivasikan aku untuk berjaya dan menjadi seseorang wanita yang tidak berputus asa.Terima kasih kepada Doktor Sharifah di atas nasihatnya kepadaku;-)Dan kini aku semakin nampak jalan itu.

-MBBS in Medicine and Surgery
-Flash card learning roots from UK for children
-Tadika kepunyaan Kak Nabiha: Tadika Al-Fateh

Merasakan diri ini diberi kekuatan untuk terus melangkah ....Alhamdulillah

Friday, April 15, 2011

Buanglah Rasa Kebencian Itu



Salam w.b.t
Alhamdulillah kudrat masih terbina untuk menulis lagi..Terima kasih Ya Allah.
Sebenarnya untuk hari ini ku ingin mendidik diri dan sahabat-sahabatku yang lain untuk lebih mengerti beharganya erti sebuah persahabatan.Persahabatan yang dijalin sekian lama andainya masih tidak jujur dalam menjalankan watak dan peranan sebagai seorang sahabat , maka sia-sialah hubungan persahatan yang di jalin.Ku merasakan diri ini terlalu lemah untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang.Itu memang ku akui.

Situasi yang berlaku baru-baru ni pada diriku sedikit-sebanyak membuatkan aku sedar keperluan dalam bersahabat.Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mahu sahabatnya itu berada dalam keadaan baik dan sentiasa membuatkan mereka gembira.Jika satu kesusahan menimpanya , pasti sahabat tadi akan cuba membantu untuk menyelesaikannya , malah jauh untuk menyakitinya walau sesaat.Sungguh bahagialah seseorang yang  bersahabat semata-mata ingin mencari keredhaan dariNya.

Aku bersyukur sangat kerana sekurang-kurangnya teman ku ini sudi meluahkan rasa hatinya padaku.Nak nangis pun ada tapi masih cuba untuk menyelesaikan persefahaman secara baik.Bergaduh pun tidak ada gunanya kerana kiranya ia berlaku, maka ia akan bercambah dan tertanam lama dalam hati kita hingga mampu menimbulkan perasaan dendam.Percayalah sahabat....DENDAM ini sebenarnya adalah agenda syaitan untuk memecah belahkan kita umat Islam.Sebab itu perlunya untuk memupuk rasa sabar dalam diri agar permintaan syaitan itu dapat kita "terminate"  dari terus membara.Semarakkanlah rasa sayang itu kerana di situ dikau akan temui ketenangan.Sayangilah sahabat selagi ianya masih di sisi...dan jangan nanti pabila dia menyambut panggilan Ilahi barulah time tu kita rasa nak menyesal..tiada gunanya kawan.

Apabila bercerita kembali berkenaan sahabat, sememangnya aku amat menyayangi sahabat-sahabatku.Dan peristiwa lepas di mana 2 orang sahabat ku meninggalkanku benar-benar aku ingin jadikan ianya iktibar buat diriku agar aku sentiasa beringat dan tegas dalam mempertahankan tali persahabatan ini.Mungkin aku kalah saat ini sebab aku lupa prinsip bersahabat yang pernah aku pertahankan  dahulu.Maafkan aku.Aku akan cuba menjernihkan kembali keadaan ini.Sahabatku, arwah Sohibul Fadhilah dan armarhumah Siti Yasmin..semoga kalian mendapat tempat di sisiNya.Sesungguhnya tidak pernah aku lupa persahabatan yang pernah kita jalinkan dahulu dan pemergian kalian membuatkan aku percaya yang adanya kehidupan selepas mati dan perlulah kita sentiasa bersedia untuk bertemu denganNya dengan menyediakan seberapa banyak amal untuk dihadapkan di hadapanNya kelak.Mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja....percayalah sahabat.Seharusnya rasa kebencian itu di buang jauh-jauh agar kalian dapat merasakan nikmat kehidupan di bumi yang penuh dugaan dan penuh pancaroba ini.Jika boleh aku kongsikan artikel dari blog seorang daie(Kak Sri namanya) ini memang amat-amat menusuk hati.Silakan membacanya;-)

Kebencian tu menyebabkan wajah kita tak cantik. cepar berkedut pulak tu!Bila dah ada rasa benci dalam hati kita ni, memang susah nak dibuang.Impaknya, kita akan terasa hanya kita yang betul! Kita jadi lupa fitrah hidup bahawa setiap dari kita ni saling bergantung antara satu sama lain.'Kebencian' tak ubah seperti virus yang begitu cepat membahagi dan mereplikasi dalam tubuh kita. Hanya sedikit masa yang diperlukan untuk ia merebak ke seluruh anggota sekaligus menguasai jasad kita. Kita hilang rasional diri dan tidak dapat membuat pertimbangan dengan baik.


Anologi sebuah kebencian

Di sebuah sekolah, seorang Ustazah meminta pelajar2nya supaya membawa beg plastik beserta kentang yang sudah diukir nama orang yang dibenci pada kentang tersebut...tidak di beritahu berapa jumlah kentang tersebut..terpulang kpd pelajar utk membawanya mengikut jumlah orang yang dibenci.


Pada hari yg di janjikan, masing2 pelajar membawa kentang dlm beg plastik.ada yg bawa 2 biji kentang, 3 biji kentang, malahan ada yg bawa 6 biji kentang. Ustazah seterusnya memberi arahan bahawa kentang yg dibawa hendaklah di bawa ke mana sahaja mereka pergi...ke tandas ke, ke kantin, mahupun ke bilik tidur selama seminggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 biji kentang, selain berat baunya juga tidak enak. Mereka mula terasa membawa kentang2 tersebut adalah satu beban.Apatah lagi yang telah busuk.

Setelah 1 minggu pelajar merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.


Ustazah : " Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dari pelajar, pada umumnya mereka tidak merasa selesa membawa kentang-kentang busuk tersebut ke mana pun mereka pergi.

Ustazah pun menjelaskan mengenai arahan yg d beri kpd pelajaranya..


Ustazah : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa apabila kita tidak mampu memaafkan orang lain. Sungguh tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemana pun kita pergi. Itu hanya 1 minggu bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak selesanya hidup kita.


Semakin banyak kebencian yang kita simpan dalam hati, semakin banyak beban kebusukan yang kita tanggung. Sanggupkah kita menanggung beban ini untuk seluruh kehidupan kita? Hasutan syaitan memang tidak akan berhenti malah syaitan akan melipat gandakan usaha mereka untuk menambahkan kebencian dalam hati kita agar hati kita rosak!




Belajarlah untuk memberi maaf dan memaafkan.Rasulullah SAW bersabda: "janganlah engkau tidur sebelum engkau memaafkan org lain dan engkau memaafkan dirimu sendiri."



BELAJARLAH UNTUK BERUBAH!!


Wednesday, April 13, 2011

Kemanisan Iman Indah Dimiliki





Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Pada kali ini ingin aku berkongsi berkenaan satu kata-kata Ibnu Khattab di mana bunyinya:

"Hidup ini adalah perjuangan.Perjuangan yang paling mulia ialah perjuangan di jalan Allah.Jangan lah kau mati karena dunia".

Ringkas tapi sungguh bermakna bagiku.Memang benar hidup ini sebenarnya adalah perjuangan dan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seharusnya sedar akan tanggungjawab sesama kita dan kepada Allah umumnya.Persoalannya bagaimana kita mahu mengecapi kesedaran ini dalam diri kita?Jawapannya senang saja, dengan sentiasa berusaha untuk mengecapi kemanisan iman.

Kemanisan Iman
Manusia tanpa iman hidupnya bgaikan tidak terpimpin, lalu kehidupannya dibiarkan hanyut mengikut arus dan kalaupun terhenti apabila terhalang.Mereka yang memiliki iman, hati, lidah dan perbuatan hanya bertuhankan Allah dan bukan selainNya.Maknanya pegangan di hatinya membenarkan bahawa Allah yang berkuasa, diucapkan dengan lidah  dan seterusnya dibuktikan dengan perbuatan.Jika itulah iman mereka, maka tidak syak lagi bahawa mereka akan memiliki kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Namun iman yang ada pada manusia adakalnya turun naik seketika.Hal ini diakui oleh Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud :
"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan la ilaha illallah."(Riwayat Ibn Islam)

3 Unsur Kemanisan Iman
Apabila seseorang itu berada dalam tahap iman yang kukuh, nescaya dia akan dikurniakan rasa kemanisan iman.Ketika itu, pasti imannya sukar digugat lagi.Oleh sebab itu, iman pada tahap yang tinggi ini perlu diusahakan oleh umat Islam.Persoalannya sekarang, mampukah umat Islam memilikinnya sedangkan untuk mencapai iman bertaraf rendah pun masih gagal?

Inilah cabaran yang harus dibawa oleh umat Islam jika mereka mahu berjaya dalam PERJUANGAN hidup di dunia ini.Mereka wajar memburu bagi memiliki kemanisan iman.Untuk itu, 3 peluang dibentangkan oleh Rasulullah.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Ada 3 perkara yang jika 3 perkara itu tidak ada pada seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman, Allah dan RasuNya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya.Mencintai seseorang dengan niat tidak lain hanyalah mencintainya kerana Allah.Dan dia benci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya daripadanya seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api neraka."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu
Percayalah bahawa kemanisan iman ini sememangnya mampu kita capai dengan melaksanakan 3 peluang yang dibentangkan oleh Rasulullah.Aku juga mengingatkan diriku , berusahalah semampu daya untuk akur dan tunduk melaksanakan perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya.Ikhlaslah dalam melakukan ketaatan kepadaNya.Wahai teman, sesungguhnya dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara cuma dan yang paling kekal adalah akhirat yang bakal tiba.Sudah kah kita bersiap sedia untuk menghadapinya sekiranya nikmat kemanisan iman itu tidak kita cuba untuk menggapainya.Wahai teman, ingatlah kadang-kala yang kita impi di dunia ini bukan milik kita, dan impian itu tidak sama dengan cita-cita.Berusahalah untuk melupakan impian diri dan berusahalah untuk mengejar cita-cita umat.Dunia ini akan ditinggalkan dan semestinya ia akan lebur...namun cita-cita itu akan tetap berkesinambung sebagai penerus perjuangan.

Tindakan wajar
Walau bagaimanapun, iman yang sudah terbina dalam diri manusia boleh diukur berdasarkan firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya yang beriman itu apabila disebut nama Allah , maka gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Allah mereka bertwakkal iaitu dengan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka."(Surah Al-Anfal, 8:2-3)

Peringatan buatku juga:
Sudahkah anda takut kepada Allah sehingga gementar hati apabila disebutkan namaNya?Bertambahkah iman anda apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran?Sudahkah anda menyerahkan seluruh diri anda kepada Allah dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan?Anda tentu tahu jawapannya dan semestinya anda juga tahu bagaimana untuk meningkatkannya...Renung-renungkan dan selamat beramal;-)

Monday, April 11, 2011

aku ingin jadi pahlawan itu



Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Minggu lepas aku tidak balik berhujung minggu bersama keluarga kerana ada beberapa hal yang perlu aku settlekan di sini.Antaranya:

1. Berbincang dengan Madam Mages berkenaan bil api dan air di rumah sewa kami di Bukit Siput yang telah tertunggak selama 3 bulan.Aku pun tidak tahu bagaimana hal ini boleh terjadi kerana setahu aku setiap kali bil diterima akan aku pos lajukan ke office Nilai.Namun segala perancangan itu dirancang oleh manusia yang lemah , dan perancangan Allah itu yang amat-amat hebat.SubhanaAllah.

2. Mencari-cari kumpulan usrah berBRANDkan ISMA di Segamat, namun tidak ditemui hingga hari ini.Seriously, aku berasa kosong sangat...tapi Allah tu kan Maha Kuasa, aku ditemukan dengan orang-orang sekeliling yang berbeza sikapnya..di mana dari situ aku cuba untuk berdakwah kepada mereka.Sekurang-kurangnya ada jawapan yang akan terjawab bila kembali kepadaNya kelak...yang aku benar-benar inginkan aura dakwah sampai kepada mereka.

3.Berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.Alhamdulillah sekarang ni dalam proses menjadi agen kopi Radix dan product Bio Asli kelapa dara.Nampaknya semakin banyak permintaan dan InsyaAllah akan diperbanyakkan koleksinya.


4.Berurusan dengan abang sahabat saya,Ain untuk membeli Dinar.Bila fikir-fikir balik mungkin ianya remeh, tapi sedarlah yang suatu hari nanti duit kertas yang kita gunakan hari ini tidak membawa apa-apa nilai lagi.Dan time tu nilai Dinar yang dulunya digunakan dalam urusan jualbeli dan perdagangan Rasulullah SAW akan digunakan kembali apabila telah tiba saat itu.

5.Mencari rumah baru...yang terbaru dapat survey sebuah rumah di Parit Raja...rumah banglo.Tapi harganya pun membanglo-banglo.Bukan niat untuk memiliki rumah sebesar itu, namun aku ingin ianya tercapai agar waris selepas aku dapat merasainya...juga termasuk mama papa ku yang amat-amat aku sanjungi dan sayangi.

6.Menghabiskan pembacaanku mengenai sebuah buku yang bertajuk,"Aku dan Ikhwanul Muslimin-Prof Dr. Yusof Al-qaradhawi".Sangat-sangat terkesan membaca penulisannya.Kepribadian Hassan Al-Banna juga cuba ditonjolkan dalam buku ini.Tokoh ini masing-masing mahu menegakkan Islam dalam diri mereka kerana mereka yakin dengan tertegaknya Islam dalm dalam diri mereka, maka akan tertegaklah Islam di sekeliling mereka.
      Melalui penceritaan Ustaz Yusof ini banyak keperibadian Ustaz Hassan Al-Banna yang cuba dicontohi.Antaranya, beliau tidak suka menamatkan sesuatu perselisihan faham dengan pergaduhan tapi akan cuba mengelakkan konflik pergaduhan daripada terus berlaku.Sebagai contoh ketika pakatan Al-Wafd yang merupakan gagasan pertama terbesar di Mesir dan juga menguasai pentas politik ketika itu sedar akan kebangkitan Ikhwanul Muslimin yang cuba menggantikan tampuk parti mereka sekaligus menaikkan kemarahan mereka untuk menjatuhkan para Ikhwan.Banyak cara yang telah digunakan untuk menjatuhkan para Ikhwan, antaranya dengan menyebarkan propaganda dan menghasut umat Islam untuk memusuhi para Ikhwan.Sedangkan pada masa itu, umat Islam perlu menghadapi penentangan kuasa imperialisme Barat yang telah menguasai Mesir di Tanta ketika itu. Namun Hassan Al-Banna tidak pernah putus asa dengan tomahan yang dilemparkan kepada para Ikhwan, malah beliau mengingatkan kepada Ikhwan untuk sentiasa mendisiplinkan diri , bersabar dan melipat gandakan kesabaran dan juga menjaga hubungan dengan mereka dengan berinteraksi kepada mereka dengan sebaiknya.Beliau mengingatkan bahawa Al-Wafd sebenarnya bukanlah musuh kita, tetapi musuh kita yang sebenar adalah kuasa imperialisme Barat .Ketokohan Ustaz Hassan Al-Banna juga dapat dilihat apabila beliau cuba menggunakan penulisannya untuk memperbetulkan pandangan yang dilontarkan kepada pemimpin Mesir ketika itu yang bernama Mustafa Nuhas Basya berdasarkan kenyataan pemimpin itu memuji ketokohan Mustaffa Atturtuk dan menganggapnya sebagai tokoh revolsi di Turki.Berikutan hal itu sahaja , harian Al-Wafd Shoutul Ummah telah mengutuk Ustaz Hassan Al-Banna dengan tajuknya ,"Bagaimana seorang guru penulisan boleh berbicara dengan pemimpin Nuhas Basya".Kenyataan akhbar ini banyak menimbulkan kontroversi hinggakan salah seorang ahli Ikhwan , As-Sukari lebih cenderung kepada Al-Wafd dan As-Sukari telah keluar dari Ikhwan lalu menentang sekeras-kerasnya Ikhwan dengan menulis di dada Akhbar Al-Wafd,"Kesalahan Hassan Al-Banna dalam menyampaikan dakwah kepada Al-Ikhwan".Perkara itu tidak sedikitpun mengentarkan Hassan Al-Banna malah beliau menerima perpisahan ini dengan satu peringatan iaitu mengingati kebaikan masing-masing dan tetap berhubungan dengan baik walau sudah berbeza jalan.Beliau juga ada mengingatkan para pendakwah agar memegang dua matlamat iaitu setiap pendakwah perlu memilki semangat meningkatkan kebijaksanaan pemikiran Islam dan juga memiliki semangat untuk melepaskan tanah Islam daripada dijajah.

Kami benar-benar ingin agar umat ini bangkit dari tidur yg panjang.Bersatu dan tidak berpecah.Berpegang teguh dgn tali Allah dan tidak berpecah-belah.(Hassan Al-Banna)



Banyak benda yang dipelajari oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi setelah memasuki Ikhwan dan beliau dengan tegas mengatakan:
Keinginanku tidak lg berputar di sekitar masalah pribadiku ttapi cita-cita yg berkaitan dgn umatku.Keinginanku tidak sekadar hanya sekadar mnyelesaikan pengajianku, tetapi aku menginginkan sesuatu yg lebih luas dan dalam drp sekadar mncari keuntungan peribadi dan masa depan diri sendiri.(Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)



Aku juga semakin bersemangat ni nak majukan Islam...moga Allah bantu.Mampukah aku menjadi sekuat Saidatina Khadijah , setabah keluarga Yassir ,secerdik Saidatina Aisyah dan sekebal Bilal bin Rabbah dalam memajukan agama Allah ini....Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Saturday, April 2, 2011

menerobos tembok keinsafan

Salam wbt

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"



(Hassan al-Banna)

atau pun lebih mudah difahami:
"Saya musafir mencari kebenaran,  mencari satu erti kemanusiaan dan  mencari martabat, kebebasan, kestabilan dan kesejahteraan di bawah naungan Islam saya. Manusia orang bebas yang menyedari tujuan keberadaannya dan yang menyatakan, Sesungguhnya, doa saya dan pengorbanan saya, hidup saya dan saya mati semua untuk Allah, Tuhan semesta alam, tidak ada rakan kongsi melainkan Dia , saya diperintahkan dan saya orang-orang yang tunduk kepada-Nya .Ini adalah siapa aku. Dan bagaimana pula dengan kamu? "



(Hassan al-Banna)




Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Entri kali ini ...ingin sekali aku berkongsi ceritaku sepanjang praktikal di makmal Hospital Segamat.Terasa sekejap sahaja praktikal di sini, dan semalam aku agak sedih sebab 3 orang  sahabatku dari ptpl sudah menamatkan praktikalnya.Terima kasih diucapkan kepada Caterina , Mariam dan Azah yang tidak jemu melayan karenah ku sepanjang pertemuan di makmal.Dan kini aku kena teruskan usaha mencapai kejayaan masa hadapan.Masa last student ptpl kat sini, Caterina mengingatkan aku yang aku perlu perform time practical di sini...huhuh terharu sesangat!Caterina kata kalau boleh dia nak aku score high marks masa kuiz dan dalam presentation last di hospital...thank you so much my dear.


Hampir seminggu berada di Blood Bank, aku rasakan Allah tu sangat-sangat hebat..yelah dengan teknologi moden sekarang ditambah pula dengan kehadiran  individu hebat , maka secara tak langsung dapat membantu para Doktor untuk meneruskan usaha-usaha menyelamatkan nyawa pesakit.
Seminggu di hospital, minggu semalam merupakan minggu yang agak memenatkan . Hal ini berikutan banyak pesakit baru yang dimasukkan ke dalam wad.Didapati wad 2 sememangnya tidak cukup katil menempatkan para pesakit sehingga terpaksa memindahkan sebahagiannya ke wad 3.Seketika aku bermonolog sendirian:"Ya Allah kenapa sungguh ramai orang Islam yang sakit?Dalam kekalutan dunia kini, sepatutnya ramai orang Islam yang kuat dan sihat...aku tak menyangkal takdir Mu Ya Allah..tetapi aku agak terkejut dengan perbuatan tangan manusia itu sendiri.Sebenarnya malang yang menimpa kita adalah disebabkan tindakan kita sendiri..sebab neuron pemikiran kita yang menghendaki perkara sedemikian berlaku. InsyaAllah jika pandai mengawal nafsu dan sentiasa merapatkan diri kepada Allah , maka akan terhindarlah kita dari melakukan kemungkaran.Tetapi mereka lupa Ya Allah".


Perjalanan ku teruskan melintasi wad pakar 3.Di sana aku tergamam kerana kebanyakan mereka mengalami kecederaan Fracture Left Radius(FLR) dan mereka semua adalah orang Melayu sendiri.Aku cuba memperlahankan langkahku merentasi kawasan di wad pakar 3 semata-mata untuk mendengar perbicaraan sesama mereka.Apa yang menyejutkan rata-rata mengatakan yang MVA(Motor Vehicle Accident) yang dialami disebabkan tindakan mereka merempit tengah-tengah malam.Astargfirullah...Ya Allah semoga apa yang menimpa mereka ini dapatlah dijadikan pedoman masa hadapan untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik.InsyaAllah.


Berkenaan blood transfusion pula.Sedang asyik mengcrosmatch donor cell and patient serum, tetiba hati aku terdetik dengan keadaan orang Islam sekarang ini.Setahu aku derma darah dibolehkan dalam Islam untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Sebagai contoh untuk kes-kes tertentu seperti anaemia, ibu mengandung , thalasemia , kes kemalangan dan banyak lagi.Bab transfuse darah orang Islam ke dalam badan pesakit orang bukan Islam itu tiada masalah...tetapi aku risau effect yang akan diterima oleh orang Islam sekiranya darah orang bukan Islam ditranfuse ke dalam badan orang Islam.Sedangkan kita tahu dalam Islam kejadian manusia bermula dengan segumpal darah dan kemudian menjadi seketul daging...dan seterusnya akan menggambarkan keadaan diri kita.Tak terjejas ke rohani dan dalaman seseorang individu muslim sekiranya darah yang ditranfusekan ke dalam tubuh mereka adalah darah orang yang minum arak...makan babi...main judi dan macam-macam lagi?????sehingga kini tak terjawab lagi dan aku masih mencari jawapan terhadap permasalahan ini.Kenapa tak kita pastikan darah orang Islam untuk orang Islam sahaja!


Sedarlah wahai manusia:
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.Dan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti."(6:32)










PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails