Sunday, March 27, 2011

Syurga itu Menanti bagi Mereka yang Sabar Mencarinya

Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Tadi aku baca 1 artikel mengenai seorang wanita ini yang merupakan seorang dai'e di sebuah negeri dan cukup gigih dalam menyebarkan dakwah ,kisahnya diceritakan kembali selepas kejadian yang menimpanya pada tahun 1965..subhanAllah sungguh hebat.Semoga aku juga mampu menjadi sepertinya.Wanita yang aku maksudkan adalah Zainab Al-Ghazali.Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Beliau memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuatkan beliau harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.


Keberaniannya teserlah apabila beliau dipenjarakan di dalam lokap yang di dalamnya diletakkan beberapa ekor anjing.Jelasnya, siksaan yang beliau terima adalah arahan daripada pemimpin zalim di negeri itu agar beliau menghentikan dakwahnya kepada umum.Namun beliau tidak gentar walau sedikit pun kerana beliau tahu Allah sentiasa bersama-samanya ketika itu.Anjing-anjing itu terus menyerang wanita ini dan mengigit sekujur tubuhnya, kepalanya, kedua tangannya, dadanya, punggungnya dan di seluruh bagian tubuhnya dirasakan tusukkan taring-taring anjing. Sakit sekali.



Tatkala beliau mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera beliau pejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu beliau meletakkan kedua tangannya di bawah kedua ketiaknya, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah dibaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhnya. Tusukkan taringnya dirasakan di kepala, pundak, punggung, dada, dan disekujur tubuhnya. Saat itu beliau berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan,


"Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Kurniakanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"


Doa tersebut beliau ucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taring disekujur tubuhnya. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu beliau dikeluarkan dari kamar. Wanita itu membayangkan, bahawa pakaian putih yang beliau kenakan telah berlumuran darah. Itulah yang beliau rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitnya.

Akan tetapi, betapa terkejutnya wanita itu. Seolah-olah pakaiannya tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhnya.Wanita itu berkata," Mahasuci Engkau ya, Allah..Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji."

Berusaha dalam mencari syurga:
Berdasarkan cerita Zainab Al-Ghazali itu tadi dapatlah kita lihat sebenarnya kaum muslimah mampu menjadi role model dalam membantu kaum adam menyebakan dakwah islamiah di muka bumi ini.Kami sedar kami diciptakan daripada tulang rusuk lelaki , tetapi kami juga sedar tanggungjawab kami untuk berjuang di medan ini.Kami tahu kami lemah, tapi kami ingin kaum adam hadir sebarisan dengan kami agar kami dapat kekuatan dan keberanian untuk lebih ke hadapan memacukan senjata demi Islam tercinta.Sememangnya perjalanan menuju ke syurga memerlukan pengorbanan dan ianya hanya layak dipikul oleh orang-orang yang mulia sahaja.Perubahan dalam diri juga perlu diperbaiki untuk menjadikan target kita tercapai iaitu,"Islam tertegak di sekeliling kita."

Sebagaimana 5 wasiat Imam As-Syafie jika boleh ku kongsikan bersama, di mana Imam As-Syafie mengingatkan:
1)Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk,
2)Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia,
3)Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan,
4)Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga,
5)Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban dan keburukan diri orang lain.

Aku juga mengingatkan diriku sebagai insan yang hina di hadapaNya.Seseungguhnya sahabat, dunia ini ibarat kebun akhirat.Kalau tidak diusahakan kebun dunia ini masakan dapat kita mengutip hasilnya di akhirat?Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi.Meskipun sudah terjamin akan syurga baginya, Saidina Ali mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya.Bagaimana pula dengan kita yang kerdil ini yang bergelumang dengan dosa???Mari renung dan fikir-fikirkan..






No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails