Tuesday, March 15, 2011

Berehat sebentar

Salam w.b.t
Alhamdulillah berkesempatan menulis lagi.
Nampaknya sudah 3 hari dihabiskan bercuti di rumah.Nak dikata melakukan kerja sia-sia itu tidaklah tapi diriku sentiasa risau adakah amalan pada hari semalam , hari ini dan hari berikutnya mampu menjadi bekalan di akhirat kelak.Sungguh diri ini bimbang dan membuatkanku tidak keruan memikirkannya.Hanya kepada Allah sahaja tempat mengadu segala.Namun apa yang pasti setiap kali hadirnya hari baru, sekaligus jiwa ini sentiasa ingin menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Apabila kaki berani menjejaki hari , maka segala kejayaan dan kegagalan pasti kita akan temui.Dan di setiap kejayaan dan kegagalan yang kita kecapi ini, ada dosa dan pahala yang tertulis mengikut setiap amalan kita.Jika sesuatu kejayaan yang kita terpa hasil daripada niat permulaan segala-galanya untuk mencapai keredhaan Ilahi ditambah pula dengan ikhlas melakukannya, maka pahalalah yang kita akan dapat.Dan jika sebaliknya maka dosalah menjadi penggantinya dan sia-sialah segala amalan itu.Sebab itulah kita perlu tahu matlamat sesuatu pekerjaan atau amalan yang kita lakukan tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah Subhanahuwata'ala.Fikirkanlah dosa dan pahala, lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkanlah yang berdoasa.

Kegagalan adalah fitrah
Biasanya di minda kita sudah dilekatkan satu stigma di mana" Hidup ini perlu berjaya sahaja tanpa gagal", ataupun "Takut menerima kegagalan".Cuba kita kembali kepada sirah , Rasulullah berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam, tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah.Hal ini kerana baginda yakin Allah pasti bersama-sama orang-orang yang sabar.Mungkin kita juga boleh mengambil semangat tokoh bukan Islam seperti Thomas Alva Edison yang di mana beliau telah mencuba sehingga 10 000 kali sebelum berjaya menghidupkan lampu dan beliau berbangga kerana di dalam percubaan yang dipenuhi dengan kegagalan , beliau mengatakan:"Aku bukan gagal , tetapi aku telah menjumpai 10 000 sebab yang menjadikan ia tidak berjaya".

Melihat kegagalan dari sudut yang positif
Gagal di dalam peperiksaan , gagal dalam cinta, gagal dalam pekerjaan dan sebagainya , ini semuanya adalah ujian untuk menunjukkan adakah kita gagal dalam IMAN KEPADA ALLAH.Seharusnya kita mengambil hikmah dari setiap kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan untuk hanya untuk dunia semata-mata, bahkan untuk akhirat yang bakal tiba kelak.
Mari kita mengambil iktibar dari kata-kata Hamka:
"Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh.Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah tidak pernah cuba melangkah.Jangan takut salah,kerana dengan kesalahan pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Motivasi dari Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya".(Ali Imran:200)

Marilah jiwa Islam!
Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha.Hayya'alal falah!

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails