Sunday, March 27, 2011

Rindu kamu!!

Salam w.b.t


bersama kak ika dan temannya...mereka ini nursing student dan InsyaAllah sem ini adalah sem akhir mereka di Nilai sebelum masuk ke alam pekerjaan...semoga berjaya kak;-)

suasana ketika di kelas Mr. Sino..sekarang ni tengah ada kuiz


hah!yang ini roomate aku.Namanya Lila Azwa.Dulu kami selalu belajar sama-sama...tapi sekarang dah tak dapat rasa lagi semua tu sebab tempat praktikal kami berlainan.Ila praktikal di HSTAR.Aku sangat sayang ila...semoga berjaya for the final yeah;-)

Untuk post yang kedua hari ini...ingin aku lafazkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi di atas ukhuwah yang terjalin antara kami.Terima kasih Ya Allah...dari sahabat-sahabat seperjuanganku ini aku belajar untuk lebih tabah mengharungi hidup ini ....belajar untuk lebih memahami dan menyayangi.Sesungguhnya perjalanan hidup ku sekarang akan ku perhati dan tuturi setiap derap langkahnya agar suatu hari nanti dapat aku memorikan dalam ingatan untuk mencapai cita-cita.Moga Allah permudahkan....Aku nak teroka dunia ciptaan Ilahi ini.Pejam celik, pejam celik aku sekarang merupakan student tahun 2 dalam course of  Medic Lab Technology.Maha Suci Allah...semoga pengajian diploma ini berjaya aku habiskan sebelum meneruskan perancangan seterusnya iaitu untuk melanjutkan pelajaran dalam degree in Biomedic Science.InsyaAllah;-)


" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-


Kata2 diatas telah betul2 menyentuh hatiku..lantas mengingatkan aku tentang seorang temanku yg amat aku kasihi.. disini.. tintaku buat temanku itu……..
aku menyayangimu sebagai seorang teman..kawan..dan sahabat.. dirimu sentiasa ada dihatiku..pernah ku katakan barang sesiapa sahaja yang berjaya mengisi ruang hidupku..tidak kiralah dari apa cara sekalipun..akan ku anggap dia teman ku..
untuk kau wahai temanku..kau berada seiringan dengan teman-temanku yang lain..yang amat aku hargai dan kasihi..sesungguhnya betapa kau tahu aku amat menyayangi mereka..tidakku sanggup menimbulkan walau segaris luka dihati mereka..termasuk kau temanku..

sahabat.....

kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir tiada perhentian.

Syurga itu Menanti bagi Mereka yang Sabar Mencarinya

Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Tadi aku baca 1 artikel mengenai seorang wanita ini yang merupakan seorang dai'e di sebuah negeri dan cukup gigih dalam menyebarkan dakwah ,kisahnya diceritakan kembali selepas kejadian yang menimpanya pada tahun 1965..subhanAllah sungguh hebat.Semoga aku juga mampu menjadi sepertinya.Wanita yang aku maksudkan adalah Zainab Al-Ghazali.Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Beliau memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuatkan beliau harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.


Keberaniannya teserlah apabila beliau dipenjarakan di dalam lokap yang di dalamnya diletakkan beberapa ekor anjing.Jelasnya, siksaan yang beliau terima adalah arahan daripada pemimpin zalim di negeri itu agar beliau menghentikan dakwahnya kepada umum.Namun beliau tidak gentar walau sedikit pun kerana beliau tahu Allah sentiasa bersama-samanya ketika itu.Anjing-anjing itu terus menyerang wanita ini dan mengigit sekujur tubuhnya, kepalanya, kedua tangannya, dadanya, punggungnya dan di seluruh bagian tubuhnya dirasakan tusukkan taring-taring anjing. Sakit sekali.



Tatkala beliau mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera beliau pejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu beliau meletakkan kedua tangannya di bawah kedua ketiaknya, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah dibaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhnya. Tusukkan taringnya dirasakan di kepala, pundak, punggung, dada, dan disekujur tubuhnya. Saat itu beliau berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan,


"Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Kurniakanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"


Doa tersebut beliau ucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taring disekujur tubuhnya. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu beliau dikeluarkan dari kamar. Wanita itu membayangkan, bahawa pakaian putih yang beliau kenakan telah berlumuran darah. Itulah yang beliau rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitnya.

Akan tetapi, betapa terkejutnya wanita itu. Seolah-olah pakaiannya tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhnya.Wanita itu berkata," Mahasuci Engkau ya, Allah..Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji."

Berusaha dalam mencari syurga:
Berdasarkan cerita Zainab Al-Ghazali itu tadi dapatlah kita lihat sebenarnya kaum muslimah mampu menjadi role model dalam membantu kaum adam menyebakan dakwah islamiah di muka bumi ini.Kami sedar kami diciptakan daripada tulang rusuk lelaki , tetapi kami juga sedar tanggungjawab kami untuk berjuang di medan ini.Kami tahu kami lemah, tapi kami ingin kaum adam hadir sebarisan dengan kami agar kami dapat kekuatan dan keberanian untuk lebih ke hadapan memacukan senjata demi Islam tercinta.Sememangnya perjalanan menuju ke syurga memerlukan pengorbanan dan ianya hanya layak dipikul oleh orang-orang yang mulia sahaja.Perubahan dalam diri juga perlu diperbaiki untuk menjadikan target kita tercapai iaitu,"Islam tertegak di sekeliling kita."

Sebagaimana 5 wasiat Imam As-Syafie jika boleh ku kongsikan bersama, di mana Imam As-Syafie mengingatkan:
1)Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk,
2)Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia,
3)Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan,
4)Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga,
5)Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban dan keburukan diri orang lain.

Aku juga mengingatkan diriku sebagai insan yang hina di hadapaNya.Seseungguhnya sahabat, dunia ini ibarat kebun akhirat.Kalau tidak diusahakan kebun dunia ini masakan dapat kita mengutip hasilnya di akhirat?Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi.Meskipun sudah terjamin akan syurga baginya, Saidina Ali mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya.Bagaimana pula dengan kita yang kerdil ini yang bergelumang dengan dosa???Mari renung dan fikir-fikirkan..






Tuesday, March 22, 2011

kembara ilmu

Ini la kempen Derma Darah yag aku maksudkan.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Nampaknya line memang slow sgt di sini.Cuma ingin ku katakan di sini aku ingin BERJAYA!!!Tolonglah perasaan malas pergi jauh-jauh.Saya dah nak final ni.Syukurlah kempen derma darah  di tempatku berjaya diadakan dengan jayanya.Aku tak kisah pun seandainya tiada yang appriciate dengan apa yang aku lakukan...biasalah lumrah alam...yang penting aku akan teruskan kembara misi ini untuk mencari azimat menuju firdausi...takkan sesekali aku berputus asa.Aku suka tengok orang lain bahagia..sukanya;-)


bersama urusetia ainull mardhiah, nadzirah dan emelya...semuanya SPM's candidate 2010.Alhamdulillah mereka  dapat score result yang gempak!!TAHNIAH !!!selepas ni boleh teruskan usaha dakwah di tempat anda ya;-)


         Tidak dilupakan juga kepada Aiman dan rakan-rakannya yang sudi turun padang membantu.Jzk...

Selepas ini PBSM pula. InsyaAllah kami akan meneruskan misi menyelamatkan mangsa bencana.Start from now aku malas nak fikir benda sia-sia ...aku nak berjaya...aku nak bahagiakan family aku...mungkin aku tak mampu nak ungkap betapa pedih perasaan ini menangani masalah ini, namun aku yakin Allah sentiasa bersamaku.Banyak sebenarnya perancangan yang tergambar di fikiranku untuk bangun dari kegagalan lepas.Aku cuba untuk lupakan si dia.Aku tak pernah benci dia...tapi aku sentiasa ingat prinsip hidupnya dan aku juga cuba untuk memiliki prinsip sepertinya:
1)menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia
2)melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
3)bantulah agama Allah, nescaya Dia akan bantu kita.

Cuma satu je yang aku ingin tujukan buat dirinya:
"Aku tidak kisah kau sakiti ku....tapi ku harap sangat jangan kau lakukan pada wanita lain kerana ianya amat-amat sakit...kasihanilah kami wahai Adam."

Sesungguhnya kesilapan lalu yang kita lakukan mampu menjadi ibrah yang berharga untuk berubah memperbaiki kelemahan diri sebagai hamba Tuhan.

Tuesday, March 15, 2011

Berehat sebentar

Salam w.b.t
Alhamdulillah berkesempatan menulis lagi.
Nampaknya sudah 3 hari dihabiskan bercuti di rumah.Nak dikata melakukan kerja sia-sia itu tidaklah tapi diriku sentiasa risau adakah amalan pada hari semalam , hari ini dan hari berikutnya mampu menjadi bekalan di akhirat kelak.Sungguh diri ini bimbang dan membuatkanku tidak keruan memikirkannya.Hanya kepada Allah sahaja tempat mengadu segala.Namun apa yang pasti setiap kali hadirnya hari baru, sekaligus jiwa ini sentiasa ingin menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Apabila kaki berani menjejaki hari , maka segala kejayaan dan kegagalan pasti kita akan temui.Dan di setiap kejayaan dan kegagalan yang kita kecapi ini, ada dosa dan pahala yang tertulis mengikut setiap amalan kita.Jika sesuatu kejayaan yang kita terpa hasil daripada niat permulaan segala-galanya untuk mencapai keredhaan Ilahi ditambah pula dengan ikhlas melakukannya, maka pahalalah yang kita akan dapat.Dan jika sebaliknya maka dosalah menjadi penggantinya dan sia-sialah segala amalan itu.Sebab itulah kita perlu tahu matlamat sesuatu pekerjaan atau amalan yang kita lakukan tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah Subhanahuwata'ala.Fikirkanlah dosa dan pahala, lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkanlah yang berdoasa.

Kegagalan adalah fitrah
Biasanya di minda kita sudah dilekatkan satu stigma di mana" Hidup ini perlu berjaya sahaja tanpa gagal", ataupun "Takut menerima kegagalan".Cuba kita kembali kepada sirah , Rasulullah berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam, tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah.Hal ini kerana baginda yakin Allah pasti bersama-sama orang-orang yang sabar.Mungkin kita juga boleh mengambil semangat tokoh bukan Islam seperti Thomas Alva Edison yang di mana beliau telah mencuba sehingga 10 000 kali sebelum berjaya menghidupkan lampu dan beliau berbangga kerana di dalam percubaan yang dipenuhi dengan kegagalan , beliau mengatakan:"Aku bukan gagal , tetapi aku telah menjumpai 10 000 sebab yang menjadikan ia tidak berjaya".

Melihat kegagalan dari sudut yang positif
Gagal di dalam peperiksaan , gagal dalam cinta, gagal dalam pekerjaan dan sebagainya , ini semuanya adalah ujian untuk menunjukkan adakah kita gagal dalam IMAN KEPADA ALLAH.Seharusnya kita mengambil hikmah dari setiap kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan untuk hanya untuk dunia semata-mata, bahkan untuk akhirat yang bakal tiba kelak.
Mari kita mengambil iktibar dari kata-kata Hamka:
"Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh.Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah tidak pernah cuba melangkah.Jangan takut salah,kerana dengan kesalahan pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Motivasi dari Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya".(Ali Imran:200)

Marilah jiwa Islam!
Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha.Hayya'alal falah!

Monday, March 14, 2011

imtihan


Salam w.b.t
Semalam mesyuarat bersama ajk kampung , nampaknya semakain berjalan lancar...Alhamdulillah.Selepas ini ada imtihan bersama-sama student ptptl, yang penting aku wajib score dalam semua subjek.Moga Allah permudahkan.

Wednesday, March 9, 2011

"Kun Fayakun"..maka terjadilah

Salam w.b.t
Alhamdulillah Allah mengizinkan aku menulis lagi di sini.Maaf sangat-sangat kerana sudah lama tidak update ...hal ini berikutan masalah lappyku(dia demam dan tak boleh beroperasi).Dan suatu yang perlu aku ketahui hal ini terjadi dengan izin Allah, sebab Allah mengizinkanlah lappyku terpaksa off buat seketika.Jangan salah faham ye pada mereka yang baca status di fb ku di mana aku mengatakan "ku rela lupakan ia demi cintaku padaNya". Sebenarnya ia itu ku merujuk pada lappyku...tiada mengapalah aku terpaksa lupakan ia seketika agar aku dapat concetrate dengan tugas kerja di sini.haha..terima kasih kepada housemateku, fatihah yang sudi meminjam kan lappynya kepadaku;-)


Baru-baru ini beberapa orang sahabatku selamat sampai di Australia, UK dan New Zealand untuk melanjutkan pelajaran di sana.Alhamdulillah...aku tumpang gembira.Doaku moga kalian tabah mengharungi hidup di tempat baru, suasana baru dan rakan baru.Rata-rata khabar dari mereka pentarbiahan diri di sana benar-benar menguji yelah kan mereka tinggal jauh daripada keluarga dan ada yang demam disebabkan metabolism badan baru nak berkenalan dengan keadaan cuaca dan suasana di sana.Macam-macam...


Hari ini banyak benda yang menimpaku...dan membuatkan aku yakin sekali yang Allah berhak ke atas segala penciptaanNya.Apabila Dia mengatakan terjadi , maka akan terjadilah.Seriously aku katakan yang kesalahan penerimaan sample di lab hematology bukan salah aku.Aku yakin sangat yang aku tak receive sample tu...tapi bila ada yang mention namaku...aku terpaksa akur,akurku bukan bermaksud aku terima tuduhan yang dilemparkan kepadaku tetapi adalah untuk menjernihkan keadaan yang kusut seketika di lab.Aku yakin Allah akan tunjukkan kebenarannya suatu hari nanti.Bukan niat untuk membuka pekung dadaku, tetapi aku akan rasa puas bila meluahkan rasa hati di sini...maafkan aku Ya Allah.Tanamkan di dalam hati ini suatu rasa sayang kepadaMu Ya Allah dan makluk ciptaaMu agar terhindar segala rasa benci ini.Astarfirullahalazim aku tidak mahu perasaan itu hadir.Masakan baru diuji dengan sedikit ujian Ilahi ini membuatkan aku gentar dan berputus harap padaNya...Ya Allah , kekasihMu Rasulullah Sallallahualaihiwassallam lagi menerima ujian yang lebih berat dalam menyebarkan agama Islam ke serata Tanah Arab, namun baginda tetap dengan pendiriannya ikhlas berjihad di jalan dakwah keranaMu Ya Allah...moga aku terdidik untuk tabah dan sabar seperti baginda Junjungan Mulia.




Dengan hati yang sedikit gusar aku gagahkan kudrat untuk drive pulang ke rumah.Tengah asyik memandu , seketika kami dikejutkan dengan satu dentuman yang kuat bunyinya...DDOOMMMB!!!Rupa-rupanya berlaku MVA(motor vehicle accident) di situ.Sebuah kereta berlanggar dengan sebuah motosikal di simpang jalan.Sekali lagi teringat bila Allah berfirman:"Terjadi, maka akan terjadilah".Dengan berbekalkan sepasang mata kurniaan Ilahi kepadaku, aku dapat melihat kejadian accident itu benar-benar di hadapan mataku sendiri.Penunggang motosikal melompat jauh dan cedera parah.Seketika sayu hati ini melihat keadaan penunggang tersebut yang kelihtannya seperti nyawa-nyawa ikan.Benarlah semua perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah tetapi kita berhak memilih jadual takdir ini dengan mengelak ia daripada berlaku.Sebagai contoh doa kita kepadaNya InsyaAllah merubah takdir buruk yang ditentukan olehNya kepada sesuatu takdir yang baik.Percayalah , doa itu kan senjata bagi orang-orang beriman.




Tadi semasa di lab saya membelek buku agama member saya, namanya C___, dia memang seorang yang taat pada agama yang dianutinya.Belek punya belek tenampak perkataan "tiada Allah dan Jesus adalah tuhan yang perkasa".Aku beristighfar seketika...Member ku ini baik orangnya...terasa bersyukur pula  kepada Yang Maha Esa yang menempatkan nikmat IMAN dan ISLAM kepadaku...Alangkah bagusnya jika C__ juga merasainya.InsyaAllah aku akan cuba.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails