Friday, February 25, 2011

PadaMu jua aku berserah



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]



Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).



Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.


Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.


Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.


Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.
Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.


Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]




Jam menunjukkan jam 3.40 pagi....aku tak mampu nak lelapkan mataku memikirkan masalah ini.Ya Allah hanya Kau sahaja yang tahu hatiku saat ini....Ya Allah aku tak mampu menyalahkan takdir terhadap apa yang telah berlaku...aku cuba Ya Allah...aku cuba untuk didik diri ini kuat dan tabah menghadapi ujian ini.Cuma satu yang ku pinta pimpinlah diri ini dan jangan biarkan aku sendiri menghadapinya...Ya Allah saat ini aku benar-benar merinduiMu....aku rindu Rasulullah saw....Ya Allah bantulah aku keluar dari masalah ini....aku takkan berundur!!!!!!!!!!!!Aku yakin pada janjiMu..

Monday, February 21, 2011

marah vs rindu

Salam w.b.t

Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi.Marah sangat aku hari ni.Aish geramnya!!!!bilalah Bandar Taqwa mampu aku bina?Tak mampu nak luah tapi tolonglah , kepada pihak yang berkenaan.. tak sepatutnya kalian menyuruh sahabat saya menanggalkan kerudungnya semata-mata untuk menjayakan majlis 'yang dikatakan grand dengan kehadiran VVIP kat situ'...Bila ditanya jika pakai kerudung tidak boleh ke?Jawapannya   memang itu etika kita...

Rindu.......
Pada Dia...Yang Maha Pencipta
Pada akhawat......
Pada sahabat sefikrah........
Pada Naqibah saya Kak Rina......
Yang penting sekarang ini saya amat-amat merindui usrah!!!!!!!!!!!!!!
Ya Allah bantulah hambaMu ini........

Thesis masih dalam proses...InsyaAllah dalam bulan ni boleh hantar...mohon doa semua
saya kena rajin;-)

Saturday, February 19, 2011

hikmah disebalik pertemuan

Salam w.b.t
Alhamdulillah masih diberi peluang menulis lagi.Hohoho kepulangan kali ni ke Batu Pahat membawa satu lagi matlamat untuk menjayakan kempen derma darah di tempat saya, iaitu di kampung Pt. Hj. Ali.Kali ini kempen dijayakan dengan kerjasama Medical Lab Technologist's Society yang berpangkalan di Nilai University College dan skuad prihatin, staff MLT dari hospital Batu Pahat.Moga Allah permudahkan segala urusan.

Selepas ini kena ulang alik Johor Bahru untuk menghantar adik kesayangan saya pergi menyertai Motivasi Alihan Pelajar oleh Ustaz Asmadi yang diadakan di Bandar Baru Uda.Seiringan dengan itu saya terpaksa mengcancelkan 4 program penting iaitu yang pertamanya program bersama Kesatuan Pelajar Islam Johor ke Gombak , keduanya:kursus jahitan di Kolej Komuniti di Segamat ketiganya: sesi usrah bersama sahabat saya di UiTM Segamat dan keempatnya sesi usrah bersama akhawat di MMU , Melaka.

Hati meronta-ronta ingin pergi ke program yang memang telah dirancang..tetapi jika nak dibandingkan dengan rancangan seorang hamba, rancangan Allah itu amatlah hebat.Aku yakin setiap yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya.InsyaAllah.

Pertemuan?
Selama seminggu di Segamat...aku ditemukan dengan orang yang aku tak jangkakan aku akan menemuinya.Bukan orang yang terkenal atau pernah keluar televisyen, tetapi insan-insan ini mendorong aku untuk bergerak ke arah pencetusan matlamat dan cita-cita.Ceritanya begini, saat aku mencari perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah sewaku di Bukit Siput untuk menyiapkan thesis yang sudah lama terbengkalai disebabkan line di situ yang agak slow, aku menumpangkan seorang kakak yang bekerja di pejabat Tanah.Mulanya dia menolak ajakanku , tetapi pujuk punya pujuk akak ini terima akhirnya.Sesampai di rumah sewanya, dia melayan aku dengan sebaiknya..dan beberapa minit kemudian hadir housematenya yang lain ke dalam rumah dalam keadaan tergesa-gesa.Aku beranikan diri untuk bertanya apa yang mereka lakukan...rupa-rupanya mereka melakukan satu perniagaan sampingan iaitu menjual roti benjo kepada pelajar-pelajar di UiTM Segamat.Kiranya di sini , aku dapat lihat yang mereka ini ada semangat untuk memajukan diri dalam industri perniagaan(sunnah Nabi) walaupun sudah mempunyai posisi sebagai pegawai bank.SubhanaAllah.Akak tu bagitahu aku yang dia berkongsi syer dengan sahabatnya yang lain untuk menjayakan perniagaan ni.Bukan itu sahaja , akak-akak ini juga menjalankan perniagaan kedai jahit di rumah mereka.Memang hebat dah la sudah bekerja , tapi masih mampu mencari income dari sumber halal yang lain.HEBAT!!

Dan aku sekarang berusaha bergerak ke arah matlamat aku....hehe
Jom cipta matlamat dan gerak ke arah matlamat yang dicita-citakan itu....moga kita sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi;-)

Saturday, February 12, 2011

ketenangan itu ada di sini

Salam w.b.t
Semakin hari melabuhkan tirainya, hari demi hari saat demi saat, hatiku semakin mudah dibelai rasa gundah gulana...ingin saja ku undur diri dalam medan dakwah ini...namun aku tahu aku tak boleh hidup tanpa dakwah dan tarbiyah ini.Sememangnya bukan senang untuk menjadi seorang dai'e kerana ini adalah kerja yang mulia dan ianya hanya layak dipikul oleh orang yang mulia.Sepanjang minggu lepas banyak benda yang membuka mataku mengenal sahabat-sahabat di sekelilingku.Terkejut ada dan membuatkan aku terkesima seketika.Tidak mengapalah berlapang dada sahaja dengan kelakuan mereka.Moga ianya akan menjadikan aku kuat mengharungi hari-hari mendatang.

Namun Allah tak pernah meninggalkan hambaNya...SubhanaAllah.Praktikal di sini mengingatkan aku untuk sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi kepada diri ini.Maha Suci Allah.Kejadian semalam je...cukuplah menyedarkan aku bertapa banyak nikmat Allah kepada hambaNya dan kita perlulah sentiasa merenung dan mengambil iktibar dari setiap apa yang berlaku seterusnya cuba untuk memperbaiki diri.
Gambar 1: Inilah gambar yang aku maksudkan.Gambar baby...chinese baby.Sebak hati melihat tangisan baby ini.Saat ini bayi ni menangis apabila dicucuk tangannya untuk mengambil darah untuk ujian T4 TSH.Kebiasaanya result yang akan keluar untuk bayi normal T4 nya rendah dan jika didapati tinggi berkemungkinan bayi akan mengalami brain inflammation dan akan affect tumbesarannya.Subhanallah...ketika darah bayi ini diambil, staff nurse dan kami menangis melihat keadaan bayi ini.Tidak sampai hati melihat keadaan bayi ini, namun ini semua adalah amanah yang kena kami laksanakan sebagai staff perubatan.Bayi ini sungguh istimewa , lelangitnya tiada dan jika dilihat dari dekat kita akan dapat melihat lidah bayi ini menyentuh bahagian hidungnya.Jadi untuk memberhentikan tangisan bayi istimewa ini, aku letakkan jari kelingkingku ke dalam mulutnya...Allahuakbar..Ya Allah aku dapat rasakan bahagian tulang hidungnya apabila dia menghisap jariku.Ya Allah aku dapat rasakan derita yang dialami oleh bayi ini.Alhamdulillah Allah masih meletakkan rasa kasih sayang kepada ibu bapa bayi ini untuk menjaga bayi ini walaupun dia tidak seperti bayi normal.  


Gambar 2:di Hospital Segamat...bahagian CR(central registration)InsyaAllah i wanna be a Gynaecologist....

Gambar 3: Saat ini aku menjalankan test haemoglobin ke atas pesakit.Biasalah pesakit akan gerun sedikit bila tengok student practical yang lakukan test untuk diri pesakit.Tetapi suasana kembali tenang apabila sorang staff nurse ni kata kepada pesakit:"Jangan risau kak, student ni semuanya student practical untuk jadi doctor".Haha.......tapi memang betullah kita perlu timbulkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita agar mereka yakin kita mampu melakukannya dan bukan untuk mencederakan mereka.
Gambar4: Bila kita lihat gambar darah ni..semua mesti tahu ini adalah sample darah penderma.Marilah kita menderma darah untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.Sekarang ni Pusat Darah Negara sudah kekurangan darah untuk ditranfuse kepada pesakit.Semoga sedikit pemberian darah ini mampu meringankan beban pesakit-pesakit.
______________________________________________________
Dipetik dari I Luv Islam

Pelajaran Yang Menuntut Perubahan Berterusan


Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk... itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.


Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).


Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air." Teringat kata Dale Carnargie, "jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!


Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.


Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.


Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

Tuesday, February 8, 2011

The Magic Of Thinking Big

Pegangan kita Al-Quran dan As-Sunnah

Salam w.b.t
Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi walaupun line di kediaman ini lambat sikit.Saya baru habis saja membaca buku 'The Magic Of Thinking Big' karangan David J.Schwartz.Mantap!!!Suatu yang saya rasa perlu untuk diperbaiki dalam diri ini iaitu 'mind set' kita dan keyakinan diri kita.Sudah tiba masanya untuk kita menilai istilah pribadi diri kita.Sebenarnya kekuatan istilah seseorang tidak ditentukan oleh jumlah perkataan yang digunakannya.Sebaliknya, kekuatan istilah yang ditentukan oleh kesan yang ditimbulkan oleh kata-kata yang digunakannya, iaitu kesannya kepada pemikirannya dan juga kepada orang lain.Kesan kata yang difahami oleh orang yang mendengar dan orang yang berbicara adalah lebih bagus apabila kita mempunyai keyakinan diri yang hebat.Situasi ini dapat dirangkumkan ketika berada dalam majlis-majlis yang memerlukan kita bergerak sebagai Master Ceremony sekaligus menjadi pelengkap kepada majlis yang diadakan.

Seterusnya, buku ini memberitahu kita seharusnya tahu yang diri kita lebih hebat dari apa yang kita sangka dan jangan sesekali suka merendah-rendahkan diri sendiri.(dilihat dari konteks manusia dengan manusia)Pemikiran yang besar juga diperlukan untuk kita sentiasa maju ke hadapan.Hal ini kerana pemikir besar adalah pakar dalam mewujudkan gambaran minda yang positif, berorientasikan masa depan dan optimistik dalam minda kita dan minda orang lain.Jadi, bagi berfikir besar, kita perlu memanfaatkan perkataan dan ungkapan yang menghasilkan imej mental yang besar dan positif.

Juga diberitahu yang kita perlulah sentiasa bersabar menahan tomahan dan cacian orang kepada kita dalam masa kita masih berusaha untuk bergerak ke point kejayaan.Dengan menilai seseorang dengan seimbang dan mengembangkan sikap untuk memahami orang lain InsyaAllah kita mampu mengawal diri kita dari terus melawan api yang tengah membara di tengah panas.Senyum dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan situasi ini , nescaya kita boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik walaupun kita dicampakkan ke mana-mana tempat.

Gunakan kaedah langkah demi langkah bagi mencapai matlamat.Anggap segala yang kita lakukan adalah sebagai batu loncatan ke arah hendak mencapai matlamat kita.Wujudkan matlamat 30 hari.Sesungguhnya usaha hari demi hari itu InsyaAllah akan membuahkan hasil.Bersedia melakukan sebarang perubahan yang perlu.Tindakan melakukan perubahan tidak bermakna kita melupakan sasaran kita.Kita cuma menggunakan laluan alternatif bagi sampai ke destinasi yang sama.Biarkan matlamat besar memandu kita secara automatik.Apabila kita membenamkan matlamat ke dasar akal, kita boleh membuat keputusan yang betul secara automatik bagi menv=capai matlamat yang telah disasarkan...InsyaAllah..

Serba sedikit perkongsian yang mampu dicoretkan...Apabila kita telah berusaha selebihnya kita bertawakkal kepadaNya...moga dipermudahkan segala urusan kita...InsyaAllah..

Sunday, February 6, 2011

Kem Smart Solat


Salam w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana dengan rahmatNya dapatlah program "Kem Smart Solat" dijalankan di kg saya...Kg. Parit Haji Ali yang telah berlangsung selama 2 hari(3-4 Febuari 2011).Terima kasih diucapkan kepada brothers dan juga sisters yang telah turun padang bersama-sama kami dalam menjayakan program ini.Semoga apa yang kita lakukan ini, walaupun tidak di nilai di mata manusia, InsyaAllah ada nilaiannya di hadapan Allah.Diharapkan juga para peserta akan dapat mempraktikkan theory solat yang telah diajar oleh fasilitator.Banyak feedback yang kami terima selepas berakhirnya program ini.Rata-rata berpuas hati dan ada sesetengahnya tidak berpuas hati.Namun apa yang pasti tujuannya adalah untuk memperbaiki diri kami dan pada masa yang sama menyerukan orang lain ke arah kebaikan.Selepas ini InsyaAllah ada perancangan untuk mengadakan sekali lagi dengan kerjasama ISMA, Pembina Johor.InsyaAllah.Moga Allah bantu.



Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan ( mengembangkan Islam , dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang daripada segala yang salah( buruk dan keji ). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya ( Surah Ali-Imran : 104 )

 Ingin saya memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna:
Sesiapa dikalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada da'wah ini( Ikhwan Muslimin ) kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang lebih baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjarannya oleh Allah SWT. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagian yang abadi.


*Doakan semoga pelajar Malaysia di Mesir selamat dalam keadaan skrang yang kacau bilau..juga doakan semoga ikhwanul muslimin berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak!
*Keadaan banjir di Segamat kembali reda..tetapi dalam masa yang sama masih terdapat lagi pusat pemindahan dibuka untuk mangsa-mangsa...Semoga kalian tabah dengan ujian dari Allah Subhanahuwataala ini...

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails