Tuesday, January 18, 2011

mari berfikiran positif


Salam W.B.T
Alhamdulillah hari ini sudah 2 hari aku berada dalam lab dan banyak yang aku belajar.Walau jenuh dan terasa sedikit payah , namun kekentalan untuk terus berjuang di medan ini masih ada untuk meneruskan amanah pemberian Ilahi kepada diri ini yang hina dina.Aku masih perlu belajar dan terus belajar.
Mari berfikiran positif ? Ya , itulah yang aku ingin rungkaikan di sini.Aku akui praktikal di Hospital Segamat sedikit mencabar dengan kehadiran sample-sample yang datangnya dari pelbagai golongan pesakit seperti penagih dadah, ibu mengandung, pesakit buah pinggang, patah , kencing manis dan banyak lagi.Kami yang berada di dalam lab inilah yang berperanan penting dalam menjalankan ujikaji terhadap sample yang datang dari bahagian receiptionist.Tugas kami adalah meneliti kandungan chemical seperti potassium, calcium, chloride , urea, creatinin dan lain-lain yang hadir pada sample pesakit.Seketika tadi, ada ujian yang memerlukan kami untuk berfikir mengapa kehadiran chemical terlalu tinggi dan bagaimana untuk kita mengatasinya.Kami juga berhadapan dengan risiko untuk terkena infection dan perlu fokus menjalankan ujian sample para pesakit kerana pekerjaan ini adalah berkaitan dengan nyawa dan kami akui inilah tanggungjawab yang perlu kami pikul sebagai khalifatullah.

Puan Jannah mengingatkan kami bahawa kita perlu menganggap semua sample pesakit adalah sample yang datangnya dari tubuh saudara kita.Jika kita cuai dan berlaku kesan lain akibat kecuaian kita maka tidakkah kita punyai perasaan sekiranya perkara yang sama terjadi kepada tubuh sedara kita.Tetapi lumrah alam...kita hanya merancang Allah yang menentukan .Sekiranya kita sudah bersungguh-sungguh berusaha namun kegagalan yang kita temui, yakinlah padaNya kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Di sini aku cuba untuk berubah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif.Biar 1000 onak dan duri menanti di hadapan , tidak sesekali aku gentar kerana aku masih ada Allah untuk membantuku.Kerana aku tahu hidup ini perlu diteruskan dan bukan untuk meratapi kelemahan diri.Cuba untuk berubah dan menjadi model untuk agama Islam(ajak orang lain ke arah kebaikan).Apabila kita berfikiran positif kita akan terdorong untuk menyayangi semua orang walapun orang itu menganiaya kita, kita akan sentiasa ingin memberikan yang terbaik walaupun tiada apa-apa imbalan yang akan kita dapat apabila melakukannya, dan yang paling penting kita akan merasakan kurniaan Ilahi kepada kita yang hina dina melihat kepada keadaan sekeliling yang berlaku depan mata kita.Banyak yang tak terungkai dengan kata-kata namun apa yang mampu aku ucapkan "Maha Suci Allah, Maha Kuasa Allah".Semua yang berlaku mungkin memang perit untuk ditelan pada awalnya, tetapi yakinlah Allah sebenarnya yakin kita boleh menghadapinya dan Allah ingin menaikkan darjat kita di sisiNya.Dan semua kita akan kembali kepadaNya dalam keadaan orang2 yang beriman dan beramal soleh.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails