Sunday, January 30, 2011

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Melayu Melaka


Mood: Menaip sambil mendengar lagu "Adakah Kau Lupa".
Salam w.b.t
 Alhamdulillah Allah memberikan saya peluang menghadiri konvensyen ini.Di sini serba sedikit perkongsian akan saya tuliskan sebagai tatapan mereka yang tidak dapat hadir dan bagi yang hadir jika ingin menambah rasa dalam penulisan ini , benar-benar dialu-alukan.Tema yang begitu relevan dengan agama dan bangsa kita yang sememangnya mengimpikan kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" benar-benar menepati intipati sebenar objektif program ini diadakan.Harapan untuk menjadikan Islam berdaulat di negara ini tidak mungkin akan dapat dicapai sekiranya hanya satu pihak sahaja bergerak tanpa dibantu oleh badan-badan atau organisasi-organisasi lain.Kita perlu sedar bahawa masa depan negara kita atau lebih suka untuk saya gunakan "tanah air kita" , tanah melayu adalah terletak di tangan kita yang bertindak sebagai pemimpin.Mungkin bila dikatakan pemimpin , kita akan mengatakan pemimpin itulah PM atau pihak kerajaan.Penangkisan berkenaan penyataan ini perlu dilakukan kerana diri kita sendiri adalah pemimpin yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.Suatu hari nanti kanak-kanak bakal menjadi dewasa dan dari penghayatan mengenai kisah sejarah inilah yang seharusnya diterapkan dalam diri mereka agar mereka tidak lupa kisah yang kejatuhan Melayu Melaka 1511 bukanlah merupakan tragedi tetapi sebagai rahmat dan pelajaran penting kepada bangsa Melayu Islam hari ini.Ini semua tidak mungkin tidak memerlukan kesepakatan dari semua pihak.Oleh itu hapuskan ketamakkan politik dan binalah 1 agenda untuk memakmurkan negara walaupun kita berbeza badan dan persatuan.Segala yang berlaku di dunia ini semuanya atas kehendak Allah dan melihatkan kepada kejatuhan empayar Melaka sepatutnya kita mengambil pelajaran dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran mendatang.


Konvensyen ini begitu menekankan pentingnya pembinaan jati diri dalam setiap individu untuk menghadapi ancaman-ancaman yang datang dari pelbagai anasir.Jati diri yang perlu dibentuk perlulah berteraskan keimanan ,cara hidup Islam, keyakinan , sukakan perpaduan , penyatuan dan kesepakatan. Pada dasarnya kita, perlu mengambil iktibar dari kisah kejatuhan empayar Melayu Melaka yang berjaya dikuasai oleh Portugis agar kita sedar bahawa tamadun Melayu adalah merupakan tamadun yang besar sejak sebelum bangsa penjajah datang ke tanah Melayu lagi.Hal ini dibuktikan dengan penaklukan yang dilakukan oleh Melaka ke atas beberapa beberapa daerah di luar negeri Melaka dan beberapa negeri lain seperti Pahang seratus tahun sebelum kedatangan Potugis.Tome Pires yang merupakan pencatat diari bangsa Portugis yang berada di Melaka selepas Melaka ditawan oleh Portugis melaporkan bahawa " Barang siapa yang dapat menguasai pelabuhan Melaka mereka akan dapat mencekik leher Venice(pusat perdagangan yang terkenal di Eropah)".Penyataan ini menggambarkan yang Melaka sememangnya mempunyai kedudukan dan keistimewaan dalam hal ehwal pentadbiran dan struktur ekonominya.


Agenda Portugis menguasai Melaka:
Ada sebab mengapa Portugis mengusai Melaka.Salah satunya adalah ingin membalas dendam kepada negara Islam lantaran negara Islam ini pernah menguasai Portugis dan Sepanyol hampir 700 tahun lamanya.Tindakan Sepanyol yang memulakan langkah penguasaan rkuasa di Amerika membuka mata Portugis untuk menakluki Melaka.Sepanyol dulunya mempunyai agenda untuk menakluk Amerika pada tahun 1942 selepas kerajaan Islam di Andalusia jatuh semula ke tangan kuasa Kristian.Tindakan Christopher Columbus menyeberangi lautan Atlantik untuk mencari "dunia baru" akhirnya mecetuskan proses pemusnahan etnik  di Amerika apabila ratusan penduduk Amerika dibunuh secara kejam oleh kolonis Sepanyol yang kononya ingin mentamadunkan penduduk Amerika ketika itu.Melihat keadaan tersebut, Portugis cuba untuk memulakan langkahnya menguasai Melaka.Bermula dari tindakan Raja Portugis, Manoel yang melantik Fransisco de Almeida sebagai tentera perang di Timur seterusnya peralihan kuasa untuk menggantikan Almeida, iaitu Diogo Lopes de Sequera yang telah mengetuai 5 buah kapal berlabuh ke Melaka membawa hadiah kepada Raja Melaka, Sultan Mahmud semata-mata untuk menjalinkan hubungan perdagangan di Melaka jelas menunjukkan helah Portugis untuk takluk Melaka.Pedagang Gujerat yang bimbang persaingan perniagaan disebabkan kehadiran pedagang Portugis telah mengambil kesempatan berpakat dengan Tun Mutahir (bendahara Melaka) untuk menangkap rombongan Portugis  hingga menyebabkan beberapa orang Potugis terbunuh dan 19 orang lagi dipenjarakan.Sequera terpaksa berundur dan kejadian seterusnya dapat dilihat apabila pengganti Sequera, iaitu Alfonso de Albuquerque berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.


Jika dilihat dalam keadaan kita kini, saya setuju dengan penyataan seperti yang diperkatakan oleh PM ,Dato Seri Najib di mana beliau mengatakan,"Masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat bukan Melayu amnya perlulah menjadi seperti pokok di mana pucuknya perlulah mencecah ke atas tetapi tunjang dan terasnya perlulah tertunduk ke akar bumi."Ini bermakna generasi kini seharusnya tidak boleh melupakan asal usul kejadian dari mana dia datang walau dihujani dengan arus kemodenan yang semakin maju ke hadapan.Kelekaan tidak boleh terjadi hingga menyebabkan kita hayal dalam dunia serba canggih ini tanpa memikirkan yang sebenarnya tanggungjawab kita sebagai bangsa Melayu amat-amat diperlukan supaya Islam berdaulat dapat dicetuskan.Kita perlu sedar dan perlu ada masa untuk membangunkan jati diri dan menjadi manfaat kepada negara dengan melihat analogi ini:"Presiden Amerika penuh masanya untuk membangunkan negaranya dan pada masa yang sama dia ada masa untuk menjatuhkan kita."(pengamatan dilihat dari konteks negara).Saya nak ungkapkan di sini yang janganlah sesekali kita LEKA!!!Bukan niat berharap kejadian lama berulang kembali tetapi perlu diingatkan ianya mungkin akan terjadi lagi sekelip mata sekiranya kita ambil enteng dalam semua perkara.


Ayuh teman!!!sebenarnya kita mampu , kita berani.Ambillah iktibar dari kejatuhan ini.Sebenarnya yang runtuh ketika itu adalah kota Melaka tetapi tidak tamadun Melayu...buktinya lihatnya walaupun hampir 100 tahun Portugis menawan Melaka , namun tamadun Melaku masih ada , kuat dan utuh.Kejatuhan lalu bukan untuk menunjukkan kepada kita bahawa Sultan kita, anaknya dan askar-askar Melayu lemah, tetapi menyedarkan kita keberanian mereka berhadapan dengan ancaman dan bukan cabut lari begitu sahaja.Mereka telah berjuang sedaya mampu selagi nyawa dikandung badan dan faktor kekalahannya adalah disebabkan beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab membuka jalan kepada Portugis masuk ke Melaka dan mereka yang menjadi duri dalam daging.Hakikatnya, bangsa kita, bangsa Melayu khususya masih tersemat di dalam dada mereka rasa cinta dan sayang akan tanah air...tanah tumpah darah mereka.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails