Sunday, January 2, 2011

Di Jalan Tarbiah Ini

Kumpulan usrahku di Masjid Putra Nilai bersama pelajar IIUM.Dua di hadapan dari kanan aqilah dan tohirah.Di belakang dari kanan: ada, kak nora, kak Rina, ummu(saya), husna dan pika.
Inspirasi dan Kekuatan

Tarbiyah bagi aku, adalah sumber inspirasi dan juga sumber kekuatan. Di dalam halaqah, aku membina kefahaman dan juga pengetahuan. Sedikit sebanyak, dengan kefahaman dan pengetahuan itu aku menjadi orang yang banyak akal. Kalau dulu, mungkin aku berbicara hanya pada hal-hal yang remeh. Tetapi sekarang, bila berbicara pasti sahaja terlihat wawasan dan kematangan. Dan, dengan halaqah juga aku terjebak ke dunia blogging. Rasa ingin untuk menyampaikan sentiasa membara dan akhirnya, ‘Rasa’ itu diterjemahkan melalui bentuk tulisan.


Tarbiyah juga adalah sumber kekuatan bagi aku. Tatkala merasakan lemah, tazkirah dan pengisian daripada akhwat yang dicintai sangat-sangat memberikan kesan dan melahirkan iltizam untuk berubah. Tidak cukup, andainya hanya berhalaqah. Kadang-kadang, hanya dengan melihat wajah mereka aku sudah mendapatkan kekuatan. Itulah ‘kekuatan ruh’ yang hanya didapati pada orang yang beriman. Dan kekuatan itu asalnya daripada Allah swt.


Bukan Jalan Yang Mudah
Tarbiyah bukanlah jalan yang senang untuk ditempuh. Perjalanannya panjang, dan memerlukan bekal yang bersesuaian untuk sampai ke tempat tujuan. Sekiranya bekal yang dibawa tidak bersesuaian, maka ianya hanya akan menambah beban di dalam perjalanan yang panjang. Lebih sukar lagi sekiranya jalannya membukit, memerlukan tenaga dan persiapan yang lebih rapi.


Pelbagai ujian yang mendatang, dan satu persatu dilalui. Dan setiap perjuangan yang ditempuh, pasti membekaskan luka sebagai peringatan di waktu hadapan. Namun, bagi aku setiap ujian tersebut tidak dapat melawan ujian kejenuhan dan ketakutan ketika ditarbiyah. Bila ditarbiyah, macam-macam rasa takut yang datang. Takut habis duit yang banyak, takut cita-cita tidak tercapai, takut ditangkap dan dituduh sesat, dan kadang-kadang takut tidak mampu berbuat. Namun, apa erti pengorbanan sekiranya berada di dalam keadaan senang dan tidak kehabisan wang. Maka, aku buang rasa takut dan datangkan rasa berani.


Ketika kejenuhan, pelbagai bisikan yang datang. Kadang-kadang terasa syu’ur (bermain perasaan) bila ditegur. Kadang-kadang, pengisian yang diberikan sudah acap kali didengari. Kadang-kadang, merasakan diri ini tidak dihargai. Tetapi, semua itu perasaan aku sendiri dan adalah tempat aku melatih diri untuk bersabar. Bukan mudah untuk bersabar dengan ragam manusia yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati, dan ada pula yang terlampau sensitif.


Lebih sukar lagi, semasa mahu istiqamah. Tidak ada rasanya perkara yang aku dapat konsisten berbuat. Dari sudut ibadah, ada sahaja turun naik, dari sudut akademik, mencungap-cungap untuk naik, dari sudut hubungan dengan kawan, kadang-kadang boleh terlupa nama kawan sekelas.. Wallahua’lam, Rasulullah saw sendiri beruban rambutnya memikirkan untuk istiqamah (11:112).



1 comment:

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails