Sunday, January 30, 2011

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Melayu Melaka


Mood: Menaip sambil mendengar lagu "Adakah Kau Lupa".
Salam w.b.t
 Alhamdulillah Allah memberikan saya peluang menghadiri konvensyen ini.Di sini serba sedikit perkongsian akan saya tuliskan sebagai tatapan mereka yang tidak dapat hadir dan bagi yang hadir jika ingin menambah rasa dalam penulisan ini , benar-benar dialu-alukan.Tema yang begitu relevan dengan agama dan bangsa kita yang sememangnya mengimpikan kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" benar-benar menepati intipati sebenar objektif program ini diadakan.Harapan untuk menjadikan Islam berdaulat di negara ini tidak mungkin akan dapat dicapai sekiranya hanya satu pihak sahaja bergerak tanpa dibantu oleh badan-badan atau organisasi-organisasi lain.Kita perlu sedar bahawa masa depan negara kita atau lebih suka untuk saya gunakan "tanah air kita" , tanah melayu adalah terletak di tangan kita yang bertindak sebagai pemimpin.Mungkin bila dikatakan pemimpin , kita akan mengatakan pemimpin itulah PM atau pihak kerajaan.Penangkisan berkenaan penyataan ini perlu dilakukan kerana diri kita sendiri adalah pemimpin yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.Suatu hari nanti kanak-kanak bakal menjadi dewasa dan dari penghayatan mengenai kisah sejarah inilah yang seharusnya diterapkan dalam diri mereka agar mereka tidak lupa kisah yang kejatuhan Melayu Melaka 1511 bukanlah merupakan tragedi tetapi sebagai rahmat dan pelajaran penting kepada bangsa Melayu Islam hari ini.Ini semua tidak mungkin tidak memerlukan kesepakatan dari semua pihak.Oleh itu hapuskan ketamakkan politik dan binalah 1 agenda untuk memakmurkan negara walaupun kita berbeza badan dan persatuan.Segala yang berlaku di dunia ini semuanya atas kehendak Allah dan melihatkan kepada kejatuhan empayar Melaka sepatutnya kita mengambil pelajaran dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran mendatang.


Konvensyen ini begitu menekankan pentingnya pembinaan jati diri dalam setiap individu untuk menghadapi ancaman-ancaman yang datang dari pelbagai anasir.Jati diri yang perlu dibentuk perlulah berteraskan keimanan ,cara hidup Islam, keyakinan , sukakan perpaduan , penyatuan dan kesepakatan. Pada dasarnya kita, perlu mengambil iktibar dari kisah kejatuhan empayar Melayu Melaka yang berjaya dikuasai oleh Portugis agar kita sedar bahawa tamadun Melayu adalah merupakan tamadun yang besar sejak sebelum bangsa penjajah datang ke tanah Melayu lagi.Hal ini dibuktikan dengan penaklukan yang dilakukan oleh Melaka ke atas beberapa beberapa daerah di luar negeri Melaka dan beberapa negeri lain seperti Pahang seratus tahun sebelum kedatangan Potugis.Tome Pires yang merupakan pencatat diari bangsa Portugis yang berada di Melaka selepas Melaka ditawan oleh Portugis melaporkan bahawa " Barang siapa yang dapat menguasai pelabuhan Melaka mereka akan dapat mencekik leher Venice(pusat perdagangan yang terkenal di Eropah)".Penyataan ini menggambarkan yang Melaka sememangnya mempunyai kedudukan dan keistimewaan dalam hal ehwal pentadbiran dan struktur ekonominya.


Agenda Portugis menguasai Melaka:
Ada sebab mengapa Portugis mengusai Melaka.Salah satunya adalah ingin membalas dendam kepada negara Islam lantaran negara Islam ini pernah menguasai Portugis dan Sepanyol hampir 700 tahun lamanya.Tindakan Sepanyol yang memulakan langkah penguasaan rkuasa di Amerika membuka mata Portugis untuk menakluki Melaka.Sepanyol dulunya mempunyai agenda untuk menakluk Amerika pada tahun 1942 selepas kerajaan Islam di Andalusia jatuh semula ke tangan kuasa Kristian.Tindakan Christopher Columbus menyeberangi lautan Atlantik untuk mencari "dunia baru" akhirnya mecetuskan proses pemusnahan etnik  di Amerika apabila ratusan penduduk Amerika dibunuh secara kejam oleh kolonis Sepanyol yang kononya ingin mentamadunkan penduduk Amerika ketika itu.Melihat keadaan tersebut, Portugis cuba untuk memulakan langkahnya menguasai Melaka.Bermula dari tindakan Raja Portugis, Manoel yang melantik Fransisco de Almeida sebagai tentera perang di Timur seterusnya peralihan kuasa untuk menggantikan Almeida, iaitu Diogo Lopes de Sequera yang telah mengetuai 5 buah kapal berlabuh ke Melaka membawa hadiah kepada Raja Melaka, Sultan Mahmud semata-mata untuk menjalinkan hubungan perdagangan di Melaka jelas menunjukkan helah Portugis untuk takluk Melaka.Pedagang Gujerat yang bimbang persaingan perniagaan disebabkan kehadiran pedagang Portugis telah mengambil kesempatan berpakat dengan Tun Mutahir (bendahara Melaka) untuk menangkap rombongan Portugis  hingga menyebabkan beberapa orang Potugis terbunuh dan 19 orang lagi dipenjarakan.Sequera terpaksa berundur dan kejadian seterusnya dapat dilihat apabila pengganti Sequera, iaitu Alfonso de Albuquerque berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.


Jika dilihat dalam keadaan kita kini, saya setuju dengan penyataan seperti yang diperkatakan oleh PM ,Dato Seri Najib di mana beliau mengatakan,"Masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat bukan Melayu amnya perlulah menjadi seperti pokok di mana pucuknya perlulah mencecah ke atas tetapi tunjang dan terasnya perlulah tertunduk ke akar bumi."Ini bermakna generasi kini seharusnya tidak boleh melupakan asal usul kejadian dari mana dia datang walau dihujani dengan arus kemodenan yang semakin maju ke hadapan.Kelekaan tidak boleh terjadi hingga menyebabkan kita hayal dalam dunia serba canggih ini tanpa memikirkan yang sebenarnya tanggungjawab kita sebagai bangsa Melayu amat-amat diperlukan supaya Islam berdaulat dapat dicetuskan.Kita perlu sedar dan perlu ada masa untuk membangunkan jati diri dan menjadi manfaat kepada negara dengan melihat analogi ini:"Presiden Amerika penuh masanya untuk membangunkan negaranya dan pada masa yang sama dia ada masa untuk menjatuhkan kita."(pengamatan dilihat dari konteks negara).Saya nak ungkapkan di sini yang janganlah sesekali kita LEKA!!!Bukan niat berharap kejadian lama berulang kembali tetapi perlu diingatkan ianya mungkin akan terjadi lagi sekelip mata sekiranya kita ambil enteng dalam semua perkara.


Ayuh teman!!!sebenarnya kita mampu , kita berani.Ambillah iktibar dari kejatuhan ini.Sebenarnya yang runtuh ketika itu adalah kota Melaka tetapi tidak tamadun Melayu...buktinya lihatnya walaupun hampir 100 tahun Portugis menawan Melaka , namun tamadun Melaku masih ada , kuat dan utuh.Kejatuhan lalu bukan untuk menunjukkan kepada kita bahawa Sultan kita, anaknya dan askar-askar Melayu lemah, tetapi menyedarkan kita keberanian mereka berhadapan dengan ancaman dan bukan cabut lari begitu sahaja.Mereka telah berjuang sedaya mampu selagi nyawa dikandung badan dan faktor kekalahannya adalah disebabkan beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab membuka jalan kepada Portugis masuk ke Melaka dan mereka yang menjadi duri dalam daging.Hakikatnya, bangsa kita, bangsa Melayu khususya masih tersemat di dalam dada mereka rasa cinta dan sayang akan tanah air...tanah tumpah darah mereka.

Friday, January 21, 2011

moga Allah bantu permudahkan




Salam W.B.T
Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan untuk aku menulis lagi.Semakin lama aku sering  bertanya kepada diriku sendiri...siapa sebenarnya engkau Diyanah?Ya  Allah aku tak tahu apa semua ini...berat hati ini untuk menerimanya.Niat di hati sememangnya ingin meneruskan usaha dakwah ini...namun jika diberi amanah untuk jadi ketua usrah...bukan aku tidak mahu, tetapi aku masih belum layak untuk memikulnya.Sebabnya aku masih belum layak...itu yang mampu aku katakan.InsyaAllah bertindak sebagai tulang belakang aku yakin aku boleh bawa.Semoga pada jalan ini Allah tetapkan hati aku untuk teguh dan tabah menghadapinya.Seketika mesej berbaur kejutan daripada ustaz Ismail buat diriku yang  muncul dalam inboxku membuatkan aku kaku seketika:
Seketika terasa hati ini terketuk melihat pada surah al-Imran ayat 139.
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu pula bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

Aku kena cuba bina kekuatan ini dan aku harap Allah membantuku.Aku tahu hidup ini hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa detik.Untuk itu, wahai Diyanah:

 Jadilah engkau seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran
Cuba dan teruslah engkau mencuba
Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa dan
kembalilah engkau kepada pintu taubat
Hafalkan kembali ayat A-quran jika engkau telah lupa
Kembalilah engkau mengingatinya untuk yang kedua kalinya dan yang ketiga kalinya
bahkan untuk yang kesepuluh kalinya
Perkara penting ialah hendaknya engkau tidak merasa gagal dan kecewa
kerana sesungghnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan 
akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali
tetapi yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan
Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini
bila telah sempurna kegelapannya
pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya...

Tuesday, January 18, 2011

mari berfikiran positif


Salam W.B.T
Alhamdulillah hari ini sudah 2 hari aku berada dalam lab dan banyak yang aku belajar.Walau jenuh dan terasa sedikit payah , namun kekentalan untuk terus berjuang di medan ini masih ada untuk meneruskan amanah pemberian Ilahi kepada diri ini yang hina dina.Aku masih perlu belajar dan terus belajar.
Mari berfikiran positif ? Ya , itulah yang aku ingin rungkaikan di sini.Aku akui praktikal di Hospital Segamat sedikit mencabar dengan kehadiran sample-sample yang datangnya dari pelbagai golongan pesakit seperti penagih dadah, ibu mengandung, pesakit buah pinggang, patah , kencing manis dan banyak lagi.Kami yang berada di dalam lab inilah yang berperanan penting dalam menjalankan ujikaji terhadap sample yang datang dari bahagian receiptionist.Tugas kami adalah meneliti kandungan chemical seperti potassium, calcium, chloride , urea, creatinin dan lain-lain yang hadir pada sample pesakit.Seketika tadi, ada ujian yang memerlukan kami untuk berfikir mengapa kehadiran chemical terlalu tinggi dan bagaimana untuk kita mengatasinya.Kami juga berhadapan dengan risiko untuk terkena infection dan perlu fokus menjalankan ujian sample para pesakit kerana pekerjaan ini adalah berkaitan dengan nyawa dan kami akui inilah tanggungjawab yang perlu kami pikul sebagai khalifatullah.

Puan Jannah mengingatkan kami bahawa kita perlu menganggap semua sample pesakit adalah sample yang datangnya dari tubuh saudara kita.Jika kita cuai dan berlaku kesan lain akibat kecuaian kita maka tidakkah kita punyai perasaan sekiranya perkara yang sama terjadi kepada tubuh sedara kita.Tetapi lumrah alam...kita hanya merancang Allah yang menentukan .Sekiranya kita sudah bersungguh-sungguh berusaha namun kegagalan yang kita temui, yakinlah padaNya kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Di sini aku cuba untuk berubah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif.Biar 1000 onak dan duri menanti di hadapan , tidak sesekali aku gentar kerana aku masih ada Allah untuk membantuku.Kerana aku tahu hidup ini perlu diteruskan dan bukan untuk meratapi kelemahan diri.Cuba untuk berubah dan menjadi model untuk agama Islam(ajak orang lain ke arah kebaikan).Apabila kita berfikiran positif kita akan terdorong untuk menyayangi semua orang walapun orang itu menganiaya kita, kita akan sentiasa ingin memberikan yang terbaik walaupun tiada apa-apa imbalan yang akan kita dapat apabila melakukannya, dan yang paling penting kita akan merasakan kurniaan Ilahi kepada kita yang hina dina melihat kepada keadaan sekeliling yang berlaku depan mata kita.Banyak yang tak terungkai dengan kata-kata namun apa yang mampu aku ucapkan "Maha Suci Allah, Maha Kuasa Allah".Semua yang berlaku mungkin memang perit untuk ditelan pada awalnya, tetapi yakinlah Allah sebenarnya yakin kita boleh menghadapinya dan Allah ingin menaikkan darjat kita di sisiNya.Dan semua kita akan kembali kepadaNya dalam keadaan orang2 yang beriman dan beramal soleh.InsyaAllah.

Sunday, January 16, 2011

bermulanya hidup baru di sini

Salam W.B.T
Alhamdulillah jam 1.30 petang tadi sampai ke Segamat.Nampaknya perjalanan hidupku akan bersambung di sini.Seperti biasa aku memerlukan masa untuk bercampur dengan housemate baru dan pelajar praktikal yang baru.Moga Allah bantu.Aku juga berharap program Kem Solat yang akan aku laksanakan bersama Kesatuan Pelajar Islam Johor di Kampungku akan  berjalan dengan lancar.Syukurlah response baik yang kami terima apabila usul untuk mengadakan program ini disuarakan dalam mesyuarat kampung bersama AJK-AJK kampung.Dan sekarang aku perlu fokus untuk bersama-sama menjayakan program ini dan aku harap satu perubahan dalam diri para remaja di kampung akan terlaksana sebagai permulaan langkah untuk mentarbiah penduduk di sini.Seorang dai'e perlu bergerak dan tidak boleh berdiam diri.

Ok kawan-kawan doakan saya di sini supaya dipermudah kan segala urusan memahami praktikal Histophatology, Cytology and Chemical Pathology dan semoga saya dapat menjadi Gynaecologist suatu hari nanti...InsyaAllah

Campus Life is All about DAKWAH and Study;-)

Thursday, January 13, 2011

Kisah Asiah

Salam WBT...
Alhamdulillah hari ini aku berpeluang untuk menulis lagi di sini.Suka untuk aku menampilkan kisah seorang Ratu Syahadah pada hari ini.Ketabahannya menjadi permaisuri kepada Fir'Aun begitu menampakkan keyakinan dan cintanya kepada PenciptaNya...Allah S.W.T.SubhanaAllah semoga aku juga mampu menjadi sepertinya sekiranya Allah meletakkan aku di tempat seperti Asiah.

 Di Mesir terdapat sebuah keluarga Imran yang amat dihormati.Imran mempunyai puteri bernama Asiah di mana ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.Kisah Asiah ini sampai ke telinga Firaun lalu Firaun ingin memperisterikan Asiah ini.Namun hajat Firaun itu ditolak oleh Asiah hingga menyebabkan ibu bapanya diseksa dengan kejam oleh Firaun.

Setelah kedua orang tuanya diseksa,maka hari itu juga Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah sampai di istana ia tidak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...

Maka setelah Siti Asiah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."


Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.


Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan memerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.
Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.


Ibnu Athir berkata, "Asiah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.

Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'


Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."


Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."


Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."


Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.


Ketika Asiah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:


"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."


(Surah At-Tahrim (66):11)


Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati!"





Sunday, January 2, 2011

Di Jalan Tarbiah Ini

Kumpulan usrahku di Masjid Putra Nilai bersama pelajar IIUM.Dua di hadapan dari kanan aqilah dan tohirah.Di belakang dari kanan: ada, kak nora, kak Rina, ummu(saya), husna dan pika.
Inspirasi dan Kekuatan

Tarbiyah bagi aku, adalah sumber inspirasi dan juga sumber kekuatan. Di dalam halaqah, aku membina kefahaman dan juga pengetahuan. Sedikit sebanyak, dengan kefahaman dan pengetahuan itu aku menjadi orang yang banyak akal. Kalau dulu, mungkin aku berbicara hanya pada hal-hal yang remeh. Tetapi sekarang, bila berbicara pasti sahaja terlihat wawasan dan kematangan. Dan, dengan halaqah juga aku terjebak ke dunia blogging. Rasa ingin untuk menyampaikan sentiasa membara dan akhirnya, ‘Rasa’ itu diterjemahkan melalui bentuk tulisan.


Tarbiyah juga adalah sumber kekuatan bagi aku. Tatkala merasakan lemah, tazkirah dan pengisian daripada akhwat yang dicintai sangat-sangat memberikan kesan dan melahirkan iltizam untuk berubah. Tidak cukup, andainya hanya berhalaqah. Kadang-kadang, hanya dengan melihat wajah mereka aku sudah mendapatkan kekuatan. Itulah ‘kekuatan ruh’ yang hanya didapati pada orang yang beriman. Dan kekuatan itu asalnya daripada Allah swt.


Bukan Jalan Yang Mudah
Tarbiyah bukanlah jalan yang senang untuk ditempuh. Perjalanannya panjang, dan memerlukan bekal yang bersesuaian untuk sampai ke tempat tujuan. Sekiranya bekal yang dibawa tidak bersesuaian, maka ianya hanya akan menambah beban di dalam perjalanan yang panjang. Lebih sukar lagi sekiranya jalannya membukit, memerlukan tenaga dan persiapan yang lebih rapi.


Pelbagai ujian yang mendatang, dan satu persatu dilalui. Dan setiap perjuangan yang ditempuh, pasti membekaskan luka sebagai peringatan di waktu hadapan. Namun, bagi aku setiap ujian tersebut tidak dapat melawan ujian kejenuhan dan ketakutan ketika ditarbiyah. Bila ditarbiyah, macam-macam rasa takut yang datang. Takut habis duit yang banyak, takut cita-cita tidak tercapai, takut ditangkap dan dituduh sesat, dan kadang-kadang takut tidak mampu berbuat. Namun, apa erti pengorbanan sekiranya berada di dalam keadaan senang dan tidak kehabisan wang. Maka, aku buang rasa takut dan datangkan rasa berani.


Ketika kejenuhan, pelbagai bisikan yang datang. Kadang-kadang terasa syu’ur (bermain perasaan) bila ditegur. Kadang-kadang, pengisian yang diberikan sudah acap kali didengari. Kadang-kadang, merasakan diri ini tidak dihargai. Tetapi, semua itu perasaan aku sendiri dan adalah tempat aku melatih diri untuk bersabar. Bukan mudah untuk bersabar dengan ragam manusia yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati, dan ada pula yang terlampau sensitif.


Lebih sukar lagi, semasa mahu istiqamah. Tidak ada rasanya perkara yang aku dapat konsisten berbuat. Dari sudut ibadah, ada sahaja turun naik, dari sudut akademik, mencungap-cungap untuk naik, dari sudut hubungan dengan kawan, kadang-kadang boleh terlupa nama kawan sekelas.. Wallahua’lam, Rasulullah saw sendiri beruban rambutnya memikirkan untuk istiqamah (11:112).



PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails