Wednesday, December 28, 2011

Manifestasi Cinta



cinta kepada Allah dengan ketaatan
cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia
cinta kepada jihad dengan perjuangan
cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah
mencontohi Rasul dalam berperibadi
dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang semestinya
menagih pengorbanan


Salam w.b.t
     Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaakan ke hadrat Pencipta Yang Maha Kuasa kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan rahmatNya walaupun diuji dengan pelbagai dugaan , cabaran dan rintangan sepanjang meniti titian kehidupan sebagai seorang insan di pentas dunia ini.Hanya kepadaNya segala kebergantungan berpanjangan disandarkan.Moga-moga di akhir nanti kemanisan iman dapat dirasakan sebagai pengganti kepada pahit maungnya perjuangan di landasan perjuangan sebagai hamba Tuhan.


     Untuk entri kali ini saya begitu terpanggil untuk berkongsi rasa mengenai isu "Manifestasi Cinta" .Hal ini berikutan melihat inbox saya dipenuhi dengan pelbagai pertanyaan mengenai cinta dan insyaAllah hari ini saya akan cuba sedaya upaya membawa para pembaca mengenal erti cinta sebenar.Saya tidak akan kupas definisinya secara mendalam tapi akan saya sampaikan mengikut lenggok bicara saya yang mudah untuk di fahami pembaca.InsyaAllah.


     Setiap insan mempunyai fitrah untuk saling cinta-mencintai antara satu sama lain.Betul kan?Apatah lagi jika cinta itu disalurkan pada yang berhak di mana kesinambungan dari rasa cinta ini, maka akan lahirlah rasa tenang dalam kehidupan.Saya akan mengetengahkan beberapa kisah benar yang saya pernah terlibat dalam penyelesaiannya hinggakan saya melihat banyak hikmah dan iktibar yang boleh diperoleh darinya.




Kisah 1:


     Semasa di MRSM dahulu , time tu saya berada di tingkatan 4 ,saya pernah beberapa kali dijadikan 'orang tengah' untuk menyatukan  member lelaki  dengan member perempuan dalam batch yang sama.Nak tahu macamana saya jadi 'orang tengah' ketika itu?.Sejujurnya ketika itu juga saya memerlukan seorang ustazah untuk memandu proses ini agar ianya berjalan dengan lancar.Hah! saya ingat lagi ustazah HOMEROOM saya , iaitu Ustazah Hazwani yang telah terpilih untuk membantu saya...dan saat saya menyatakan hasrat ini, beliau dengan sporting menerima pelawaan saya:) Terima kasih ustazah:)


     Saya dipilih untuk menjadi perantara ketika itu kerana saya merupakan setiausaha koperasi maktab yang sebagaimana maklum bila kata koperasi, maka di situlah tempat sesiapa sahaja akan bertandang membeli barangan keperluan.Kiranya semua pelajar dah kenal saya dan saya pun kenal mereka.InsyaAllah :)


     Terus kepada kisah cinta beberapa pelajar maktab di sini.Selalunya pelajar lelaki(bukan semua ye...tapi mereka yang betul-betul serius sahaja yang akan dilayan) akan menulis sepucuk surat pada saya ketika saya bertugas di koperasi dengan menyatakan hasratnya untuk memberi tahu isi hati pada sahabat perempuan saya la.


     Tergelak pun ada bila ingat semula di kala zaman itu:)Pada mulanya saya terkejut menerima sepucuk surat daripada pelajar lelaki(perasan je time tu...ingatkan surat itu khas untuk saya...hehe rupa-rupanya ditujukan buat sahabat perempuan saya).Lantas berbekalkan iltizam yang jitu untuk menjadi 'pengantara yang bermanfaat' , maka dengan tuntas saya meminta bantuan ustazah membantu saya.Jika boleh saya kongsikan antara bait-bait pesanan surat dari kaum adam ini:


"Salam alaik...maaf ganggu ukhti, harap dapat menyampaikan rasa hati ana pada sahabat enti yang bernama sekian-sekian....Ana sedaya upaya untuk melupakan dia, tetapi dia selalu hadir dalam mimpi ana..."

Saya membalas:
"Wassalam...ok .Tapi sebelum tu , lepas prep malam ni ikut ana jumpa ustazah k...tanpa sebarang alasan!"

     Jadi tiap kali benda ni berlaku , maka ustazah akan menunggu di dalam pejabatnya bersama-sama saya untuk menyambut kehadiran lelaki bertuah ini.Sesampainya pelajar lelaki ini di pejabat ustazah, saya terus jujur mengatakan niat saya membawanya ke situ adalah untuk menyelesaikan kerungsingan yang telah lama bersarang dalam fikirannya.Dengan suasana yang tenang di dalam pejabat , maka serba sedikit mempengaruhi mungkin pelajar lelaki ini untuk berfikir.

     Tugas ustazah bermula dengan menanyakan siapakah gadis yang telah memikat hatinya.Kebiasaannya saya tidak akan memberitahu nama gadis kepada ustazah kerana saya mahu pelajar lelaki ini sendiri yang  berkata jujur dengan ustazah.Macam biasa , pelajar lelaki ini akan menjawab.."Ala ustazah...malula.."

Bertubi -tubi pertanyaan yang ustazah cuba lontarkan pada diri pelajar lelaki berkenaan. Antara soalannya:
  • Mengapa menyintai gadis tersebut?
  • Cinta yang bagaimana beliau inginkan dalam hidup?
  • Adakah cinta Allah sudah memenuhi hati nurani sebelum membenarkan cintanya pada gadis menguasai rohani?
  • Solat dah benar-benar khusyuk?
  • Adakah beliau yakin boleh menjaga hati dari terkena virus zina sekiranya perkenalan ini diteruskan?


      Dan banyak lagi soalan yang cuba diutarakan oleh ustazah.Ustazah bukan bertujuan memalukan pelajar lelaki berkenaan , tetapi adalah sebagai peringatan seorang yang murobbi kepada mad'u nya agar mereka memahami statusnya sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang pelajar yang perlu belajar banyak perkara.Resolusi dari permasalahan yang melanda ini, ustazah banyak menyuruh mereka berpuasa dan melakukan solat istikharah.Jika benar-benar dah bersedia , ustazah berjanji untuk menyatukan mereka. Masalahnya pula timbul kerana masing-masing belum bersedia menjadi suami seusia muda..haaaiiih:)

     Sebagai salah seorang sahabatnya , saya merasakan inilah cara terbaik untuk menyedarkan hakikat cinta sebenar kepada mereka.Pada masa yang sama juga saya mengotakan janji saya dengan memberitahu sahabat perempuan saya berkenaan hal itu.Alhamdulillah , selepas di 'brain wash' oleh ustazah , pelajar lelaki ini mulai faham dan menimbal baik buruk tindakan mereka. Kebanyakan mereka mengambil jalan untuk memberi komitmen yang lebih pada jalan kembali pulang menjadi hamba Allah dan success dalam SPM.

     Manifestasi cinta menurut saya...beginilah.Pada saya, saya begitu tabik pada lelaki yang benar-benar cintakan seseorang wanita itu kerana Allah... lalu beliau mencari jalan keluar untuk menyelamatkan dirinya dari terjerumus ke lembah nafsu dengan menerima nasihat yang baik dari sahabatnya yang lain(sebagai contoh dalam kisah saya ni..bertemu ustazah la ye) .Jalan penyelesaian yang dipilih itu serba sedikit tidak melukakan hati sesiapapun malah menguntungkan kedua-dua belah pihak.Berdasarkan pemerhatian saya kini setelah hampir 4 tahun berlalu bersama mereka di maktab , saya begitu teruja melihat kondisi kebanyakan sahabat-sahabat saya sekarang..yang di mana mereka kini adalah merupakan pendakwah tegar di tempat mereka belajar tidak kira di dalam mahupun di luar negara.Pesanan saya...jika cinta lama itu masih berputik, mohonlah petunjuk dariNya agar Dia menautkan kembali hati-hati kalian.InsyaAllah kalian pasti akan disatukan dengan berhamparkan keredhaan Tuhan kerana yakinlah apabila kalian meninggalkan segala yang haram , nescaya Allah akan menjadikannya halal pada kalian suatu hari nanti.InsyaAllah.Yakinlah pada Dia.

Ustazah Fatimah Syarha pernah mengatakan:

"Jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat dengan-Nya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita dijadikan, menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cinta-Nya tidak mengecewakan."


     Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.


Kisah 2:

    Ketika itu saya merupakan salah seorang pelatih PLKN.Banyak kenalan yang saya temui di situ.Pernah suatu ketika, ketika saya sedang asyik mencari ketenangan sambil-sambil mendengar deruan ombak di pantai Desaru di kem , ada seorang sahabat mendekati saya lalu beliau berkongsi rasa hatinya kepada saya. Kata beliau , beliau sangat tertekan melihatkan perlakuan bapanya yang sentiasa mendera ibunya setiap kali bapanya pulang dari tempat kerja.Bapanya pernah beberapa kali mengambil langkah drastik mencederakan ibunya dengan menghantukkan kepala ibunya ke dinding dan menendang ibunya.

    Hinggakan apabila mengingatkan kembali saat ngeri yang berlaku di depan mata beliau, di mana bapanya mencederakan ibunya...saat itu jugalah hatinya memberontak kuat untuk membunuh bapanya.Tetapi kata beliau , beliau masih mampu menstabilkan dirinya dari melakukan perbuatan terkutuk itu dengan mengambil wudhuk dan menunaikan solat hajat.Beliau adalah merupakan salah seorang pelajar Sekolah Tun Fatimah.

    Saya bertanya kepada beliau samaada pernahkah beliau membuat report ke pejabat agama melaporkan hal kejadian tersebut?Jawabnya , belum pernah sebab takut bapanya akan bertindak melakukan sesuatu di luar dugaan dan juga kerana ibunya masih mencintai bapanya itu.Lantas ibunya sanggup menelan beban kesakitan untuk menjaga hubungan yang telah terbina itu.

     Manifestasi cinta yang ingin saya simpulkan di sini , adakalanya cinta seseorang itu kepada seseorang yang benar-benar disayanginya mampu merefleksikan lantunan rasa cinta sebenar kepada orang yang dicintainya walaupun dari sudut pandangan mata , hukumanlah yang layak di bawa ke muka pengadilan dunia.Kesinambungan daripada kejadian ini , wanitalah yang menjadi mangsa kerana menyimpan banyak hempedu cinta sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri yang sememangnya diciptakan lemah dan setia kepada pasangannya.

    Namun saya yakin , sahabat saya ini dan ibunya ada sebab musabab yang kukuh yang menyebabkan mereka masih boleh bertahan menghadapi susur galur kehidupan yang penuh dengan onak ranjau. Berbekalkan keimanan yang masih tersemat di dalam qalbu mereka beserta keyakinan kepada Pencipta Yang Maha Esa , maka mereka memilih jalan ini untuk meraih redha Tuhan.Daripada apa yang beliau ceritakan kepada saya , kini ayahnya juga sudah berubah ke arah yang lebih baik.Sejurus selepas itu ,saya bertanya apa rahsia beliau dalam merealisasikan hasratnya menjadi kenyataan...jelas beliau mengatakan bahawa dirikanlah selalu solat malam.

    Nah!lihatlah bagaimana hebatnya cinta pemberian Tuhan ini kepada hambanya.Di kala seorang ibu dan anak  kehausan mendamba kasih sesama insan , dipilihnya jalan kembali mendekatkan diri kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam.Cinta yang mulanya berduri menusuk jiwa kembali mekar harum mewangi menghiasi taman-taman keindahan sebuah keluarga yang menjadi idaman setiap insan.Walau bertahun menunggu harumnya terhidang , namun tidak pernah dikhianati amanah sebagai seorang hamba Tuhan yang yakin akan janji Rabbnya bahawa pada setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.


Kisah 3:

     Cinta yang ingin ditampilkan adalah berkisar kisah saya sendiri yang bertanya tentang erti cinta pada alam.Satu saat saya cuba untuk berimaginasi jawapan yang saya perolehi dari pertanyaan saya ini kepada alam ciptaan Tuhan.Sungguh indah apabila kita kembalikan semula kepada PenciptaNya:))

     Bumi membuktikan cintanya dengan rela menjadi hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan.Ia memang dipijak dan dihinakan , tetapi ia tidak peduli kerana cinta hanya ingin memberi dan itu sahaja yang diinginya.

      Air di tasik membuktikan cintanya dengan menurunkan hujan-hujan yang menumbuhkan benih-benih kesukaan , kerelaan , kerinduan , atau samudera kasih luas sebagai naungan segala perasaan.

     Api membuktikan cintanya dengan menghasilkan haba hingga mampu membakar segala juga dapat memusnahkan hidup dan terus menyala.Demi nyalaannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kederhakaan.

     Angin membuktikan cintanya dengan menghembus suasana yang menebar rasa sayang.Orang kata cinta itu buta kerana sering dihalakan entah ke mana-mana.Ia tidak dapat dilihat , namun tanpanya jiwa manusia hampa.

     Langit membuktikan cintanya dengan meluaskan jajahannya tanpa batasan.Luasnya tiada siapa yang tahu.Hanya dapat diketahui melalui perubahan warna, samaada  biru ataupun kelabu.Jika biru manusia mampu mencari rezeki dan jika kelabu nelayan di laut terpaksa pulang ke rumah tanpa bekalan.

      Matahari membuktikan cintanya dengan sentiasa memancarkan cahaya kepada bumi dan menuruti titah Tuhan Yang Maha Esa.Ia tidak akan pernah lelah memberi harapan walaupun terbitnya menanti untuk tenggelam di senja hari.

     Pohon membuktikan cintanya dengan menyumbangkan kehidupan akar kepada bahagian lainnya.Akar tulus biarpun tidak pernah dilihat mahupun dikenal orang bagi memastikan pohon tesebut berbahagia , berbunga indah dan kukuh sentiasa.

     Gunung pula membuktikan cintanya dengan tertegaknya tinggi menjadi pasak bumi Ilahi. Namun satu sangat ia mulai cemburu dengan memuntahkan larvanya yang memudaratkan masyarakat sekelilingnya.

_________________________________________________
Manifestasi cinta sebenar pada Rabbnya.Kembalikanlah dirimu kepadaNya, nescaya Dia akan mengembalikan diriNya ke dalam jiwamu:

  • Cinta adalah apabila engkau patuh kepada Dia meskipun engkau tidak pernah melihatNya.Engkau tidak pernah melihatNya , engkau tidak pernah menyentuhNya , tetapi engkau patuh kerana engkau merasakan kehadiranNya.Hal ini kerana cinta bukan terletak pada apa yang dilihat tetapi pada apa yang dirasa.
  • Cinta adalah apabila engkau takutkan murkaNya dan engkau takut sekiranya Dia meninggalkanmu.Lalu engkau sentiasa mencari alasan untuk dekat selalu padaNya walaupun engkau terpaksa meredah derita dan ngerinya halangan di hadapan.
  • Cinta adalah engkau menyimpan segala harapan padaNya dan tidak pada yang lain.Engkau tidak mendua dalam harapan , dan demikian selama-lamanya.Cinta adalah apabila engkau setia bernafas dalam jiwa sebagai hambaNya sepenuh jiwa.
  • Cinta adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan kepada yang lain.Engkau rindu akan hadir untuk menemuiNya.Engkau suka apa yang Dia suka dan engkau benci apa yang Dia benci.Engkau merasakan semua ada padaNya dan atas nama-nama indahNya.
  • Ketahuilah sahabat , kita mampu melaksanakan ketaatan kepadaNya selagi kita mengetahui hakikat penciptaan kita di bumi ini di samping bersyukur dengan segala kurniaan rahmatNya ke atas diri kita selama ini.InsyaAllah kita mampu merasakan ketenangan mendamba kasih Tuhan dan seiring itu kasih manusia bisa dihubungkan.



Sunday, December 25, 2011

Kekosongan Melahirkan Kenistaan


Salam w.b.t.
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Melihat jemari ini masih mampu menaip bait-bait nasihat di teratak ini , sesungguhnya penulis merasakan sungguh malu kerana Allah SWT masih mengizinkannya beribadah kepadaNya , walaupun sebenarnya banyak perkara yang penulis rasa perlu penulis baiki untuk lebih khusyuk ketika menghadapNya. Ya Allah , maafkanlah segala kekhilafan kami.

       Untuk entri kali ini , saya memilih tajuk "Kekosongan Akan Melahirkan Kenistaan."Yelah kebetulan pula sekarang kan ramai di antara kita yang sedang bercuti .Hah ! apakata sama-sama kita luangkan masa untuk saling ingat mengingatkan :) Pernah rasa kosong? Itu tandanya kita adalah penganggur terhormat yang menanti masa untuk mendapatkan tiket melakukan kerja lagha(sia-sia).Sebab itu bila kita perasan kita dalam situasi terlalu kosong , kita kena lawan dan cuba sibukkan diri dengan berzikir , mengingat kejadian Tuhan dan macam-macam lagi perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan.

      Jika kita merasakan yang kita masih berada dalam zon pengangguran, tekan punat "PAUSE" dan cuba berfikir sejenak.Sedarkah kita , dari tengah-tengah masalah pengangguran ini , maka akan lahir beribu-ribu orang yang bermoral rendah.Virus-virus kehancuran dan kebinasaan akan berkembang biak di dalamnya. Apabila kerja keras merupakan misi yang dibawa oleh makhluk hidup , maka boleh la kita menganggap pengangguran ini adalah misi yang dibawa oleh makhluk yang mati.

     Pada aspek lain , jika dunia kita adalah  benih-benih untuk kehidupan yang lebih besar , maka sesungguhnya orang yang menganggur lebih layak dikumpulkan dalam kelompok orang yang tidak mempunyai bekalan apapun melainkan penyesalan dan kerugian.

      Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang kelalaian orang dari nikmat kesihatan dan waktu lapang yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka.Rasulullah SAW bersabda yang di mana maksudnya :

"Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

      Berapa ramai orang yang sihat jasmani mengalami kebimbangan dalam kehidupan ini tanpa ada harapan yang mengarahkannya , tanpa pekerjaan yang menyibukkannya , dan tanpa misi yang ingin diraih atau mengarahkan umurnya untuk meraih kejayaan.Apakah untuk ini manusia diciptakan?Tidak !!Tidak sama sekali! Sebab Allah SWT telah berfirman:

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada penciptaan itu?Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada Kami?Maka dengan yang demikian Maha Tinggilah Allah Yang menguasai seluruh alam,...."
(Al-Mukminun:115-116)

    Sesungguhnya hidup ini diciptakan dengan benar , begitu pula bumi dan langit serta semua yang ada di antara keduanya.Manusia di alam dunia ini harus mengenal baik erti kebenaran ini dan menghayatinya. Apabila seseorang itu berada dalam perangkap syahwat yang tersembunyi di dalam lingkungannya yang penuh kehinaan ketika mereka keseorangan , sekiranya mereka gagal mengawal nafsu lantaran desakan syaitan , maka amatlah ruginya mereka. Penulis merasakan perlunya seseorang yang merasakan dirinya dalam kekosongan ini keluar segera dari kepompong kehinaan ini kerana ia ditakuti terjerumus ke dalam murkaNya Tuhan sedangkan kita patut tahu tujuan kita hidup adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepadaNya Yang Maha Esa.



Penulis mengesyorkan perlunya banyak aktiviti diciptakan spontan dalam diri mereka yang merasakan jiwanya kosong.Antaranya:
  1. Cepat-cepat pegang tasbih dan beristighfar serta berzikir kepada Allah.
  2. Limitkan penggunaan laman sosial yang dirasakan mungkin menyebabkan kita  mudah tertonton video porno yang memudaratkan minda.Dengar radio IKIM lagi bagus>:)
  3. Dapatkan ibu di dapur , pegang pisau potong bawang ke.., jalan-jalan dengan kawan-kawan yang membina jati diri ke..,lipat kain.., basuh baju ke..., dan lari-lari dalam rumah.
  4. Pergi kedai buku...cari buku yang boleh tambahkan pengetahuan.
  5. Kacau adik , gurau-gurau dengan adik.
  6. Bagi kucing makan.
  7. Kemas rumah..walaupun rumah tu memang dah kemas :0
  8. Panggil adik-adik dan buat tazkirah pendek dengan mereka.
     Ingatlah sahabat, di saat kita menggagahi diri untuk lari dari melakukan kerja sia-sia, syaitan akan lemah.Namun sekiranya kita terlalu mengikut nafsu , maka ketahuilah jika kalian dibenarkan melihat gelagat syaitan itu (hehe macam kartun syaitan kat buku ASUH tu..) , tahukah kalian bahawa syaitan -syaitan itu akan melonjak gembira kerana berjaya memandu kita ke jalan kemurkaanNya.Saya juga mengingatkan diri ini . Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.


Pepatah lama Cina berbunyi:
'Andai inginkan kebahagiaan 1 tahun, semailah benih.Andai inginkan kebahagiaan 10 tahun, tanamlah pokok.Dan andai inginkan kebahagiaan 100 tahun, DIDIKLAH MANUSIA.'

Thursday, December 22, 2011

Jangan Putus Harap Adik!!


Salam w.b.t
       Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda. Alhamdulillah..sekali lagi pada hari ini Allah SWT mengizinkan saya bertinta di teratak ini. Semoga saya dan sahabat-sahabat pembaca tidak putus-putus untuk memujiNya agar ketenangan mengenali Pencipta dapat dirasakan begitu berharga sekali berbanding mengenali susuk duniawi semata-mata tanpa menghiraukan hari akhirat yang bakal tiba.


     Pertama sekali sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi nikmat kecemerlangan kepada adik-adik yang amik keputusan exam PMR pada hari ini tidak kiralah di mana pun kalian berada.Harapan akak agar nikmat kurniaan Allah SWT ini digunakan dengan sebaiknya.Bagi adik-adik yang cemerlang dengan memperoleh straight A's , Alhamdulillah dan tahniah akak ucapkan. Bagi adik-adik yang tidak memperoleh straight A's , Alhamdulillah dan tahniah juga akak ucapkan.Janganlah sesekali adik-adik berputus asa kerana yakinlah adik rahmat Allah SWT itu terlalu sangatlah luas dan sesiapa  pun mampu mencapai kejayaan itu dengan syarat adik mengamalkan petua ini:


D-Doa
U-Usaha
I-Ikhtiar
T-Tawakal

     Percayalah adik tidak ada yang mustahil di dunia selagi adik sanggup dan ikhlas berusaha untuk mengundang redhaNya.Akak juga dulu pernah jatuh dan ketika itu akak berusaha untuk bangun kembali. Akak yakin Allah SWT  menghadiahkan ujian sebegitu kepada akak kerana Dia yakin apabila posisi biasa ini menjadi milik akak , maka ketika inilah hati ini akan lebih lunak untuk lebih mendekatinya dan berterusan memohon keampunan serta pertolongan dariNya.Kepada adik-adik yang berjaya pula, ingatlah kejayaan yang adik-adik kecapi itu sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah SWT..dan tidak akan kekal kecemerlangan itu sekiranya adik-adik menyulaminya dengan rasa riak dan bangga dengan pencapaian tersebut.


"...markah yang didapati hasil imtihan bukanlah tujuan utama kita...yang penting kefahaman dalam pembelajaran dan hasil tatbiq dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai markah di akhirat itulah matlamatnya.Jadi janganlah runsing mengenai hal peperiksaan, cuma belajarlah dengan ikhlas kerana Allah SWT dan ambillah manfaat dari ilmuNya.."
(Syeikh Haidar almunem)

sekadar gambar hiasan

     Saya sebenarnya terpana seketika melihat wajah adik-adik yang cemerlang dalam PMR di kaca televisyen petang tadi. Rata-rata kebanyakan mereka adalah mendapat straight A's. Bila diinterview salah seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Victoria , suatu yang mengujakan saya adalah pelajar ini memulakan muqadimah bicaranya dengan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT , kemudian baru kepada ibu bapa dan orang sekeliling yang banyak membantunya sepanjang pembelajarannya di sekolah ini .MasyaAllah...hebatnya adik ini.Kan bagus kalau semua anak-anak macam ni...pasti dunia ini berseri-seri melihat tingkahlakunya yang begitu menghargai hadiah pemberian Allah SWT kepada dirinya.Apa pun saya yakin adik-adik yang lain juga sesoleh dan sesolehah seperti beliau. InsyaAllah:)


     Seperti biasa , tiap kali keluar keputusan exam-exam besar seperti UPSR , PMR , dan SPM ...maka pada masa yang sama juga kita mampu melihat media hanya menyiarkan wajah-wajah pelajar cemerlang dan dari sudut yang berlainan saya rasa perhatian juga harus diberikan pada mereka-mereka yang memperoleh keputusan yang biasa-biasa sahaja.Hal ini penting kerana ianya mampu memberi impak positif kepada pelajar biasa ini untuk lebih terus memacu usaha ke arah kecemerlangan akan datang.Seiring dengan matlamat para pengajar yang salah satunya adalah untuk melahirkan modal insan yang berwibawa , maka seharusnya kita perlu gilap pencapaian anak-anak yang sudah cemerlang dan dalam masa yang sama meneliti kelebihan anak-anak biasa ini agar tamadun yang cintakan ilmu pengetahuan dapat dilahirkan.



__________________________________________________

*mood hari ini: Alhamdulillah..saya sangat gembira kerana sahabat saya sudah diterima untuk melanjutkan pelajaran di KPM under MARA dalam bidang akauntan.

       Sesungguhnya saya melihat hikmah dari kisah ini.Sungguh hebat Allah SWT.Untuk pengetahuan pembaca , keputusan SPM sahabat saya ini adalah lebih baik daripada saya.Dan suatu ketika Allah SWT mengujinya dengan masalah keluarganya , pada masa yang sepatutnya beliau menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di salah sebuah universiti , maka pada masa yang sama beliau memilih untuk menangguhkan pembelajarannya dan bekerja sepenuh masa sebagai promoter jualan di pusat beli belah semata-mata untuk meringankan beban keluarganya.Beliau adalah merupakan anak sulung dari dua orang adik-beradik.

       Bermula kerja dari tahun 2009 hingga 2011 , kini beliau sudah mempunyai simpanan yang cukup untuk menyambung belajar di samping merasakan situasi keluarganya sudah kembali stabil hingga membolehkannya belajar semula.Beliau tidak pernah mengeluh sepanjang bekerja 2 tahun di situ dan setiap kali saya bertanya khabarnya , beliau akan mengatakan rasa syukurnya ke hadrat Allah SWT kerana memberinya kekuatan untuk terus membantu keluarganya.

     Sejujurnya , saya kagum dengan ketabahan beliau.Sesuatu yang membuatkan saya sentiasa berfikir tentang beliau ialah walaupun kini beliau hanya dapat panggilan untuk menyambung pelajaran di Kolej Polytech MARA, tetapi tiada kekesalan yang dipamerkan pada wajahnya seakan-akan beliau benar-benar yakin yang rezeki Allah SWT itu ada di mana-mana...dan terpulanglah pada individu memilih untuk terus berusaha ataupun memilih untuk meratapi kekecewaan yang pernah muncul dalam hidup ini.

Soalan saya: Jika kalian berada di tempat beliau adakah kalian sanggup berkorban sepertimana beliau?Saya pun mengingatkan diri ini , marilah kita kembali berserah kepada Yang Maha Esa dalam setiap perlakuan kita.Tundukkan diri , luruskan hati , mendamba kasih Ilahi yang tidak pernah luput meskipun malam dan siang silih berganti.

Orang yang hebat adalah orang yang mampu melihat rahmat Allah SWT ketika dugaan hidup menimpa hidupnya , lalu dia berusaha untuk bangkit dengan apa cara sekalipun asalkan redha Allah SWT sentiasa menyusuli bersama-samanya.

Wednesday, December 21, 2011

Jalan Menuju Allah

Salam w.b.t
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Ingin saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapatlah kembali berkongsi rasa di teratak ini.Sungguh Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Kuasa kerana sentiasa memberi peluang dan ruang bagi setiap hambaNya untuk kembali ke pangkal jalan.Kenyataan yang perlu kita ketahui di sini ialah rahmat Allah SWT itu terlalu luas berbanding keadilan Allah SWT.Lantas ,seharusnya role model terbaik ikutan generasi pada hari ini ialah pesuruh Allah SWT , Rasulullah SAW agar manifestasi cinta seorang hamba terhadap Tuhannya dapat dirasakan sungguh indah melalui sifat dan perwatakan yang dimiliki oleh insan mulia ini, Rasulullah SAW.Doa saya semoga kita sentiasa thabat di jalan ini.InsyaAllah.

Di masa budi hancur punah
di waktu Islam hancur musnah
aku terkenang Nabi Muhammad SAW yang membawa hidayah
pahlawan agama yang gagah
pembawa undang-undang yang indah
pemimpin umat yang berjasa
handal pendekar lagi perkasa

Dengan ilmumu yang tajam
dapat memusnah musuh yang kejam
biar berjuta musuh memutih di bumi
namun undur di medan ini tidak sekali
aku mengaku engkaulah pesuruh Allah SWT yang tercinta
Ya Rasulullah , syafaatkanlah kami umatmu di akhirat yang datangnya pasti
agar tenang hati bila bertemu dengan Pencipta Teragung nanti
InsyaAllah

     Untuk entri kali ini, tajuknya berkisar pada "Jalan menuju Allah SWT itu adalah sebaik-baik jalan".Entri ini menjadi pilihan saya untuk dikongsi hari ini kerana ada satu kisah indah yang ingin saya skripkan kepada pembaca agar iktibar dapat diambil darinya.Juga mahu membawa kalian , sahabat-sahabat saya, dan para pembaca merenung semula tugas setiap dari kita dalam menuju jalan yang diredhai Allah SWT.Hal ini kerana dunia yang kita diami ini dan segala isinya hanya sementara cuma bertapak di bumi Pencipta Abadi , dan yang kekal itu adalah Dia....Allah SWT yang menciptakan segala makhluk di seluruh galaksi alam ini. 

     Maka adalah kita kini yang mungkin bergelar mahasiswa, mahasiswi , anak , ibu ayah , suami isteri seharusnya tahu dan memilih jalan kebahagiaan yang membawa kita kembali tunduk kepada Pencipta kita, Allah SWT.Adakah dengan sentiasa memilih jalan mudah menjelajahi hidup tanpa mengabdikan diri pada Rabbnya , mengukir kesenangan apabila memiliki kekayaan harta , dan mempunyai wawasan dunia hingga menguasai segala induk ternama untuk kekalkan kuasa tanpa memikirkan wawasan akhirat yang lagi mencabar untuk diharunginya...adakah ini dikatakan jalan kebahagiaan sebenar.Pujangga pernah berkata:

"Jika kita merasakan hidup ini susah untuk mengharunginya , maka adakah kita juga masih memilih untuk hidup susah apabila bertemu dengan Pencipta kita?"

     Sudah tentu tidak mahu kan?Sepertimana saya, saya yakin kalian juga pasti mempunyai sejarah rasa yang sama apabila Allah SWT menghadiahkan sesuatu yang merupakan rahmat pada pandanganNya, tetapi mungkin dirasakan musibah pada pandangan kita insan yang hina.Kita ini hanyalah hamba.Sedangkan hikmahnya dari ujian itu , Allah SWT ingin melihat kesabaran hambaNya yang amat dicintaiNya.Lantas berbekalkan amarah nafsu yang terbungkam dalam diri , jiwa ini mudah mengeluh dengan musibah yang melanda padahal jalan keluarnya sudah ada terbentang di hadapan.Tinggal kita..melihat keberadaan ujian ini suatu kesusahan ataupun rahmat untuk meraih redha Tuhan.
________________________________________

Marilah kita perhatikan kebahagiaan yang dialami oleh seorang wanita yang disebutkan dalam kisah pendek  berikut:

Seorang suami sedang bertengkar dengan isterinya lalu dia berkata: 
"Sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!"

Lalu dengan tenang isteri itu menjawab:
"Engkau tidak akan mampu."

Suaminya berang lantas mengatakan:
"Mengapa tidak ?"

Isteri itu pun menjawab:
"Jika kebahagiaan berada dalam harta , mungkin kau boleh mencegahnya dariku.Jika kebahagiaan berada dalam perhiasan , maka engkau dapat menahannya agar sampai kepadaku.Sebenarnya kebahagiaan itu bukan pada apa pun yang kau miliki atau yang dimiliki manusia lainnya.Sesungguhnya aku menemukan kebahagiaan dalam imanku.Imanku ada dalam hatiku dan hatiku tidak dapat dikuasai oleh sesiapapun melainkan oleh Tuhanku."

     Inilah yang disebutkan kebahagiaan yang sebenarnya , iaitu kebahagiaan iman.Tiada yang dapat merasakan kebahagiaan iman ini , kecuali oleh orang yang qalbunya telah dikuasai oleh cinta kepada Allah hingga masuk ke bahagiaan yang paling dalam dan begitu pula jiwa dan fikirannya.Pada hakikatnya yang memiliki kebahagiaan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa.Oleh itu , carilah kebahagiaan dengan taat kepadaNya.

    Sesungguhnya , satu-satunya jalan untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mengenal agama yang benar , iaitu agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW.Barangsiapa yang telah mengenal jalan ini, maka tidak menjadi masalah baginya jika harus tidur di pondok dengan berbantalkan debu , atau roti sebagai bekalannya, demi menjadi orang yang paling berbahagia di dunia.

     Adapun mereka yang menyimpang dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan, hartanya akan menjadi beban , amal perbuatannya akan merugikannya dan kesudahannya ia beroleh kehinaan dan kekecewaan.Memang benar kita memerlukan harta untuk hidup , tetapi itu tidak beerti kita harus hidup demi harta.Semoga kita sama-sama beroleh manfaat menerusi cerita ini.InsyaAllah.

Tuesday, December 20, 2011

Kewajipan Menuntut Ilmu Agama

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda.Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafaa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih-sayangNya dapatlah saya bertinta di teratak ini.Ya Allah teguhkanlah hati generasi kami, hati ibu bapa kami , sahabat-sahabat kami , dan umat Islam keseluruhannya agar sentiasa taat dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu.Biarpun saat ini banyak cerita yang telah mencoretkan torehan pada fatamorgana dada akhbar, percaya atau tidak ianya seakan-akan membuktikan bahawa fatalisme ini telah berjaya menyelinap masuk ke dalam diri manusia.

     Isu-isu hangat yang sering diperkatakan di laman sosial baru-baru ini iaitu isu berkenaan perkahwinan sesama jantina , isu pelajar yang menurunkan bendera YAB PM , murtad dan sebagainya jelas mencerminkan sahsiah kita yang sebenar sebagai seorang Muslim.Mahu tidak mahu kita perlu amik tahu bahawa kita adalah generasi yang lahir pada zaman ini di mana generasi ini menjadi habuan kuasa yang bertapak dari pelbagai sudut dunia.

     Mungkin ada yang bertanya perubahan yang macamana yang perlu dilakukan apabila situasi begini berlaku.?Seperti biasa peringatan saya, setiap daripada kita mempunyai saham di atas jatuh bangunnya umat Islam hari ini.Jadi seharusnya kita bermula dengan memperbaiki diri dan pada masa yang sama mengajak orang sekeliling kita ke arah kebaikan menuju mardhatilah Allah SWT.Pembaikan diri yang saya maksudkan di sini adalah kewajipan mempelajari ilmu agama secara praktikal dan bukan menerusi teorinya sahaja.Apabila tersematnya keimanan yang kukuh di dalam hati, nescaya anasir-anasir jahat ini mampu kita banteras sekerasnya.


______________________________________________

Dari Anas bin Malik r.a, katanya : Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.
(Ibnu Majjah)

        Hadis di atas ini mewajibkan tiap-tiap seorang Islam , lelaki mahupun perempuan perlulah mempelajari ilmu agama.Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardhu ain.

       Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya-Ulumuddin dan Imam Syafie dalam kitabnya Al-Risalah menerangkan bahawa : Telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui terlebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara-perkara yang hendak dilakukannya itu.Orang yang hendak berjual-beli wajib mempelajari hukum Allah SWT mengenainya...begitu juga bagi orang yang hendak menyewa , memberi sewa , mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah SWT mengenainya.

     Demikian juga bagi seseorang yang hendak menunaikan sembahyang wajib mempelajari hukum Allah SWT mengenai sembahyang.Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan.Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah SWT ini dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah SWT dengan 2 taat.Sesiapa yang sekadar tahu tetapi tidal beramal dengan ilmunya itu, maka ia telah mentaati Allah SWT dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.Sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak beramal sudah tentu ia menderhaka dengan 2 kederhakaan.

    Dikesempatan ini, saya juga mahu mengingatkan diri saya dan juga para pembaca , bahawa ilmu agama itu bukan sesuatu yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya.Sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :"Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan mempelajarinya dari guru."Maksud di sini, mempelajari ilmu itu bukan sekadar dari buku-buku , lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis , yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun..tetapi perlulah dirujuk dengan seorang guru pembimbing yang arif tentang hal itu.

     _________________________________________________

Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama berdasarkan hadis ke-21:
  1. Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi asas.
  2. Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.

* Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:

  • ayat-ayat al-Quran yang terang nyata dan tidak dimansuhkan hukumnya.
  • Sunnah atau Hadis Rasulullah SAW yang meliputi perkataannya , perbuatannya , dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).
  • Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya ,yang diputuskan dengan jalan "ijma"(kata sepakat alim ulama) , atau dengan jalan "Qiyas"(bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya)
*Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:
  • Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak, ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan , ilmu kemasyarakatan , pembangunan , perniagaan , perindustrian , pertanian dan sebagainya yang tidak bertentangan dengan syarak.



     Sesunguhnya perlulah kita amik pengajaran dari setiap kejadian yang telah berlaku di serata muka bumi ini dengan memikirkan hikmah disebalik terjadinya perkara tersebut.Jangan dilengahkan pengajaran dan perubahan diri ke arah kebaikan kerana masa kembalinya kita kepada Tuhan tidak kita tahu ..bahkan di mana , jam berapa pun tidak mampu untuk kita bongkar.Seharusnya kita dalam waktu ini perlulah mendalami ilmu agama dengan semampunya agar ketakwaan dan lembaran keimanan mampu kita akarkan di dalam hati kita.Mahu tidak mahu, cara ini adalah petua yang penulis rasakan sangat perlu diutamakan dalam pembinaan jati diri sebenar seorang muslim itu sendiri.Percayalah bila kita sudah berhubung baik dengan Allah SWT , maka secara tidak langsung hubungan kita dengan makhluk Allah SWT yang lain dapat dilestarikan dengan sebaiknya yang mampu mengundang redha dariNya.InsyaAllah.

Saturday, December 17, 2011

Iktibar Perang Badar

Salam w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam sentiasa melaksanakan ketaatan kepadaMu Ya Allah.Bantulah kami dalam mengharap dan mendamba cinta hanya kepadaMu Ya Allah, kepada pesuruhMu(Rasulullah SAW), dan para anbia.Tuntunlah jalan kami ke arah keredhaanMu agar kami ini sedar tanggungjawab kami sebagai hamba yang diciptakan ke dunia ini. Ya Allah , berilah kami kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi perjuangan ini.Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapatlah saya kembali bertinta di teratak ini.Ya Allah, maafkanlah segala kekhilafan kami Ya Allah.

    Untuk entri kali ini...saya ingin sekali berkongsi cerita sejarah perang pertama umat Islam yang telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2H.Saya tahu , mungkin ada di antara kita yang sudah tahu cerita ini, tetapi saya ingin kita ingat kembali sejarah ini dan ambil iktibar daripada peperangan ini.Ibarat sekuntum bunga yang mentaati titah TuhanNya, seperti itulah boleh digambarkan sifat umat Islam ketika itu(seramai 313 orang) yang patuh kepada pesuruh Allah yang bersama-sama Baginda menyertai Perang Badar.Situasi yang benar-benar mencabar kepada umat Islam terutamanya kerana ketika itu Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah SAW tuntutan berpuasa pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan.

      Sebenarnya peperangan itu bukan dirancang dari awal kerana tujuan Nabi Muhammad bersama pasukannya keluar dari Madinah adalah bagi mencegah kafilah dagang Quraisy yang menceroboh ke dalam kawasan Madinah.Madinah sebenarnya terletak di antara Mekah dengan Syam.Kerana itu apabila kafilah dagang Quraisy hendak pergi ke Sham, mereka akan melalui jalan berhampiran dengan Madinah.Begitu juga dengan perjalanan kafilah itu ke Mekah adalah melalui jalan yang sama.

     Saya akan cuba menceritakan secara ringkas peristiwa yang berlaku dalam setiap bab.Biar rasa lebih bersemangat. Saya juga mengakui saya ini hanyalah merupakan seorang wanita. Suatu ketika , saya ingat lagi yang saya pernah ditegur oleh seorang pemuda ...katanya jangan nak kata lebih sangat kerana yang banyak berjuang dalam lapangan dakwah ini adalah lelaki dan bukan wanita.Errmm...sejujurnya saya sangat tak faham mengapa dia mengatakan sebegitu sedangkan tidakkah dia sedar yang melahirkannya juga adalah seorang wanita. Tidakkah kau sedar wahai adam, kami wanita ini juga mempunyai perasaan.Kami tahu kami tak sekuat kalian...kerana tenaga seorang lelaki itu adalah 2 kali ganda kekuatan wanita.Tetapi perlunya kau tahu adam, tanpa kami , mungkin perjalanan kau mengharungi dugaan dan mehnah dakwah ini tak akan menemui kejayaan kerana kau perlukan seseorang wanita yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada kau.Orang itu adalah ibu kau sendiri, isteri kau dan barangkali boleh juga anak-anak kau.Tak perlulah terlalu ego kerana sejarah mencatatkan ramai wanita terbilang di zaman Nabi Muhammad SAW yang pernah berjuang bersama-sama tentera Islam dan membantu penyebaran Islam.Mereka itu antaranya: Siti Khadijah, Aisyah , Siti Fatimah , Zainab , Rabiaatul Adawiyah , Ummu Imarah ,Khaulah Al-Azwar , Sumayyah binti Khutbah, Ummu Ruman binti Amir , Umamah binti Abi Al-Ash, Ummu Ayub Al-Anshariyah, Asma binti Umais dan banyak lagi.

     Ok...cukuplah untuk bebelan itu.Saya tak marah cuma saya terasa sikit.Yang pentingnya, setiap dari kita memang diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan.Terimalah seadanya pemberian Tuhan ini agar dapat sama-sama lengkap melengkapi.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah dia menghadapinya dengan baik atau diam.Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk, dan yang paling bengkok ialah yang sebelah atas.Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah.Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok.Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."

(Riwayat Muslim)
____________________________________________________

1)Madinah Kota Kasih Sayang
Sebelum kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah kabilah Bani Aus dan Khazraj sentiasa bergaduh.Selain kabilah Bani Aus dan Khazraj yang tinggal di Madinah, terdapat juga kabilah lain yang turut tinggal di sana.Mereka adalah berketurunan Yahudi dari Bani Qainuqa , Bani Nadhir , dan Bani Quraizah. Al-Barra yang merupakan ketua Bani Khazraj mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW dan pengikutnya Muhajirin ke Madinah. Al-Barra mengimbau kembali bagaimana tertariknya beliau dengan kepimpinan Rasulullah SAW.Menurut al-Barra, ketika beliau bersama rombongan dari Madinah menunaikan ibadah haji di Mekah , Rasulullah SAW bersama Abu Bakar as-Siddiq datang menemui mereka lalu membacakan ayat-ayat Quran hingga Barra dan pengikutnya terpesona mendengarnya.Lalu Barra berkata kepada pengikutnya:

"Orang Yahudi selalu berkata , dalam kitab mereka ada mengatakan akan diutus seorang nabi.Saya yakin inilah nabi yang dimaksudkan itu.Lebih baik kita ikut nabi sebelum ada kaum yang lain mendahului kita."

      Orang yahudi di Madinah mengetahui kedatangan Rasulullah SAW dan pengikutnya ke Madinah.Mereka turut gembira kerana mereka berharap dengan hadirnya Rasulullah SAW beserta pengikutnya ke Madinah akan membantu menyelesaikan pergaduhan antara kaum Bani Aus dan Bani Khazraj.Hal ini kerana orang Yahudi  dan yahudi(Bani Qainuqa) yang merupakan ahli perniagaan terkenal di pasar Qainuqa merasakan perniagaan mereka sedikit terganggu disebabkan pergaduhan yang sentiasa tercetus di antara kaum Bani Aus dan kaum Bani Khazraj.Mereka berharap dengan kedatangan Rasulullah SAW dapatlah mengembalikan keharmonian kedua-dua pihak agar perniagaan mereka berjalan lancar.

      Penghijarahan Rasulullah SAW dan pengikutnya ke Madinah disambut dengan rasa gembira oleh penduduk Madinah. Sesampainya mereka di sana, tindakan pertama Rasulullah SAW adalah membina masjid Nabawi bersama-sama penduduk Madinah.Masjid Nabawi ini adalah merupakan masjid kedua selepas masjid pertama (Masjid Quba') yang Rasulullah SAW bina bersama penduduk Bani Amer sebelum berhijrah ke Madinah. Tindakan kedua yang dilakukan Rasulullah SAW adalah dengan mempersaudarakan 45 orang Muhajirin dengan 45 orang Ansar.Tindakan seterusnya , Rasulullah SAW membuat Piagam Madinah.Berikut adalah isi kandungannya:
  1. Penduduk Madinah hidup aman damai dan tidak boleh lagi bersengketa.
  2. Orang Islam sendiri akan menghukum sekiranya keluarganya berbuat salah , zalim dan sebagainya.Kemudian mereka bersama melaksanakan hukuman itu walau pada keluarga sendiri.
  3. Orang bukan Islam Madinah berhak melindungi harta mereka tetapi sekiranya mereka melakukan kesalahan , mereka tidak menghalang kaum Muslimin bertindak balas ke astas mereka.
  4. Orang Islam dan bukan Islam tidak boleh melindungi pesalah.
  5. Orang Yahudi dan Islam bersama membiayai perang.
  6. Penduduk Madinah bersatu menentang musuh yang menyerang Madinah.


2)Api Dalam Sekam
Seperti yang diberitahu, Pasar Qainuqa dikuasai oleh peniaga Yahudi.Tempat ini menjadi pusat ekonomi orang Yahudi.Sejak dahulu belum pernah ada orang Arab berniaga di sini.Sebelum ini, kaum Bani Aus dan Bani Khazraj pernah berniaga di situ, tetapi tidak bertahan lama kerana mengalami kerugian.Situasi berlainan pula yang berlaku apabila beberapa orang Muhajirin berniaga di situ.Ketua yahudi, Abdullah bin Ubai pada mulanya membenarkan orang Muhajirin ini berniaga kerana dia yakin mereka akan rugi sepertimana yang berlaku pada kaum Bani Aus dan Khazraj , tetapi sebaliknya keuntungan menyebelahi peniaga Muhajirin. Peniaga Muhajirin itu adalah Abdul Rahman bin Auf , Abu Bakar as-Siddiq , Zubair bin Awwam dan Uthman bin Affan.Perniagaan mereka menjadi tumpuan kerana mereka pandai memikat hati pelanggan, sentiasa berlaku jujur dan harga barangan mereka jauh lebih berpatutan berbanding peniaga Yahudi.

      Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Sa'ad bin al-Rabi' dengan Abdul Rahman bin Auf. Apabila berlakunya ketidakpuashatian antara orang yahudi dengan peniaga Muhajirin ini, Sa'a bin al-Rabi' telah dipersalahkan kerana beliaulah yang membawa Abdul Rahman bin Auf , Abu Bakar as-Siddiq ,Zubair bin Awwam dan Uthman bin Affan berniaga ke pasar Qainuqa.
  
      Dalam kalangan orang yahudi Madinah, ada seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Salam yang sangat mereka hormati.Beliau juga merupakan seorang pendeta yahudi yang berpegang teguh pada agama nenek moyangnya.Kitab Taurat juga sering dibacanya.Pada masa yang sama beliau ingin sangat berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu menyatakan keIslamannya.Hal ini diketahui oleh Abdullah bin Ubai dan membuatkan dia merasa sangat marah.Lantas Abdullah bin Ubai terus membuat helah dengan mahu menyatakan keIslamannya kepada Nabi Muhammad SAW bagi menyelamatkan  dirinya dan kaum yahudi di Madinah..juga kerana dengan berpura-pura menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, dia dapat tahu apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad kepada yahudi.Bukan itu sahaja, Abdullah bin Ubai juga menjadi pengintip bagi kafilah Quraisy di bawah pimpinan Abu Jahal di Mekah.

3)Bermula Sengketa
Nabi Muhammad SAW bercadang membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah yang berada disepanjang laluan Mekah ke Syam kerana Baginda yakin kafilah dagang Quraisy Mekah pasti akan melalui wilayah itu setiap kali ke Syam.

      Amru al-Ash diamanahkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk memujuk kabilah Juhainah yang mendiami kawasan laluan Mekah dan Syam.Ternyata pelawaan Amru untuk menghulurkan tali persahabatan diterima oleh wakil kabilah Junainah iaitu al-Zumar.Selain itu, perjanjian persahabatan juga dihulurkan kepada kabilah Bani Dhamrah dan diterima dengan baik oleh ketua Bani Dhamrah.

     Tidak lama kemudian, pencerobohan kafilah Quraisy ke dalam kawasan larangan itu dikesan oleh pasukan peronda Madinah lalu dilaporkan terus kepada Nabi Muhammad SAW.Baginda memerintahkan Hamzah bin Abdul Talib bersama 30 orang keluar bagi menghalang pencerobohan wilayah Madinah olah kafilah dagang Quraisy di bawah pimpinan Abu Jahal iaitu seramai 300 orang.Akhirnya mereka bertemu di al-Is , suatu tempat yang terletak di antara Yanba dan Marwah tetapi peperangan tidak tercetus.

     Pada 1 Syawal 1 Hijrah, sekali lagi Nabi Muhammad SAW menerima berita bahawa Abu Sufian bersama 2oo orang kafilah dagang Quraisy Mekah akan pergi ke Syam dengan melalui wilayah Madinah.Selepas mendapat tahu perkara itu , Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah pasukan bagi menghalang kafilah dagang itu.Seramai 60 orang Muhajirin menyatakan kesanggupan menyertai pasukan itu di bawah pimpinan Ubaidah.Ketika ini juga tiada sebarang pertempuran berlaku kerana orang Quraisy berasa gentar dengan kehebatan pemanah pengikut Nabi Muhammad SAW.

4)Di Ambang Peperangan
Kisah perjanjian yang termetri antara Nabi Muhammad SAW dengan Bani Junainah dan Bani Dhamrah diketahui oleh Abu Jahal(Abdul Hakam) dan menaikan kemarahannya , Abu Lahab(Abdul Uzza) dan pengikutnya yang lain.Tetapi hal yang berlaku lain pula pada Abbas.Abbas sememangnya menyayangi anak saudaranya itu , namun setelah Nabi Muhammad SAW mengaku menjadi pesuruh Allah SWT, Abbas terus memendam dendam kepada Baginda.

      Abu Lahab(juga merupakan bapa saudara Nabi , seorang yang kaya) memberi cadangan kepada orang Quraisy untuk membuat huru hara di Madinah dengan musnahkan tanaman orang Islam dan musnahkan kandang haiwan kepunyaan orang Yahudi agar berlaku persengketaan antara orang yahudi dengan orang Nabi Muhammad SAW. Abu Lahab begitu yakin sekiranya persengketaan ini berlaku, maka Nabi Muhammad SAW pasti tidak akan mengganggu kafilahnya yang melalui sempadan Madinah untuk menuju ke Syam.Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Perancangan itu gagal kerana Nabi Muhammad SAW berjaya mendamaikan mereka.

      Abu Sufian yang merupakan pemimpin Quraisy yang berpengaruh sekali lagi ingin mencabar Nabi Muhammad SAW dengan sengaja memilih jalan melalui wilayah Madinah untuk ke Syam kerana mahu menunjukkan kekuatan mereka kepada Rasulullah SAW.Apabila hal itu diketahui oleh Nabi Muhammad SAW, Baginda segera membentuk satu pasukan bagi menghalang pencerobohan itu.Akhirnya terbentuk sebuah pasukan yang mempunyai 200 orang.Mereka mengenderai 30 ekor unta yang dinaiki secara bergilir-gilir.

      Abdullah bin Ubai yang merupakan pengintip bagi pihak Quraisy Mekah memberitahu Abu Sufian berita bahawa Nabi Muhammad SAW bersama pengikutnya sudah menunggu di sempadan Madinah untuk  merompak barang dagangan mereka.Abdullah bin Ubai sengaja memberitahu kepada Abu Sufian bahawa pasukan tentera Nabi Muhammad SAW adalah 3 kali ganda pasukan tentera Abu Sufian kerana mahu mengelakkan pertempuran sesama mereka walaupun hakikatnya tentera Abu Sufian lebih ramai daripada tentera Islam iaitu seramai 1000 orang.

     Nabi Muhammad SAW pun meninggalkan tempat itu apabila tidak melihat kafilah Quraisy Mekah melalui kawasan itu.Dalam perjalanan pulang ke Madinah , Nabi Muhammad SAW sempat singgah di perkampungan Bani Mudlij bagi menyampaikan dakwah dan mengajak mereka mengikat perjanjian.

5)Peristiwa di Naklah
Saat ini muncul pula isu arah kiblat.Orang yahudi mempersendakan orang Islam kerana bersembahyang menghadap ke arah Baitulmuqaddis.Maka turun ayat Quran surah al-Baqarah ayat 143.Selepas turun ayat itu ,Nabi Muhammad SAW menyuruh para pengikutnya bersembahyang menghadap ke arah Baitullah atau Kaabah di Masjidil Haram.

      Pada bulan Rejab tahun ke-2 Hijrah , Nabi Muhammad SAW membentuk pasukan bersenjata yang ditugaskan menjaga keselamatan negara dan orang ramai.Baginda juga membentuk pasukan peninjau bagi mengintip pergerakan musuh.Pasukan peninjau terdiri daripada 12 orang.Mereka itu adalah Abdullah Jahsyi , Saad bin Abi Waqas , Uthbah bin Ghazwan , Umar al-Khattab, Waqiq bin Abdullah Tamimi, Hamzah, Ammar bin Yassir. Mereka juga dibekalkan dengan 6 ekor unta bagi dijadikan tunggangan.Selepas isyak, 12 peninjau itu dihantar ke luar Madinah secara rahsia.

     Nabi Muhammad SAW memberi amanat kepada Abdullah bin Jahsyi al-Asadi dan pasukannya.Baginda memberikan sepucuk surat kepada Abdullah bin Jahsyi dengan pesanan surat itu hanya boleh dibuka selepas 2 hari perjalanan ke luar Madinah.Setelah 2 hari, Abdullah Jahsyi membuka surat pemberian Nabi Muhammad SAW itu.Kandungan surat itu:

"Selepas membaca surat ini maka segeralah kamu menuju ke Naklah yang terletak di antara Mekah dengan Taif.Intiplah pergerakan kaum Quraisy.Kemudia segera laporkan kepada saya."

     Kebetulan pada masa yang sama satu kafilah dagang Quraisy Mekah yang dipimpin oleh Amru bin Hadhrami sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Mekah.Orang Quraisy Mekah merampas seekor unta milik Uthbah dan Saad lalu mereka ini ditawan.Ukasyah(pengikut Amru) memaksa Uthbah dan Saad memberitahu tujuan sebenar mereka ke situ.Namun Uthbah dan Saad berdiam kerana ingin menjaga rahsia.Ukasyah mencukur rambut di kepalanya tanda bersedia pergi berperang.Abdullah bin Jahsyi berasa serba salah kerana jika dibiarkan tindakan Ukasyah itu, mereka pasti dapat sampai ke Mekah dengan selamat sementara jika berperang adalah tidak dibolehkan kerana bulan itu adalah bulan yang diharamkan berperang.

      Waqiq yang ternampak Uthbah diseksa oleh Amru segera melepaskan anak panah tepat mengenai Amru.Maka terjadi pertarungan antara mereka dan Amru terbunuh.Kafilah Quraisy Mekah yang lain segera melarikan diri ke Mekah dan meninggalkan banyak barangan dagangan.

     Abdullah Jahsyi merasa bersalah dan meminta maaf kepada Nabi Muhammad SAW kerana telah mencetuskan peperangan dalam bulan haram dan sanggup menerima hukuman daripada perbuatannya. Tetapi dengan turunnya ayat Quran dari surah al-Baqarah ayat 217 umat Islam Madinah kembali bersatu.



6)Menuju Medan Jihad
Nabi Muhammad SAW mendapat tahu bahawa kafilah dagang Quraisy berjaya meloloskan diri ke Syam. Lalu Baginda mengarahkan Thalhah bin Ubaidillah dan Saad bin Zaid pergi ke utara bagi mendapatkan maklumat tentang kafilah dagang Quraisy itu.Thalhah meminjam kuda Zubair manakala Saad meminjam kuda Miqdad.

     Sesampainya Saad dan Thalhah di Al-Haura ,mereka menyamar menjadi pengembara Khurasan apabila berjumpa dengan kafilah dagang Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufian.Akhirnya Saad dan Thalhah kembali ke Madinah untuk memberitahu Nabi Muhammad SAW bahawa kafilah Quraisy itu sedang dalam perjalanan merentasi wilayah Madinah untuk kembali ke Mekah.Kafilah Quraisy membawa 1000 ekor unta yang sarat membawa makanan dan senjata sebagai persediaan berperang dengan tentera Nabi Muhammad SAW.

     Nabi Muhammad SAW  memberi tanggungjawab membentuk pasukan menghadapi kafilah Quraisy kepada Ali bin Abi Talib.Ali memberitahu Nabi Muhammad SAW bahawa jumlah yang mahu menyertai misi kali ini hanyalah seramai 313 orang sahaja.Bani Aus seramai 61 orang, Bani Khazraj seramai 170 orang dan orang Muhajirin seramai 82 orang.Nabi Muhammad SAW berpuas hati dengan jumlah itu.Selain itu, tentera Islam membawa 70 ekor unta dan 2 ekor kuda yang dinaiki secara bergilir-gilir.Ramai antara mereka yang cuma bersenjatakan pelepah kurma.

     Dalam 313 orang itu, 8 orang tidak dibenarkan turut serta kerana sebab-sebab tertentu.Mereka itu antaranya Uthman Affan yang terpaksa pulang semula ke Madinah kerana perlu menjaga isterinya yang sedang sakit.Jadi bilangan 313 itu berkurang menjadi 305 orang yang menuju ke Badar.

    Abu Sufian mengetahui rancangan Nabi Muhammad SAW beserta pengikutnya yang sedang mengawal sempadan Madinah lalu Abu Sufian mengambil keputusan untuk kembali ke Mekah dengan melalui jalan di persisiran pantai.Sesampainya Abu Sufian sampai ke Mekah bersama pengikutnya dan barang dagangannya , dia diberitahu bahawa Abu Jahal serta pasukan tenteranya telah keluar Mekah untuk menyelamatkan kafilah dagang itu.Abu Sufian menulis surat kepada Abu Jahal dan mengarahkan Abu Jahal pulang ke Mekah kerana kafilah dagang mereka telah selamat sampai ke Mekah.Abu Jahal berkeras juga mahu meneruskan perjalanan ke Badar menemui Nabi Muhammad SAW untuk menunjukkan kehebatan mereka.

     Keesokan harinya, Ali bin Abi Thalib , Zubair bin Awwam dan Saad bin Abi Waqas yang ditugaskan memantau kawasan sekitar membuat rondaan di seitar kawasan Badar.Tiba-tiba mereka terserempak dengan 2 lelaki yang sedang memimpin seekor yang membawa bebanan.Ali, Zubair dan Saad segera mendapatkan lelaki itu.Rupa-rupanya mereka itu adalah milik tentera Quraisy yang dipaksa mencari minuman.Melalui cerita lelaki itu, tentera Quraisy berada di balik bukit pasir , mereka memakai baju besi dan membawa tunggangan unta dan kuda.Tentera Quraisy itu datang untuk memerangi tentera Islam.Pemimpin Quraisy yang menyertai adalah seperti : Uthbah bin Rabia'h, Abu Bakhtar bin Hisyam, Hakim bin Hizam, Naufgal bin Khuwailid , Harith bin Amer , Thaimah bin Ady , Nadher bin Harith , Zum'ah bin Aswad , Amer bin Hisyam , dan Umaiyah bin Khalaf.

      Suasana menjadi sepi seketika memikirkan saat genting itu.Tujuan Nabi Muhammad SAW sebenarnya adalah untuk menghalang kafilah dagang Quraisy yang menceroboh kawasan Madinah, tetapi sekarang mereka sedang berhadapan dengan tentera Quraisy yang lebih ramai bilangannya serta lengkap dengan senjata.

7)Mimpi Atiqah
Atiqah binti Abdul Muthalib bermimpi melihat seorang lelaki datang ke kota Mekah menaiki seekor unta yang besar.Kemudian berhenti di kawasan lapang di tengah kota Mekah lalu berteriak dengan suara yang sangat kuat:"Wahai kaum Quraisy , kamu akan berangkat ke tempat kematian dalam masa 3 hari lagi."

     Keesokan harinya, angkatan perang Mekah berkumpul di hadapan Kaabah.Jumlah mereka 1300 orang , 600 orang antara mereka memakai baju besi dan 200 orang tentera berkuda.Setelah cukup semua kelengkapan perang, mereka menuju ke Madinah.


8)Perang Badar
Pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah/17 Mac 624 Masihi, Nabi Muhammad SAW menyuruh pasukannya berpindah ke kawasan yang dekat dengan punca air.Tujuannya adalah untuk menguasai kawasan air itu agar musuh tidak mendahului mereka.Di sana mereka membina takungan air bersih bagi membolehkan pasukan mereka menggunakannya.Ini akan merugikan pihak musuh kerana mereka tiada air untuk diminum ketika kehausan.

      Bagi tentera Abu Jahal pula, dia menghantar Umair untuk memantau tentera Nabi Muhammad SAW.Ternyata Abu Jahal begitu yakin bahawa dia akan menang dalam peperangan ini.Abu Jahal mencabar Uthbah bin Rabia'ah kerana dia mahu berundur dari menyertai peperangan bagi pihak Quraisy.Uthbah melakukan sedemikian kerana dia tidak mahu berperang dengan anak kesayangannya sendiri iaitu Huzaifah yang telah menyertai tentera Islam.Orang ramai mentertawakan Uthbah , lalu Uthbah membatalkan hasratnya itu dan memutuskan untuk berperang.

     Nabi Muhammad SAW menyusun tenteranya untuk berperang.Mereka yang mahir bersenjata diletakkan di bahagian hadapan dalam 3 barisan.Mereka yang lain yang bersenjatakan pedang dan lain-lain berada di barisan belakang pemanah.Unta-unta pula diletakkan di barisan paling belakang kerana mereka lebih suka berperang dengan berjalan kaki.

     Nabi Muhammad SAW juga berpesan kepada pasukan pemanah:

"Selepas kamu dapati jumlah musuh sudah ramai menyerbu ke arah kamu, lepaskanlah anak panah kepada mereka.Jangan terburu-buru melepaskan anak panah kecuali benar-benar diyakini mengenai sasarannya.Saya berpesan kepada mereka yang bersenjatakan pedang , jangan terburu-buru menghunus pedang kecuali musuh benar-benar menghampiri kamu."

      Baginda juga mengingatkan tenteranya sekiranya menjumpai Abu al-Bakhtari bin Hisyam dan Al-Abbas bin Abdul Mutalib, jangan membunhnya kerana mereka telah dipaksa ikut berperang.Al-Aswad bin Abdul Asad yang telah bersumpah akan memusnahkan takungan air milik tentera Islam segera mencabar Hamzah untuk menikam badannya yang memakai baju besi.Akhirnya Al-Aswad ini tumpas di tangan Hamzah dan pasukan tentera Islam bertakbir serta menyebut nama Allah.

      Melihat keadaan itu, Abu Jahal terlalu marah lalu mara ke arah tentera Islam.Pada mulanya Uthbah bin Rabiah telah bersetuju untuk berlawan 1 lawan 1 dengan tentera Islam.Namun , anaknya al-Walid bin Uthbah tidak sampai hati melihat ayahnya berlawan seorang dan akhirnya Uthbah ditemani al-Walid dan Syaibah bin Rabiah.

     3 pahlawan Quraisy itu mencabar orang Islam keluar bagi bertanding 1 lawan 1 dengan mereka.Maka cabaran itu segera disambut oleh 3 orang pemuda Ansar iaitu Auf bin Al-Harith , Muawwids bin al-Harits dan Abdullah bin Rawahah.Tetapi 3 pahlawan Quraisy mengatakan bahawa mereka ber3 bukanlah tandingan mereka.Lalu Nabi Muhammad SAW memilih Ubaidah al-Harith, Hamzah bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abi Talib.

     Ketiga-tiga pahlawan Quraisy itu tumpas di tangan pasukan tentera Islam.Al-Walid telah dibunuh oleh Ali bin Abi Talib manakala adiknya Syaibah telah ditumpaskan di tangan Hamzah sementara Uthbah tewas di tangan Ubaidah.Ketika itu, Allah telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW:

"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu dengan menghantar 1000 malaikat yang datang berterusan."
(Surah al-Anfal:12)

Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat:

"TuhanMu mewahyukan kepada malaikat , sesungguhnya aku menyertai kamu , maka tetapkanlah hati orang yang beriman.Aku akan mengisi hati orang kafir itu dengan rasa gerun.Oleh itu, pancunglah leher mereka dan potonglah tiap-tiap anggota mereka ketika bertempur.
(surah al-Anfal:12)

     Memang betul bantuan Malaikat datang membantu menumpaskan musuh Allah. Hinggakan sebahagian pasukan Islam pelik kerana belum sempat dia memancung leher musuh, kelihatan leher itu terputus sendiri seakan-akan ada makhluk halus yang memancung leher itu.Ternyata kebenaran yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW berkenaan bantuan Malikat itu menyemarakkan lagi semangat pasukan Islam menumpaskan musuhnya.

      Tiba-tiba, seorang tentera Quraisy berteriak dengan menyebut nama Nabi Muhammad SAW untuk dibunuh. Nabi Muhammad SAW terus tunduk lalu mengambil segenggam pasir lalu melemparkannya ke arah musuh yang mahu membunuhnya.Dengan izin Allah mata tentera Quraisy yang terkena pasir itu menjadi buta.

      Siri pembunuhan ini juga memperlihatkan Umaiyah bin Khallaf yang tumpas di tangan hambanya dahulu iaitu Bilal bin Rabah.Abu Jahal akhirnya tumpas di tangan Abdullah bin Mas'ud lalu kepalanya di bawa menghadap Rasulullah SAW.Sebelum Abu Jahal mati, dia sempat diseksa oleh 2 orang remaja Ansar iaitu Muaz(14 tahun) dan Muawwaiz(13 tahun) yang bercita-cita untuk membunuh Abu Jahal dan mati syahid.Muaz cedera parah manakala Muawwaiz telah syahid semasa mahu mengalahkan musuh Allah SWT.Akhirnya pasukan tentera Islam telah mencapai kemenangan dalam perang Badar.Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!!.

Kesimpulannya..jagalah hubungan dengan Allah SWT, pasti Allah SWT akan menjaga kita.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails