Tuesday, November 30, 2010

Pedoman anekdot terdahulu


Salam w.b.t


     Pagi tadi aku pergi menziarahi sepupuku di kampung peserai.Tujuan aku ke sana adalah untuk melihat anaknya yang baru lahir , Alhamdulillah anaknya selamat dan comel.Bila tengok muka bayi tu , tiba-tiba tergerak nak tanya apa nama bayi lelaki tu.Namanya indah iaitu Muhammad Irfan.Sekarang ni kan musim cuti, jadi ramailah saudara-saudaraku yang sudah berumahtangga melahirkan anak...sungguh gembira hatiku, yelah apa taknya makin bertambahlah bilangan ahli keluarga besar kami.Hehehe...

     Bila kita cakap-cakap pasal bayi yang baru lahir ni , sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap ibu bapa dan salah satunya bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak itu.Seperti kain putih yang dibeli di kedai , kita diberi pilihan samaada nak mewarnainya dengan warna kegelapan mahupun warna yang terang dan sedap mata memandang.


Jika kita lihat pada firman Allah:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu".
(Surah al-Dhariyat 51:56)
melalui ayat ini sudah cukup membuatkan kita sedar tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak untuk  mengabdikan diri kepada Penciptanya adalah amat-amat penting.Ibu bapa perlulah memberi kefahaman kepada anak-anak denagn memberitahunnya bahawa manusia diciptakan untuk 2 tujuan yang sangat besar iaitu sebagai seorang anak dan khalifah di bumi Allah.Bukan untuk asyik bermain, membuang masa, membuat sesuka hati dan sebagainya.Kehidupan itu bukan hanya untuk makan , bermain dan tidur sahaja.

      Suka untukku ketengahkan beberapa anekdot terdahulu yang mana jelas membuktikan kepada kita bahawa adanya sejarah hebat kanak-kanak pada zaman para sahabat terdahulu.Mereka bukan sahaja menjadi anak-anak genius, malah beraklak mulia.Walaupun masih muda, kebanyakan mereka mampu berfikir seperti orang dewasa dan berani dalam melontarkan hujah sendiri.

Mari renungi bebrapa anekdot yang dipaparkan dalam sejarah Islam:

1)Abdullah bin Zubair
-Suatu ketika Amirul Mukminin Sayidina Umar melalui sebuah jalan di kota Madinah.Beliau bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.Apabila mereka melihat Saiyidina Umar datang, mereka semua lari kerana gentar dengan Umar.Namun Abdullah bin Zubair berdiri tetap di situ dan tidak lari dari Sayidina Umar.
- "Mengapa engkau tidak ikut lari seperti mereka?"tanya Umar."Mengapa mesti lari , sedangkan saya tidak bersalah.Dan jalan ini tidak sempit, tidak perlulah saya lapangkan untuk laluan tuan,"jawab Abdullah.Jawapannya jelas menampakkan Abdullah seorang kanak-kanak yang berani dan bijak.

2)Anak lelaki khalifah Umar bin Abdul Aziz.
- Pada hari raya, di paginya , anak Umar mengenakan pakaian lama, tidak seperti kanak-kanak yanng memakai pakaian baru.Si ayah melihat tingkahlaku anaknya dan menangis.
- "Mengapakah ayah menangis?"tanya anaknya."Anakku , ayah khuatir jika hatimu hancur luluh ketika kanak-kanak lain melihat kamu memakai pakaian lama ini."Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya tidak akan hancur hati kecuali hati orang yang tidak mendapatkan keredhaan Allah atau menderhaka kepada kedua ibu bapanya.Dan saya sangat mengharapkan keredhaan Allah dan keredhaanmu,"jawab si anak.

#Jelas kan dapat kita lihat di sini, bertapa bagusnya keperibadian yang dimiliki anak-anak ini sejak kecil hasil didikan agama yang diserap dalam diri mereka.Jika soalan begitu ditanya kepada anak-anak sekarang, entah apa jawapannya.Bila ditanya dah besar nak jadi apa?Adalah sesetengahnya yang kata nak jadi Ultraman, Power Rangers dan macam-macam lagi yang boleh kita lihat pengaruh barat telah berjaya  mempengaruhi hampir seluruh jiwa mereka.Takutkan/?

Oleh itu:
a) Ibu bapa perlulah memberi penjelasan kepada anak-anak, sebagai hamba Allah mereka perlu melakukan segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala laranganNya.
-Sebagai contoh mengapa perlu solat dan apa kepentingannya kepada diri anak.Ibu bapa boleh memberitahu bahawa solat itu sebagai tanda kita ingat kepada Allah.Tidak solat bermakna tidak ingat Allah.Allah S.W.T telah memberikan banyak nikmat kepada kita dan salah satu cara kita bersyukur kepadaNya adalah dengan sentiasa mengingatiNya.

b) Ibu bapa menekankan dalam diri anak-anak pentingnya belajar bersungguh-sungguh.
- Mereka tidak boleh mengabaikan setiap ilmu yang telah dipelajari.Setiap ilmu yang diajar penting untuk dimanfaatkan di kemudian hari.

c) Ibu bapa mengisi masa lapang anak dengan nasihat, cerita -cerita kegemilangan Islam dan ceramah keagamaan serta macam-macam lagi.
- Ini dapat mengelakkan anak-anak terdedah dengan benda sia-sia seperti terlalu leka bermain komputer dan leka bermain bersama rakan hinggakan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka.

d)Ibu bapa memberitahu kepada anak-anak tugas sebagai khalifah.
- Fahamkan kepada anak-anak tugas sebagai khalifah Allah adalah penting.Bukan sekadar tanggungjawab sesama manusia, malah kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan  dan apa jua kehidupan di muka bumi ini. Bermaksud anak-anak perlu memberi sebanyak-banyak kebaikan kepada diri, masyarakat,  dan alam sekeliling.
- Bagaimana?Misalnya, menggalakkan mereka memberi salam kepada rakan-rakan sekeliling.Menjaga alam sekitar juga dapat dipraktikkan dengan tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga kebersihan rumah.Dari segi hubungan dengan haiwan seperti tidak mendera , memukul dan menganiaya binatang.

e)Memberitahu anak-anak bahawa segala yang mereka lakukan akan di tanyakan kembali oleh Allah.
Jika bertembung dengan sesuatu masalah sama ada dengan kawan-kawan atau orang lain, keputusan yang diambil mestilah berpandukan dan mengikut syariat Allah S.W.T. Hasilnya ini akan memberikan kebaikan kepada diri dan orang lain, dan bukannya menyusahkan dan merosakkan hubungnan dengan orang lain.

Sebuah hadis Rasulullah S.A.W, dimana maksudnya:

"Wahai anak muda, sesungguhnya saya akan mengajarmu beberapa kalimat.Jagalah Allah S.W.T , nescaya engkau akan mendapatiNya ada di hadapanmu.Apabila kamu inginkan sesuatu, mintalah padaNya.Jika memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah S.W.T.Andainya dikumpulkan seluruh umat memberi manfaat kepadamu, tidak akan dapat memberi manfaat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan.Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudharatkanmu, mereka tidak akan dapat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah S.W.T tetapkan ke atasmu.Pena telah diangkat dan lembaran telah kering."(Riwayat al-Tirmizi. no 2516)
                         _____________________________________

@Sampai satu ketika anak-anak akan dewasa dan akan duduk berjauhan daripada ibu bapa.Mereka mungkin akan belajar di asrama, kolej atau mungkin akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sebelum mereka menempuh alam kehidupan di luar sana yang penuh dengan dugaan, persiapkanlah diri mereka dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T. dan khalifahNya.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails